Wednesday, 29 June 2011

Umar : 8 Bulan

hari nie genap umar dah 8 bulan
semakin aktif budak bam bam nie
pukol 5am mesti dah bangun
habis ruang tamu tu dia tawaf merangkak
merangkak pun dah laju skang nie
baju tu kalau putih memang dah tak nampak colour putih pun
memang kena rendam dulu dengan clorox dulu baru la nampak baju tu bersih
kalau terus masuk ke dalam mesin basuh
memang tak hilang la kotoran kat baju tu


skang nie umar nie sensitif
kalau kita cakap erpppp, hahhhhh ker
mula la nak mengalir air mata tu
memang tak boleh nak tegur skit
kalau kita marah kakak dia
dan umar kita tengah dukung memang dia akan menagis sekali
terasa la konon yang dia kena marah bukan kakak dia
hahahahhahaa kelakar umar nie


skang nie kalau nampak aku pakai tudung jea
mula la merangkak cepat kat aku
terus minta dukung
nak ikut la tu


kalau orang makan depan dia
terus telan air liur
kalau betul-betul depan dia
memang umar akan rampas makanan tu
kalau dalam mulut kita pun dia akan cungkil mulut kita nak keluarkan makanan dari dalam mulut kita tu
hehehehehhe


petang tepat jea dah pukol 6pm
jangan harap la umar nak duduk dalam rumah
kena bawak keluar dari rumah
nak berjalan-jalan
berdiri tegak kat luar pun takper
asalkan di luar rumah bukan di dalam rumah


suka main dengan kakak dia
umairah tengok mood dia kalau nak main dengan adik dia
kalau mood dia ok
memaang gelak terkekek-kekek la umar dibuatnya
suka tunjuk gambar pada umar
tu yang umar suka main dengan kakak dia tu
kalau umairah geram, memang kena gigit gak umar nie dengan kakak dia


kuat minum susu
siang susu botol
dan malam susu badan
sampai sakit la badan aku mengiring nak susukan si kecik nie


jom layan tengok umar gambar pagi tadi
sebelum pergi kerja
baju dia kotorkan
belum mandi nie
mandi pun awal \pukol 8am kalau tak mandikan jangan harap la dia nak tidor
lepas mandi baru la dia akan nyenyak tidor semula
ialah dah berjaga dari pukol 5am kan
main sorang-sorang






umar anak ibu :D

Sarapan Pagi Di Mamak Restaurant


sarapan pagi kegemaran orang Malaysia
Roti Canai dan Teh Tarik
tapi aku tak minum teh tarik
aku lebih preferred minum air barli
sejuk jea badan


roti canai telor
cicah dengan kuah dal



kerongsang yang aku dapat semalam
hari nie dah try
macam mana cantik tak :D


Kak Nana dan Syikin


pagi nie hujan lebat kan
dalam opis nie sejuk menggila

Tuesday, 28 June 2011

Breakfast Dengan Lasagna

hari nie memang syurga makan la


pagi jea breakfast dengan makan lasagna


sponsor by kak nana


memang sedap


lasagna


tapi tu la sebab tak boleh makan bertambah


sebab di finance dept nie


orang selalu menyerbu naik


jadi bila nampak makanan ada atas meja


confirm akan nak skit


jadi kami memang baik hati


amik jea la




lunch plak kami makan di Sri Damansara



makan nasi kukus



lain plak nasi kukus di sini



sebab biasanya takder lauk pauk tambahan pun



cuma ada ayam berempah dengan sayur campur skit



dan tak ketinggalan ada sambal belacan



tapi kalau ikut tekak aku



aku lebih suka nasi kukus yg di Matang Pagar



memang sedap gila





jom jalan-jalan cari makan :D

Ole-Ole Dari Sabah

surprise
sebab dapat ole-ole dari member opis
dah lama tak dapat ole-ole dari teman-teman rapat
dulu selalu gak dapat
sebab aku pun suka gak memberi bila aku pergi ke mana-mana
cuma skang nie tak berkesempatan lagi untuk pergi bercuti bersama family
tapi sayang cakap akhir tahun nie sayang nak bawak pergi bercuti
ke mana .... rahsia lagi :p



muka happy
tembam aku kan :p

muka pucat lesi jea
biasa la
kalau lepas solat zohor
confirm aku akan biarkan muka suci bersih
jangan harap la aku nak tampal make up lagi kat muka nie
korang macam aku tak...
natural beauty



dapat kudapan
sudah rasa yang bentuk kuih macam kuih penaram
rasa sama cuma kuih nie keras skit
sedap gak
kalau orang pakai gigi palsu tak boleh tray kot kuih nie
cuma tak rasa lagi kudapan yang bentuk bulat-bulat tu
nina cakap rasa ikan



dan dapat jugak kerongsang mutira nie
cantik kan
esok nak pakai


thanks nina :D
member opis dari HR Dept.

Monday, 27 June 2011

Leave Emergency - EL

hari nie aku terpaksa ambil EL
sebab umairah memang tak sihat
batuk dengan kahak sekali
emmmm dua2 anak aku nie
sebulan sekali mesti tak sihat
tak sah kalau tak jumpa doctor


pukol 3am jumpa doc
sebab keadaan umairah yang tetiba batuk pastu muntah
tidor pun asyik terjaga
dada dia memang berombak kuat la


bawak ke klinik Mutiara
panel tempat kerja sayang
doctor maslinor syorkan untuk bawak umairah pergi ke SJMC
sebab panel ING kan
mungkin kena admit melihat keadaan umairah yang teruk
tapi lepas sedut gas
keadaan umairah kembali stabil


tapi aku cakap pada sayang
kita pergi ke SJMC pagi nanti
sebab aku memang tak larat nak pergi
pagi aku minta sayang check dengan opis
sama ada ING cover tak untuk Hospitalazation
ialah nanti pergi tetiba kena bayar plak


jadi selepas check dengan HR
baru tahu tak cover
sebab untuk cover Hospital punya kena bayar RM200
pada awal tahun
sayang cakap dia lupa nak bayar
alahai sayang aku nie
boleh tak lupa ngan hal sebegini
emmm tahun depan kena masukkan dalam budget nie
dan jangan lupa lagi


jadi kami terus decide untuk bawak umairah ke Hospital Sg.Buloh jea


muka monyok jea bila tak sihat
mulut becok pun dah tak dengar - rindu plak ibu nak dengar
suara becok nie bila berceloteh



di kaunter kecemasan - saringan yg pertama
nurse minta kami pergi ke klinik kesihatan
tapi bila aku tunjukkan surat dari panel untuk jumpa dengan doctor pakar kanak-kanak
baru la benarkan kami jumpa doc untuk saringan pertama
emmmm nie nak control orang la nie


jumpa doc pada saringan pertama
check semuanya
dan cakap memang kena jumpa dengan doctor pakar
jadi kami lepas dari saringan pertama
baru la kami ambil no. untuk berjumpa dengan doctor


sambil menunggu no naik
layan kan umairah untuk guna telephone
selalu tengok jea telephone nie
jadi berkesempatan umairah untuk guna telephone awam nie
seronok dia bila dapat call wan dia di rumah
terkekeh-kekeh dia gelak bila dapat dengar suara celoteh wan dia dalam telephone
biasa guna handphone jea


masukkan rm0.50 jea tapi nak cakap lama-lama


seharian jugak kami di hospital
dapat jumpa doc
doc syorkan supaya datang untuk sedut gas selama 3 hari
kami decide untuk ambil di panel klinik jea la
ialah nak datang ke hospital nie
nak jumpa doc pun payah
nie plak nak datang 3 hari berturut-turut
takper la kami datang ke klinik jea
paru-paru umairah banyak kahak
sebab tu la bila batuk memang akan muntah kahak
tekak umairah pun merah jea
kena banyakkan minum air masak


umairah cepat sembuh yea sayang
mmuahhh

Saturday, 25 June 2011

Kata Lawak Umairah

"Ibu cam Singa"
bila aku marah si umairah
dan2 dia cakap macam tu
memula aku dengar memang tersedak la
tak tahu saper ajar dia cakap macam tu
bila umairah dah cakap macam tu
mula int0nasi aku akan jadi lembut semula
hehehhehehe takkan la nak kena c0p singa dengan anakkan
hahahhahahha


"Ibu kakak nak duit" umairah
"ibu takder duit" aku
"ibu takder duit yea..takper pinjam kat wan yea"

aku yang dengar terus tergelak
amb0i-amb0i pandai la tu


"ibu kakak nak duit" umairah
"ibu takder duit" aku

"ibu tipu nie ada banyak jea duit ibu" umairah

sambil keluarkan duit dari dalam wallet aku
alahai tak b0leh nak menipu si umairah nie
dalam diam minah nie dah keluarkan wallet aku dari dalam handbeg
pandai..pandai..


sayang hantar kawan dia pergi ke Tasik Puteri Rawang
bawak sekali umairah
"umairah di rumah ada bela binatang aper" kawan sayang
"kakak ada itik tapi itik dah mati" umairah
"ada binatang lain ker di rumah umairah jaga" kawan sayang
"hah ada, kakak ada harimau kat umah" umairah
"hah harimau yea ker nie" kawan sayang
"ada ibu la harimau" umairah
sayang dan kawan dia tergelak tak ingat
aku yang dengar terus tersedak gak bila sayang citerkan semula
hampeh betul la anak aku nie
singa ngan harimau yang aku jadi


"ibu nak duit" umairah
"ibu takder duit" aku
"guna la kad ibu tu" umairah
sambil tangan dia buat aksi cucuk kad kat bank
alahai ingat jea dia mana nak dapat duit minah kecik nie
ada jea idea dia nak duit
ingat ibu dia chop duit ker
grrrrrr

Sukanya Hati

suka betul la aku bila
Sepah diumumkan pemenang
Maharaja Lawak malam tadi


Tengok pun pecah gila perut aku tengok gelagat
Kumpulan Sepah buat lawak malam tadi
seronok tak ingat
Jambu pusingan Muzikal baru best
yang round 1st tak best sangat
Jozan pun sama round 1st memang tak best
yang 2nd baru best
tapi sepah memang dua2 round pecah perut aku dibuatnya


memang rezeki dorang la
nabil pun bolot sorang jea semua hadiah kemenangan dia
best jea

Friday, 24 June 2011

Jom Minum Petang


tak sabar nak balik sebenarnya
jadi sambil mengira detik 5.30pm
buat air milo sambil makan biskut butter
ingat time pregnantkan umairah
nak sangat makan biskut butter nie
puas la mencari di pasaraya
takder pun jual cakap abis stock
emmm memang susahkan bila kita mengidam sangat-sangat


skang nie nak beli bersepah-sepah jual
biskut butter nie aku beli kat pintu luar The Store
3 tin biskut RM10.00 jea
yang dalam kotak beli 6 kotak cuma RM10.00 jea
memang memborong la aku beli dengan member2 staff
boleh la buat kudapan di opis nie


malam nie Maharaja Lawak final
korang suka saper yang menang
aku harap Sepah yang menang
tapi mesti Jozan yang menang kot
sebab kumpulan Jozan nie banyak peminat
Jambu dan Nabil
harap buat yang terbaik malam nie
layan malam nie

Pening Kepala Nak Traslate Cakap Umairah

pagi nie aku masuk opis lambat 1 minute
dah merah punch card aku huhuhuhuhu
aku keluar dari umah pukol 8.45am
lambat skit dari biasa
sebab nak traslate cakap umairah la


dah masuk dalam kereta
tapi tak bagi aku tutup pintu kereta
cak nak beg
bila aku ambil beg colour dia dan bagi pada dia
cakap bukan beg tu
aku dah pening kepala pikir beg apa lagi yang minah nie nak


bila aku suruh dia ambik sendiri
terkedek-kedek turun dari kereta
bila keluar dari rumah
dia kendong teady bear dia
aku tanya la maner beg
umairah terus cakap nie beg
hehehehehhehe aku senyum jea dengar

terus aku cakap
nie bear la sayang bukan beg
baru la dia sebut dengan betul
good girl





sudah sampai di nursery
dia minta aku potong kuku dia plak
tak potong kuku si kecik nie taknak turun plak
jadi kena la jugak potong kuku dia
pastu taknak pakai sandal dia
cakap sandal dia kotar
lagi sekali aku kena lap sandal dia
cuci sampai bersih


tu yang aku sampai opis lewat 1 minute
alahai anak ibu
nasib baik la aku tak jadi singa
baik jea aku layan umairah hari nie
hehehehhehe

Thursday, 23 June 2011

Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi

mak aku dan mak mertua aku memang pandai buat kuih
aku jea yang tak ikut jejak langkah mak aku dan mak mertua aku nie
hehehehhehe
pandai makan aku tahu la hahahahhaa


macam mak aku nie
kalau ada orang tempah kuih
dan mak aku ada masa terluang akan dipenuhi permintaan orang nak menempah kuih
sama jugak dengan mak mertua dan kakak ipar aku
memang sedap kuih buatan mereta nie
buatan aku jugak yang tak sedap


umairah punya perangai
kalau ke dua-dua mak aku tengah membuat kuih
umairah pun akan sibuk la jugak membuatnya jugak
memang tak boleh nak melarang



mak mertua tengah mencanai tepung untuk membuat kuih karipap
umairah panggil kuih kipap hahahhahaa


jom layan aksi umairah buat kuih kipapnya :p







nanti umairah buatkan kuih untuk ibu yea :D

Tuesday, 21 June 2011

Muka Penuh Dengan Sticker



umairah memang suka dengan sticker
sticker yang menjadi pilihan dia
sudah tentu la
upin & ipin, spongebob, ultraman, wonderpets
kalau nampak kelibat sticker nie
guling-guling kat lantai kalau tak dapat
geramnya sebab
semua tempat dia nak tampal
sampai kat umar pun dia tampal jugak
kalau boleh semua orang dia nak tampal jugak


nie tampal kat muka sendiri
bila ambik gambar dia
mula la buat muka comel ala2 stail Japan
stail nie babah dia yang ajar
ala-ala mulut muncung ke depan tu
hahahahhaha


layan jea la aksi umairah dengan sticker tu





Sunday, 19 June 2011

Selamat Hari Bapa


selamat hari bapa .. Babah dan Ayah
semoga terus menyanyagi kami selalu


nanti kita raikan bersama yea
mmuahhhh

Saturday, 18 June 2011

Nak Gunting @ Tidak Nie?

aku dan sayang tengah pkir-pkir sedalam2nya
sama ada nak trim rambut umar tepi telinga jea
@atau
nak cukur nipis rambut umar


masih lagi t0lak bahagi campur darab
tentang perkara nie


k0rang rasa macam mana?





rambut umar memang lebat
pastu umar nie nak tid0r suka sangat la menarik rambut
habis rambut dia tercabut skit-skit


bagi pendapat yea :D

Friday, 17 June 2011

Selamat Pagi Semua

yea selamat pagi dengan melihat umairah korek hidung hahahahhaha


umairah memang ada habit
suka sangat lah mengorek bijih timah dia
takder benda lain nak buat
sebab tu la kalau dah bagi makanan
emmm tak berkongsi la makanan tu dengan aku
hahahahahha sebab aku dah tahu sangat habit umairah yang satu nie



nak buat muka comel la tu



anak ibu
ambil gambar no.1

Thursday, 16 June 2011

Demam Tiga (3) Hari

aku rasa nie la demam aku yang paling
teruk pada tahun nie
sampai 3 hari aku MC sebab demam
tak kebah-kebah
hari Isnin aku masuk 0pis macam biasa
tapi dari rumah lagi memang sudah tak sedap badan
tapi gagahkan diri jugak untuk pergi ke 0pis
bila buka pc jea
teng0k tulisan yang ada di scrin pc
terus aku jadi mabuk laut
masuk t0ilet muntah2
cakap pada syikin dan sabri aku nak balik
sayang ambik aku di 0pis
kereta aku tinggal di 0pis
nanti baru datang semula ambil kereta aku tu


sayang bawak ke klinik Mutiara dahulu
untuk check dengan d0c
d0c bagi ubat pening kepala dan tahan muntah
makan ubat terlelap sampai ke petang
memang demam sangat2 la


hari Selasa lagi teruk keadaan aku
selimut dengan T0T0 pun masih aku rasa kesejukkan
jumpa d0c semula untuk check samada aku kena denggi ke tdk
d0c sahkan bukan - memang lega bila d0c cakap begitu
sambung penyakit lagi
kena plak batuk dan selsema
lagi la la aku tak larat


hari Rabu demam dah kurang skit
cuma masih terasa sengal2 di badan
call m.cik et0n minta m.cik et0n datang ke rumah
urut satu badan
m.cik et0n cakap aku demam urat
urat aku sebelah kiri memang sakit gila time m.cik et0n urut
urut pun bukannya kuat pun
cuma sapu jea tapi sakitnya memang buatkan aku terjerit2 jugak la
tapi lepas sudah urut
memang lega sangat-sangat


hari nie Khamis
baru la aku masuk ke 0pis
kerja memang melambak-melambak la atas meja
email pun tak sempat nak baca sangat
buka pastu teng0k skit pastu buka email lain
buka semata-mata taknak email byk sangat yang tak Read lagi
sengal kan - aku la tu


thanks Sayang
sebab sepanjang ena sakit
sayang betul-betul take care pada ena
dan t0l0ng jaga anak-anak
thanks mmmmuahhhhhhh

Sudah Tempah Baju Raya

hujung minggu lepas
baru kami berkesempatan untuk tempah baju
beli di Nag0ya tengah ada sales
memang la kelabu mata
tak tahu nak pilih yang mana satu
semuanya cantik-cantik belaka
tema kami pilih tahun nie adalah kelabu
tak sabar nak teng0k umar pakai baju melayunya


jauh jugak kami tempah baju nie
kalau dari rumah mak aku nie la
kalau dari bekas umah sewa kami dulu dekat jea
di Mah Sing
sayang suka hantar di sini sebab Abang yang buat baju melayu sayang tu
memang pandai buat
dan sayang cakap memang sedap pakai baju melayu yang Abang nie buat
aku ikut ajer la
sebab kalau ikut aku maner2 pun 0k jea



umairah dah 0k time ambil ukuran badan dia
masa 1st time dulu menangis tak ingat
terpekik terl0l0ng takut bila tali tape nak melekat di badan dia


skang nie dia plak yang tunjukkan mana2 tempat perlu di ukur
Abang tu tergelak jea teng0k telatah si umairah nie
memang mak nenek la umairah nie



turn umar plak memang kelakar
susah gak nak ukur
sebab berpusing-pusing badan dia nak teng0k tali tape tu
memang tak takut langsung


jadi skang nie satu epis0de dah lepas
tinggal nak beli baju kasual plak untuk umar dan umairah
untuk ibu dan babah plak
lama ke baru ke tak kesah pun
yang pnting anak-anak dapat bertukar ganti yang baru

Saturday, 11 June 2011

Belajar Pegang Stereng

skang nie umar memang akan menanti-nanti kepulangan kami balik ke rumah
kereta masuk jea di garage
hah mula la umar tidak senang duduk/ dukung
bila dah nampak kereta
emmm selagi tak bawak masuk umar dalam kereta
sah-sah la akan meraung
bila di dukung pun akan mer0nta-r0nta nak jugak masuk ke dalam kereta


bila dah masuk ke dalam kereta
pasti nak pegang stereng
tak pegang tak sah


j0m layan aksi umar bila dapat pegang stereng







umar 0h umar

Friday, 10 June 2011

Car Wash Yang Sengal Gila

nie citer last week la
skang nie baru nak citer
sengalkan


nak cuci kereta
kereta aku memang dah jadi tongkang pecah
luar memang berhabuk tak ingat la
boleh cop jari kat badan kereta aku tu
buat malu jea nak parking kat luar opis
tapi buat tak malu pun hehehhehehe


jadi bawak la kereta aku nie cuci di sebelum sampai di Tasik Biru
nie kiranya 1st time cuci di sini
ialah kena ambil umairah dulu dari Nursery baru boleh cuci kereta
minah kecik nie bukan boleh aku ambil lambat skit
mula la pot pet pot pet tanya aku
ibu pergi mana la
tak sayang kakak la sebab tu ambik lambat
ader jea soalan yang membuatkan aku tension jea nanti
biasanya cuci kereta di selekoh Kg.Setia
sebab situ memang basuh bersih dan ku memang dah kenal bdk2 yang kerja di situ


tapi cuci kat sini
MasyaAllah
tobat taknak hantar lagi
bikin hati aku panas beb
lama gila babeng
dari pukol 6pm aku hantar
nak dekat pukol 7 baru siap
tu aku yang pertama tu
yang selepas aku tu lagi la tension
lama siot


jangan tak tahu
aku boleh terlelap sebab ngantuk tak ingat nak tunggu kereta
habis cuci



muka bosan umairah



layan diri sendiri jea



dah siap pun
memang tak bersih
pastu kena bayar RM8.00
mahal nak mampos
biasa cuci kancil cuma bayar RM6.00 jea
mahal gila
memang sekali nie je aku hantar di sini

Thursday, 9 June 2011

Lunch Di Mc'd jeaaa

sejak bekerja di sini
memang dah tak tahu nak makan kat maner
rasanya semua tempat dah rasa
nak berulang makan di tempat sama macam bosan jea


memandangkan semalam puasa
dan tekak nak makan mc'd
jadi ajak k.nana makan di mc'd jea
kebetulan syikin Leave plak hari nie
tak cukup korum la


opis dengan mc'd memang dekat gila la
nak order by delivery pun macam rugi jea nak bayar
charge RM3.00 tu
baik cuci mata di luar
sambil-sambil makan di luar



aku dengan k.nana
kami panggil Ibu hahahahahha



3 budak sengal dari Operation dan Logistic
memang boleh layan la dengan dorang nie
otak gila-gila

Wednesday, 8 June 2011

Dinner Di Pantai Remis



Sudah lama sebenarnya tak makan sea food
jadi malam tadi kami sekeluarga makan di Pantai Remis
tapikan kalau makan di sini
sea food dia tak banyak pilihan
ikan..sotong..ketam..tu jea
aku nak makan pahat sebenarnya
takper la makan di Bagan Lalang nanti
kalau di panjangkan umur
InsyaAllah


umairah dengan rambut barunya



sayang dengan umar
good boy
sepanjang kami makan
umar tidor sahaja
jadi dapat la kami semua makan dengan aman



aku yang semakin tembam huhuhuhu



umairah dan pija



aku tengok mak makan kerang senang sangat
kami yang terkial-kial nak mengopek kerang
sampai kuku jadi berlekuk la kopek kerang punya pasal



pija dengan abahnya



semuanya kosong
sedap sangat ikan bakarnya
tak tahu la rahsia apa yg ikan bakar nie jadi sedap gila


bulan depan nak pergi ke Bagan
saper nak ikut :D