Thursday 28 February 2013

Aktiviti anak-anak di nursery

setiap petang ambil sahaja anak-anak dari nursery 
ada sahaja berita yang umairah akan sampaikan
celotehnya memang macam mak nenek
ada sajer berita akan disampaikan
kadang-kadang sampai tak terlayan dibuatnya

umar kebiasanya akan senyap jea
cuma kadang-kadang jea akan menyampuk apa yang kakaknya cakap
anak korang macam tu ker :D

petang semalam umairah xcited ajak masuk ke dalam rumah
nak tunjukkan hasil kerja dia di sekolah
jom jamu mata hasil kreatif umairah
burung

huruf "S"

tampal-tampal

butterfly tampal dengan kapas

sudah banyak perubahan pada umairah
Alhamdulillah

umairah aktif bersama dengan adiknya
cuma umar sangat pemalu

umairah si mulut becok
memeriahkan suasana
takder umairah di rumah jadi sunyi sepi
ada umairah riuh rendah jadinya

tetiba rindu laks budak berdua nie
eheh
padahal sekejap jea lagi nak ambil di nursery heheheheheh



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Perut sudah Kenyang tapi tetap nak ngap ngap

sibuknya hari nie
tak terkejar rasanya nak siapkan semua kerja 
dalam sibuk-sibuk tu sempat lagi BW eheh
sudah kewajipan tu :D

member ofis sudah belikan nasi lemak
sebab sibuk tak berkesempatan langsung untuk menjamah nasi lemak tu
pukul 12.30pm baru nak makan
tu pun sebab rasa macam terketar-ketar - lapar sesangat

pukul 1pm sudah keluar untuk lunch
ingat macam malas nak makan sebab sudah kenyang
niat di hati untuk pergi ke RHB untuk bayar bil
tapi member-member yang lain nak makan
jadi teman sekali

memandangkan pergi ke TSB
pilihan yang ada cuma Radix
dalam hati
nak makan taknak makan
nak makan taknak makan
berserabut betul

tengah Q pun sempat berposing :p

aku dan Eikin

finally makan jugak
order Chocken Chop
makan tapi tak habis pun
masih kekenyangan lagi

aku dan eikin
hari nie ramai laks orang makan di Radix
nasib baik la ada meja kosong lagi untuk kami berempat

Syikin dan Ain
member satu kepala
asyik gelak tak ingat dunia

hari nie hari gaji
bayar bil tu
bayar bil nie
tinggal skit jea huhuhuhuhu
bestnya la kalau duit gaji tu statik jea dalam bank kan
emmmmm dalam mimpi jea la :p



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Mood Happy

selamat pagi semua
aku happy
korang happy tak pagi nie
breakfast apa pagi nie
aku...minum milo jea kehkehkeh

wah bila masuk jea 28hb pasti mood akan happy memanjang
hehehehehhe

sebabnya



sebab hari nie pay day
wahhhhh senarai panjang untuk shopping
tapi apa-apa pun kena bayar dulu hutang yea
pastu baru boleh shopping...

selamat berjimba-jimba :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday 27 February 2013

Rezeki Menang Contest lagi

Alhamdulillah rezeki
menang lagi

sila lihat No.3 Zarena Heeney
itu adalah nama saya
tak sabar nak tunggu voucher sampai di rumah

kemenangan kali ke 2 untuk tahun 2013.



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

OMG Coffee Addict

OMG aku skang nie dah coffee addict ker
sebelum nie bukannya penggemar coffee sangat
biasa-biasa jea
lebih kepada Teh O
cuma lately nie suka sangat la aku minum coffee
sedapnya dapat hirup coffee ice

nie semua gara-gara lepas tengok "Super Couple Diary"
citer nie mengisahkan perjalanan Yoo Jin dan Ki Tae Yeong
dalam mengenali erti Coffee dan menjadi barista
pasangan nie baru jea kahwin jadi mood romantik sepanjang pengambaran
memang comey
suka tengok couple nie
Oppa

hahahahaha aku pun kekadang sajer jea panggil mr.hubby dengan Oppa
kehkehkehkeh
lawak kan :p

jadi aku rasa sejak tengok citer nie aku mebjadi Coffee Addict huhuhuhuhu
nak-nak CoolBlog ada jual pelbagai jenis flavour coffee
jadi lagi la aku bertambah addict
eheh

lunch tadi aku perkena Coffee Latte
emmmm sedap jugak
tak semanis Cuppocino 
tetap sedap

 lunch tadi hanya berdua sahaja
dengan siapa lagi kalau bukan

Syikin
sama-sama jugak pilih coffee Latte
sama jea tekak kami berdua

thumbs up untuk CoolBlog
sedap dan nyaman jea...
esok nak beli lagi ker
tungguuuuuuu :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Share dengan Rakan-rakan

pagi nie umairah dan umar bawak bekal ke nusery
tapi bekal nie untuk share bersama dengan rakan-rakan dan teacher
saja buatkan untuk anak-anak
niat di hati bila umairah semakin sihat memang nak bagi rakan-rakannya makan 
dengan kesuntukkan masa
makanan paling mudah sudah semestinya la kek sahaja eheh


happy umairah bawak box berisi kek

umar pun nak bawak jugak

aku buatkan mini choc moist jea
mudah dan simple
harap anak-anak di nursery suka dengan pemberian tak seberapa nie
In Sya Allah


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday 26 February 2013

Gadis CoolBlog

rasa-rasa kami boleh gantikan Heliza tak untuk ambassador CoolBlog hehehehehe
ala nie semua poyos
agak-agak la kan
kami yang chubby nie nak gantikan Heliza yang comey cute tu eheh
sajer jea

lunch tadi lepas makan singgah sekejap di booth CoolBlog
untuk perkena ice blendednya
kali nie try Cappuccino
emmm sedap jugak
tak manis dan rasanya ok jea dengan citarasa aku
ecehcehceh :P

sebab aku niekan blogger tegar
di mana-mana pasti nak bergambar
ada budak sekolah tengah Q untuk beli air
jeling-jeling jea tengok gelagat kami bertiga
agaknya tak betul m.cik2 bertiga nie kehkehkeh
tapi ada akak kesah :p

aku dan syikin

eh saper orang ke tiga yang tidak nampak
cer teka kehkehkeh
biasa la tangan tak bedung
ambil gambar pun tak center

yeaaaa orang ke tiga ialah Pn.Siti yea
Syikin ko kenapa..leher patah tetiba yea :p
geng sekepala yang tengah sengal

minuman CoolBlog yang menambat hati aku
Cappuccino


model baru CoolBlog
amacam boleg ganti tak heliza
hehehehehehe

jom pekena CoolBlog :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday 25 February 2013

Sambutan Hari Lahir untuk Ibu Tersayang

selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi Mak
selamat hari jadi

jumaat lepas hari jadi mak kami
tapi kami senyap jea adik beradik
tak wish pun
mak macam sentap jea hari jumaat tu
tapi memang kami taknak wish pun
sebab buat surprise untuk mak hari sabtu

memang letih hari sabtu lepas
dari pagi sampai ke petang sibuk di dapur
aku dan lini buat kek sendiri untuk mak
bangga bila orang lain makan dan puji sedap :)

kek rainvow cake
special untuk mak

kami adik beradik jea
kecik jea sambutannya
wlaupun kecil tapi hati gembira
sebab dapat gembirakan hati seorang ibu

kali nie tak kena tepek dengan telor
hanya calitan kek jea
hehehehehe jangan marah mak :)

main menu : steamboat 
bee hun goreng
ayam dan daging BBQ grill
kek batik marrie
air coctail

paling best bila dapat grill ayam sendiri dengan perapan sendiri
memang terbaik
nanti aku kongsikan resepinya

selamat hari jadi mak yang ke 54 tahun
semoga panjang umur dan sentiasa di lindungi oelh Allah
dan diberikan kesihatan yang baik
In Sya Allah



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Lunch di OTWC

gaji tinggal beberapa hari lagi
walaupun poket sudah rabak
walaupun bernafas sudah nak melebihi hidung
tapi tekak punya pasal
redah jugak lunch ke OTWC huhuhuhu

kali nie kami berempat
selalunya bertiga jea
memang meriah
meriah dengan bergosip kehkehkeh
kalah Meletop dan Melodi kehkehkehkeh
amboi ngumpat yea :p
biasa la berita sensasi dan terhot di GSC's
pasti la nak ambil tahu :)

menu OTWC
sudah makin kusam

tekak yang kaya
tapi poket tak beraper nak kaya sangat

sedapnya air yang aku order tadi
tak ingat la nama air aper
tapi air Choc Ice - RM4.50
masih teringat-teringat air choc tu
sedapnya

menu pilihan aku
Asam Lemak Laksa
kuahnya memang pekat
sedap

Eikin
menu sama jea dengan aku

Sykin
emmmm minah nie pilih menu bee hun masak apa ntah
tak ingat
tak sempat nak rasa skit

Ct
menu pilihan dia ialah Asam Laksa
dia cakap sedap jugak rasanya
habis semangkuk

ramai laks hari nie orang di OTWC
terpaksa kami makan di meja hujung sekali
tapi agak privacy skit
jadi boleh la nak chit chat

p/s : Eikin khamis nie jom mkn ice cream
bagi sejuk skit kat tekak nie



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 22 February 2013

Fat Free la sangatttt

lunch tadi makan di food court
makan nasi campur jea
fenin nak makan aper

nasi separu
terung sambal
ayam masak lemak
begedil
total RM5.50
murah jugak harganya

masuk sekejap ke dalam the store
sebab tekak teringin nak minum air bliss ~ Low Fat
pilih punya pilih beli perisa strawberry
beli 2 percuma 2 cawan
kongsi dengan Eikin

pastu teringin laks tekak tu nak makan yogurt
ngada-ngada tau tekak aku hari nie
pilih yogurt nestle ~ fat free
makan sejuk-sejuk memang nyaman terasa
tapikan tak suka la sebab buah dalamnya skit sangat
tak terasa akan kehadiran buahnya

amboi zarena
kalau nak rasa buahnya
baik ko beli buah sebenar terus
memang rasa lah buag strawberrynya
emmmm nie semua poyos :p

amboi amboi semuanya nak fat free la..low fat la
tapi selagi tak control makan 
emmmm jangan harap la badan tu nak slim melim huhuhuhuhu

suka la skang nie aku pakai tudung half moon
korang suka pakai tak??
masa awal-awal kuar 
harga dia memang boleh tahan kan
perghhhh memang banyak kali gak la aku fikir
nak beli ker taknak
memula harga dia range RM80.00-RM90.00
after that harga dia turun ke harga RM50.00-RM60.00
skang nie harga halfmoon boleh dapat RM35.00
murah kan

suka suka suka
jadi skang nie selalu melaram pakai tudung halfmoon datang ke ofis
emmmm macam-macam fesyen bertudung sakng nie kan :)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Satay Subang

korang suka makan satay tak
di tempat korang satay aper yang popular
kalau di area rumah aku nie
yang aku suka pergi ialah

satay hj.samuri di hiway guthrie
satay mahadi
dan satay subang

malam tadi mak ajak makan satay
jadi aku decide makan sahaja di satay subang
malas nak pergi jauh-jauh
satay sini pun ok jea
biasa kalau makan satay beli bungkus jea
tapi malam tadi sajer jea nak makan di luar
lagi boleh la bawak mak jalan-jalan di luar

baru tahu di sini ada jual macam-macam pilihan
macam tamak jea selera aku malam tadi
emmmmm
kusudahannya tak habis pun
satay ayam 20 cucuk
satay daging 5 cucuk

order rojak sotong
sedap jugak

order mee sup
untuk umairah
makan skit jea budak berdua nie
kesudahannya bungkus bawak balik

baca doa sebelum makan
umairah bacakan
Amin

umar yang sudah tak sabar nak makan
mee sup makan berdua dengan adiknya
nasib baik la anak- anak aku nie jenis boleh berkongsi jugak

kami bertiga
sila abaikan muka aku yang semakin tembam tu :p

balik rumah terus kebabom
ngantuk gila tahap cipan...
pagi tadi baru kemas baju-baju anak untuk di hantar ke nursery
selalu buat sebelum tidor 

nie la kerja tambahan seorang ibu huhuhuhu



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

New Pets ~ Marble and Black

siapa yang tidak suka dengan kucing kan
rasanya ramai yang suka dengan gelagat kucing
lagi-lagi anak kucing yang suka bermain
bagi apa sahaja pasti akan di kejar-kejar untuk di kait dengan tangannya

dah lama sebenarnya rumah aku tak bela kucing
lebih dari 10 tahun kot
salah satu sebabnya mak aku tak tahan dengan bulu kucing
kami yang lain ok jea

skang nie ada 2 ekor kucing di rumah
bukan minta pada orang pun
cuma kucing nie tiba-tiba jea ada di rumah kami
kes orang buang kucing di kedai mak aku la nie
memula mak minta ayah buang kucing nie
tapi umairah suka laks 
asyik la di kelek ke mana-mana dia main dan pergi
cuma aku tak bagi peluk masa tidor takut kena asma

selalu berebut dengan umar
siap bertumbuk la budak berdua nie
than baru la kucing ke dua datang ke rumah
kami namakan black
sebab kebanyakkan bulu di badanya warna hitam
jadi adalah sorang satu kucingnya
marble kucing betina
manja sangat

black kucing jantan
memang sesuai untuk umar

sebelum pergi ke sekolah
asyik la berkepit dengan kucingnya
taknak berenggang langsung

dua-dua pun nak dikeleknya
dua-dua masih kecik lagi
jadi memang sesuai untuk di bwa bermain
keletah anak kucing nie memang menghiburkan hati kan

korang ada bela kucing tak :)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Selamat Hari Jadi Mak

selamat hari jadi mak
hari nie genap usia mak 54 tahun

kami adik beradik doakan :

semoga Allah memberikan kesihatan yang baik
semoga senantiasa dilindungi oleh Allah swt
semoga bahagia bersama kami adik beradik

Selamat hari jadi mak
ada surprise mananti untuk mak malam minggu nie
InsyaAllah


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi