Tuesday 31 January 2012

Umairah Obsesi Dengan Hello Kitty


alahai anak dara aku yang seorang nie
memang la obses sangat-sangat dengan hello kitty
kalau boleh semuanya nak ada gambar hello kitty
baju la..stoking la..seluar la..beg la..
kalau boleh serba serbi la
kasut pun nak jugak hello kitty

kalau pergi ke pasar
sticker hello kitty mesti kena beli
emmmm dah la satu tu RM2.00
tapi bila sampai di rumah
habis semua benda nak ditepeknya
dengan adiknya dan sepupunya semua ditepeknya
kalau tampal kat diri sendiri
habis tangan dan kaki ditepeknya
eheh

anak korang obsesi dengan apa
tetiba suka plak dengan lagu Aqasha Obsesi
citer Gemersik Kalbu
tv3 pukul 7pm
tetiba nak layan romantik dengan suami hahahahahahha


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Baucar Buku 1Malaysia

hari nie masuk lambat sedikit ke ofis
pergi dahulu ke Intekma Resort
untuk mengambil baucar buku RM200
aku rasa orang lain dah habis guna pun baucar nie
aku plak baru terhengeh-hengeh nak ambil
emmmm yea la bila masa plak aku nak pergi ambik baucer nie
orang lain mana boleh tolong ambilkan
diri sendiri jugak yang kena ambil

masuk ke pejabat
tunjuk ic dan id card belajar
terus orang tu serahkan baucar buku nie
rasanya 15 minute kot aku dalam pejabat tu
alahai sekejap jea rupanya

nie la baucar buku tu
malam nie nak ajak sayang pergi kedai buku popular
nak borong buku eheh


dalam perjalanan balik singgah dahulu ke retaurant Burger King
beli 2 set untuk promosi yang terbaru
american nancos
ok la sedap jugak

tapi lambat betul la aku punya order nak siap
mungkin waktu tu baru pukol 10 lebih
banyak benda yang tak masak lagi
jadi nak taknak kena la tunggu jugak

korang beli apa guna baucer buku nie
kalau beli benda lain boleh tak :p


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Dinner at Big Plate Subang Permai

malam tadi selepas bayar bil dan bayar duit kereta
sayang cakap dia lapar
dan kebetulan di rumah memang tak masak
aku plak takder la lapar sangat
jadi suami nak makan aku ikut jea
aku ajak sayang makan di Big Plate
sebab sayang cakap dah lama tak makan western


buku menu di Big Plate
sesiapa yang belum pernah datang ke sini
senang jea direction dia
kalau korang dari shah alam
guna jalan lama
sampai jea simpang di Golf Monterez
masuk sebelah kanan
restaurant nie di sebalah kiri sederet dengan Proton Edar

kalau korang dari Subang airport
ikut jalan lama nak pergi ke shah alam
selepas pasaraya Segi
selepas masjid kuning
restaurant nie sebelah kiri
masuk sebelum traffic light


sebenarnya umar dalam kereta lagi sudah tidor
siang mak cakap umar nie tak tidor sangat
aku pelik dengan umairah dan umar nie
kalau makan ubat nak tidor punya la payah
padahal kalau lepas makan ubat mesti kita dah ting tong kan
confirm tidor punya la

bila aku angkat jea nak masukkan ke dalam stroller
terus umar terjaga
nak letakkan dia dalam stroller
memnag taknak la
terus segar bugar

umairah sibuk nak adiknya duduk sebelah dia
jadi duduk la sebelah menyebelah dua beradik nie
aku rasa segan jugak
ialah orang lain makan sekeluarga senyap jea
tapi meja kami mak aiiiii - kecoh betul
dengan umairah sekejap nak turun sekejap nak duduk
dengan umar plak terjerit-jerit nak turun dari kerusi
sampai aku ajak sayang balik jea walaupun masa tu kami dah order makanan
tension beb

mushroom soup - RM15.00
umairah suka plak dengan soup nie
dia sorang jea konker hirup soup nie

kesian sayang
sebab kami kena gilir-gilir dukung umar
uamr dah start meragam ketika makanan sudah sampai
mengantuk sangat si kecik nie
jadi bila makanan sayang sampai
aku jaga umar
dan bila makanan aku sampai
sayang plak menjaga umar

soup yang mendapat pengiktirafan terbaikkkkkkk dari umairah
sedap hingga menjilat sudu


menu pilihan sayang
mixed grill salad - RM26.00
semuanya ada - sedap

menu pilihan aku
spegethi carbonara - RM20.00
dan menjadi fav umairah dan umar
rasanya separuh spegethi nie umairah dan umar yang makan
aku plak banyak makan makanan sayang eheh

bagi aku ok la makanan di sini
sedap tapi mahal skit harganya
total aku makan di sini malam tadi RM69.00
termasuk 3 air
Lime Juice
Carrot Susu
Teh O ice Limau

Alhamdulillah kenyang semuanya
dalam perjalanan
kami 3 beranak dah tertidor di belakang
kesian sayang drive sorang-sorang



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wajibkah Memberi Nafkah Sekiranya Isteri Bekerja

semalam aku bertanya pasal isu nie kepada sayang..tetiba aku terpikir nak tanya nafkah dari sayang..ada beberapa isi aku tak setuju..jadi pagi nie aku search di internet..
jadi kita berkongsi ilmu ini bersama-sama..

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-

1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

2. Nafkah perkahwinan

Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3. Isteri keluar bekerja
Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu.
Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami.
Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.

5. Kerja Sebagai Syarat
Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.

6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.
Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan.
(Tamat terjemahan)

* Secara keseluruhannya Islam benar-benar menjaga kemaslahatan sejagat sehingga masalah sebegini turut diperbincangkan diperingkat global. Seharusnya perkara ini juga menjadi satu topik perbincangan penting yang disepakati oleh pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Perlulah disedari bahawa wanita hari ini bukan hanya bekerja untuk menjana ekonomi semata bahkan kelebihan yang dimiliki dari segi intelectual sangat diperlukan untuk membangunkan negara dan agama. Sewajarnya kaum lelaki haruslah berusaha meletakkan diri mereka lebih dominan dalam menguasai ilmu agar sumbangan wanita dalam masyarakat lebih terarah(focus) kepada membina keluarga dan mendidik anak-anak menjadi generasi ulul albab yang bakal mengembalikan kegemilangan dan ketamadunan Ummah. Wallahua'lam.

info ini di ambil dari SINI


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday 30 January 2012

Petua : Daun Bunga Raya Meredakan Panas Badan

korang biasanya buat apa bila badan anak korang panas
senang citer kalau kena demam
ialah selain bagi makan ubat
kena la jugak iktiar benda yang lain jugak
ialah hati seorang ibu mana la tahan tengok anak tu terbaring lesu sahaja

petua yang selalu aku gunakan
ambil beberapa helai daun bunga raya
rendam dalam bekas berisi air
ramas-ramas daun bunga raya tu
ambil air tersebut sapukan di kepala, dahi, belakang badan dan kaki
InsyaAllah badan anak akan sejuk
petua nie dari mak aku lagi
sejak aku kecil lagi mak aku memang gunakan kaedah nie
skang nie aku gunakan untuk anak-anak aku plak

dan tak sangka mak mertua aku pun
gunakan kaedah ini sekali
petua orang dulu-dulu nie baik diamalkan

muka umar yang lesu sahaja


setelah di sapukan dengan air daun bunga raya
baru kepanasan badan umar menurun sedikit
kita hanya mencuba
yang menentukan semuanya dari kuasa Allah

daun bunga raya yang telah di ramas-ramas dalam bekas

ada sesetengah orang
menggunakan air asam jawa
sejuk jugak
tapi aku lebih suka guna air bunga raya sebab baunya wangi skit
kalau guna air asam jaya
nanti kepala anak berkerak sedikit setelah air asam jaya kering

tapi apa-apa pun petua jugak
nak cuba dengan tidak sahaja



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Umar Deman Mengejut

hari ahad semalam
bangun jea pagi rasa kepala umar dah panas
merengek-rengek - umar nie tak tahan sakit skit
mesti akan minta perhatian yang lebih dari kita

tapi pergi ke pasar dahulu untuk beli sarapan
selepas itu baru kami pergi ke Klinik Bukit Tinggi
kalau pergi ke arah banting confirm tiada klinik yang buka
tu yang sayang ajak pergi ke Bukit Tinggi
selamat skit sebab mesti banyak pilihan klinik yang ada

kami pilih klinik Mediveron
nasib baik la otang tiada
jadi lepas daftar terus nama di panggil

sayang daftar nama umar di kaunter

sebelum nama di panggil
lepas dahulu tengok astro
umar muka tak bermaya jea
umairah taknak ikut
sebab nak main dengan sepupu-sepupunya


bila berjumpa dengan doc
emm belum duduk lagi
umar sudah menangis
umar nie memang cuak skit bila berjumpa dengan doc
jadi meraung la bila doc nak check umar
bila check suhu badan umar 39.7
mak aiii memang panas
terus doc minta masukkan ubat bontot
bertambah-tambah la meraung si kecik nie
sampai termuntah la umar menangis
tapi lepas 15 minute keadaan umar sudah stabil

dalam kereta umar terus terlelap
baju dan seluar memang dah buka la
sebab sudah kena muntah

pagi nie badan umar masih panas lagi
bagi ubat dahulu baru pergi kerja
kesian anak ibu
umairah pun sudah menunjukkan tanda-tanda nak demam
terus bagi ubat antibiotik pada umairah pagi tadi
cepat-cepat sembuh yea sayang


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday 28 January 2012

Thanks Kak Liza - Order Kuih Gula Hangus

petang semalam selepas balik dari kerja
ambil kuih di rumah tersu menuju ke rumah kak liza
memandangkan hari masih cerah - pukul 6petang
sajer la nak try ikut jalan belakang
ikut jalan sg.serai
1st time ikut jalan nie
memula awal perjalanan ok lagi
tapi bila perjalanan semakin jauh
aku dah cuak gila
ialah sudah la jauh, jalan plak kiri kanan hutan
jalan plak bengkak bengkok
nasib baik la ada umairah jadi peneman di sebelah
bila nak dekat sampai rumah kak liza
baru la hati rasa lega sesangat
ialah jalan tak pernah ikut kan


balik dari rumah kak liza ikut jalan kuang jea
selamat skit
kak liza order kuih gula hangus - 100 bijik
thanks kak liza
jangan serik order lagi dari ena yea :D
yang pegang bekas kuih tu anak kak liza yang sulung
hah ada saper-saper nak tackle anak bujang kak liza nie ker :p


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 27 January 2012

Lunch Di Pizza Hut

lunch tadi pening kepala nak makan di mana
tapi tetiba idea keluar nak makan pizza
jadi ajak syikin terjah the store
dan tetiba member ofis nak join lunch
jadi berempat la kami lunch tadi
biasanya berdua jea
hari nie kami berempat plak
meriah dengan gelak ketawa kami

skang nie aku tengah gila meroyan dengan tudung beropol tepi
mak aku cakap macam budak nak pergi mengaji al-quran jea
hehehehehehe tak kesah la mak asalkan akak pakai manis jea di pandang
bluwekkkkk jom muntah beramai-ramai

kami berdua pakai keronsang pemberian dr Pn.Azmah
semuanya dapat cuma bezanya warna sahaja
aku ambil putih dan syikin ambil biru

kak nana dan kak izan
memang kami mengkendarah bukannya makan hahahahaha
memang licin la meja kami
semuanya kami tibai


air rivive
dan mushroom soup
sebab lapar licin soupnya

starter plate
yang roll guna roti kebab tu memang sedap
yang lain-lain biasa-biasa jea
kentang dia tengahnya mentah skit la


pizza terbaru nie memang sedap
korang dah try ker
memang tak rugi habiskan duit saki baki di pizza nie
esok gaji yahoooo

blurppppp kenyang gila
Alhamdulillah dengan rezeki hari nie



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Hah!!!! Ambil Choc Ibu yeaaa



skang nie kalau balik kerja
perkara utama yang umar akan buat
ialah selongkar handbeg aku
kalau jumpa makanan dalam handbeg aku tu
cepat jea melarikan diri

jadi kalau balik kerja tu aku mesti singgah ke kedai
sekejap untuk beli jajan
ialah sebab dah tahu perangai umar macam manakan
sebijik macam umairah dahulu ketika kecik

jadi kalau aku tak beli apa-apa
kesian umar tengok dalam beg takder apa-apa
muka pun macam sedih jea


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Mohon Kemaafan, Tak Dapat Nak Buat

tajuk macam tak hengat
emmmm rasa bersalah sangat pada member ofis
ialah masing-masing sudah confirm order
tapi finally terpaksa cancel

maaf yea Pn.Liza
maaf yea Pn.Syikin
maaf yea Pn.Zura
dan
maaf jugak di pinta dari Pn.Ain
tak dapat nak membuat cheesetart dan mini choc moist
yang korang order

permintaan anda terpaksa di cancel last minute
sebab kedai bakery closed sempena CNY
huhuhuhhu
dari rahman putra ke subang dan akhirnya ke shah alam
mencari kedai bakery untuk membeli bahan-bahan kek
tapi hampa bila pintu kedai di grill huhuhuhuhu
tutup seminggu sempena CNY

emmmm tak ramaikan
kedai bakery jual bahan kek
yang orang melayu punya
kebanyakkannya kepunyaan orang cina
maaf yea korang
isyaAllah once kedai bakery buka
semua permintaan anda akan ena tunaikan - InsyaAllah


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Makan Nak Sendiri

emmmm awak tu baru jea 1 tahun 2bulan
tapi perangai tu sangat la nakal skang nie
skang nie kalau bagi makan
confirm taknak di suap
nak makan sendiri
pastu kalau makan sendiri elok teratur - takper la jugak
nie kalau pakai baju - baju tu macam dah jadi kain buruk
jadi kena la tanggalkan hanya tingal pampers jea
tapi suka tengok sebab umar akan makan beriya-iya
sungguh-sungguh tu

pastu suka sangat la makan burung
tetiap malam nak mencari burung puyuh goreng
sebab umar suka dengan puyuh
emmmm anak ibu nie macam-macam perangai la


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday 26 January 2012

Berkelah di Sg.Sendat Batang Kali

hari selasa lepas
kami sekelaurga berkelah di Sg.Sendat Batang Kali
memula kami nak mandi manda di Templer
tapi tengok orang ramai sangat
terus kami pergi ke Sg.Sendat
nie 1st time aku datang ke sini
tapi adik ipar aku hafiz memang dah selalu datang ke sini
memula nak masuk ke dalam sini
jalan kecik jea
kalau kereta berselisih memang salah seorang kena ke tepi dahulu
tapi bila sampai tempat yang di tuju
memang cantik air terjunnya
air terjun Sendat
cantik dan airnya bersih jea
mungkin ramai lagi yang tak tahu air terjun nie kot

kesempatan nie aku dan sayang memang mandi betul-betul la
sejuk jea


kami lepak atas batu besar
memang menarik untuk lepak di atas batu nie - leper jea
sebelah batu tu ada kayu tumbang
memansing berebut duduk atas batang kayu tu

makan time
memang happening
lauk pauk yang simple makan di tempat sejuk nie
memang terbaikkkkk jadinya

umar dan umairah budak paling happy di planet bumi nie
dapat bermandi manda dengan bebas
tak risau sangat sebab airnya cetek sahaja
sesuai untuk budak-budak kecil

1st picture snap
ketika budak bertiga nie cecah kaki di dalam air
umar memula takut jugak
tapi bila tengok kakaknya selumber jea
terus terjun dalam air
baru la umar berani nak main-main air sungai tu

bila sudah sejuk
tangan dan bibir sudah menjadi biru
umairah dan pija hanya main pasir di tepi air sungai
cuma umar jea macam budak kebal
mandi lama sangat
sampai bagi minum air kopi bagi panaskan badan umar hahahahahha
dalam kereta orang lain semuan dah ketidoran
cuma umar masih lagi tegak berdiri tengok pemandangan luar
penangan air kopi - ambik ko

jadi cuti yang lepas kami hanya lepak melihat
keindahan Allah swt


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Malam Raya Pergi Fun Fair

hari ahad lepas sebab bosan sangat
ajak sayang jalan-jalan keluar
ajak mak sekali
lini dan hafiz ikut sobri pergi uptown
memandangkan depa dah bergaji syork la nak bershopping
macam aku dan sayang tak bergaji
cukup la dengan bawak anak-anak jalan round kl
malam raya cina kami masuk ke kl
jalan tak la jem sangat
ingat nak lepak di dataran merdeka
tapi pusing-pusing takder tempat nak parking kereta
terus ajak sayang balik
kami round-round kl tengok lampu jea
umairah la paling suka
sebab minah nie memang suka tengok kerlipan lampu yang pelbagai warna

dalam perjalanan balik ikut subang
dan ternampak ada fun fair
terus sayang ajak singgah
ikut jea

dan nak dekat pukol 12tengah malam
umar masih lagi segar memandang sekeliling
tak mengantuk pun
kami tukar duit RM20.00 untuk beli token
puas la jugak umairah bermain

1st kami habiskan token main di kolam itik
gunakan penyedok dan tangkap itik
tengok no apa di bawah bontot itik
kat sini umairah dapat no.1
hadiahnya cawan kecik spongebob
suka umairah

2nd games kami main baling roda besi
baling roda tu pastu tengok sangkut pada paku
tengok pilihan paku yang tersangkut
di sini umairah dapat key chain ikan dolphin
tapi umairah bagi pada umar
jadi kesukaan umar sebab dapat pegang ikan dolphin

3rd games main helikopter terbang
umairah sorang jea main games nie
tapi bila helikopter naik ke atas sengih jea tengok kami di bawah nie

last games umairah naik lori
tapi macam tak best jea naik nie
sebab berpusing jea ikut rel jalan

kesian pada umar sebab games yang ada tak sesuai
untuk umar naik
jadi berdukung sahaja celah pinggang aku nie
tapi bila lihat umairah happy
kami sebagai ibu dan babahnya tumpang gembira

dalam perjalanan balik ke rumah
kiri kanan depan belakang dengan bunyi mercun
dan di langit penuh dengan kerlipan bunga api - cantik
selamat tahun baru cina semua :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Dinner Di Senandung Malam Bagan Lalang

nie citer dua minggu yang lepas (14hb Jan)
emmm baru skang nak citerkan di sini
kelupaan sebenarnya sebab gambar semuanya dalam camera
lupa bawak cabel bila sampai di ofis
kami pergi ke sana dua buah kereta
aku belanja family aku makan di sana
sebab sudah dapat duit tender - jadi rezeki pertama nie
ambik berkat dengan belanja family
semoga dimurahkan lagi rezeki selepas nie - Amin

kami keluar dari rumah pukol 6petang
lambat skit bertolak sebab menunggu sobri balik dari kerja
dia balik jea semua bersiap sedia naik kereta
kami sampai di Bagan pukol 8 lebih
sampai sana orang punya la ramai
kena la tunggu tepi-tepi meja untuk cop meja
kesian tau
nie baru menunggu meja untuk makan
belum lagi Q untuk ambil makanan laut dan order apa lauk yang kita mahukan


dapat meja pun sudah pukol 9
umar memang dah keletihan
berpeluh satu badan
nasib baik la meja kami tepi padang
jadi bebas sedikit umar nak berlari sana sini

one happy family....
cer teka pija ikut muka saper.....


terbaik......
berebut air kelapa
finally umar yang konker air kelapa sebijik

akhirnya lauk yang kami order sampai nak dekat pukul 11
muka masing-masing macam nak angin jea
tapi nak marah siapa kan
tapi bila lauk pauk sudah terhidang depan mata
memang terus hilang marah
makan la apa lagi
sotong goreng tepung dia memang sedap gila la - terbaikkkkk
memang licin pinggan kami sumbat dalam perut
umar dan umairah makan pun banyak
aku makan nasi skit jea lebih meratah lauk sahaja

bulan depan rasanya nak terjah pantai remis dan jeram la
kat sini pun lauk pauk dia pun sedap jugak
tak la jauh sangat dari rumah
bila part nak bayar bil
amik ko kena charge RM410.70


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday 23 January 2012

Happy Chinese New Year

happy chinese new year kepada semua teman-teman
berbangsa Cina
untuk ofis member : Anna, Esther
member ofis lama : Elaine, Helen, Gary, Mr.Than, Chee How, Sharon

makan limau banyak-banyak
dan tarik yee sang tinggi-tinggi
peace :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday 21 January 2012

Cara Driving Yang Membahayakan Kesihatan


hehehehhehe nie la kisah anak aku
pantang aku panaskan enjin kereta
pasti berebut-rebut nak duduk di stereng
kalau umar tu memang la dah pandai matikan enjin kereta
pusing-pusingkan stereng dan tolak-tolak gear tu

umairah plak lagi berani
di pijaknya pedal minyak
abis mengaum bunyi kereta
memang kenamarah la dengan aku
ialah bahaya
jadi aku selalu sound dengan sayang
kalau nak panaskan enjin make sure ada dalam kereta sekali
kalau ada anak dalam kereta
bahaya tau

budak-budak skang nie
otak geliga skit
tengok jea apa orang buat
lepas tu dia pun nak try sekali buat
elahai anak-anak aku nie


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi