Monday 29 April 2013

Cheongdam-dong Alice

skang nie tengah melayan cerita Cheongdam-dong Alice
di ONE HD (CH 393) pada pukul 7.40pm
memang layan
mr.hubby pun terlayan sama eheh

memang syorkkk la layan citer nie
selain pelakon-pelakon dia yang comey
jalan cerita dia pun best
tak meleret-leret pun

--Cheongdam-dong Alice--

--watak hero dan heroin--

--suka sangat dengan watak heroin--

--watak hero : Cha Seung-jo / Jean Thierry Cha--

--watak hero menyamar jadi setiausaha untuk mengenal lebih rapat dengan heroin--
watak yang dibawakkan memang comey

--watak heroin : Han Se-kyung--
sudah penat berusaha untuk jadi terbaik
kini motonya nak mencari lelaki kaya untuk hidup senang

--Secretary Moon--
suka laks aku dengan watak setiausaha moon nie
comey jugak

tak sabar nak habiskan tonton drama nie
tapi kalau korang tak sabar nak tengok dulu
boleh jea layan di sini

ada setiap eposide
layan......

siapa suka layan drama korea
cuba likes...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sudah Dapat FM

Happy Monday semua
mesti malas jea nak buat kerja hari nie kan eheh

Jumaat lepas sudah terima parcel dari Mummy Ayu
suka suka suka
tengok sampul pun aku sudah boleh teka siapa yang hantar
nak-nak memang aku ternanti-nanti parcel nie eheh
tak sabar tu nak pegang kehkehkeh

--sampul putih yang dinanti-nantikan--
finally sudah ada di tangan

--card tomey dari Mummy Ayu--


--FM berbentuk setem--
cantikkan
yang pasti sangat unik
nampak lain dari yang lain

terima kasih Mummy Ayu
tak sangka dapat FM nie
sebab secara kebetulan Mummy Ayu ada lebihan 
jadi dngan muka tak malu 
aku minta seketui
dan tak snagka dapat laks
rezeki berblogging

rasanya aku nak xchange FM dengan rakan blogger la
selama nie aku hanya menerima sahaja
In Syaa Allah
dalam senarai skang nie :

tungguuuuuuuuuuuuuu






Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Sunday 28 April 2013

Penyanyi Asal Gwiyomi dan Maksud Lagu Gwiyomi

Skang nie makin HOT Laks lagu dan gerak tari Gwiyomi
masa memula dulu dari Korea
skang nie kalau tengok di YouTube tu dah macam-macam versi pun
dari mana-mana negara pun ada
pilih dan tengok jea la

umairah pun sudah obses dengan video Gwiyomi nie
dah boleh hafal gerak jari tu macam mana
nanti aku try buat video masa umairah buat erk
eheh

pastu ramai laks artis malaysia pun buat jugak
Nora Danish
Wawa Zainal
Nazim Othman

--Penyanyi asal Gwiyomi : Hari--

--video asal Gwiyomi yang meletup sehingga hari nie--


                              
--Gwiyomi malaysia yang cute--
tapi aku tetap suka tengok aweks bertudung nie buat
memang super duper cute
muka pun nampak macam muka korea jugak
kan kan kan


Maksud Lagu Gwiyomi Dalam Bahasa Inggeris

Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other’s hands
Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone
1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I’m Kiyomi

-- nie gerak tari kalau masih ada yang tahu lagi--
eheh


hah korang taknak buat video Gwiyomi  sendiri 
mana terus terus glamour eheh




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday 27 April 2013

TQ Nuffnang

pagi nie buka akaun Nuffnang
apa lagi kalau buka
pasti nak tengok Earnings kan

tengok ada Iklan baru 
wahhhhhhh suka suka suka

Iklan Nokia "D

TQ Nuffnang
sudi-sudi la letak iklan baru di blog saya nie erk
boleh la tambah skit-skit tabung Nuffnangs saya nie
eheh

korang apa lagi klik-klik la Iklan di blog saya nie
In Syaa Allah
akan saya balas jasa teman-teman semua
dengan mengklik Iklan di Blog kalian
terima kasih yea

harap klik "D


cha yok cha yok


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Macam Kapal Karam

hari nie aku bekerja
emmmm kalau datang hari sabtu
memang malas gila nak buat kerja
just buat kerja update-update jea
eheh

tinggal lagi 2 minggu adik lelaki aku ~ Sobri
akan menamatkan zaman bujangnya
jadi skang nie aktiviti selepas balik dari kerja memang banyak
macam-macam kena buat
penat gila...

malam tadi kemas bilik bakal pengantin
semua barang dalam bilik di keluarkan untuk sessi mencantikkan bilik
kena cat bilik..tukar tikar getah..buang sawang..semua perabot set bilik dikeluarkan..
jadi keadaan umah mak aku skang nie memang
macam kapal karam
dari ruang tamu sehingga ke dapur
memang berselerak
habuk jangan cerita la
asyik terbersin jea
aucummmmm!!!!

--Kapal Titanic--
apa kes tepek di sini
hahahahaha kata kapal karam
confirm la aku tepek gambar kapal hahahahahaha

jom layan tengok rumah family aku
yang tahap bersepahnya macam...
 fenin aku tengok
--ruang tamu hadapan--
tilam pun landing tengah rumah

--ruang tamu depan tv--
nie kes segala mainan dikeluarkan
jadi umairah dan umar terus berkhemah dalam rumah
biar la dorang berdua buat hal sendiri
daripada mengacau aku mengemas barang-barang "D

--ruang dapur--
lagi aku pening kepala
baju berlambak-lambak

malam tadi ntah baper plastik aku masukkan baju kurung..blouse..t-shirt
yang aku sudah tak boleh nak pakai
tak tahu nak bagi pada saper

kalau jual sebagai Pre-Loved 
ada ker orang nak beli?



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday 26 April 2013

GSC's April Celebrate Birthday

setiap bulan ofis aku akan adakan Birthday Party untuk mereka yang lahir pada bulan tersebut
tapi tak jugak kot
last month takder buat pun eheh
Bulan April nie buat sebab ada Big Boss
eheh

untul bulan April nie yang sambut birthday ialah :
Tuan Mejar Helmy - our GM
Pn.Anna - our Finace manager
En.Hafiz - AOM

yang kelakarnya kek nie pun guna duit Anna
jadi sponsor kek untuk diri sendiri hehehehe
sudah lama plan nak celebrate birthday nie
memula nak buat hari Selasa tapi cancell
pastu nak buat hari Rabu tapi cancell
nasib baik buat plan semalam jadi jugak

beli kek di SR jea ~ Cheese cake
sedap

--birthday cake--

--Anna..Hafiz dan GM--
Selamat hari jadi Boss

--gambar Anna potong kek jea aku snap--
kehkehkeh bos aku kan
jahat betul :p

--dari kiri : Hafiza..Ain..Eikin..Hanis..kak Imah..Nina--
macam-macam gaya

--gambar aku pun mesti la adakan--

lepas potong kek
kami turun semula
sebab dorang yang lain nak sambung meeting
kami menganggu sekejap jea
edisi nak potong kek sekejap
nasib baik la GM layan kan jea :D

--bawak kek ke bawah--
apa lagi kami merasa beramai-ramai la kek tu
tak habis pun

--wajah sengal aku--
hahahahahha layan


bila tengok gambar di atas tu macam kelakar laks board Eikin
masuk gaji kita beli board yang baru la Eikin
kesian aku tengok board ko bertampal-tampal tu
buruk noks aku tengok kehkehkeh

Bulan May saper laks punya birthday..
tunggu




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Gaya Tudung Corak Tribal

skang nie tengah hHOT dengan corak tudung Bawal Tribal kan
memula dulu tengok macam tak berkenan jea
sebab nampak macam berserabut corak dia
tapi lama-lama tengok macam cantik laks
tu yang try beli sehelai
tapi sudah beli sehelai..terus terbeli berhelai-helai laks
 bila sudah pakai terus jatuh chenta dengan tudung tribal nie eheh

macam-macam jenis corak dan gaya tudung skang nie kan
kekadang tu sampai tak terikut trend pun
main belasah jea
tapi aku lebih suka tudung bawal dan shawl daripada tudung ada awning nie
sebab mr.hubby cakap muka aku tak sesuai pakai tudung awning
jadi ikut jea la kata suami ~ penasihat dan perunding kecantikkan tu hehehehehe

1st Tudung Bawal Tribal :
--aku pakai macam tudung bawal biasa--
tapi lepas solat tudung sudah tak terbentuk cantik
cepat kromot dan berkedut
jadi try pakai ala-ala shawl
nasib baik la jadi


 2nd Tudung Sarung Tribal :
--suka suka suka dengan tudung nie--
sebab sarung jea dan tak perlu nak ion
lepas gaji nak beli lagi tudung sarung nie
memang senang nak pakai

 3rd Tudung Bawal Tribal :
--kali nie aku pakai gaya macam gambar di atas--
suka sebab sesuai kot dengan muka aku hahahahaha
puji diri sendiri

sudah ada 3 jenis tudung Tribal
lepas nie nak beli lagi untuk koleksi sendiri
sebab mudah nak pakai
dan senang nak bentuk

korang sudah ada tudung Tribal nie...
jom try sejuk jea kain dia




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Warisan Rimba ~ Chalet dan Kemudahan

last entry mengenai Warisan Rimba
entry nie lebih kepada menjawab persoalan teman-teman blogger
mengenai Warisan Rimba
jadi senang terus jawab dalam satu entry eheh
mudah-mudahan jawapan yang diberikan dapat memberi manfaat kepada mereka yang malu untuk bertanya

kalau korang berminat untuk bermalam di sini
dinasihatkan supaya fikir banyak kali
kalau korang memang yang jenis tak kesah
dan sudah biasa tinggal di kampung mungkin korang tiada masalah untuk bermalam di situ

biliknya memang kecil
hanya disediakan katil bujang
dinasihatkan untuk bawak toto..selimut..bantal untuk keselesaan diri sendiri
untuk yang tak tahan dengan gigitan nyamuk sila bawak ubat nyamuk sekali

di sini tiada bilik air dan toilet dalam bilik
korang kena bersedia untuk menggunakan bilik air dan toilet di luar dan perlu berkongsi dengan orang lain
tahap kebersihan memang ok
tak kotor dan memang terjaga kebersihannya

pemilik tempat ada menerima khidmat menerima tempahan masakan
jadi korang boleh terus order dengan owner untuk makanan
untuk sarapan aku memang minta kak Elly masakkan
order bee hun goreng dan sejag air teh susu ~ untuk makan 6 orang

harga chalet untuk bermalam ialah RM80.00
harga chalet untuk tukar pakaian dan letak barang ialah RM50.00


Nafira :
bestnyeeee!! BBQ tepi sungai.. layan habes~
ade kedai makan tak kat sana?? periuk letrik tuh bawa siap2 ke?
memang ada kedai makan disediakan
owner ada menyediakan pelbagai masakan mengikut apa yang kita nak makan
lepas makan bayar..
memang aku ada bawak periuk nasi dan kettle
sebab memang tahu di sini tidak disediakan kemudahan tersebut

Bruder Michael
where is this nice place?
tempat nie di belakang Zoo Negara, Kemensah Ulu klang

Fifi Nadharh
ade chalet ke ena? kalau ade lagi best kan..
memang ada fifi..untuk bermalam harganya RM80.00
untuk mandi sahaja tapi tetap kena amik chalet harganya RM50.00
kalau biasa duduk kampung chalet dia memang macam tu la
just basic jea

Jebateja
mcm ne plak pasal makan.....best aa info ni...den suka......
pasal makanan sama ada nak bawak sendiri
ataupun boleh jea beli dari kedai pemilik tempat
semuanya ada

Cik Tia
sesuai untuk honeymoon tak kak? hehe .. betul lah akak cakap. sekali sekala cerita pasal tempat percutian pun boleh bagi manfaat dekat orang lain.
hehehehehe suka ngan soalan nie
rasanya tidak sesuai utk honeymoon la sayang
tempat nie untuk bermandi manda jea
keadaan chaletnya macam tak sesuai untuk berhoneymoon jea eheh
datang untuk mandi jea ok jea

terjawab sudah semua soalan eheh
harap bagi manfaat pada yang bertanya dan meraka yang malu nak bertanya


--chalet tempat bermalam--
kecik jea biliknya

--pintu masuk ke chalet kami--

--hanya ada katil bujang dan bantal--

--ada chalet dua tingkat--
kalau datang ramai-ramai elok amil chalet nie
lagi plak mengadap kolam
terus jea terjun tiruk keluar dari bilik hiks

--tempat BBQ yang bersih--

--toilet dan bilik air di luar--
nak basuh pinggan mangkkuk pun sinkinya di luar

--surau pun disediakan--
bersih

--ada dewan kalau nak buat khursus di sini--
muat untuk 40 orang

--pemilik ada kedai makannya sendiri--
boleh order makanan dan minuman di sini

kalau korang berminat nak datang mandi manda di sini
dan berminat nak tidor sekali
korang boleh contact :

Warisan Rimba
kak Elly : 013-337 6934 




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday 25 April 2013

Berjimat Dengan Print Sendiri ~ Buku Mewarna Untuk Anak-anak

kita sebagai ibu bapa pasti nak terbaik untuk anak-anak
betul tak
korang selalu spend duit untuk beli buku baper RM sebulan
biasanya aku akan spend dalam RM50.00 untuk beli apa-apa buku
untuk umairah dan umar
tak kesah la buku mewarna..buku animal..buku cerita..buku nyanyi
atau buku-buku yang lain
kalau kita dapat kurangkan perbelanjaan untuk anak-anak
pasti kita happy dan poket kita pun happy
betul tak

bab buku-buku yang lain terpulang
cuma skang nie aku nak tunjuk pada korang
macam mana kita nak berjimat supaya selepas nie
tak perlu lagi beli buku mewarna untuk anak-anak
just print pada A4 paper..dan sudah siap

1st step : korang klik link di bawah nie


2nd step: akan keluar website dia
--akan keluar gambar macam di atas nie--


 3rd step : pilih gambar apa yang korang nak print
--kalau anak-anak korang minat Hello Kitty--
klik pada gambar Hello Kitty


 4th step : dah klik pada gambar yang anak korang suka
--akan keluar perlbagai jenis karekter kartun Hello Kitty--
time nie memang akan rambang mata
sebab semuanya cantik-cantik belaka

 5th step : pilih kartun dari pelbagai jenis karekter 
--lepas klik akan keluar gambar besar--
just print jea gambar tu
pastu akan keluar sebijik macam gambar Hello Kitty pilihan aku nie

hah macam mana senang jea kan
mudah..jimat..anak pun suka
boleh print banyak-banyak
pastu buat binding sendiri
pastu buat cover binding sendiri
nampak kelainan di situ
betul tak

selamat mencuba "D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Warisan Rimba ~ BBQ Time

kalau pergi ke tempat berkelah dan berendam
aktiviti bakar membakar nie pasti perkara wajibkan
BBQ time
di warisan rimba ada disediakan tempat BBQ
cuma bawa arang sahaja
tempat BBQ nie akan di charge RM10.00

kami check in pun sudah pukul 5.30pm
lepas masukkan semua barang dalam bilik
terus start buat bara api dari arang
cari ranting-ranting kecil untuk buat starter bara
memang mudah la nak hidupkan api "D

untuk permulaan adik ipar yang tolong hidupkan api
dan kemudian mr.hubby yang jaga api
--tempat BBQ yang bersih dan selesa--
ada jaring disediakan

--hafiz & lini--

--aku dan mr.hubby--

--perapan daging--

--perapan ayam--

--ikan cencaru/ikan jaket--

--BBQ Time--
bila bara sudah marak apinya
kerja-kerja membakar memang mudah
sedap jea baunya bila daging bau semerbak ketika di bakar

--letak sedikit dengan minyak masak--
supaya ayam dan daging tidak terbakar sangat

--paling best part makan la--

--selain ada ayam, daging dan ikan--
kami masak nasi lemak sekali
makan berhadapan sungai
sejuk..sejuk..memang makan bertambah-tambah la
sedap sangat
perut asyik lapar jea

--sedap..........--

--siap bawak dapur sekali--

lepas makan terus berendam
memang best
lepas berendam makan lagi

jadi aktiviti di sini ialah
makan..mandi..tidor..
best

kalau korang datang ke sini taknak bawak apa-apa
di warisan rimba ada disediakan khidmat masak memasak
korang minta sahaja menu untuk korang makan

untuk tempahan boleh contact :
Warisan Rimba
kak Elly : 013-324 5916




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi