Saturday, 31 December 2011

Kek Choc Moist

TQ kak Syarifah sebab sudi order kali ke 2
kek dari Ena
1kg ++ - RM45.00

Friday, 30 December 2011

Gegirl atau Kasual

aku jarang pakaikan umairah dengan dress
selalu mesti seluar jeans dan t-shirt
dress yang umairah nie pakai aku beli masa usia dia 2 tahun
sekarang nie 3 tahun 3 bulan
masih lagi boleh di pakai
dan masih lagi kelihatan macam baru
memang jarang gila aku pakaikan

tapi dress nie sudah atas lutut umairah
nampak seksi skit la
kalau ada lengging mesti nampak cute

korang yang ada anak perempuan
lebih prefer pakaikan dress ataupun seluar dan t-shirt jea

Thursday, 29 December 2011

Cuppies Red Velvet Ke Puncak Alam


order dari Ina dari Meru
jumpa di Mc'd Puncak Alam malam tadi
thanks
lain kali order lagi yea

yang pasti model sudah tentu la umairah kan :p

Wednesday, 28 December 2011

Jom Makan Kek

dah masuk 3 series nie
malu plak bila atas kek ada tayang baper umur sebenar kita
malu gila hahahahahaha
kek sponsor by finance department
thanks korang
mmmuahhh muahhhhh muahhhhh

masa kek nie diletakkan dihadapan aku
aku memang nak cabut jea plastik yang tertera umur aku tu
tapi Anna tak bagi cabut
sabar jea la
huhuhuhu tak bestnya bila usia dah meningkat nie

walaupun dah masuk 3 series tapi maintain cute
bluwekkkkk

Celebrate Birthday dari Member Ofis

thanks korang
sebab sudi membelanja birthday girl makan di Secret Recipe

naik kereta sabri
nasib baik la mamat nie sudi layan karenah kitaorang nie eheh

kalau bergambar mesti sengih sebelah jea
tengok menu yang sabri pilih memang meyelerakan
yummmyyyy nak ckit malu la plak


kak nana dengan menu yang aku sudah lupa
tapi meatball dia sedap
tak berbau sangat

minah nie punya menu pun aku dah lupa
aku plak pilih menu mee soba - sedap

apa-apa pun thanks syikin belanja ena makan sempena
dah masuk 3 siries nie eheh

Selamat Hari Jadi - 30 Tahun

tepat pukol 12.01tengahmalam
sayang bawak kek di hadapan aku
sambil umairah menyanyi lagi happy birthday kepada aku
emmm budak kecik nie memang suka tidor lambat lately nie

thanks sayang sebab masih sudi lagi smabut birthday wife dia nie
eheh
hadiah.....pasti la special :D
dah semakin tua aku
usia makin menginjak

Monday, 26 December 2011

Muka Terkejut

hah buat apa tu
eheh dapat snap gambar umairah tengah main make up ibunya
dalam handbeg
emmmm dah pandai melawa si kecik nie
kalau tengok vidoe umairah tengah pakai make up
sakit perut gelakkan tegok telatah umairah nie
ada-ada jea umairah nie tau

Saturday, 24 December 2011

Happy Holiday

selamat bercuti semua
memandangkan krismas jatuh hari ahad
jadinya hari isnin pun cuti sekali
lamakan cuti - 3 hari :D
plan cuti tu elok-elok yea

yang pergi bercuti
berhati-hati dalam perjalanan

Friday, 23 December 2011

Kerana Mu sanggup Kami Hadapi Jua

disebabkan tak puas hati dan tak puas nak merasa
ketika Anna belanja kami makan pada hari selasa lepas
aku dan syikin dan paksaan kepada kak nana
kami pergi ke sri damansara
ke group base semata-mata nak makan ku taw gorengnya
perghhhh bila masuk ke mulut memang sedap gila la
tapi tu la sebab orang tamak
makan tak ingat dunia
habis sepinggan aku kerjakan
masuk ke ofis semula sesak nafas dibuatnya
kenyang terlampau

tapikan sedih + kelakar
sebab masa makan tu sandal aku tercabut
huhuhuhu malu beb
terpaksa seret jugak sandal tu sampai ke kereta syikin
nasib baik la dalam kereta syikin ada sandal spare
jadi pakai la dulu kasut dia naik ke ofis
balik rumah pakai selipar jepun jea
selalu ada jea kasut spare dalam kereta aku
kali nie bersihkan kereta terus buang semua barang dalam kereta

malu gila

Tahi Lalat Pemanis Wajah

pagi nie masa kusyuk mencium pipi umar
baru perasan umar ada tahi lalat di pipinya sebelah kiri
umairah plak sebelah kanan
emmmm adik beradik nie sama jea

Thursday, 22 December 2011

Menyerah Diri Nampaknya

emmmm bila korang tengok gambar di atas
apa yang korang fikirkan
betul tu....
letak handbeg macam tu jea
kalau kena ragut
siapa yang salah
lu fikir la sendiri

Tuesday, 20 December 2011

Belanja Makan Oleh Boss

terkejut jugak sebab waktu pagi tadi Anna
ajak kami semua (Finance Dept) lunch bersama
Anna nak belanja makan sempena krismas akan datang
kami ok jea, siapa nak tolak makan free kan eheh
memula kami nak makan pizza di Aman Puri tapi restaurant tu tutup plak
jadi kami pergi ke Group Base di Sri Damansara

pencuci mulut order ABC - sedap jugak
kami kongsi-kongsi rasa jea

aku pilih lamb chop
tapi tu la portion lamb chop dia memang kecik
rasa macam tak cukup jea huhuhuhu

minah gedik bergambar eheh

menu aku dan kak viji sama jea
ialah masa pagi tadi time Anna tanya kami nak makan apa
memang aku teringin nak makan western food
tu yang dapat menu terus terjah bahagian western food
nasib ada

kak viji dengan chicken chopnya
sedap jugak kata kak viji

sabri aku tak ingat dia order apa
sebenarnya mamat nie nak makan nasi bila anna tanya pagi tadi
tapi memandangkan majoriti nak makan western food jadi ikut ajer la selera kami erk hehehehehe

nie la boss kami Ms.Anna
memang terliur la ku tiaw yang Anna order nie
bila anna suruh kami rasa
memang aku rasa skit la
perghhhhhh memang sedap tak ingat la
rasa macam menyesal jea order lamb chop nie huhuhuhuhuhu
nak rasa lagi malu plak
ialah orang bagi rasa betis dia nak paha plak
makan penampar plak nanti :p

Tuesday, 13 December 2011

Kerana Kuku



ini budak memang semakin nakal dan lasak
pagi nie bangun tengok pipi sebelah kanan sudah luka
sebab waktu tidornya tangan tu asyik la menggaru pipinya
bila aku tak bagi garu melalak
skang nie tengok la pipi dah luka
bila basuh muka tahu plak menjerit pedih
tapi kesian plak

Monday, 12 December 2011

Sebelum Balik Kundang Singgah Sebentar di Alor Gajah

memandangkan kami bertolak awal dari Muar
kami singgah dahulu rumah mak uda dan pak uda
ialah p.cik dan m.cik kesayangan kami semua

dalam perjalanan balik
pija naik sekali kereta pak longnya
jadi dapat la umairah dan pija naik kereta sekali
sekejap jea elok budak berdua nie
lepas tu terus bergaduh ... angin satu badan

ikut jalan kampung aku emmang suka
bila nampak gerai-gerai tepi jalan minta sayang stop
pasti la cencalok dan belacan akan di bawak balik ke selangor

mak plak pasti la kuih tradisional menjadi pilihan

minta sayang belikan cencalok lebih-lebih skit
sebab syikin dan kak nana memang minta belikan kalau balik ke Melaka
cencalok kalau makan dengan nasi panas-panas memang menyelerakan
memang bertambah nasi bila makan
terus lupa diet eheh

beli sekali kupang
kupang segar nie
rebus di rumah mak uda
pastu makan berebut-rebut
memang sedap tak ingat dunia

pak uda dan mak uda nie berniaga depan rumah
untuk sarapan pagi
jadi waktu malam pak uda akan menguli tepung untuk roti canai
jadi sambil kami semua makan malam, pak uda menyiapkan uli tepung
suka tengok bila tepung menjadi bebola untuk dijadikan roti canai

sampai rumah pukol 12 lebih
nasib baik la hari nie cuti jadi dapat la berehat di rumah

Mari Kita Perkena Mee Bandung Muar

selepas kami makan rojak petis
kami singgah plak di hentian lama
untuk menikmati mee bandung muar yang terbaik

kedai makan nie diperkenalkan oleh auntie Esah
kalau kami nak makan mee bandung terbaik
baik singgah di sini
memang sedap dan pasti akan teringat-teringat akan kuahnya

mee bandung kesukaan mak aku
aku plak yang dah full house
hanya larat makan separuh sahaja
mak yang tolong habiskan
jadi mak makan 1 1/2 pinggan mee bandung sahaja
memang sedap gila

kebetulan sebelah kedai makan nie ada replika motor dan basikal lama
apa lagi acara berposing-posing la di sini
umar aku letakkan di atas motor nie dia menangis plak
entah apa yang dia takutkan
kelakar tengok umairah
siap buat aksi spiderman lagi hahahahaha

letak umar atas basikal elok jea
siap buat bunyi motor lagi
alahai anak ibu nie silap kenderaan ker eheh

aksi-aksi kami semua ketika menunggu mee bandung dihidangkan
lepak di tepi jeti sungai muar

lepas ngidam mak aku nak makan mee bandung
terbaikkkkkkkkkkkk

Ke Muar Kita

pagi-pagi lagi kami semua telah digegarkan oleh suara mak
ialah pagi semalam kami semua berangkat pergi ke Muar
anak buah ayah akan kahwin
merangkap sepupu kami sebelah Muar akan kahwin pada hari semalam
rasanya lama gila kami tak balik ke Muar
kami bergerak dengan 2 bijik kereta

pukol 11 lebih kami sudah sampai di muar
tak berhenti langsung
aku plak rasa macam nak keras punggung nie
rasa macam lama jea perjalanan kali nie
umar dari sg.buloh ke muar langsung tak tidor
tahan betul mata si kecik nie
kakak sahaja yang tidor dengan lena

tengah makan tu hujan turun punya la lebat
terpaksa lepak dalam rumah
pukol 1pm baru hujan stop
tapi kami tunggu sampai pukol 2 lebih tapi pengantin masih lagi tak berarak
bosan sangat menunggu terus ajak mak dan ayah balik
kami tak tidor pun di sana
pergi balik hari

kelakar time nie
sibuk apis dan nasir melalak
umairah dan pija jadi pom pom girl tepi pak ngah dan pak chu nya
siap lentok-lentok badan tu ikut pak ngahnya menyanyi
mulut plak terkumat kamit ikut lirik lagu
tapi tak tahu apa yang umairah sebutkan hahahahaha


selepas bergerak dari majlis kahwin tu
kami singgah sebentar padang (alahai tak ingat plak nama tempat nie)
datang sini sebab nak makan rojak petis
perghhhh memang terbaik

kuah dia memang sedap gila la
beli 2 bekas

nie la rupanya rojak petis pada yang tak kenal
ada pelbagai jenis buah di dalamnya
kuih rojaknya memang pekat dan ada rasa manis-manis dan pedas


makan plak ramai-ramai memang best


sambil sayang melayan anak-anak main
aku melantak makan hehehehehehe


selepas makan di padang nie
kami menuju ke tempat wajib yang mak aku pasti nak makan bila
balik ke Muar nie
tunggu...

Saturday, 10 December 2011

Selamat Bercuti Rakyat Selangor

happy holiday semua
negeri lain kerja baik-baik yea
eheh

hari nie akan menempuh perjalanan yang jauh
akan balik ke Muar
sepupu aku akan kahwin
Tahniah

Friday, 9 December 2011

Kasih Seorang Kakak


hari sabtu yang membosankan
tak tahu nak buat apa
waktu pagi bz la skit
sebab mengemas rumah segala bagai
tapi bila waktu sudah tengahari
sudah membosankan aku
taktahu nak buat apa
msg sayang balik awal atau tidak
ingat nak ajak keluar
tapi pukol 9 lebih pun tak balik lagi
ialah ingat waktu aku cuti nie
waktu petang nak la ajak umairah dan umairah ke padang permainan
tapi aku tak boleh nak pergi seorang sahaja
sebab siapa nak control budak berdua nie
lasak tak ingat dunia

aku suka tengok gambar dua beradik nie
umar sambil menyusu landing di atas pahah kakaknya
baik jea umairah melayan umairah sambil menengok kartun
selalunya bergaduh jea dua beradik nie
tenang jea hati aku tengok

Mesin Terapi Diri

hari nie waktu lunch kami pergi ke Pusat kesihatan NGO
pusat ni selang 1 dari ofis kami
rata-rata yang datang ke sini adalah orang cina
melayu memang takder - mungkin tak tahu akan kebaikan yang pusat nie anjurkan
masa memula pusat nie di buka pun kami buat tak pedulu sahaja
ialah ingatkan persatuan apakan
tapi ada salah seorang staff Guardian nie bertanya
dan baru la tahu apa fungsi pusat ini
pusat nie memberi khidmat percuma kepada orang ramai
untuk menggunakan mesin ion negatif cas elektrik
fungsi mesin nie ialah untuk mengembalikan saluran darah dengan lancar
dan banyak jugak fungsi-fungsi lain yang menarik hati
aku rasa fungsi mesin nie macam sama dengan funsi mesin dr al-jabbar

dan sempat jugak kami menanya orang-orang yang datang ke situ
apa kebersanan yang mereka perolehi
ada yang mempunyai darah tinggi selama sebulan dia menggunakan mesin nie
auntie tu cakap dia tak payah makan ubat lagi
dan ada uncle tu kebersanan yang dia dapat sebelum nie dia susah nak bergerak
skang nie sudah boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat

syikin dan kak nana
kak nana sudah beberapa kali mencuba mesin nie
kak nanan cakap selepas dia gunakan mesin nie
waktu tidor kak nana sudah lena tidak sebelum nie yang susah nak tidor waktu malam

aku dan syikin lagi
macam pelik jea stail aku pakai tudung satin nie


sambil kami menunggu giliran untuk duduk
tengok keadaan sekeliling
memang ramai yang datang

mesin SE-14000
yang menggalirkan cas elektrik ke tubuh badan

kita akan duduk atas pelapik nie
di antara pelapik nie la cas elektrik mengalir
banyak kebaikan yang kita perolehi sekiranya dapat
mengfree kan diri untuk hadir ke sini selama 30 minute
untuk kesihatan diri apa salahnya

nanti nak bawak mak ke sini
mak ada darah tinggi