Saturday 22 May 2010

Tak Sangka Bertudung dan Bersanggul ada Hadisnya

fesyen akhir zaman
nampak cantik dan ayu TAPI





Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.



Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


banyak-banyakkan amalan kita untuk di dunia dan di akhirat..semakin takut bila memikirkan apa yang bakal terjadi di akhir zaman nie..



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

KFC BlackPepper

siaper sudah tray kfc menu yang baru
skang nie kfc tengah promote kfc blackpepper kan
malam try la nak rasa
tapi tak la makan di situ
beli tapau bawak balik
nak makan situ rasa tak aman jea
ialah umairah kalau makan di luar
memang tak larat nak jaga
dari boleh makan kenyang
terus umairah yang kenyang dengan cubitan aku nanti hehehehehhe
cubit sayang tau bukan cubit sakit tu


nanti semua meja dia nak singgah
pastu beramah mesra dengan orang
sibu jea la nak kenal-kenal dengan orang
kalau ada budak lagi la makin lasak
emmmm memang tak larat la nak menjaga si kecik tu
baik beli tapau jea.. selamat
di rumah tak kesah la nak buat apa pun kan
nak bersepah pun tak kesah
nak tumpah pun tak kesah
takder siapa yang nampak
aku jadi hulkhogan pun takder siapa yang nampak hehehehhehe


ok berbalik pada kfc promotion tadi
aku makan seketul jea
itu pun cubit skit2 sahaja
pedas gila la
dia punya blackpepper memang sebijik2 dalam ayamnya
memang tak tahan la perut aku
sayang pun cakap pedas tak ingat
kalah la ayam spicy kfc yang sebelum nie


malam aku tak boleh nak tidor sangat
sebab kepanasan
bangun pagi nie dah cirit birit plak
dah baper kali masuk toilet
berlumba-lumba dengan sayang
nasib baik la umah ada 2 toilet
tak la berebut
kalau ada 1 sahaja mauuu ada yang tercirit dalam seluar jea :p


jadi kesimpulannya
pada yang tak tahan pedas tu
kalau makan berhati-hati la yea
tobat makan sekali nie ajer la
tunggu spicy keluar semula ajer la
tu jea yg ok bagi tekak aku la nie


sayang suruh aku minum air zamzam
bagi sejuk skit perut aku
kesian baby dalam perut kepanasan


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 21 May 2010

Sambal Sotong Idaman Kalbu

permintaan dari kak long kepada adiknya hehehhee
mentang-mentang la tengah preggy
apa yang di minta pasti dapat hehehehehe



minta lini masakkan sambal sotong
teringin plak aku nak makan masakan dia
lini nie memang pandai masak
ikut jejak mak aku
cuma aku jea yang tak pandai masak
akku kalau masak
ada jea yang tak kena
termasin la..masam la..macam-macam perasa tambahan akan terjadi
sayang nak taknak terima ajer la
apa yang isteri dia masak hehehhehe

ok la tu dari orang yang malas nak masak
asyik ajak suami makan di kedai jea
suami yang pening kepala nak ikut permintaan isteri
poket dah kempis nak jugak ajak makan kedai
ada tau perangai yang macam nie
hehehehehe kisah dari sinar pagi la nie :p


balik kerja tadi
ambil umairah dari rumah penjaga
terus pergi ke ladang baru pergi ke rumah lini
pukol 7pm jugak la sampai di sana
penat gila
rasa macam nak terus rebahkan diri jea
ialah memandangakn di opis tadi masa aku lebih banyak di training room
bosan la bila kena brieffing nie
dari pukol 9am - 4pm
dengar ajer la taklimat yang diberikan
aku sorang sahaja perempuan
yang lain semuanya perempuan
bosan..bosan..bosan..


umairah suka la bila dapat jumpa dengan pija
sudah kenal jalan ke rumah pija
masuk jea simpang masuk ke sana
sudah tahu yang dia nak jumpa pija
terus sebut nama pija hehehehehe
kesian pija demam
tapi bila masing-masing dah jumpa memang terus sihat
gagahkan jugak diri tu bangun untuk peluk umairah
rindu la tu


tak lama pun di rumah lini tadi
lepas makan duduk2 sekejap
pastu minta diri
kepala dah berat sangat dah


nak balik
hah satu kampung boleh dengar suara nangis pija dan umairah
memang macam nie la kalau dapat jumpa sekejap
pasti akan menangis
taknak balik
tak puas main lagi
kesian kan
tapi nak buat macam mana
takkan la nak tinggalkan, mana bawak susu umairah semua
melalak pun sumbat ajer la dalam kereta
emmm hujung minggu nie kita jumpa pija lagi la sayang

alhamdulillah kenyang perut makan masakan lini
adik kesayangan tu



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday 20 May 2010

Terima Kasih Daun Keladi

citer semalam jugak
datang kerja jea semalam
tengok atas meja ada muffin
siap ada nama aku lagi tu
sah dah tahu siapa yang bagi
thanks kak ninie
dalam kepala dah ligat apa lah nak bagi pada kak ninie
jadi bila tahu plan lunch nak pergi ke giant
memang cantik la
sebab boleh la beli something untuk kak ninie :D


muffin perisa orange
memang sedap
lembut jea


time lunch kami kan makan di foodcourt giant
betul2 bertentangan dengan kedai memorylane
tengah-tengah makan tu
kak ninie tunjuk 1 benda dalam kedai memorylane yang dia suka sangat
hahahahha terus la idea nqk beli benda tu
ialah baik bagi benda yang orang suka kan
dari yang tak suka
setuju tak anak-anak



hadiah yang telah di simpan baik-baik dalam kotak



sebelum balik
kami semua bersalam-salaman dulu dengan kak ninie dahulu
sedih tetiba
dan aku baru tahu yang salah seorang dari team aku akan resign jugak
dapat offer di tempat lain
jadi siapa berminat boleh la hantar resume di tempat kerja aku nie
berpengalaman - credit controller AR


GUD LUCK KAK NINIE
di tempat kerja baru :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Lunch Semalam

sejak kerja di s.alam
lunch pasti la di giant @pun tesco
tak tahu nak makan di mana lagi
beli tapau dari m.cik tepi jalan pun macam sudah bosan
sebab lauk yang di jual sama jea tiap-tiap hari
emmm napa la tak tukar2 lauk yang di jual
buat la pusingan kan


memandangkan semalam tak sempat nak update blog
baru berkesempatan nak update hari nie
semalam adalah hari last day kak ninie
jadi ada member yang nak belanja kak ninie tu yang kami decide
makan di giant sahaja
macam2 pilihan ada




konon ambil gambar letak tangan di dagu
nak cover jerawat bawah dagu la tu
hampeh jea
still ketara nampak jugak huhuhuhu



aku cuma makan set chicken mcdeluxe jea
teringin plak nak makan burger mc'd
tu yang beli tapau pastu makan di foodcourt giant
member2 yang lain merata cari makanan



kak ninie
muka happy jea sebab winie belanja kak ninie lunch
pasnie susah la nak jumpa kak ninie lagi
walaupun opis tempat kerja baru kak ninie dekat sahaja
tapi time lunch kami tak sama la
kalau sama pasti dapat berambu ramba sekali hehehehhehe



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday 19 May 2010

Balik Melaka

dalam bulan lepas sahaja
sudah 2 kali kami sekeluarga balik ke melaka
pak uda aku masuk ke hospital melaka
sebab ada masalah jantung
dikejarkan masuk ke hosp sebab jatuh pengsan di kedai
doc cakap nasib baik hantar ke hosp dengan cepat
sebab tu la dimasukkan ke CCU
di pantau dengan teliti
jadi weekend kami minggu pertama bulan lalu
kami habiskan masa di hosp
berkampung sekejap di sana
kesian mak uda aku
sedih sentiasa
p.uda adalah adik kesayangan mak aku
kami memang rapat dengan family uda nie
baik sangat



keadaan pak uda ketika tidak sedarkan diri ketika di ccu
ubat pelali memang diberikan supaya pak uda dapat berehat dengan secukupnya
hujung minggu kami balik
balik dengan kelegaan sebab pak uda dipindahkan ke wad
maknanya jantung pak uda kembali berfungsi dengan baik



minggu ke dua hujung minggu
kami balik jugak ke melaka
sebab nak tahu perkembangan terkini keadaan pak uda
pak uda sudah dibenarkan keluar dari hosp selepas seminggu berada di hosp
tapi selepas keluar seminggu sekali kena jumpa doc
untuk dapatkan pemeriksaan lanjut
gembira kami lihat setelah dapat lihat pak uda senyum kembali
banyak jugak la nasihat yang kami berikan
berhenti merokok adalah WAJIB


hari ahadnya kami singgah sebentar ke rumah arwah wan
sedih lihat rumah arwah wan dan atuk usang tanpa di jaga
tinggal masa nak runtuh sahaja rumah tersebut
sedih sebab banyak kenangan di rumah tersebut
kenangan bersama wan dan atuk
kenangan ketika membesar di sana
kenangan ketika beraya di suasana kg yang masih lagi menebal ketika waktu kecil
skang nie umah tersebut di telan dengan anai-anai


kami lepak di tepi pantai sahaja
pantai hanya di hadapan rumah arwah sahaja
lagi plak ada pondok yang boleh kami merehatkan diri


umairah memang suka dengan pantai
nampak sahaja
tak sabar-sabar nak turun untuk bermandi manda
siap angkat tangan supaya kami boleh bukan kan baju dia



sayang la yang melayan karenah umairah dan pija
mandi laut
aku hanya memerhatikan dari jauh sahaja




konon-konon nak berenang la tu
budak berapa tahun yea boleh belajar berenang?
macam nak hantar umairah untuk belajar berenang sahaja la



air cetek sahaja sebab air tengah surut
air pasang ketika magrib
ok la tu dapat la jugak jejakkan kaki berendam dlm air laut


rindu bila singgah di kuala sg.baru
banyak memori di sana
dan semoga pak uda terus sihat selalu




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Budak Yang Kuat Mengacau

dari umur umairah 8 bulan [rasanya la]
ketika umairah dah pandai merangkak
aktiviti surf internet memang payah
suka sangat mengacau [ambil tahu dengan apa yang kami buat depan lappy]
bila bersila depan lappy
pasti si kecik nie akan duduk di riba sambil menekan sesuka
hati jea keyboard lappy
pernah sekali huruf C tenggelam tak naik2
kena hantar ke kedai untuk baiki
kena charge RM50
cekik darah betul la


itu kalau mood si kecik nie baik
memang dia akan buat tak tahu jea bila aku pn lappy
tapi kalau mood dia tak ok
jangan harap la
boleh duduk depan lappy


nie antara gelagat umairah bila mood dia tak ok
biasanya bila bangun dari tidor
umairah memang suka dimanjakan
suka kiss - kiss pipi si masam tu
cakap sayang pada si kecik nie dulu
dukung sambil peluk kuat-kuat si kecik nie
baru la mood si kecik nie akan ceria sepanjang hari


tapi ada sehari [minggu lepas aku kan mc]
leka mengadap pc
tak perasan si kecik nie dah bangun
berdiri sebelah aku sambil buat muka masam
pastu mencebik hehehehhehe
aku nak kiss terus toleh tempat lain
emmmm confirm dah merajuk la tu


terus panjat atas meja
duduk belakang lappy


terus tolak-tolak lappy nak tutup
tangan tu asyik la menekan on off button lappy
emmm sah2 la si kecik nie dah merajuk
baru tinggalkan sekejap lappy
sebab nak buat susu



lappy dah di tutup
muka masam mencuka
memang masam pun sebab tak mandi lagi hehehehehe



siap letak kaki atas lappy lagi
alahai anak ibu nie
kuat merajuk tau skang nie
suka tarik perhatian dari kita
pantang lambat skit mula la rebahkan diri atas lantai
alahai mana la belajar nie


sabar jea la
ibu tetap sayang umairah la kalau adik dah keluar nanti
mmmuahhhh anak ibu


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday 18 May 2010

Kerabu Mangga Memang Kena Dengan Selera Aku Kini



perjalanan pagi tadi berjalan seperti biasa
jam di pagi hari adalah lumrah kehidupan
tapi rasanya apa yang di tempuhi cik leeya
pergi ke tempat kerja lagi la dasyat
keluar lambat jea pasti jalan dah jam..betul tak cik saya :D


emmmm lupa aku nak cerita kisah lucu di pagi hari
aku pergi ke shah alam guna hiway guthrie
dan aku salah seorang yang menggunakan smartag
thanks sayang sebab belikan satu untuk memudahkan aku untuk pergi
ke tempat kerja
seperti biasa aku akan keluarkan smartag dan letakkan di atas paha aku
bila tiba di toll, terus mudah aku nak angkat smartag
dan akan bunyi tut tut tut sambil palang akan naik ke atas


tapi kali nie berbeza biar aku yang gelak dahulu hehehehehhe
tengah panaskan enjin keta
bongkok skit nak amik smartag dalam dashboard
handphone aku berbunyi
yang kebetulan handbeg aku letakkan di bawah dashboard
terus capai handphone borak2 skit [mak yang call]
pastu terus letak hp di atas paha aku
terus lupa nak ambil smartag di dlm dashboard


bila sampai di toll dengan bangganya terus angkat hp
yang aku sangka smartag
hahahahhahaha aku lupa yang aku letak atas paha adalah hp
bukannya smartag
kan dah berbunyi toll gate tu
keta belakang mesti bengang jea
ialah nak cepat jadi lambat plak
nak undur memnag tak boleh la
sebab keta belakang memang dekat jea dengan kereta aku
jadi nak taknak kena tunggu jugak la petugas toll untuk selesaikan masalah aku
hehehehhehe tu jea la lawaknya
lepas dapat lepapaskan diri dari toll
terus aku gelak sorang-sorang dalam kereta
taknak ker orang buat
dari hp pun boleh guna tounch n go
siapa nak cipta
aku dah bagi idea nie
lebih mudah kan :D


hari nie bos aku dah masuk opis
biasalah kena panggil dengan bos
tanya keadaan aku macam mana
aku cuma cakap ok ajer la
tengah-tengah cakap tu
aku nak muntah plak
terus angkat tangan nak pergi toilet
mata memang bergenang air mata la sbb menahan muntah
alahai seksanya hidup tika nie


kerja pun tak la banyak sangat nak di buat
mungkin bos aku kesian kot
tu yang tak bagi aku pressure sangat tu :D


hari nie wajah aku ceria jea
walaupun secalit make up wajah tetap berseri-seri hehehehehhe
jerawat banyak kan di muka aku ketika nie
suka betul naik di dagu
tempat lain ok jea
kat situ merata tumbuh




lunch tadi kami makan di Restaurant Utara di TTDI S.Alam
pemilik bersama dengan sup ani utara
lauk dia semuanya ok la
sambil menjeguk-jeguk lauk yang ada
terus aku terliur bila tengok ada kerabu mangga
fuyoooooo terus terliur
selera jea bila makan
sebab ada rasa masam-masam skit kan
pastu ambik lauk udang masak lemak
pun sedap jugak
kena charge RM5.50 bersama dengan air teh o ice limau





petang balik kerja
baru pukol 6pm
tapi aku rasa macam dah pukol 8pm jea
punya la gelap sebab hujan turun memang lebat
mata dah la rabun
drive tengok lampu belakang kereta orang jea
bila la nak buat spec nie


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Salam Takziah

Al-Fatihah untuk bekas rakan sekerja ketika di Eon dahulu
arwah Suhaimi selamat dikebumikan pada hari ahad yang lepas
arwah seorang yang mmg baik
dan yang pasti aku suka minta arwah
untuk betulkan kereta aku sebab free jea
tak payah nak keluar duit
tapi balanja makan la kan hehehehehe
makan plak mesti di kedai wan
makan laksa..memang sedap


tak sempat nak datang ziarah
ingat nak jeguk kak mira [isteri arwah] hari ahad nie
shumie ajak sekali member-member Eon untuk jeguk sekali
isyaAllah aku akan try call mereka semula
itu pun kalau dorang tak tukar no.phone lagi la


arwah meninggal sebab xcident di seremban
masuk icu di hos. serebam
di sana selama 2 minggu
dan seminggu di hosp. hukl
hari jumaat yang lalu dah nazak
baru jea plan ngan hasan nak lawat hari nie
dan arwah pergi pada hari ahad sebelum kami datang menjeguknya


isteri arwah baru jea selamat melahirkan anak ke tiga dorang
baby girl
bersalin tanpa suami di sisi
dan sekali lagi dugaan membesarkan anak2 yang masih kecil
tanpa suami di sisi
besar betul dugaan untuk kak mira
aku harap kak mira tabah hadapi dugaan yang melanda


kalau aku tak tahu la apa yang bakal aku lakukan
teruskan kehidupan
tapi yang pasti tidak sanggup aku kehilangan sayang
kejadian nie aku ceritakan pada sayang
nampak berubah muka sayang
ialah sayang pun suka jugak bawak kereta dengan laju
geram jea tengok
ingat2 skit isteri awak nie tengah preggy


al-fatihah
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
Amin


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday 17 May 2010

Nak Makan Yang Masam-Masam Sahaja

lunch tadi kami makan di Chicken Rice Shop di Tesco s.alam
kami makan di sini pun sebab nak belanja Kak Nini
sebab hari rabu nie kak nini last day kerja di sini
sedih plak tetiba
member yang lain semuanya order nasi ayam
cuma aku jea pilih set yang lain




aku pilih set gado-gado
sedap jugak gado2 di restaurant nie
cuma rojak jea yang tak sedap
nak makan rojak baik makan di lori tepi jalan tu
pasti sedap
pastu timun pun pahit jea masuk ke tekak aku
gado2 dia nie memnag licin la aku makan
sebab kuah dia rasa masam2 skit
memang kena dengan selera aku time nie


member baru di tempat kerja baru

duduk dari kiri : kak sal
berdiri dari kiri : kak su, kak nini dan aku [mak buyung hehehehhee]



duduk dari kiri : ida [dah bertunang tunggu masa nak kawen jea]
aku ngan kak su dari finance - AR
kak nini, kak sal dan ida dari finance - AP


sedih bila ingatkan yang kak nini akan tinggalkan kami
kak nini dapat offer lebih baik di tempat baru
kak nini bagi aku memnag seorang kakak yang memang baik sekali
kak nini lah org yng 1st aku ketika aku masih terkial-kial di tempat baru
orang yng 1st ajak aku pergi ke tempat solat
1st day aku kerja kak su MC -preggy sama mcm aku gak hehehhehe
jadi banyak memory bersama dengan kak su
walaupun baru sahaja 2 bulan kenal dengan kak nini
aku harap perhubungan nie kekal sampai bila-bila

keep n touch
rasanya nak beli something untuk kak nini
apa erk




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

1st Day Bekerja Setelah Seminggu MC



hari nie baru la aku start nak kerja semula
memang niat asal nak jea berhenti kerja
tapi start hari khamis yang lalu
aku di landa kebosanan di rumah
terus pasang niat..kerja jea la


tapi pagi tadi nak datang kerja
punya la liat nak bangun untuk pergi ke bilik air
sekejap-sekejap peluk umairah
sekejap-sekejap peluk sayang
alahai susahnya nak lepaskan perasaan malas nak pergi kerja nie


n day pergi ke tempat kerja
terpaksa berhenti di tepi hiway 2x
sebab nak muntah
aku lupa nak bawak plastik ... padahal sebelum nak keluar rumah tadi
dah ingat nak bawak plastik
sebab aku tahu waktu pagi aku muntah


sampai di opis
baru dapat tahu yang bos aku on leave
dan exec aku plak MC
jadi aku buat kerja hari nie takder la rushing sangat
tapi kerja seminggu aku takder memang menimbun
esok bos dan exec aku dah ada confirm aku jadi kelam kabut skit
ialah pasti kerja menimbun dari bos aku plak
tu belum dari exec aku lagi tu
terus terpikir nak berhenti la
emmmm kita tengok dulu situasi esok plak macam mana
cuma hari nie aku buat kerja dengan aman dan damai


mak buyung yang tengah mengharungi cabaran
cha yok cha yok
harap esok berjalan dengan aman dan damai jugak la
pergi kerja muka macam apa ntah
pucat lesi jea
tak lalu aku nak tenyeh apa2 kat muka nie



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday 12 May 2010

Pada Pendapat Teman

emmmm hari nie pun aku masih lagi
tidak pergi ke tempat kerja
kenapa... sebab bangun pagi muntah
tak larat
baring semula


wajarkah aku meletakkan jawatan pada ketika ini???
kalau berhenti kerja
apa yang aku nak buat di rumah
apa yang boleh di buat dari rumah untuk dapatkan pendapatan sampingan


adakah lebih baik aku bekerja ajer macam biasa
@ pun
adakah lebih baik duduk di rumah menjaga anak di rumah sahaja
sambil menunggu suami pulang dari tempat kerja


ada idea??


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday 11 May 2010

Sarapan yang Sempoi Untuk Umairah

dalam tak larat tu
aku gagahkan diri jugak untuk membuat sarapan
sarapan untuk siapa
sudah semestinya untuk anak kesayangan aku nie - Umairah
ialah yang tak sihat aku kan
jadi jangan la babitkan anak dalam aku tak larat nie kan
jadi dalam kepala tengah pening
tekak yang tengah memual
gagahkan kaki untuk melangkah kaki ke dapur jugak
untuk anak kan..



buat scramble egg
dengan baked bean di campur dengan sosej yg telah di potong kecik-kecik
umairah mmg suka mkn sosej
fov dia tu



letak jea atas meja
terus jea tunjuk perut
emmmm lapar la tu
cian anak ibu



aku cuma temankan umairah makan sahaja
tak lalu aku nak makan
tekak rasa mual sangat-sangat



rambut umairah semakin panjang
dan semakin nampak krintingnya
dah jadi macam rambut rambut Tuan Hakim plak
hehehehhehe


Selamat Hari Ibu
kepada semuanya yang menjadi Ibu
terumatanya kepada mak aku tersayang
dan mak mertua yang disayangi
semoga Allah sentiasa melindungi orang-orang yang aku sayangi




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

AKu dan MC

skang nie sejak kerja di tempat baru
setiap minggu pasti aku amik MC
emmmm tak larat sangat nak pergi kerja
sejak hari jumaat minggu lepas
pagi jea mesti nak muntah
dah la tak sarap lagi
jadi bila muntah tu
rasa perit jea anak tekak tu
alahai dugaan betul nak jadi ibu untuk kali ke 2 nie


baru jea kerja baru
tapi dah selalu amik MC
emmmm pastukan perubahan hormon skang nie
aku menjadi seorang yang AMAT MALAS
macam maner nie
serba serbi malas nak buat
skang nie rasa MALAS nak pergi kerja
malam tadi cakap pada sayang
yang aku nak berhenti kerja jea
sebab bila bangun pagi tu
aku memang taknak bangun untuk bersiap
alaram hp mmg dah banyak kalai la berbunyi
tapi aku pekakkan jea telinga


masih lagi tak boleh makan selepas pukol 6pm
kalau makan jugak confirm muntah
emmmm aku rasa preggy kali nie macam mengada-mengada jea
tapi itu la realitinya yang terpaksa aku hadapi
2 member baik aku teka mungkin aku akan dapat baby boy kot
harap begitu la kan
masin la mulut korag - umar zariff :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday 5 May 2010

Roti Canai Dulang

hah siapa yang rajin buat roti canai sendiri
bukan beli kat kedai tau
@pun beli yang dah siap di pasar raya tu
bukan..bukan..bukan..


nie aku rasa stail orang-orang yang tak reti nak tebar roti canai
jadi guna stail nie
stail apa..stail tebar roti canai guna dulang besi tu
mak aku pun buat roti canai stail mcm nie
tapi dah lama kot mak aku tak buat roti canai
sejak dah berusia nie lebih senang beli di kedai jea


tapi mak mertua aku memang la rajin
time kami @pun semua anak2nya balik
roti canai dulang pasti mak mertua akan buat
ialah makanan semua orangkan
aku suka tengok bila mak mertua tengah tebar tu
hehehehehhe
tersipu-sipu mak mertua aku bila dapat tahu aku amik gambar dia
hehehehhe sorry mak



memula tu
gumpalan tepung yang telah siap di canai diletakkan di tengah dulang
pastu tepek-tepek dengan tapak tangan
letak skit minyak
dah leper


tarik skit0skit tepung roti canai tu ke tepi dulang
buat sehingga dulang di tutup dengan tepung



kalau nak roti telor
pecahkan telor di tenagh tepung
pastu tarik semula untuk tutup telor di bahagian tengah


buat sekeliling dulung sehingga tiada lubang pada tepung



tepung sudah menutupi dulang
sebab tu la kami panggil roti canai dulang


emmmm siapa pernah makan roti canai stail mcm nie
kuah dal mak mertua aku pun siap
kalau sayang makan
confirm 3 keping sekali makan
makan sehingga menjilat jari..sedap :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi