Sunday, 31 July 2011

Mee Udang

mee udang yang 1st time aku makan

memang tak pernah rasa pun mee udang nie

selalu dengar jea

jadi nak bagi komen sedap @pun tidak

bagi aku biasa-biasa jea

cuma udang dia memang banyak la

dah takder istilah

"ada udang di sebalik mee"

kena tukar istilah nie menjadi

"ada udang tertenggek atas mee " hehehehhehe


hari nie memanh hari yang memenatkan

tengahari kami pergi ke Hytex Sales

memang memborong t-shirt untuk umairah dan umar

boleh la pakai untuk pakaian harian dorang

lagi plak dah lama tak beli t-shirt untuk umar

kebanyakkan baju umar skang nie dah nampak pusat jea

cian anak ibu

membesar dengan cepat

baru 8 bulan dah kena pakai baju yang untuk 1 tahun

dah memborong di situ



mak ajak pergi ke Kuala Selangor

nak memborong sea food segar

ialah esok nak puasa jadi kena ada stock di dalam fridge

beli la ikan, udang, sotong...

puas hati beli di pasar basah di Pasir Penambang nie

mahal skit tapi kesegaran yang penting

ikan tak letak garam pun kalau terus goreng

rasa manis jea isinya



dalam perjalanan balik

baru aku ternampak ada kedai mee udang

tu yang ajak singgah untuk merasa

kedai nie selepas Petronas

ok la la sebab semua kemudahan ada

surau, tandas dan yang pasti bersih

umar dan umairah siap mandi la

dah melekit sangat badan tu

lepas mandi baru selesa nak tidor

Lini makan sampai 2 pinggan

mee udang dan nasi goreng udang

nasi goreng udang dia memang sedap la

harga sepinggan mee udang RM6.50

mahal ker

bagi aku mahal jea tu

Friday, 29 July 2011

Berdating

semalam dating keluar dengan sayang


memang seronok


selepas pergi klinik bawak umar untuk check up


semakin berat budak kecik tu


berat umar skang nie 8.33kg


nak dekat sekilo beras tu :p




hantar umairah pergi nursery


umar mak yang jaga


selepas urusan bank telah selesai


terus ajak sayang tengok wayang


memang dah lama tak keluar berdua


nak tengok wayang lagi la lama gila


rasanya dah berkurun kot tak keluar berdua nie


sejak umar ada






pergi dating ke Jusco Bukit Raja


ok la sebab orang tak ramai sangat


jadi beli-beli barang pun tak la berhimpit-himpit dengan orang


relax jea suasana


ada mood bercinta


sayang pun muka happy jea :D

lunch kami makan nando's
sedap sangat

sayang cadangkan supaya
kami berdua adakan keluar berdua setiap sebulan sekali
aku terima jea cadangan sayang nie
ialah walaupun sudah jadi suami isteri
kena jugak ada quality time untuk suami isteri tu kan
jadi baru la hubungan suami isteri tu lagi bertambah erat



Thursday, 28 July 2011

Umar : 8 Bulan









genap sudah umar 8 bulan

kalau ikut keletah dia memang dah banyak sangat

nak story kan

gigi bawah dah tumbuh 2 batang

jadi skang nie bila menyusu badan

memang akan sakit bila

sebab umar suka melagakan gigi dia

memang selalu kena tarik pipi hehehehhehe


suka buat aski stunt

memang boleh sakit jiwa aku di buatnya

boleh panjat sofa

di tolaknya kerusi kecik kakak dia

pastu panjat dari kerusi tu

aku nampak aksi yang di buat nie

memang terjerit la aku di buatnya



setiap petang mesti kena bawak jalan-jalan keluar rumah

aku nak berjalan sangat memang tak larat la

penat balik dari kerja kan

berdiri tegak jea di depan rumah

nasib baik la dia ok jea



semakin kuat makan

sebelum nie kalau masak bubur dia segengam beras jea

skang nie kena 1 pot

sebab kadang-kadang malam pun dia nak makan jugak

selagi tak bagi makan

confirm melalak jea la kerja dia



semakin montok badan umar

suka :D



Cuti

hari nie aku amik cuti
pagi nak uruskan umar yang ada monthly check up
dan selepas selesai urusan umar di klinik
akan hantar umairah di nursery


kami berdua akan kelur berdua
nak selesaikan urusan di bank
selepas itu
yipieeee boleh la keluar dating
dah lama tak keluar berdua dengan sayang :D

korang kerja baik-baik yea :p

Wednesday, 27 July 2011

Menjelang Ramadhan

tinggal 6 hari lagi kita umat Islam nak menyambut bulan Ramadhan
bulan yang mulia dan kita sebagai umat Islam
nanti-nantikan
banyak pahala dan manfaat akan kita perolehi
sekiranya menghayati dengan sepenuh hati


aku suka bila bulan ramadhan menjelang
suka bila dapat melakukan solat terawih
suka bila dapat balik awal dari opis
suka bila petang jalan menjadi jem - tak suka sebenarnya
semua orang berkejar nak balik
nak-nak bila 1st day puasa
semua orang nak berbuka puasa bersama family
suka bila pergi ke bazar ramadhan
perbagai pilihan yang akan membuatkan aku menjadi rambang mata
tapi nak bertekad taknak berbelanja di bazar ramadhan - emmm boleh percaya ker nie :p


menjelang ramadhan nie jugak
sudah ada persiapan raya yang telah di buat
macam aku sendiri sebelum puas pun aku sudah buat persiapan skit-skit untuk anak-anak
untuk diri sendiri takder la lagi
kemeriahan tu lebih kepada anak-anak
mak aku cakap
dia rindu ketika dia buat persiapan untuk kami semua ketika kecil dahulu
time tu memang xcited
kami yang kecik nie
ikut ajer apa yang telah mak dan ayah belikan kan
bak kata saleh yaakob " I follow"
tapi bila dah masuk sekolah menengah
kami hanya minta duit sahaja dari ayah
dan beli pilihan yang kami suka
time tu mak cakap memang dah rasa lain
ialah anak-anak dah mula buat pilihan sendiri


jadi ketika nie
aku pun rindu pada zaman kanak - kanak dahulu
betapa seronoknya balik dari masjid
jalan beramai-ramai dengan kawan yang lain
main perang bunga api - roket
pernah kain baju kurung aku berlubang disebabkan roket tersalah arah menuju ke kain aku
nasib baik la tak menuju ke arah yang lain
tapi balik kena jugak tibai dengan mak aku


wah rindunya time tu
huhhuhuhuhu

Agry Bird

skang nie memang tengah popular dengan watak agry bird

comel plak aku tengok

key chain yang sayang pilih untuk kereta kami

merah untuk aku

dan hitam untuk sayang


nanti nak cari bantal agry bird la



Tuesday, 26 July 2011

Richman Cafe


lunch tadi memang kami berdua kelewatan masuk ke opis
ingat nak try la restaurant baru yang baru di buka dalam The Store
sampai situ dalam pukol 1.15pm
pas order semua
aku dan syikin puji memuji la deco dalam cafe nie
memang cantik
ala-ala English style


menu yang simple jea
gambar makanan yang di tampal dalam menu nampak kabur skit



deco yang terdapat cafe tersebut
cantik kan
tapi aku rasa deco di Garden lagi cantik kot
yang nie simple jea


borak punya borak
puji punya puji
dah pukol 1 lebih makanan still tak sampai lagi
1.45pm pun tak sampai lagi
1.50pm baru sampai makanan syikin
aku plak pukol 2pm tepat baru la sampai makanan aku
tu yang 2.15pm baru keluar dari The Store
sampai opis pukol 2.25pm
tengok Anna dah ader dalam bilik dia
gabra jugak ialah bos dah masuk tapi staff tak masuk lagi


sebab nak ambil gambar nie jea aku senyum
tapi realitinya angin satu badan
service OUT gila
dah la kena service tax 5%



syikin dengan nasi dan lauk papriknya
syikin cakap pedas sangat dan tak masak sangat
pastu order air longan
aku suka cawan dia
memang unik


aku plak makan nasi papaya
nak goreng nasi papaya pun nak ambil masa yang lama ker chef
sedap memang la sedap
aku makan pun sumbat jea dalam mulut
sebab dah lambat sangatkan
jadi tak dapat nak menikmati dengan hati yang tenang
minum air lime juice - nak kuruskan badan hehehhehehe poyo jea statement :p


tapi tu la
lain kali emmm tak tahu la nak singgah untuk lunch di sini @pun tidak
kena tingkatkan service dulu
baru aku datang semula kot

Hytex Sales


memang sales yang aku nanti-nantikan
boleh la borong pakaian untuk umairah dan umar
murahkan harganya
beli untuk pakaian harian dorang

kalau ada yang cantik-cantik boleh la
beli untuk raya sekali
yup sales yang aku takkan lepaskan untuk terjah :D

Kena Ulser


kita yang dewasa nie bila kena ulser/tulang ikan/tompok putih dalam mulut
pun rasa tak selera
nak makan pun sakit
cuma kita masih gagahkan diri untuk telan jugak makanan sebab boleh tahan sakit
imagine kalau budak kecil yang kena


makan memang langsung taknak
umairah kena ulser
banyak dalam mulut dia
pada lidah ada ada 2 tompok di kedua-dua belah
pada tepi gusi
dan depan gusi
minum susu jea skang nie
bagi makanan memang taknak sentuh langsung
yang dia boleh terima cuma roti yang di cicah dalam air milo jea
biskut pun taknak makan
suapkan bubur pun taknak
aku dah hilang idea nak bagi makan aper pada umairah
start kena hari ahad
maknanya termasuk hari nie nak masuk 3 hari
umairah tak makan sangat
cuma bergantung pada susu dia jea
baru 2 hari aku tengok umairah dah kurus huhuhuhuuhu
sian anak aku



jadi aku search di Internet cari-cari
apa yang perlu aku lakukan untuk ubati ulser dan info tentang ulser nie


Ulser Mulut/ Kudis Mulut/ Mata Ikan (Ulser Afta) :

Latar belakang
Ulser mulut juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada dalam satu tompok atau berkumpulan (tiga hingga lima). Ia akan sembuh tanpa meninggalkan parut.

Mengapa ulser afta terjadi?
Ulser afta sering dikaitkan dengan:

  • kurang pengambilan zat besi, folik asid dan vitamin B 12
  • daya tahan badan yang lemah
  • bakteria
  • faktor keturunan
  • sebab-sebab yang tidak diketahui

Apakah ciri-ciri ulser afta?
Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis) di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.

Peringatan:
Sekiranya ulser tidak sembuh dalam masa dua minggu, anak anda mungkin mengalami masalah lain. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor pergigian.

Komplikasi ulser afta
Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Kanak-kanak mungkin menghadapi kesukaran menyusu dan/atau makan.

Bagaimana menangani ulser mulut
Sekiranya mengalami ulser mulut, pastikan anak anda;

  • Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik :
    • jaga kebersihan gigi
    • amalkan makan secara sihat
    • pemeriksaan pergigian secara berkala
  • Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.
  • Sapukan krim atau gel penahan sakit.
  • Dapatkan nasihat dan pemeriksaan oleh doktor pergigian atau pakar perunding kanak-kanak.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air


nak tahu lebih lanjut klik website di sini..

Monday, 25 July 2011

Mata Kena Gigit


kesian umairah
kita nie kena kalau sakit mata pun
merengek-rengek cakap sakit
nie plak budak kecik yang kena

umairah kena nie dari hari jumaat
bangun pagi aku dah nampak mata kanan umairah dah bengkak
aku cuma terpikir mungkin sembap sebab umairah tidor
mata tersembam atas tilam
jadi hantar umairah ke nursery macam biasa jea

tapi hari ahad bangun pagi
tengok dah lain macam
macam ada kesan luka atas kelopak mata
dan tepi mata di bahagian bawah
time tu aku dah risau
tapi aku pergi gak kerja macam biasa
ingat lepas balik kerja nak bawak umairah pergi klinik


tapi lepas balik kerja
sampai rumah hujan turun dengan lebat plak
jadi pergi lepas hujan turun
pergi sekali dengan sayang


jumpa doctor Maslinor
doc cakap yang mata umairah kena gigit dengan something
sebab macam ada kesan di atas kelopak mata umairah
kena suntik di montot
memang meraung la umairah
tapi sebab nak baik kena tahan hati tengok keadaan anak
kalau kita kesian tak baik la anak kita kan
jadi hatu batu untuk lihat kesihatan anak bertambah baik


hari ahad masih tak baik sangat
memang ubat ati enzim aku memang tak putus-putus bagi pada umairah
nasib baik la sejak kebelangan nie bagi ubat pada umairah
tak meragam sangat
bagi 1 ubat minum airnya macam nak sebaldi air di minum umairah
jadi minum 3 ubat nak dekat 20 minute


pagi nie sebelum pergi kerja
tengok jugak mata umairah
kesan luka2 sekeliling mata umairah sudah surut
lega skit hati aku
ingat kalau tak surut jugak kesan luka tu
aku nak amik EL jea hari nie
nak bawak ke Klinik Kesihatan Gov
tengok ok jea
lega skit hati nak pergi kerja



kelopak mata umairah sembap



kesan gigitan yang umairah kena
umairah cakap gatal
asyik la ngonyoh mata dia dengan tangan



nie lepas kena suntikan di montot
jadi buat baik sangat
mamai hasil suntikan


cepat-cepat baik yea sayang


dan kebetulan terserempat dengan Siti bdk opis aku
siti nak buat scan perut dia
pagi nie tanya aper jantina bby lepas scan
baby girl
kalau dapat InsyaAllah akan dapat sepasang la
tahniah...

Satar


1st time aku makan satar
memang tak pernah makan
memang sebelum nie pernah nampak satar nie
tapi tak terpikir pun nak beli


tapi lepas try sedap la plak
sampai 3 batang aku makan
1 batang ada 3 ketul
jadi 9 ketul aku sorang jea tibai
memang sedap


tapi mak cakap kalau beli di Terengganu lagi terasa ikan dia
yang aku try tu seimbang la jugak
tepung dan ikan
aku belum jejak lagi kaki ke terengganu
emmm bila la agaknay dapat pergi ke sana erk


tapi kalau nak beli satar di sini
entah tak tahu mana yang sedap
aku beli satar nie time pergi ke Putrajaya minggu lepas


ada cadangan tempat nak beli satar yg sedap di mana?
Ain pasti tahukan
sebab hang duk kat Ganu :D
Ain toleong poskan utk ena hehehehehhehe
ngada-ngada betul la :p

Saturday, 23 July 2011

Floria 2011 Di Putrajaya

nie kami pergi ke Taman Floria di Putrajaya
ahad lepas (17/7/2011)
lambat skit nak upload gambar di blog nie


ok la untuk tahun nie
selalu memang family aku akan terjah datang ke sini
biasanya kami datang malam
sebab suasana sejuk jea
tapi kali nie kami datang pukol 3 lebih
memang panas lagi la
pusing-pusing tengok bunga pun sekejap jea
bukan umar yang buat hal
tapi umairah yang dah merengek nak balik
ialah mood dia memang takder time tu
masa memula kami nak datang sini
memang kami cakap kami nak bawak pergi taman
sampai di Putrajaya nie
umairah tanya maner taman
emmm taman bagi umairah sudah pasti la taman mainan dia
bila nampak bunga jea yang banyak terus takder mood
kejap-kejap ajak balik



nie test topi pun nak berejam kat situ
3x tukar topi
entah mana satu jadi pilihan



umar dah penat
merangkak kan dia atas pejalan kaki
yang penat sebenarnya babah dia
penant mendukung umar



topi untuk umar
kakak dia yang pilihkan
macam maner comel tak


nak ambil gambar si kecik nie pun dah takder mood
amik gambar dia
umairah akan buat muka
geram jea aku tengok


angin umairah dah tak ok
apa yg dia minta beli kan jea
tak beli alamat puting beliung melanda la tempat tu hehehehhe
nasib baik la bola nie cuma RM10.00 jea



macam-macam yang dia nak
tapi nasib baik la dia nak bola jea
bola yang lebih besar dari dia


dalam karavan pavillion - rasanya la
dalam nie sejuk jea
bila keluar berpanas jea


memula datang mood dia still ok
minta bergambar masih lagi menyengih dan pandang camera


dalam kereta
dalam perjalanan nak datang ke Putrajaya



umar memang good boy
kalau berjalan akan jadi senyap jea
memandang sekeliling


pintu masuk ke Floria 2011



umairah yang banyak peel dia
layan kan jea



bye Putrajaya
tahun depan kami datang lagi


yang pasti kunjungan kami kali nie
aku rasa kelam kabut sangat
kalau tahun depan mungkin datang malam jugak kot
sebab suasana sejuk dan tak panas
lagi plak umar dah boleh jalan time tu
senang tak payah dukung lagi

Friday, 22 July 2011

PotLuck Di Opis

meriah beb (18/7/2011)
kami bertiga (aku, kak nana dan syikin) bawak makanan ke opis
niat kami nak buat makan-makan nie
disebabkan kami bertiga sudah confirm di Guardian Security nie
memang dari awal kami dah confirm cuma kelewatan
mendapat surat confirm dari HR
jadi dah dapat black & white tu
kami buat kenduri skit la di opis nie
dengan menjamu kawan-kawan di opis


pelbagai menu pilihan
pilih jangan tak pilih


kak nana bawak nasi lemak
sambal ikan bilis kak nana memang sedap la
terangkat tu :D



syikin plak bawak nasi impit dengan rendang ayam
sedap rendang ayam nie
aku bertambah-tambah la makan



aku plak bawak macaroni goreng dengan nugget tempura ayam
nugget la yang paling awal habis
licin.....



memang kenyang la that day
sampai lunch pun kami tak keluar
sebab makan apa yang masih ada
Alhamdulillah dapat semua merasa dengan menu yang kami bawak
InsyaAllah kalau rajin kami buat la lagi yea
tapi bila dept lain nak buat makan-makan nie
nak gak merasa masakan korang plak :D

Kenduri Tahlil & Kenduri Cukur Jambul


sabtu malam ahad yang lepas (16/7/2011)
pergi kenduri tahlil di rumah shumie
aku memang ingat kenduri cukur jambul
sebab minah nie cakap malam ahad buat cukur jambul
dan esok paginya hari ahad buat kenduri cukur jambul
memandangkan aku tak dapat datang hari ahadnya
tu yang datang malamnya
tapi bila sampai baru la tahu rupanya buat kenduri tahlil
aku dah la pakai kasual jea
hampeh betul la ko shumie
segan aku ngan orang-orang tua kat situ
ialah orang lain berbaju kurung
aku jea yang pakai seluar jeans
lini pun berbaju kurung jea - sopan gitu


bersama dengan cik marshumie



cuba tengok raut wajah aku
sedang menahan marah tu
sempat lagi adik aku Lini snap gambar nie
nak marah budak 2 orang nie
time tu tengah mengaminkan doa
takkan la aku nak bersuara kan
nak cubit tangan tak sampai plak kat budak 2 orang nie
tapi aku memang geram la time nie


tengah dok mengaminkan doa tu
boleh plak pija dan umairah bergusti
tengah-tengah kami duduk berkumpul nie
dengan gelak terkekeh-kekeh
mak aku jeling jea kat aku
aku pun jeling jugak pada umairah
tapi harammmmm tak takut langsung


jom layan gusti antara umairah dan pija






yang umar plak
tengok kakak dia berdua ligat bergusti
dia pun sama nak turut serta
langsung taknak berpegang
nak jugak merangkak di bawah
adoi yaiiiii pening kepala aku nie



******************************************************


hari ahadnya plak (17/7/2011)
kami pergi ke Serendah
ikut family hapis
sepupu dia ada buat kenduri cukur jambul
ikut ajer la
boleh la kenal mengenalkan diri
kami sampai sana pun dalam pukol 12 lebih
ngam2 time orang nak makan hehehehehe
elok sangat la tu :p


umar kalau berjalan
memang jadi budak baik
diam jea



bersama dengan wanie
sepupu hapis
erkkk aku tak bergambar dengan ko ker Lini
takder pun dalam hp nie


dah kenyang perut terus menuju ke Putrajaya
buat aper nanti aku story yea :D

Black Pepper


lunch hari nie makan di KFC
pergi The Store sebab nak tengok restaurant apa yang buka
sebab renovate dia cantik sangat
deco dia macam Garden mmg cantik
bila tengok kedai tu still dalam process deco
opening dia esok
minggu depan boleh la try


skang nie KFC ada promo baru kan
macam ala-ala chicken chop
ok la..not bad
tapi bagi aku tak cukup kenyang dengan seketul ayam tu
emmm kejap lagi confirm aku lapar semula


yipieeee pc dah ok
skang nie aku pakai dulu cpu sabri
cpu aku masuk bengkel
motherbord dia ada problem
hard dics mungkin dapat diselamatkan ... maybe

Thursday, 21 July 2011

Menumpang Kasih

kesian aku dalam minggu nie
semuanya di luar plan
dah la di opis menumpang pc saper-saper jea
untuk menyiapkan kerja sendiri
cepat-cepat buat pastu duduk di tempat sendiri
yang monitor yang tak boleh on langsung
geram jugak dengan Mr.Hong nie
tak buat-buat lagi CPU aku yang rosak tu
jadi semuanya tergendala
susah jugak menumpang hak milik orang lain nie
sebab kita tak boleh la duduk lama-lama tempat orang kan
jadi siap jea baik blah
jadi kerja aku di opis nie makan..makan..makan..dan makan..
bosan beb
ada gak terpikir baik lepak jea di rumah
cpu dah ok baru datang semula ke opis
buang masa beb hehehehehhe


nak update blog di rumah
tak dapat la plak
lappy dah kena virus huhuhuhuhu
petang semalam baru hantar masuk bengkel untuk dibaiki
sayang la nie
masuk FB entah saper2 IM dia
sayang layan pastu hantar link
sayang pandai sangat terus jea klik link tu
aper lagi KABABOMMMMMM la lappy aku
geram jea
lappy lagi 1 memang dah tak boleh on
sebab dah ader lappy lagi satu tu yang sampai ke sudah tak hantar baiki
jadi bila lappy yang ada pun ada problem
baru la terhengeh-hengeh nak hantar baiki huhuhuhuhu
jadi aktiviti malam tengok jea la tv
takpun ngadap la sayang tu hehehehehhehe double meaning tu :p
jadi korang berhati-hati la saper2 yang IM korang dalam FB
nak2 orang tu speaking landonnnnnn
jangan la layan....kalau korang layan alamat kababommmm la lappy korang macam aku nie :(


tadi lunch makan di Mc'D
tapikan kesian kami tau - saper lagi kalau bukan aku dan syikin
sabri bagi kupon mc'd yang redem Buy 1 Free 1 untuk GCB
konon-kononya kami beli, yang free dia nak la
ok la kami tak kesah..angkut la sekali si sabri nie
sampai sana, dengan muka selumber terus letak kupon free nie depan kaunter
terus budak krew mc'd tu cakap yang kupon mc'd tu PALSU
uwaaaaaaaaaa malu tak ingat la
siap manager mc'd terangkan pada kami yang kopun yang letak di FB tu PALSU
jadi nak dapat free kena jugak makan berbayar lunch tadi
tapikan bos aku pun terkena sekali
sebab sabri bagi pada Ester kupon tu
dan kebetul Ester memang selalu lunch bersama dengan bos kami Anna
tapi sabri nampak jea kelibat 2 perempuan nie
cepat-cepat pergi ke dorang
untuk ambil semula kupon yang dia bagi tadi
hehehehehhehehe jadi bila kami semua dah berkumpul tadi
terus tergelak besar tak ingat
lain kali kalau dapat kupon dari sabri kami taknak la
kami ambil dari Anna jea...terkena kami hari nie
tapi kesian tau pada budak-budak sekolah yang datang bawak kupon palsu tu
dah tahu dalam FB mc'd ader kupon tu terus la delete kopun palsu tu
kesian pada orang-orang yang bawak harapan yang tinggi nak makan burger free
lagi2 GCB tu
memang la boleh jea beli GCB tu
nak kata TAGLINE Sabri
FREE TU LAGI SEDAP hehehehehhehe


banyak story yang nak aku updatekan
lagi-lagi kisah anak-anak tersayang aku tu
dan kisah kami sekeluarga
tunggu jea la lappy aku siap @pun cpu aku siap di opis nie
daaaaa
tak sempat la nak singgah rumah korang
nanti aku free aku buat kunjungan balas yea :D

Monday, 18 July 2011

C0mel Kan...kan..kan..


aku suka r0ssa
penyanyi dari Tanah Seberang
c0mel jea minah nie kan
suara pun sedap jea bila di dengar
aku suka teng0k k0leksi pakaian dia bila datang ke Malaysia
semuanya nampak c0mel-c0mel belaka


yang pasti aku suka t0n c0l0ur kulit dia
cantik jea kan
emmmm macam mana la nak dapatkan kulit secantik r0ssa nie erk
emmmm cemburunya teng0k

Saturday, 16 July 2011

Sarapan Di Mc'D

puk0l 9am ajak umairah sarapan di Mc'D Rahman Putra
kesian plak pada umairah
malam tadi umairah adu pada aku

"ibu, dah lama akak tak makan mc'd" umairah
alahai cian plak aku dengar rintihan anak aku nie
tu yang pagi nie ajak umairah sarapan di mc'd
emmm sampai - sampai jea terus jea la masuk ke playgr0und
pastu terlari-lari ke tempat simpanan t0ys yang baru
pilih yang t0ys mana yang dia mahukan
aku layan kan jea la



aku macam biasa la
kalau bfast di mc'd mestila pilihan aku set n0.2 hehehhehe


yup fav aku
yummy yummy sedapnya


muka tak bermake up
huhuhuhu pucat jea kan


happy meal umairah
pancake
habis la 1 keping umairah makan
kenyang dapat habiskan 1 keping nie
lagi sekeping aku la habiskan
aku kan alam fl0ra skang nie
anak-anak tak habiskan aku la kena habiskan
cuma sisa-sisa yang anak dah makan jea aku tak makan
sebab 0rang tua cakap nanti anak-anak tak ikut cakap kita
kalau makan sisa-sisa anak



aksi-aksi umairah dengan pancake dia
suka sangat dengan jem grape tu
1 paket untuk dia jilat jea
1 peket lagi untuk di cicah dengan pancake dia

burp kenyang kami dengan burger dan pancake
Alhamdulillah