Sunday, 18 April 2010

Selamat Berhujung Minggu

entry autopublish jea nie
skang nie ada di sijangkang pun
lepak di kg sambil hirup udara bersih


skang niekan
aku macam malas gila nak mengadap pc
time preggy la
kalau yang loyal reader jengah blog aku nie
pasti perasan
time preggy aku akan lemau jea nak update blog
tak percaya
korang tengok la entry untuk tahun 2008
memang skit jea entrynya
kalau tak preggy tiap masa nak jea update blog kesayangan aku nie


time preggy nie kan
aku macam kena sindrom macam nak muntah jea bila ngadap pc
tapi time keja ok jea
bila nak update blog jea
mula la tekak tu rasa mual-mual jea
menyampah tau
pelikkan kan morning sickness dengan pc hehehhehehe


tapi aku harap preggy kali ke 2 nie
aku akan rajin2 kan diri untuk update story my life
dan jeguk jugak blogger yang lain
pada yang sudi singgah di blog aku nie
dan aku tak berkesempatan untuk jengah semula
sorry sangat-sangat yea
keadaan diri aku dan masa tidak mengizinkan aku la


bila aku free pasti aku menjegah blog korang
ok la harap-harap
di hujung minggu nie
adalah hari yang santai untuk beristirehat bersama family
sayang korang :D

Saturday, 17 April 2010

Finally Dapat Jugak Gaji Aku

rasa terkilan jugak
sebab hari nie aku sepatutnya join rajan blogger
yang lain untuk join event Gatsby
tapi hari nie
aku ada appt dengan mr.than pukol 11.30am
jadi kena buat pilihan
sama ada nak pergi enjoy @pun dapatkan dulu gaji aku yang tertangguh
bulan lepas
jadi baik ambil gaji dulu kan
ialah gatsby pun dapat duit jugak
tapi maner lebih besar
sudah pasti la gaji yang kena diutamakan dahulu
betul tak
maaf la tak dapat nak jumpa teman blogger yang lain hari nie


jadi pukol 11 lebih aku dah berada di opis lama aku
mr.than pun dah sampai
cuma nak tunggu mr.phua datang sahaja jea
borak dahulu dengan helen
ingatkan dapat jumpa JoJo hari nie
tapi JoJo takder plak hari nie
tumpang gembira plak bila jojo menang dalam drama yang dianjurkan tadika
dia di PWTC
comel tengok JoJo pakai baju melayu hehehhehe
ialah kata 1Malaysia kan :D


mr.phua dah datang
baru la aku masuk jumpa mr.than
jimmy plak masih di Thai
nasib baik la dia tak der
aku memang kalau boleh nak elakkan jumpa si jimmy tu
malas nak jumpa
dan memang pasti taknak jumpa dia pun


tunjuk skit dari pc aku
tentang acct yang telah aku buat untuk tahun nie pada mr.phua
mr.phua try jugak untuk pujuk aku bekerja di situ
cuma aku tolak dengan baik
yang kerja baru aku skang nie benefit lebih baik dan ada future di sana
siap dengan mr.phua
jumpa plak dengan mr.than
tengok atas meja dah disediakan cek untuk aku
alhamdulillah
finally dapat jugak cek aku
senyum pada mr.than dan say thanks


mr.than tanya aku pasal barang Avon
aku tunjukkan apa yg urgent kena hantar
siap buatkan Do dan Inv
tunjuk pada mr.than mana folder avon dlm pc
emmmm bila la nak ada staff baru di sini
cepat2 la cari org
tak la ssh nak buat kerja nie semua


pukol 1pm
baru la semuanya selesai
kelam kabut balik
sebab dah janji dengan Lini nak keluar
keluar dengan hati yang happy :D

Thursday, 15 April 2010

Umairah Super Girl

superman pakai spender kat luar
tapi umairah plak pakai spender di atas kepala
time lipat baju time nie la
macam-macam aksi si kecik nie nak buat
kadang-kadang tu menyibuk jea
ada yang lucu
dan ada jugak yang geram jea tengok telatah si kecik tu
dah ada pakaian yang di lipat
pakaian tu la yang nak di kirainya
geram tau
kita dah bagi yang tak lipat lagi
yang tu taknak plak di kirainya
tetap nak jugak yang sudah di lipat
memang bising jea mulut aku time nie


kali nie memang la lucu
umairah ambil spender sehelai-sehelai
pastu susun di kepala dia
pastu tarik ke leher
aku rasa lebih kot 5 helai spender di susun di leher umairah
semua spender la di susun di leher dia
termasuk la spender atuk dan wan dia hehehhehe


jom layan aksi umairah buat catwalk dengan spender tersusun di leher
ketawa tak ingat tengok aksi umairah yang satu nie



memula susun dahulu spender di atas kepala
pastu pilih spender maner jadi pilihan untuk disarungkan lagi



iyah - iyah beruasaha dengan gigih untuk melepaskan spender dari kepala
untuk melepaskan terus ke leher yang jinjang tu :p



dah jumpa pilihan terus sarungkan ke kepala
spender putih menjadi pilihan :p



cuba kira yea auntie-auntie semua berapah kah helai spender
berjaya disarungkan dileher saya hehehhehehe



puas hati spender berjaya di susun
baru lah boleh buat catwalk satu rumah
pastu kena gelak tak ingat ngan kami semua hehehhehehe


alahai anak ibu
telatah kamu selalu la mencuit hati


Wednesday, 14 April 2010

Suasana Kerja Di Tempat Baru


muka tengah menggelabah
sampai awal tapi tepat pukol 8.3oam baru la masuk ke opis
hehehehhe nak masuk awal rasa macam tak konfident jea nak melangkah masuk


start kerja di tempat baru pada 7hb [rabu]
memula nak pergi rasa berdebar-debar sangat
ialah 1st day nak datang kerja tempat baru kan
asyik pikir sahaja
adakah aku boleh sesuaikan diri di tempat baru @pun tidak
gud luck to me


aku kerja di U1 Glenmarie Shah Alam
masuk kerja pukol 8.30am - 5.30pm
yang penting hari sabtu CUTI :D
1st day kerja memang membosankan skit
sebelum pagi dengar taklimat dari HR
selepas lunch plak aku dengar taklimat dari ketua department aku plak
memang ikut procedure


aku suka dengar benefit yang bakal aku aku dapat dan staff2 yang lain
bakal dapat:
spec mata - 3 tahun sekali boleh claim
lens - setahun sekali boleh claim
dentist setahun tak lebih dari RM500
medical card untuk suami dan 3 org anak [sama dengan sayang]
dapat RM1300 selepas bersalin untuk 3 org anak yang hidup
yang lain-lain aku rasa sama jea kot dengan company yang lain


aku kerja di bahagian Finance [AR]
ok la sebab ada 5 orang staff sambil di ketuai oleh ketua bahagian
3 orang cina
3 orang melayu
ke tiga3 staff melayu tengah pregnant hehehehhehee
dan member cellogeue aku semunya baik2 belaka
member cellogue cina pun ok
tak lokek dengan ilmu
setiapa apa yang aku tanya pasti di jawab dengan baik
thanks korang :D
teringat pada Helen
Helen pun baik sangat pada aku
nanti mesti dah tak dapat nak jumpa JoJo :(


waktu lunch 12.30 - 1.30
waktu luch biasanya beli tapau jea
beli makanan depan Eon Service
ok la harga dia - murah dan sedap


bahagian finance lain pun semuanya ok [AP]
masing-masing dah berusia
jadi bila berborak tu macam-macam cerita boleh kita dengar
hehehhehehe kutip pengalaman
pastu macam-macam yang di jual
ada yang jual kek, tuppaware, cosway...
pilih ajer la nak apa :D


muka happy sebab syarikat yang aku kerja skang nie ok sangat
berkat doa family aku dan teman-teman


1st day kerja - meja pun kosong jea
tak tahu nak godek-godek apa
internet memang tak boleh nak buka sebab
dept aku bersebelahan sebelah MIS jea
nanti sekejap jea budak MIS sampai ke meja aku bila connect ngan internet
tapi kan selepas 3 hari bekerja di sini
memang lupa pasal blog dan facebook
sebab kerja memang menimbun
kadang-kadang tu balik pun lambat




hari ke 3 bekerja :D


masih lagi boleh pakai kemeja dan seluar slack
hehehehehe masih dirahsiakan aku pregnant
nanti bila dah kerja 3 minggu di sini
baru la aku akan cakap dengan ketua aku :D
alhamdulillah di awal kandungan nie
aku dan baby baik-baik sahaja
harap begini la sehingga aku selamat bersalinkan baby aku nie



kerja yang semakin menimbun
memang la rasa nak pecah otak
belajar benda yang baru
pastu kena cepat tangkap apa yang orang ajarkan
ialah takkan la asyik nak tanya jea kan pas sudah diajar
memang aku sentiasa take note dengan apa yang sesiapa mengajar aku
pastu guna system SAP plak tu
yang aku memang tak familiar
jadi kena belajar dari awal la


so far masuk minggu ke 2 aku kerja di sini
semuanya ok
bilik solat pun memang kemas dan cantik
ialah ramai jugak staff melayu di sini
time solat depens pada kita bila kita free
boleh la pergi bersolat
setakat nie semuanya aku puas hati
memang lebih baik dari tempat kerja aku sebelum nie
Alhamdulillah

Monday, 12 April 2010

Banjir Oh Banjir

skang nie hujan jea sentiasa kan
tapi bagi aku Alhamdulillah
sebab sejuk jea bumi kan
dan tidor malam pun sejuk jea terasa


pagi sabtu yang lepas
pagi-pagi aku dah terima panggilan telephone dari Lini
cakap umah mak banjir
jadi aku terus bersiap nak balik ke rumah mak
nasib baik la tempat kerja baru nie
hari sabtu memang cuti
dan sayang plak kerja masuk petang
jadi pukol 9 lebih selepas umairah bangun
terus bersiap balik ke rumah mak


sampai di umah mak
yup aku tengok rata-rata penduduk blok C
di kg.melayu sri kundang rumah dimasuki air
dah lama rumah tak dimasuki air
setelah longkang di buat
last banjir di area umah aku ialah ketika aku berumur 12 tahun
time tu memang pesta air la
air memang tinggi
bila air mula surut memang boleh tengok ikan merata-rata
tangkap pakai tangan saja
seronok tak ingat la time tu
tetiba teringat time kecik-kecik dahulu :D


umah mak cuma masuk air di bahagian dapur
itu pun nasib baik la cepat perasan air dah mula masuk
hujan turun memang lebat dan berlarutan sampai ke pagi
dari pukol 12 lebih tengah malam hingga la berlanjutan ke subuh
yang ada di rumah ketika itu
cuma ada mak, ayah, lini dan sobri
tapi sobri tidor mati
kejut pun tak bangun
ayah plak sibuk dengan ikan keli dia dalam kolam
jadi yang membuang air yang masuk ke dalam rumah cuma mak dan lini
kesian ... nasib baik la pija tidor dengan lena
jadi tak la bz nak kawal pija main air


rata-rata rumah yang lain abis masuk 1 umah
macam umah sewa mak
masuk air sampai ke buku lali
habis tenggelam semuanya
tidor tak ingat
yang kelakar abang atan la [penyewa umah mak]
tidor di ruang tamu bersama dengan anak bujangnya
kaki terlepas dari atas tilam
terus terasa ada air
pastu terus terpikir yang anak dia kencing atas tilam
bangun buka lampu
terus terperanjat tengok semua barang dah terapung
hah apa lagi terus la kelam kabut angkat apa yang boleh diselamatkan
ana plak terpisat-pisat bangun


bila banjir nie memang penat kan
nak buang air
pastu nak simbah dengan air bersih dahulu
pastu baru la boleh mop lantai
emmmmm macam mana la dengan orang yang tinggal di pantai timor tu kan
saban tahun umah tenggelam dengan banjir
hilang harta benda
dan ada jugak hilang nyawa orang-orang tersayang
berhati-hati di musim banjir nie


malam tadi tengok berita
sedih jea tengok bila ada bayi di buang di tong sampah di sg.coh
sampai hati manusia yang berhatikan haiwan membuang bayi tersebut
ke dalam tong sampah
tergamak sungguh melakukan perbuatan terkutuk tersebut
bayi itu tidak bersalah langsung
yang bersalah tu lelaki dan perempuan tu yang hanya tahu berseronok sahaja
sedih tengok manusia di akhir zaman nie

Sunday, 11 April 2010

Bagi Aku Tidak Membantu Langsung





pada hari jumaat [2/4/2010]
dengan aku keseorangan
dengan hanya berpandukan alamat di website
aku pergi ke Jabatan Negara Rakyat
@ lebih dikenali sebagai Jabatan Buruh
saper pernah buat aduan di sini
angkat tangan cepat :D


aku pergi di Subang Jaya
dengan rasa was-was tapi tabahkan diri untuk datang jugak
sayang tak dapat temankan sebab ada kerja yang banyak di kilang
tapi takper la doa dan kebenaran yang penting dari suami tersayang
sampai di JTR dalam pukol 2 lebih
lepas orang habis sembahyang jumaat
ramai jugak yang datang
bila kaunter di buka sahaja
terus aku meluru ke kaunter
aku dapat no.2
hehehehhehehehe tak la lama sangat aku di sini nanti kan


aku datang di sini untuk meminta pandangan
apa yang sewajarnya yang perlu aku lakukan di ketika ini
ialah aku taknak pilih jalan yang salah mengikut nafsu yang tengah marah
jadi baik kita dengar dari pihak yang lebih arif
betul tak.....


aku masuk ke bilik no.1
duduk seketika untuk menunggu orang bakal mendengar masalah aku
perempuan dan ayu orangnya [nama plak dah lupa]


aku terangkan semua yang terjadi
setelah beberapa ketika
saudari tersebut mengata terdapat 2 cara untuk menyelesaikan masalah aku nie


penyelesaian tersebut ialah

1) aku menerima sahaja pemecatan aku tersebut tanpa ambil apa-apa tindakan..dan tiada kes yang aku ambil terhadap majikan

2) hantar surat status pekerjaan aku kepada majikan dalam masa 7 hari..jika majikan mengiyakan pemecatan baru la kes akan difailkan..dan sekiranya majikan masih mehu aku bekerja, aku perlu bekerja semula dan memberi notis berhenti sekiranya aku taknak bekerja di situ semula...


bila aku dengar cadangan yang diberikan
dengan selamba terus aku cakap
kata JTR nie nak menolong staff yang teraniaya
tapi dari cadangan yang saudari berukan lebih memihak kepada majikan..
tak guna saya membuat aduan sekiranya semua cadangan hanya memihak kepada majikan..
aku ucapkan terima kasih dan terua angkat punggung
ialah buat apa nak tunggu lagi kalau cadangan lebih memihak kepada majikan


korang pernah tak dengar
pasal JTM tak ambil tindakan apa-apa terhadap majikan
walaupun staff tersebut ada bukti yang kukuh mengatakan dia teraniya
sepupu sayang ada buat aduan terhadap JTR
JTR siap datang ke kilang untuk buat spotcheck
tapi pastu senyap jea tiada apa-apa yang terjadi
kesian kan


sayang cakap skang nie lebih elok buat aduan ke Jabatan Perusahaan
yang nie lebih memihak kepada staff
kes berjalan setahun
bekas majikan tetap akan dikenakan untuk membayar gaji bekas pekerja



apabila kaunter di buka
semua orang nak serbu


muka bosan menunggu giliran



aku call Mr.Phua [Secretary Company dan Accountant Company]
sehari selepas terjadinya perkara nie
dia memang terkejut bila dengar aku sudah di pecat
Mr.Phua memberi jaminan yang aku akan mendapat gaji aku untuk bulan march
dia janji pada aku
ok aku harap janji tersebut dapat ditunaikan
dan aku kena datang ke opis pada hari selasa [6/4/2010]


pergi ke sana aku ditemani Lini
sayang tak benarkan aku pergi keseorangan ke sana
jadi bila ada orang temankan kira ok la
jimmy sudah terbang pergi ke Thai
jadi aku berjumpa dengan Mr.Than [bapak mertua jimmy]
bersama sekali dengan Mr.Phua


masuk ke bilik mr.than
aku cuma senyum memandang
aku rasa ada lah nak dekat 2 jam lebih aku di bilik mr.than
sampaikan helen pun minta diri dulu sebab sudah masa untuk balik
mr.than cuba memujuk aku untuk bekerja semula
emmmmm jimmy tak berjaya nak pujuk aku bekerja semula
skang nie guna plak kaedah bapak mertua dia plak untuk memujuk aku bekrja semula
tapi apa yang aku boleh perkatakan
aku dah tak sanggup nak bekerja semula
nak bekerja semula dan memandang semula muka jimmy
aku memang dah tak boleh
masih lagi dalam trauma melihat polis datang macam nak tangkap aku
macam aku nie buat kesalahan yang besar
padahal nak memerangkap aku


mr,than asyik la cakap
bos tengah marah memang la macam tu
yang tu aku memang tak boleh nak terima
ialah 3 tahun aku boleh sabar dengan karenah panas baran dia
cuma aku yang boleh sabar di situ
staff yang lain awal-awal lagi dah cabut lari sebab dah tak tahan nak bekerja dengan jimmy lagi
jadi apa perlunya aku berkorban jiwa raga untuk bekerja dengan jimmy lagi
cukup la dengan apa yang terjadi
tak sanggup lagi aku nak hadapi beban perasaan berulang kali
cukup cukup cukup la
cari ajer la staff yang lain
yang boleh buat semua benda macam minah kilang tu


mr.than beri tempoh kepada aku 3 hari untuk aku berfikir
aku cuma mengangguk sahaja
cuma di dalam hati takper la dengan perlawaan mr.than tu
ena dah berhabis pikir yang ena memang taknak bekerja lagi di situ
bila perasaan bebes tu sudah ada biarlah ianya bebas selama-lamanya


sebelum balik aku tanya pasal cek gaji aku
aku pandang pada mr.phua
dan mr.phua cakap dia dah pass pada mr.than
mr.than terus cakap yang cek untuk aku belum sign lagi
ehhhh apa kes nie
cakap cek dah ready bila dah datang cakap cek tak sign lagi
nak main-main ker
mr.than cakap bila dah ada dia call aku
aku keluar dari opis dengan geram tak ingat la
memang buang masa aku datang
selepas nie jangan la harap aku nak datang semula


aku bagi msg pada mr.phua
"mr.phu cakap cek ena dah ready datang hari nie untuk collect sahaja..bila ena datang cek tak sign lagi..sampai bila cek ena nak ditangguhkan"


aku tulis msg tu memang dalam perasaan yang marah la
sebab rasa macam dipermain-mainkan
geram dan marah


mr.phua call aku tak angkat pun
malas nak layan
tak lama tu mr.than plak yang call
aku memula tu taknak angkat
tapi bila lini nasihatkan aku untuk angkat
baru la aku angkat
mr.than say sorry sebab tak dapat nak bagi cek tadi
sebab cek tertinggal di ss2..datang ke opis terlupa nak ambil..
jangan ingat dia taknak bagi cek aku tu


aku cuma ya ya ya jea dari awal sampai la hp dimatikan
emmmm lain plak alasan
tadi baru cakap cek tak sign lagi
pastu cakap plak cek tertinggal plak lupa nak ambil
emmmm apa-apa jea la labu


hari sabtu yang lepas aku call mr.than
untuk tanyakan pasal cek aku lagi
dan tak dapat nak jumpa aku sabtu tersebut sebab dia dah 2 hari tak masuk ke opis
sebab demam
emmmm kesian
mungkin banyak masalah yang dia kena pikirkan
ialah syarikat sendiri pastu syarikat anak menantu plak tu kena settle kan
mana la tak demam
mr.than nak jumpa aku hari isnin pada pukol 3 lebih
emmmm takper la aku pun dah start kerja baru di tempat baru
mungkin aku akan msg ajer mr.than aku tak dapat nak jumpa
kalau ada rezeki aku
ada cek gaji aku
aku cuma minta pass ajer pada helen
aku akan ambil saja dari helen
nak jumpa mr.than
aku rasa takder apa yang nak diperbincangkan lagi


full stop cerita aku tentang kerja aku yang lalu
skang nie aku bahagia dengan kerja yang baru
nanti aku ceritakan :D


ceria-ceria selalu


Saturday, 10 April 2010

Ke Balai Polis

selepas dapat melepaskan diri dari jimmy
ialah umairah pun dah menagis sebab bosan
ialah aku tak lepaskan umairah untuk berjalan
ialah risaukan ada kereta yang lalu lalang
nanti tak pasal-pasal jea ada kes yang lain plak - simpang la kan


terus aku ajak sayang ke balai polis subang untuk buat aduan
memandangkan aku dan sayang tak tahu balai polis kg.melayu subang
terus aku call ira
ialah dia memang tahu balai polis tersebut
sebab adik pakwe dia anggota polis di situ
dan ira pun ada kawan di sana
dan aku bernasib baik sebab ira sudi temankan aku ke balai polis
untuk buat report..thanks ira


sampai di sana pukol 7 lebih
tunggu giliran aku
ada la nak dekat 1/2 jam di situ
bila nama aku di panggil
ketua polis di situ tanya nak buat aduan apa
terus aku ceritakan apa yang terjadi
terus ketua polis tu cakap
ooooo aduan yang kecoh tu yea
ok takper awak bagitahu apa yang terjadi
akan kami catatkan apa yang bagitahu di report nie


memula tu polis tu yang taip tapi ketua polis tu terus tanya aku
"taip laju tak? kalau boleh taip duduk sini taip apa yang terjadi"
aku yang dengar terus tercengang biar betul
terus ira tolak aku untuk aku taip hehehehhee
dalam malu-malu tu terus jea aku duduk di bangku untuk menaip
apa yang terjadi
tak sampai 1 minute semuanya sudah tercatat
polis tu baca semula dan betulkan ayat yang tak sesuai untuk di pakai
aku tanya la pada ketua polis tu
nak catat sekali ker yang aku takut bos aku tu akan tuduh aku macam-macam

ketua polis tu cakap tak perlu risau sebab aku dah ada covering report
jadi ini dah jadi sebagai bukti untuk keselamatan aku
aku siap bagitahu yg bos aku tu ugut aku dengan lawyer lagi
ketua polis tu cakap tak perlu risau
sebab dalam hal nie bos aku yang bersalah
jadi apa yang aku buat sekang nie untuk membuktikan lagi aku tak bersalah
dan report di buat untuk langkah keselamatan..


pukol 8 lebih
baru la segala-galanya selesai
alhamdulillah
baru la beban di bahu aku terlepas
rasa macam bebas sangat
sakit di kepala pun terus terbang



aku dan ira
thanks ira
sebab temankan kak ena pergi ke balai polis




aku tengah cari ayat yang sesuai untuk diletakkan dalam repot
orang yang masuk macam pelik bila tengok aku yang taip :D


sambil aku taip
aku di pantau oleh ketua polis subang
thanks ketua polis [nama tak ingat]
banyak bagi nasihat berguna pada aku


selesai semuanya terus tersenyum lega
finally masalah aku dapat diselesaikan
Alhamdulillah



Kenapa Ada Polis Plak Nie

sampai di simpang masuk ke opis aku [simpang kilang roti]
aku nampak ada kereta polis
sayang follow belakang kereta polis
dan kebetulan keta jimmy pun baru jugak keluar dari selekoh
terus berhenti bila nampak aku datang semula
dia buka tingkap dan tunjuk arah pergi ke opis semula


time tu aku dah terpikir
kenapa kena ada polis
aku minta sayang patah balik sahaja
tapi sayang cakap nak buat apa patah balik
kalau kita di pihak yang benar tak perlu nak takut apa-apa
ok aku terus diam dan berdoa pada Allah tiada perkara buruk yang terjadi
sampai di depan opis sudah ada 2 kereta peronda polis
semakin pelik..kenapa plak nie


jimmy keluar dari kereta
dan aku jugak keluar dari kereta
pass umairah pada sayang
aku pergi ke arah jimmy
dan aku tanya kenapa ada kereta polis nie
terus jimmy cakap takder apa-apa


dia terkejut sebab aku datang semula ke opis
dia ingat dia boleh perangkap aku
syukur kepada Allah
sebab tergerak hati nak datang ke opis semula untuk pulangkan kunci opis
pastu datang lagi sebuah kereta peronda
total yang datang time tu 3 bijik kereta
dan 6 orang anggota polis
macam kes besar kan


polis datang ke raah aku dan jimmy
sayang plak duduk dalam kereta sambil pintu kereta di buka luas
aku berdiri sebelah sayang
jimmy hadapan aku dan sayang
terus pujuk aku dan minta maaf
aku plak time tu asyik la ulang
"mr.jimmy dah buang saya..dan saya taknak dengar apa-apa lagi..saya datang nak pulangkan kunci opis sahaja" aku

jimmy plak time tu dan gabra gila dan pucat
ialah nampak sangat salah dia
tapi nak coverd epan polis
bila polis tanya apa kes sebenarnya call polis nie
boleh plak jimmy cakap sambil tangan tolak-tolak polis tersebut
aku tengok air muka polis tu memang bengang gila la
ialah ko dah call pastu nak buat tak tahu plak

jimmy siap cakap lagi " takper2 saya boleh settle kan masalah saya..nie masalah dengan staff saya jea"

bodoh...


aku memang dah taknak dengar apa-apa lagi dari mulut jimmy
pandang pun aku taknak
jimmy cakap dengan sayang jea
aku terus pergi ke pada polis
polis tu tanya apa yang terjadi
aku ceritakan semua yang terjadi
tiada apa yang tertinggal pun
polis tu cuma gelak jea bila dengar cerita aku
la takder apa2 pun

aku tanya la napa ada polis
polis tu bagitahu yang jimmy call polis yang
di opis ada gaduh besar dan ada staff bawak pulang kunci opis
emmmm bagus la adik datangs emula untuk pulangkan kunci
jadi bos adik pun tak boleh nak panjang2kan kes nie
lagi plak adik pulangkan kuci depan kami semua
tapi saya nasihatkan adik buat report jugak untuk langkah keselamatan diri adik
betul jugak tu


bila aku toleh ke belakang
aku nampak jimmy berlutut pada sayang
untuk pujuk aku bekerja semula pada dia
jangan harap la aku nak bekerja lagi dengan dia
selama hari nie aku bersabar jea
skang nie jangan harap la
aku dah hilang sabar pun



jom layan gambar
sempat lagi aku jadi paparazzi time tu :p


jimmy tengah pujuk suami aku
untuk pujuk aku bekerja dengan dia semula
tapi jangan la harapkan
dah keluar dari mulut harimau
takkan la nak jadi mangsa lagi kan
dah dapat lepaskan diri
baik terus blah ajer la


umairah tengok jea apa yg jimmy cakap
memang tak boleh dukung umairah time tu
dengan polis pun dia main-main cha chak cha chak
lari sekeliling kereta

polis yang banyak membantu aku pada hari tersebut
terima kasih polis :D



tak larat nak berdiri terus lepak masuk dalam kereta
malas nak layan
alu pun malas dah nak layan apa yang jimmy cakap
asyik la sebut
"kita kan adik beradik"
banyak la ko adik beradik
bila ko dah terdesak baru nak cakap adik beradik
time ko maki dan marah aku tu ko lupa plak kan
skang nie ko tanggung la sendiri



sambung...

Betul Tekaan Aku..Debar Di hati Mengiyakannya

sambung cerita sebelum nie
pagi-pagi tu [31/3/2010] aku dah sampai di opis
biasanya aku akan sampai di opis pada pukol 9.15am
tapi untuk hari rabu tersebut
pukol 8 lebih aku dah ada di opis
terus punch card dan aku terus kemas semua barang aku
barang hak milik aku yang ada di opis
terus aku sumbat masuk ke dalam kotak
selipar buruk pun aku masukkan ajer ke dalam kotak
aku memang taknak tinggalkan apa-apa di opis tu
aku rasa berdebar-debar dari hari selesa tersebut
sayang asyik minta aku selawat selalu dan minta aku berdoa kepada Allah


kerja-kerja yang aku pending
terus aku buat dan failing
kiranya nie adalah 1st time aku siapkan semua kerja
dalam masa yang singkat
mungkin masa dan keadaan yang buat aku begitu
buku diary [buku catata] pun aku bawak balik sekali
ialah nak tinggalkan pun siapa nak gunakan
siap semua barang aku sumbat ke dalam kotak
aku kemas opis dahulu
siap vacaum lagi..memang bersih dan kemas


aku balik ke rumah dahulu
hantar semua barang aku
pastu terus pergi ke citibank dan maybank untuk bank in
cek bos aku tu


sampai di opis
aku buat semua payment voucher
ialah hari lastkan untuk bulan march
jadi kena lah prepare semua payment
termasuk la gaji aku
dalam pukol 4 lebih macam tu baru la bos aku tu masuk opis
muka dia memang macam taik la
aku macam biasa buatkan air teh untuk dia
dan sediakan semua buku akaun dan bil-bil yang perlu di bayar
untuk dapat approve dari dia


bila helen dah balik
dan cuma tinggal aku dan dia sahaja di opis tu
baru la taring kemarahan dia muncul
suruh ambil fail...
aku ambil dan pas pada dia
serta merta marah sebab ada yang salah failing
tapi yang pasti bukan salah aku
salah staff sebelum nie yang buat failing tak betul
tapi itu bukan isu yang besar
sebab dia memang nak cari pasal untuk lebihkan api kemarahan dia
ialah akukan tinggal sorang jadi semua kesalahan mesti la dicampakkan terus pada batang
hidung aku
time staff tu [semua staff la] taknak plak marah-marah
semua ok..bila staff dah berhenti
aku jugak yang jadi mangsa
blame pada aku
yang aku nie tak pandai jaga anak buah
aikkkk ke situ plak
sebelum nie takder plak ko nak check ker..nak tanya ker..kat budak-budak tu
dah selalu sangat jadi macam nie
kiranya nie kali ke 3 aku tinggal di opis nie
setelah budak2 yang lain blah dari situ [sebab tak tahan dengan bos aku tu]
entah sampai bila perangai nak berubah


bila dia tanya aku diam sahaja
ialah aku nak jawab apa bukan kerja aku sebelum nie
sebab sebelum nie dia ada tanya dan aku jawab salah
aku jugak kena maki
baik aku amik jalan mudah dengan mendiamkan diri
tapi langkah aku mendiamkan diri tak selamat bagia ku untuk masa tersebut
sebab serangan terus membuta tuli ke arah aku
satu persatu benda yang tak logik di tanya pada aku
mana la aku nak jawab
sebab staff tu dah berhenti
aku nak jawab apa..BODOH


aku diam dan tundukkan muka
sambil tu aku main-main dengan jari aku
riak muka aku pasti la .... siapa kenal aku pasti tahu memek muka aku macam mana
kalau aku tak suka
orang yang lihat pasti bertambah marah :p


bos aku minta employee file
dalam debar..ialah sebab aku dah keluarkan semua butir tentang diri aku
dia nak tengok tentang staff sebelum nie
bila tengok staff tersebut tiada butir dalam file tersebut lagi la hantu
dalam badan dia berterbangan
aku dudk semula depan dia
tunduk ke bawah
tapi dalam hati dah membara
nak angkat bontot untuk blah jea


bila aku dongakkan kepala
terus bos aku tanya
"u nie nak bekerja lagi ker kat sini" bos
"napa mr.jimmy nak ena kerja lagi ker" aku
"kalau u taknak kerja lagi..tak payah kerja..i buang u kerja skang nie" bos
"ok baik..ena ikut cakap mr.jimmy..mr.jimmy buang ena kan..ena terima" aku

aku terus angkat bontot
amik handbeg
capai kunci kereta
terus meluru keluar
masuk dalam kereta
lock kereta
dari belakang aku tengok jimmy dah kerja aku
terus aku reverse kereta dan blah


call helen apa yang telah aku buat
helen memang sokong la dengan apa yang telah aku buat nie
memang bagus
hp aku terus berdering-dering
jimmy call aku
mr.than pun call aku jugak
memang aku tak angkat la


terus balik ke rumah
2 jam aku kena marah dan maki
tak tahu la napa aku boleh sabar jugak hadap muka cina tu
mungkin aku nak tunggu ayat dia buang aku kerja kot hehehhhee


pukol 6pm sayang sampai
terus aku ceritakan pada sayang
cerita sambil nangis
sayang pujuk aku dan pergi ambil umairah dahulu
aku berkira-kira time tu
nak datang semula ke opis untuk pulangkan kunci opis
@pun bagi pada esok hari sahaja
terus sayang cakap baik bagi sekarang sahaja
dan hati aku terus berdebar-debar
rasa tak sedap hati

dan aku ikut cakap sayang untuk pergi
ke opis semula untuk pulangkan kunci
sampai di sana
aku memang terkejut dan takut


sambung...








Friday, 9 April 2010

Hari Yang Paling...Lepas Semua Beban Di Bahu

ceritanya bermula begini
pasti ada yang ternanti-nanti apa cerita
yang berlaku dan apa yang terjadi terhadap diri aku
walaupun kawan baik aku pun
tidak tahu kisah di sebalik semua nie
yang tahu cuma shumie sahaja
yang lain hanya tahu dasar sahaja
detail dan apa yang berlaki tiada siapa yang tahu


aku sudah di BUANG BEKERJA..bagus pun
hehhehehehe lega hati aku
tak payah nak letak jawatan
macam mana dan bagaimana perkara tersebut terjadi
akan aku ceritakan secara terperinci


semuanya bermula dari hari selasa lagi [30/3/2010]
selepas 3 lebih bos aku call untuk bank in 2 cek dia
citibank dan maybank
citibank kalau di kota damansara nie
cuma ada di area the curve sahaja
maybank dekat sahaja dengan opis aku
jadi baik pergi yang jauh dahulu
time keluar dari opis memang dah hujan lebat
tapi disebabkan tanggungjawab
aku keluar jugak menuju ke mutiara damansara
sampai di traffic light sunway damansara
jam dah teruk
aku tersekat dalam jem nak dekat 1 jam 1/2
bos aku pun asyik call aku ada di mana
mesti la aku cakap di kota damansara lagi
pastu dah start marah2 dalam phone
yang buat kerja mudah pun tak boleh nak buat
erkkkk aku yang time tu dah terkedu
aerkkkk apa salah aku nie
pastu terus dia matikan bos
bila aku tengok minyak kereta aku dah menyala untuk di isi
terus aku call bos aku untuk pusing semula
dan akan bank in semula cek citibank esok pagi sahaja
ialah gila la kan untuk aku teruskan perjalanan
jem yang tak gerak-gerak langsung


bila aku cakap macam tu pada bos aku
terus la kena maki lagi
erkkkk salah lagi ker
dia ingat kalau aku pergi jugak
kereta aku tersadai tepi jalan
cek dia dapat jugak ker di bank in kan
kepala otak
aku rasa ada lah dalam 1/2 jam aku dengar bebelan bos aku memekak
di telinga aku


aku terus matikan phone aku
terus jea blah
malas aku nak dengar lagi
buat aku sakit jiwa
time tu aku memang dah menangis la
terus call helen
minta pendapat dia
dia la yang banyak tolong dan tenangkan aku
thanks helen


ambil umairah
terus balik ke rumah
tapi dalam tu aku rasa berdebar2
macam akan terjadi perkara yang buruk pada aku
memang tak sedap hati la


sambung...

Salam Semua

wow seminggu lebih aku tak buka blog
memang rindu sangat-sangat
tapi masa memang tak cukup untuk aku
menjengah blog kesayangan aku nie
cuma hari nie berkesempatan aku nak buka blog kesayangan nie
rindu tak pada aku :p


ok banyak sebenarnya
yang nak aku ceritakan
ambil masa untuk aku memulakan cerita
aku akan buat entry tentang perkara tersebut

Saturday, 3 April 2010

Alhamdulillah Dalam Duka Ada Gembira


yipieeeee target aku dan sayang nak anak lagi seorang
sebelum umur kami 30 tahun [tahun depan aku dah masuk angka 3 plak]
tercapai..syukur Alhamdulillah


dalam duka aku hadapi masalah
terpancar cahaya kegembiraan dalam hiduk kami sekeluarga
muka aku yang monyok..tak cukup tidor..
semuanya hilang dengan melihat garis dua nie muncul malam tadi
tergerak nak buat urine test sebab period aku tak datang lagi
sepatutnya 21hb aku dah kena
tapi sudah 2hb masih tak datang lagi bendera merah
terus tergerak hati nak test
memandangkan urine test nie ada spare di rumah mak
terus nak test
dan kepetusan yang aku lihat
pasti la membahagiakan kami berdua
sayang tak putus-putus kiss aku dan kiss perut aku hehehehhe
memang membahagiakan


aku kongsi berita gembira ini bersama teman blogger yang aku sayang
thanks yang risaukan diri aku
siap ada yang msg dan ym aku tanya kenapa
dan doakan yang terbaik untuk diri aku
aku memang terharu dengan sahabat-sahabat yang terus menyokong aku
walaupun tidak tahu apa yang terjadi
insyaAllah aku akan story di blog aku nie
apa yang terjadi

aku privatekan blog kerana aku serabut dengan masalah
dan kini alhamdulillah masalah tersebut aku dapat atasinya
dan pasti aku tak sabar nak bekerja di tempat baru minggu hadapan
doakan aku hadapi semuanya dengan jaya yea teman-teman

sayang korang :D