Saturday, 11 September 2010

Selamat Hari Raya Dari Kami Sekeluarga

Dam Dam Dum
Bunyi Mercun

Ena ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Dari kami sekeluarga

maafkan ena jika ada terkasar bahasa
dalam penulisan
ada yang terasa
maafkan la diri yang serba kekurangan ini


tahun nie kami beraya di Sijangkang
raya ke tiga baru akan balik ke Sg.Buloh
raya dimana2 tetap sama asalkan ada insan tersayang disisi

hah saper duduk di Sijangkang
jemput la datang
hehhhehehhehhheh







Tuesday, 31 August 2010

Happy Anniversary

selamat ulang tahun perkahwinan kami yang ke - 4
dan
selamat hari kemerdekaan untuk negara kita yang ke - 53


emmm hari nie semua warga malaysia bercutikan
memandangkan hari nie kita berpuasa lagi
jadi aku tak plan nak buat something special untuk sayang
kalau bukan bulan pose
memang dah ajak bercuti pun untuk kami 3 beranak


masa awal tahun tu
aku plan kalau aku tak preggy lagi
aku nak bercuti berdua jea dengan sayang
umairah mungkin akan ditinggalkan untuk bersama dengan wan dan atuknya
bercuti khursus buat anak hahahahahha
boleh gitu :p
tapi rezeki kami
tak sempat nak bercuti dah dapat khabar gembira
umairah bakal dapat adk yippiiiiee memang happy la :D


sebab tu la tanggal 31hb nie aku tak terpikir pun nak plan apa
something yang special
tengah preggy nie mood takder la nak buat plam yang romantik de amour
time berday sayang pun bulan July tu pun
takder yang special aku buat untuk sayang
cuma tempahan cupcakes
dan celebrate di kg sayang
tu jea
hadiah pun smpai la nie pun tak bagi apa-apa lagi
bukan taknak bagi tapi lewat skit untuk bagi
sebab adalahhhhhhhhhhhhhh syyyyttttttttt rahsia


jadi untuk ulangtahun perkahwinan kami nie
aku mendoakan semoga :

  • rumahtangga kami aman bahagia untuk selama-lamanya
  • cinta kami berdua semakin dalam untuk setiap hari kami bersama
  • masih tetap mengekalkan keromantikan kami berdua sehingga kami tua
  • dimurahkan rezeki yang banyak utk kami sekeluarga
  • menjadi ibu bapa yang terbaik untuk umairah dan umar zariff
  • menjadi contoh ibu bapa yang baik untuk tatapan anak-anak kami
  • Amin


terima kasih sayang
ena tetap mencintai sayang untuk selama-lamanya
InsyaAllah
I love U

Sunday, 29 August 2010

Shopping Raya Lagi dan Plan untuk Raya

emmmm hari nie sudah hari minggu
plan nak ajak sayang pergi pasar stadium
beli apa-apa yang patut
keluar banyak kali beli barang
masih lagi tak cukup dalam list
dah tiba hari rayanya baru la rasa puas hati
selagi tak raya selagi tu la akan cakap ada yang tak beli lagi la
kena tambah nie la
ganti yang baru la
macam-macam la kita uang di gelar perempuan nie
kalau cakap ngan suami
ala tak payah la
ok jea tu
betul tak :D


Kelengkapan raya dalam senarai aku :

Untuk Umairah -
  • Baju Raya - blm beli lagi
  • Baju dress - 3 helai
  • t - shirt - 4 helai
  • seluar - 2 helai
  • jeans - belum beli lagi
  • kasut - sepasang
  • selipar - belum beli lagi
  • kemungkinan akan tambah lagi untuk beli dress, nak bagi nampak gegirl pada umairah, selalu pakaikan umairah dengan seluar dan t-shirt sahaja

Untuk Sayang -
  • Baju melayu - pakai tahun lepas punya
  • Butang Baju Melayu - sudah beli
  • Jeans - beli sepasang - mungkin akan di tambah lagi 2 helai
  • t-shirt - 2 helai
  • kasut / selipar - belum beli lagi
  • spender - kena ganti yang baru heheheheh yang luar jea yang ganti dalam pun kena gak ganti :p

Untuk Aku -
  • Baju Raya - belum beli lagi
  • Dress - belum beli lagi
  • tudung - belum beli lagi
  • Kasut - belum beli lagi
  • senang citer untuk diri aku 1 pun tak beli lagi huhuhuhuhuhuu
  • sedih sangat..sayang nak ajak beli kelengkapan untuk aku 31hb nie kot

Untuk mak dan mak mertua -
  • kami plan nak beli Jubah untuk mereka berdua - InsyaAllah

Persiapan Kuih -
  • sudah beli kerepek
  • sudah order tart nenes
  • choc chip dan choc rice akan di buat
  • kacang akan beli di pemborong di sg.buloh
tu jea kot plan aku
harap semuanya akan menjadi
insyaALLAH


Saturday, 28 August 2010

Keletihan Menyorong Troli

hari nie dalam pukol 11am
mak ajak pergi ke NSK Rawang
untuk shopping barang dapur
shopping untuk kelengkapan raya sekali
ialah nanti kalau beli last minute semua benda sudah habis
macam tahun lepas
nak beli nasi impit semua pasara raya yang pergi
semuanya kehabisan stock
jadi pengajaranya
untuk tahun nie kami beli awal semuanya
takut sejarah kembali berulang


penat sebenarnya kalau shopping
kalau ada 2 budak yang tengah naik nie
umairah dan pija ikut sekali kami pergi ke NSK
jadi memang hari biru la pasaraya tu hehehehhe
kena ambil 2 troly
1 troly untuk isi barang
dan 1 lagi troly untuk letakkan 2 budak kecik nie
bising jugak nak turun
tapi bahaya la nak turunkan 2 budak nie berkeliaran dalam pasaraya nie
kesian sayang nak handle 2 budak
nak hadle umairah sorang pun pening kepala
nie nak hadle 2 budak..confirm naik jea darah sayang hahahahahha


troly umairah penuh dengan makanan/jajan
yang telah di buka hhahhahaha
itu ajer yang boleh membuatkan si kecik 2 orang nie diam dan leka dengan makanan
bukakan vitagen dan choc
emmm memang leka la dengan makanan yang ada di depan mata


bila nak bayar di kaunter
baru la sayang berani turunkan umairah dan pija
sebab kami semunya ada
jadi boleh la tengok 2 budak kecik nie sekali



dah penat berjalan
pandai pun duduk diam-diam atas pallet tepung gandum
hehehehhe ralit jea makan choc



pija dan umairah
dua sepupu yang memang rapat
pija panggil umairah - yah
umairah panggil pija memang sebutan yang clear pija - tak pelat pun



suka tengok gambar pija yang nie
nampak comel sangat
ada m.cik kat belakang kami tanya Twins ker
selamba jea aku cakap
ha'ah memang twins hehehehhee
ialah perangai sama jea budak kecik 2 orang nie



troly yang sarat dengan makanan
dan kelengkapan untuk hari raya nanti
hehehehehhe dan juga lauk basah untuk seminggu


hari nie berbuka memang lauk best-best
ada ikan pari masak asam pedas
ikan masak lemak cili api
sotong sumbat
ayam masak merah
kuih keria
bubur chah cha
air soya
air laici
teh - o limau


memang masing-masing bertambah la makan
aku time bulan pose nie memang suka makan bubur
dalam seminggu tu
ada la 2 3 kali mak masak bubur untuk aku
tak kesah la bubur apa-apa pun asalkan ada untuk tekak mak buyung nie
pastu suka makan yang manis-manis
kalau tak dapat rasa macam ada yang tak kena jea


sotong sumbat mak yang masak memang kami semua nantikan
semua masakan mak memang terbaik dari ladang la


ok pada yang berminat untuk masak sotong sumbat nie
aku sertakan resipi dari mak aku nie


resipi sotong sumbat menjilat jari :

bahan-bahan ;

  • sotong yang sizenya agak besar
  • beras pulut
  • bawang merah - 5 ulas
  • bawang putih - 3 ulas
  • halia - besar ibu jari
  • lengkuas
  • serai - 3 batang
  • santan - 2 bijik
  • gula / garam - ikut selera
  • cili api - sedikit

cara untuk memasak :

  • bersihkan sotong, pastikan di dalam sotong kosong
  • beras pulut yang telah dibersihkan, ditoskan untuk menjadi kering
  • tumbuk semua bahan, bawang merah, putih, halia, cili api
  • lengkuas dan serai di titik
  • masukkan semua bahan dalam periuk
  • sotong di sumbat dengan beras pulut [bhg hujung sotong di cucuk dengan lidi supaya beras pulut tak terkekeluar dari dalam sotong ketika masak
  • santan yang di perah masukkan sekali [masak macam kita msk lemak]
  • masukkan serai dan lengkuas
  • garam dan gula ikut selera
  • kacau perlahan-lahan sehingga masak
siap untuk di hidang....


Buih-Buih Cinta

bulan puasa nie kalau dapat berendam lama-lama dalam tab
bestnya
batal la pose ko ena oooiiiii
ingat lagi time kecik-kecik dulu
belakang umah ada kolam ikan - tapi dah takder ikannya
air kolam tu memang la jernih
kalau tengahari panas sangat
aku dengan lini confirm terjun kolam punya la
naik ke atas bila bibir dah pucat
jari tangan ngan jari kaki dah kecut-kecut di buatnya
time tu memang dah segar bugar la..macam ikan buntal jadinya hehehehhe
memnag syork
skang nie mana la ada lagi kolam tu
dah timbus pun
pengalaman manis tu
generasi skang nie memnag tak merasa la aktiviti-aktiviti kita time kecik dulu
generasi skang nie lebih ke arah teknologi jea


ok berbalik ke tajuk asal :D
umairah memang suka kalau mandi
satu badan dia penuh dengan buih
jadi shower gel dia memang la cepat habis
sebulan kadang-kadang tu sampai 3 botol kena beli
padahal dia sorang jea pakai tu


babah umairah suka la layan
siap buat rambut trojan lagi
kalau mandi dengan aku
jangan harap la aku nak layan sangat - nan ado
siram dengan air
sabun dari kepala sampai kaki
berus skit tapak kaki
terus siram semula dengan air bersih
keluar jea dari bilik air - mencebik jea
sebab tak dapat main dengan sabun hahahahahaha
ibu tak larat la sayang


tengok la macam mana la
tak sampai 3 botol sebulan
buih sampai dalam besen ngan atas lantai penuhnya




peace untuk ibu yang suka ambil gambar umairah
nanti umairah main buih dengan adik plak yea :D

Friday, 27 August 2010

Yahoooo Cuti

selamat bercuti Nuzul Quran untuk semua umat Islam
emmm rasanya selangor jea kot yang cuti
kalau ada negeri lain yang cuti mungkin kelantan, terengganu..rasanya la
hah yang tak cuti tu
emmmmm buat kerja elok-elok yea


plan hari nie nak shopping
padahal malam tadi selepas berbuka puasa
dah pergi ke OU untuk shopping raya
plan asal
selepas beli kelengkapan umairah
akan tiba turn aku plak
pastu baru turn sayang untuk beli semua kelengkapan raya


masuk Jusco
orang tak ramai lagi
mungkin time tu baru pukol 9 lebih [sah-sah orang kat masjid lagi
solat terwahig - aku non ade]
tak larat bila jadi mak buyung nie - alasan la tu :p
mak pun follow kami sekali
sobri dan ayan terus balik ke rumah selepas berbuka
masing-masing bawak keta masing-masing
sebab dah tahu aktiviti kami nak shopping
biasa bdk lelaki malas nak follow
sayang walaupun lelaki memang kena ikut jugak la
diakan banker aku hehehehehe


masuk Jusco ingat nak cari baju kasual umairah la
sekali ini budak nak berjalans endiri
taknak berdukung
hah amik ko puas la kami bertiga nie mengejar si kecik nie
penat gila
finally dalam Jusco nie bukan penat cari baju umairah
tapi penat mengejar dia jea
langsung taknak berdukung
nak berjalan sendiri jea
yang bererti memang bahaya
berlari macam lipas kudung
boleh hilang sekelip mata sahaja
pastu suka la menyorok dalam timbunan pakaian yang di gantung
jadi memang tak perasan la si kecik nie di mana
alahai letih sungguh la nak kawal umairah sorang nie
mak dah semput di buatnya
aku plak rasa macam nak terbersalin jea time tu
sayang plak terus susut berat badan dia
semata-mata mengejar si kecik tu
memang geram
kata sepakat kami keluar jea dari Jusco


masuk terus ke butik kanak-kanak
lagi mudah nak handle
sebab dalam butik umairah cuma berlari-lari dalam tu jea
jadi sayang cuma jaga di pintu masuk jea la
senang nak pantau
disebabkan masa lebih ke arah mengejar umairah
cuma 2 kedai jea kami dapat masuk
kedai poney dengan kedi CN - cartoon Network
dapat beli beberapa helai t-shirt dan dress
seluar langsung tak dapat nak beli
tu pun walaupun baru beberapa helai
nak dekat RM200 duit melayang untuk umairah jea
emmm nasib baik la anak baru sorang
yang sorang masih lagi dalam perut :D


kelengkapan kami berdua langsung tiada
mak gelak jea tengok kami hehehhehe
pas nie kami dah tekad nak tinggalkan jea umairah
pada mak @pun pada lini untuk di jaga
untuk kami shopping dengan tenang
aku rasa shopping kelam kabut nie
buatkan aku main tarik jea apa yang ada depan mata
tanpa lihat harga pada tag
memang bahaya
kelam kabut sungguh la shopping dengan umairah nie


korang macam mana plak
pengalaman shopping dengan anak-anak yang masih kecil nie
haru biru jadinya kan
patut la kanak-kanak boleh hilang
tak terkawal jadinya

Berbuka Di Luar - Cafe D'Manggis Kuang

hah saper dah gaji
aku rasa rata-rata yang bekerja pasti sudah bergaji kan
saat-saat yang pasti di tunggu setiap bulan
aku memang ternati-nanti jea bila nak gaji nie
banyak benda dah pikir apa yang bakal aku beli
dalam minggu-mingu nak gaji tu hehehhehe
sayang pun bulan nie gaji awal
alhamdulillah


semalam sayang amik MC sama jea dengan sobri
pergi klinik sama-sama untuk amik MC
hampeh jea budak 2 orang nie
eh silap sorang dah jadi bapak budak pun


pastu call aku bagitahu yang hari nie [semalam la]
kita semua berbuka luar
tak payah nak bagi mak masak apa-apa
bagi dapur berehat jap untuk bulan ramadhan nie
sayang book tempat di Cafe D'Manggis
cafe nie mmg baru buka tahun nie
cuma sebelum puasa memang tak berkesempatan untuk
makan dan minum di sini


jadi petang semalam
pukol 7pm baru keluar dari rumah untuk pergi ke cafe nie
ala tak jauh pun dari umah mak aku nie
dalam 10 minute dah sampai la
kalau jem kat simpang kuang tu
dalam 15 minute la sampai


kami sampai tu lagi 5 minute nak berbuka
hehehehhe
aku tengok meja orang lain dah bersusun dengan makanan
yang kami nie plak sampai baru nak cari meja
fuh nasib baik la dah tempah meja
sebab ada yang datang kena balik
sebab meja sudah penuh
duduk jea di meja
azan dah berkumandang
emmmm tak sempat nak ambil makanan
jadi makan kurma dulu yang sudah tersiap di atas meja
alhamdulillah


pastu masing-masing baru la cari makanan
apa-apa hal cari air dulu la kan
kering dah tekak nie
aku rasa semalam hari yang panas kan
jadi banyak jugak la aku minum time berbuka puasa semalam
bergelas-gelas


aku makan nasi ayam - sedap
sayang makan nasi briyani - sedap
mak makan lauk campur
ayah makan lauk campur
sobri makan bee hun sup
umairah makan nasi ayam - ratah ayam jea kerja si kecik nie


rata-rata lauk pilihan di sini memang sedap
kuih pun sedap
kuih kacang dia aku dan ayah memang makan banyak la
sebab kuih nie susah nak cari di luar
nak cari yang sedap lg la susahkan


pilihan lauk pauk memang banyak
ada steamboat jugak kat sini - tapi harga lain la kalau nak try bulan pose nie
kalau amik buffet utk ramadhan 1 kepala RM28.00
steamboat tak sure baper harga dia


ada bubur - try la jugak bubur kacang hitak dia
memang sedap - rasa semua bahan
buah-buahan untuk pencuci mulut pun banyak
ada manggis..rambutan..langsat..tembikai merah
dan ada jugak ice cream
umairah memang banyak la makan ice cream
aku rasa 2 mangkuk kot si kecik nie tibai [kami isi skit-skit la]



skang nie umairah ada gaya baru ambil gambar
dia akan dekatkan kepala dia dengan kepala kita
pastu wat mulut ala-ala korean girl skit
ala-ala muka comel la tu konon
siapa yang ajar
babah dia la



tengok kita dekatkan jea dengan dia
mesti dia yang akand ekatkan kepala dia dengan kepala badan kita
ataupun pada badan kita
so sweet la ini budak kecik



laju jea makan kalau ice cream depan mata
banyak jugak la umairah makan di sini
aku plak yang suruh dia stop dari makan
takut umairah muntah jea nanti
ialah pas makan nanti pasti berlari keliling cafe punya la
budak hyperaktif la katakan



mak dan ayah
tak la banyak sangat makan
biasa-biasa jea
mungkin dah tua kan
jadi makan pun slow jea
tak macam kami yang muda nie
selagi boleh sumbat memang akan sumbat



mak buyung dah kekenyangan
tapi still lagi nak masuk ke tekak mana-mana makanan
yang tak rasa lagi



ayah sandar kekenyangan selepas makan
cuma rasa udang di cafe nie aku tak suka
emmmm tak sedap sangat



sayang dan sobri
bawak sobri makan buffet nie memang rugi
bukan makan sangat pun
sebab tu la badan macam semut jea
kurus melidi
kalau dibandinngkan dengan sayang
semangat skit aku nak peluk macam teaddy bear
empuk jea hehehehhehe


kat sini memang ok la
ada kemudahan surau lagi
besar dan bersih
ada kanak-kanak pun kita tak risau
sebab memang berpagar tinggi
jadi anak-anak boleh kita pantau dengan mata jea la
kalau macam umairah nie
semua orang dia nak tegur
ada ke patut dia tegur p.cik meja sebelah kami nie
siap boleh layan si kecik tu
siap duduk atas paha p.cik tu lagi
emmmm layannnnnnnnnnnnn


kalau siapa-siapa yang duduk area sg.buloh
nak datang sini untuk tukar selera
boleh la mencuba jalan-jalan cari makan


Kace D'Manggis
254, Batu 17, Kg.Cempedak,
Lorong Manggis Kuang,
48050 Rawang, Selangor.
phone : 03-6038n6844


insyaAllah aku dan sayang pasti datang lagi sini
untuk gathering class 5A2 nanti
tak sabar nak jumpa teman-teman sekolah dahulu :D

Tuesday, 24 August 2010

Tetiba Nak Sangat Makan

mengidam ker aku nie
2 3 hari nie
aku asyik la terpikir nak makan daging nie
tapikan mesti susah nak cari kan


masa 1st preggy mengidam nak makan daging burung merpati
merata la sayang dan family aku carikan daging burung merpati nie
finally dapat gak makan daging tu
tapi tu la beriya-iya nak makan
tapi bila dah ada depan mata
makan skit jea
asal dapat lepas ke tekak
terus hilang keinginan membuak pada daging merpati tu


emmmm situasi yang sama jugak berlaku skang nie
tapi masalahnya
aku nak sangat makan daging rusa
maner la nak dapat kan
nie pun aku tak calap lagi pada sayang
mesti dia pening kepala nak cari di mana kan
kesian plak kat sayang
tapi saper plak nak kesian pada diri aku yang teringin nak makan sangat-sangat
daging rusa nie


tapi kan saper pernah makan daging rusa nie
sedap tak rasa dia
liat tak
kalau dapat daging tu, nak masak apa baru sedap
emmmm tetiba pening plak kepala
pikirkan hal mengidam nie


saper boleh tolong mana nak dapat daging rusa nie
tolong ibu yang mengiadam yang bukan-bukan nie
hehehhehe

nantikan sahaja kesanggupan para suami
menunaikan keinginan ibu yang mengandung nie :D




Umairah...Tolong Ibu

hari nie alhamdulillah
jalan tak jem sangat
padahal keluar dari opis lewat skit dari biasa
sejak staff dari Filippina datang
aku balik kerja selalu lambat skit
bila pukol 5pm jea..time-time tu la
ada jea kerja yang mendatang huhuhuhhuhuh
tapi nak buat macam mana kan buat la jugak


siapa kerja di shah alam
pasti tahu delema yang aku alami
kadang-kadang tu
rasa kejang jea kaki nak tekan clutch


jadi pukol 6.20pm aku dah sampai di rumah lini
ambil umairah
sejak bulan puasa nie
aku rasa jarang aku nak masuk rumah lini
just tekan horn
tahu la adik aku tu buka pintu
umairah plak tak sabar-sabar nak keluar jumpa ibu dia :D


mak mertua lini bagi aku 1 plastik besar
dengan rambutan gading [rambutan kulit kuning]
rambutan gading mmg fov aku
makan banyak satu bakul pun aku tak kesah hehehhehe
tapi aku preggy tak boleh makan banyak la kan
nanti tak pasal-pasal amik MC lagi
sebab batuk :p


sambil-sambil duduk tunggu azan magrib
kaki rasa kejang plak
minggu nie tak dapat la nak minta sayang urutkan kaki
sebab sayang keja malam minggu nie uwaaaaa
biasanya memang kebiasaan sayang
akan urut kaki aku time preggy nie
kalau tak preggy jangan harap la nak urut-urut nie hehehhe


kebetulan tengah duduk di sofa
umairah datang mengendeng sebelah aku
terus aku cakap

"umairah tolong urut kaki ibu"
terus umairah pergi ke almari amik losyen
hehehhehe dah selalu nampak babah dia sapu minyak kat kaki aku la tu
budak-budak memang belajar dari pemerhatian
tapi umairah bukan amik minyak tapi ambil losyen
emmmm ok la tu dari dia sapu kaki aku dengan bedak
lagi la haru




gaya umairah nak urut kaki aku
bagus anak ibu nie
urut skit-skit jea
losyen selebihnya lebih sapu kat kaki dia jea
hehehehhe sabar jea la


tapi sekejap jea si bam bam nie urut kaki ibu dia



tengok la tu
sambil tangan urut kaki ibu dia
mata tak lepas-lepas pandang keluar
emmmm nak keluar main kat luar la tu


bila pak chu dia ajak naik bom bom [naik moto
hah macam lipas kudung la dia keluar
terus hilang nak urut kaki ibu dia


emmmm sayang malam nie balik pukol baper
urut kaki ibu skit :D

Friday, 20 August 2010

Jalan-Jalan Cuci Mata

malam tadi ajak sayang pergi Jusco OU
selepas pergi klinik
bila cakap nak pergi OU semuanya nak ikut
jadi pergi ajer la sekali
emmmm dalam tak sihat tu nak jugak keluar merendek hehehehhe
citer pasal check up nanti aku story


sampai di Jusco OU dalam kol 9 lebih
emmm tak ramai pun orang
nak cari parking pun senang jea
kalau sebelum nie jangan harap la nak dapat parking di OU dengan mudah
1/2 jam baru la jumpa tu pun kalau bernasib baik



aku jalan memang lenggang kangkung la
sebab nasir ada
dia la yang handle umairah
aku jalan beriringan dengan sayang
macam pasangan bercinta tapi perut dan ke depan bersama-sama hahahahhaha
perut sama size dengan sayang hehehehehehe


sebenranya aku ajak sayang pergi Jusco
sebab nak cari seluar preggy
seluar yang aku ada simpan cuma 3 helai jea
tu la seluar pergi keja
tu la seluar pergi jenjalan
kebanyakkan seluar preggy aku yang ada sebelum nie
aku dah bagi pada lini
takkan la nak minta balikkan
beli ajer la yang baru
memandangkan belum gaji
beli la dulu seluar preggy 2 helai
dengan t-shirt preggy 2 helai
ok la tu
minggu depan gaji boleh la tambahkan koleksi yang sedia ada


lepas bayar kami cuci-cuci mata dengan barang jualan
memang tengah ada sales skang nie
Jusco sales sehingga 19 sept
persiapan raya?
mungkin minggu depan la kot baru beli kelengkapan raya untuk kami bertiga
ada cuti nuzul Quran dan Hari Merdeka kan
mungkin ambil peluang beli time tu kot


pukol 10 kami dah gerak keluar dari Jusco
emmm tak lama mana pun kami dalam Jusco tu
sekejap sahaja


balik kami lalu kota damansara
sambil isi minyak di Petronas
terus singgah sekali A&W
emmmm masih lapar lagi mak buyung nie


umairah seronok dapat makan ice cream
suka betul dia dengan nugget A&W
sedap la jugak
nugget mc'd umairah dah taknak makan
mungkin dah muak kot
makan sampai 4 ketul dia sorang jea
lapar rupanya anak ibu nie



umairah dan pija kalau ada
tempat tu memnag jadi haru biru la
semua benda nak di usiknya
semua orang dia nak tegur
langsung tak takut
memula tu bagi ice cream dalam paper cup
tapi bila tengok org dewasa semuanya dalam glass besar
dia pun nak jugak
tak padan dengan kecik umairah nie



hah macam mana
tembam tak saya?
malu nak tempek muka sendiri time-time preggy nie
berat skang nie dah 59kg
padahal baru jea 25 minggu usia kandungan
selera makan memang nak makan ajer la
kalau berbuka dan sahur
aku la orang yg last bangun untuk basuh tangan hehehhehehe
sebelum nak tido pun sempat lagi tu makan
memang bam bam la aku pas nie
tu yang boleh lawan perut sayang tu hahahahahahha



umairah dengan pak chu dia memang suka sakat
tak umairah yang sakat pak chu dia
@ pun pak chu dia yang sakat umairah
pantang jumpa ada jea benda yang nak di sakatnya
mak tengok ajer karenah cucu-cucu dia
tak larat dah nak cakap banyak-banyak


sampai rumah pukol 11 lebih
masing-masing dah mengantuk
termasuk la aku
tapi sahur tetap bangun
makan tu
amik berkat :D



Thursday, 19 August 2010

Bazar Ramadhan

semalam genap 8 hari kita umat islam berpuasa
dan semalam jugak aku 1st time melangkahkan kaki
ke tapak bazaramadhan di Sri Kundang/Taman Permata di tempat tinggal aku nie
sebelum nie tak berkesempatan sebab balik dari kerja
aku memang tak kuasa la nak singgah
sebab dah penat melayan jem di shah alam
jadi memang tak pikir la nak singgah menjnggah nie
buang masa jea
dan bila aku ada di rumah nak pergi ke bazar ramadhan
tak berkesempatn jugak sebab sentiasa hujan sahaja
kesian pada yang berniaga kan
dah penat buak masakan tapi pengunjung kurang datang untuk membeli


family aku memang tak suka membeli di pasar nie
tahu-tahu sahaja la
nak cari yang sedap memang susah la
masakan ala kadar jea
makan sikit sahaja yang selebihnya masuk ke dalam tong sampah
membazir



kami pergi bazar naik motor sahaja
tak kuasa nak naik keta
lagi melambatkan perjalanan
nak cari parking lagi
dengan orang yang ramai
memang tak payah la nak naik keta
naik motor lagi senang dan mudah



suasana di tapak bazar ramadhan di kg aku
kecik jea
tapi orang memang ramai la yang singgah di sini




memula sampai tu
umairah nak berjalan sendiri
taknak berdukung
tapi bila masuk jea ke tapak bazar
terus minta nak dukung dari babah dia
ketakutan hehehehehhe
ialah suasana hingar bingarkan
semua peniaga terpekik terlolong sebab melariskan jualan masing-masing
uamiarh terus peluk kuat-kuat babah dia
tu la tadi sombong taknak berdukung
tahu pun takut :D



kami tak la beli banyak sangat pun
niat di hati memang nak beli air sahaja
dapat beli air tebu terus
melangkah pergi
nampak bubur lambuk beli 1
untuk umairah makan time berbuka
memandangkan lauk yang di masak di rumah semuanya pedas-pedas belaka
kena la beli untuk si kecik nie jugak
di hujung gerai ternampak plak orang jual DVD
singgah sekejap hehehehehehe lanun jugak kami nie
beli la 2 DVD untuk di layankan malam nanti


menu berbuka petang semalam
memang sedap gila
tak sempat untuk di simpan untuk sahur pagi tadi
licin terus
mak masak sambal paru goreng dengan karabu pucuk paku
perghhhhh pedas tapi tetap layan sampai 2 pinggan
air tebu yang di beli - tawar gila
bubur lambuk - tak sedap langsung
umairah pun taknak makan
nasib baik la ada kuih ketayap yang aku buat
boleh la makan sambil tengok tv
licin jugak


hari nie nak masak apa yea
tapi perut masih lagi meragam
ruam pun masih ada lagi di badan nie
emmmm bila la nak baik nie

Sembelit vs Ruam Satu Badan

dugaan ibu mengandung
aku rasa preggy utk 2nd time nie
macam-macam yang terjadi pada diri aku
yang sudah lepas dan berjaya aku harungi
tak payah la aku catatkan di sini
perkara sudah lepas pun


hari nie sudah 4 hari aku MC
dan esok pasti aku menjalani hari biasa di rumah saja bukan di opis
kenapa sebab
selepas aku demam hari isnin yang lalu
badan aku penuh dengan binyik-bintik merah
masyaAllah
dalam kepala otak that time
ingat denggi sahaja
bila jumpa doc
dan doc mengesahkan ianya bukan denggi - Alhamdulillah
dan khabar yang lain aku terima


aku kena chicken pox
tapi tak la teruk sebagaimana umairah ken a2 minggu yang lalu
aku punya jenis yang ruam yang tak timbul
tapi gatal dan miangnya tetap ada
gatal menggaru
kandungan Alhamdulillah
aktif bergerak


di harap aku cepat sembuh dan kembali bekerja seperti biasa
dan yang pasti isinin minggu depan aku kena datang jugak
disebabkan kena train staff dari Filippina yang akan datang ke department kami nanti
nak taknak kena datang jugak
sebab aku kena train salah seorang staff dari sana


dari hari ahad yang lepas sehingga la ke hari nie
aku tak membuang lagi
rasa nak membuang tapi bila sudah duduk dalam toilet
dah dekat 1 jam tapi tak jugak dapat membuang
dah rasa nak buang tapi taknak keluar
berpeluh-peluh dalam toilet
sampai kaki aku kejang la
malam tadi aku meraung dalam toilet
sebab masih lagi tidak berjaya membuang
pagi tadi sayang cakap nak 1/2 day
nak bawak aku pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan
tapi sampai jam menunjukkan pukol 4pm sayang masih lagi belum sampai di rumah
risau
tapi aku lagi risau sebab tak dapat membuang
ialah kalau lihat pada kadar pemakanan aku amakn dari ahad lepas
sehingga sahur tadi memang banyak la aku makan
tapi kadar pembuangan ZERO
risau pada usus aku jea skang nie
perut memang dah memulas-mulas tapi tetap degil taknak keluar
arghhhhhhhhhhhhhh geram sungguh
gila sakit aku hadapi skang nie


muka monyok umairah ketika kena demam campak
memang kesian
semuanya taknak
bagi minum air kelapa pun seteguk jea dia minum
tahu-tahu saja air kelapa tu ubat
try bagi time tak sakit laju kea minum air kelapa tu
kekadang tu berebut-rebut minum dengan si bam bam nie


mula tumbuh di kaki dahulu
terus naik ke atas badan
demam campak cacar
tapi si bam bam nie degil
abis di garunya dengan kuku dia
kalau ada yang kering abis di kopeknya
emmm bertanda satu badan yang mana si kecik nie dapat kopek
geram tengok


sapu ubat cream putih nie
pasti umairah akan mengamuk
dia memang tak suka aku letakkan ubat nie
tak tahu kenapa
nak pakaikan bila umairah tengah tido
kerja mudah sebab time tidor umairah memang suka tidor pakai pampers sahaja
jadi senang nak lumurkan ubat kat badan dia


Wednesday, 18 August 2010

Orang Minyak Menyerang

kejadian terjadi malam tadi
memang pecah la perut kami gelakkan si bam bam tu
aku leka ngadap lappy
sayang plak leka tgk tv rancangan bola
sebelum terjadinya kejadian tersebut
aku toleh belakang si kecik tu leka main dengan mini bola
yang babah dia beli kan
jadi tak la aku risau sangat
jadi terus la dengan aktiviti aku ngadap lappy


dalam 5 minute macam tu
macam pelik jea
sebab senyap semacam jea
kalau suasana senyap sepi jea
bagi kami ada lah si bam bam nie buat something
bila aku toleh ke belakang saja


ya Allah
boleh tak
umairah lumurkan satu badan dia dengan minyak Johnson Baby
memang berkilat tak ingat la
dah tengok aku menjerit
umairah terus berdiri tepi dinding
tahu la tu
buat perkara salah
geramnya aku kat si kecik nie
ada jea benda yang nak di buatnya


lap dengan tuala pun masih lagi berkilat badan tu
nak taknak kena la mandikan jugak si kecik tu
sayang la kena mandikan umairah
emmmm dah pukol 11 lebih pun kena mandi lagi
selalu macam tu
sebelum tidor mesti kena mandi kan dulu
ada jea aktiviti dia yang buatkan kami geram
dalam geram tu memang buatkan kami sakit perut gelakkan anak kami nie


tidor malam plak taknak pakai baju dan seluar
nak berlenggeng jea tidor malam
pakai pampers jea la
sejuk pun jangan harap la nak pakai pakaian
emmmmm




muka umairah yang rasa bersalah
berdiri rapat ke dinding
hehehehhe macam kena denda jea hehehehehehe

Tuesday, 17 August 2010

Walaupun Demam Selera Tetap Ada

biasanya bila tiba bulan puasa
masing-masing ada selera tersendiri
siap ada permintaan untuk mak aku masakkan
biasanya adk aku yang bongsu la paling mengada-ngada
ada jea special request yg di minta
kalau hujung minggu lagi la
kalau meja tak penuh memang la bukan bulan puasa
tapi yang pasti kami sekeluarga memnag jarang la nak beli
lauk ataupun kuih di psara ramadhan
ialah bukan sedap pun
membazie jea beli
tak makan
bila tak makan masuk ke tong sampah - memang pembaziran


jadi petang tadi
kami berbuka dengan ayam percik
chicken lasagna
kuih ketayap
perghhh memang meyelerakan
nyum nyum nyum nyum



ayam percik
memang sedap
lain dari org lain buat
sayang makan memang bertambah2
siap cakap aku kena belajar dari mak
untuk masak ayam resipi nie



chicken lasagna nie plak aku yang masak
sebab aku memang nak makan
nak minta mak aku buat memang la tak reti kan
jadi turun jugak la ke dapur walaupun tak sihat sangat
ialah tekak punya pasal
gagahkan diri jugak la


chicken lasagna nie aku buat yang paling simple jea
malas nak buat yg gempak2
asalkan ada rasa itu dah cukup la hehehehhe
emmmm pasti ada yang menanya resipi chicken lasagna nie kan
baik aku tepek sekali resipi nie



Chicken Lasagna Yang Simple :

bahan-bahan ;

*kepingan lasagna
*bawang besar di potong dadau
*ayam yang telah di potong kecil2
*tomato puri - 2 sudu
*sos speggethi [aku guna kimbal-cendawan]
*2 cawan susu dutch lady [terpulang nak guna susu segar jenis jenama lain]
*20 grm keju mozzarella

Cara Memsaka ;

*lasagna di rebus sehingga masak
*tumis bawang sehingga garing
*masukkan tomato puri, sos speggethi dan masukkan ayam
*masukkan garam, blackpepper
*dah masak tutup api


*masukkan susu segar ke dalam periuk
*masukkan keju
*masak sehingga jadi creamy


*sediakan loyang
*letakkan sos ayam..letakkan sos keju..lapisan seterusnya letak kepingan lasagna di atas
*ulang sehingga semua bahan habis
* bahagian atas sekali letakkan keju
*bakar selama 25 minute
* sedia untuk di makan

Demam

semalam mc
dan hari nie pun aku mc
tapi hari nie aku pergi kerja macam biasa
tapi bila dah sampai di opis
rasa tak kena
terus terlentuk di meja kerja
sebelum pukol 9am
aku dah ke toilet 3x
untuk muntah
muka pucat memang tak ingat
rakan member yang lain minta aku balik ke rumah jea
untuk rehatkan diri


dan untuk kali ke 3 aku masuk toilet
aku terus jumpa bos aku untuk minta kebenaran untuk pulang ke rumah
nasib baik la bos aku benarkan
thanks bos


sebelum balik ke rumah
aku singgah dulu ke klinik
nak amik ubat dan minta mc untuk hari nie
bagi ubat penadol, angin dan ubat tahan muntah


sampai rumah pukol 10am
mak pun terkejut tengok aku balik rumah
aku cuma cakap aku tak sihat
masuk ke bilik dan terus terbongkang atas katil
tidor sampai pukol 4pm
sedar pun sebab umairah kejutkan aku
emmm sayang ibu dah balik yea


harap esok aku akan dapat kembali bekerja seperti sediakala
kerja pasti melambak atas meja
tadi datang pun tak sempat nak tengok keja atas meja
kepala berserabut betul la
perut plak asyik la mengeras
sakit gila rasanya

Saturday, 14 August 2010

Salam Ramadhan Dari Kami Sekeluarga


sudah 4 hari kita umat islam berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ini
dikesempatan ini
kami sekeluarga mengucapkan selamat menyambut ramadhan
di sambil itu
kami sekeluarga memohon kemaafan di bulan yang mulia ini


emmmm dah lama aku tak menjengah blog kesyaangan aku nie
terima kasih pada mereka yg sudi menyanta khabar
melalui msg, email, facebook dan terus saja call


sejak preggy nie semangat untuk buka blog
macam hambar jea
dengan kesibukan di tempat kerja
melayan karenah suami dan anak
dan tidak lupa jugak kini membawa baby coming soon :D


harap selepas nie
semangat untuk berblogging akan menjelma semula
selepas frasa morning sickness tiada lagi
dan teringin untuk menukar layout blog kesayangan aku ini


nnti kita sambung lagi
pada yg rindu umairah
cukup la ketika ini aku tempek sekeping cuma gambar si bam bam nie hehehehehe
gambar aku tika preggy nie
malu plak nak tunjuk
bam bam jugak hehehehhe
daaaa

Saturday, 22 May 2010

Tak Sangka Bertudung dan Bersanggul ada Hadisnya

fesyen akhir zaman
nampak cantik dan ayu TAPI





Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.



Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


banyak-banyakkan amalan kita untuk di dunia dan di akhirat..semakin takut bila memikirkan apa yang bakal terjadi di akhir zaman nie..