Friday, 31 August 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan

selamat ulantahun perkahwinan untuk kami berdua "D
genap 6 tahun kami sudah berkahwin
melalui ranjau kehidupan sebagai suami isteri
dan cuba menjadi ibu dan babah yang terbaik untuk umairah dan umar

semoga rumahtangga kami tetap bahagia
dan kekal selamanya
Amin

sambutan hanyalah dengan menggit burger
hehehehhehehhe 



selamat ulangtahun perkahwinan sayang
mmmuahhhh

Thursday, 30 August 2012

Semput

pagi tadi sebelum pergi kerja
sudah bawak umar pergi ke klinik
ambil ubat hantar semula umairah ke nursery dan umar di rumah
terus aku pergi ke tempat kerja - masuk lambat skit

balik kerja lambat skit
sampai di rumah mak cakap nafas umar makin  teruk
lepas siap mandi semua
bagi umar minum susu
ok lagi masa tu tak lagi tergerak hati nak bawak umar pergi klinik
tapi tak lama lepas tu umar muntah
terus aku siap-siap bawak anak-anak aku pergi klinik
nak tunggu sayang balik kerja macam lambat sangat
tu yang terus decide bawak jea anak pergi klinik

nasib baik la budak berdua nie tak banyak ragam
just duduk sahaja
sibuk main dengan buih sabunnya
umar memang tak larat la

jadi budak baik sekejap

Alhamdulillah
kali nie 1st time umar sedut gas tak menangis
siap pegang sendiri lagi
lega sangat
syukur Allah permudahkan aku urusan aku di klinik 
dan anak-anak mendengar kata
syukur sangat

lepas sedut gas
dan jumpa doc semula
baru lah pernafasan umar lega

dalam kereta
si kecik nie terus lena

kakak cakap "cian adik"
emmmmm anak-anak nak membesar
memang banyak cabaran

nak kemas beg esok nak berangkat ke Melaka

Tuesday, 28 August 2012

Selamat Datang ke Padang Besar, Perlis

selepas selesai sudah majlis perkahwinan cham dan ain
pukul 2 petang kami minta diri untuk berangkat pulang
bukan terus pulang ke sg.buloh yea
tapi memenuhi impian di hati
nak menjejakkan kaki di padang besar
1st time aku pergi ke negeri Perlis
ambil masa 1 jam jugak nak sampai di sini
ialah kami ikut jea penunjuk arah signboard
ialah masing-masing pun 1st time datang ke sini

sampai di padang besar
perghhhh memang jauh meleset dari apa yang ada dalam kepala otak aku nie
apa yang aku imagine padang besar nie
pasarnya di tepi jalan sebelah Thai dan sebelahnya perlis
pastu ada orang jerit-jerit jual barang
hahahahhaha bila depan mata memang aku tergelak sorang
tu la sebelum sampai taknak google image dulu macam mana padang besar tu
jauh tersasar apa yang aku image dengan apa yang ada depan mata

yup gambar bukti aku sudah jejakkan kaki di Padang Besar

suasana di dalam kompleks
oooooooohhhhh begini rupanya
macam-macam ada
cuma aku tak shopping beli apa pun
sebab niat di hati nak beli tudung - tapi bila nampak kedai tudung
takder yang berkenan di hati
nak cari sandal - tapi takder yang berkenan di hati

rata-rata beli mainan untuk umairah dan umar sahaja

beli ole-ole untuk teman tersayang
pilihan umairah untuk mama syikinnya :D

sayang beli beg sandang nie
harga RM120.00
selepas tawar menawar dapat RM80.00
ok murah la tu
kalau di KL rm320.00 tu
memang idaman sayang nak beli beg sandang nie
senang nak pergi mana-mana
sumbat jea dalam beg nie
nak sumbat umar dalam tu pun boleh hehehehehhe

penat berjalan
tapi banyak kedai tak buka lagi
kami pun tak makan di sini
sebab teman ofis cakap jangan makan di sini
sebab kebersihan diragui
jadi hanya shopping beli barang dan kudapan untuk teman-teman di ofis


mainan pun murah sangat
ok la tu untuk anak-anak


beli bekho untuk umar
di chow kit harga bekho nie RM120.00
berfikir-fikir jugak nak membelinya

harga yang diletak RM68.00
bila minta tawar dapat RM45.00
terus jea la beli...murahkan

bila nak bawak balik emmang azab
nasib baik la naik van
ada la jugak ruang nak letak bekho umar nie
kalau naik kereta confirm kena ikat atas bumbung hahahahahha

wajah-wajah umar melaram pakai speck mata pak langnya
amboi pandai bergaya yea

kami bertolak pulang pukul 6petang
niat di hati nak check in sehari lagi
nak jalan-jalan di Thai
tapi terpaksa batalkan niat di hati
sebab terfikir kerja yang melambak di ofis
lain kali datang lagi 
ambil cuti berjalan sakan laks..

apa-apa pun memang enjoy
seronok dapat berjalan bersama family
kami sampai di kundang pukul 4pagi
perghhhhh memang penat tak ingat
isninnya masuk ofis lambat skit
ketidoran tak ingat dunia

Perlis ... pasti kami akan datang kembali :D

Monday, 27 August 2012

Tahniah Zamri aka D'Cham & Ain - Menjadi suami isteri

pagi lagi riuh rendah sudah keadaan di rumah homestay nie
riuh bukan suara umar atau umairah
tapi riuh dengan dengkuran oleh budak-budak lelaki
perghhh tu kalau lontar bom tangan confirm tak sedar
macam mana la sobri boleh tidor dengan suara hiruk pukuk tu hahahahahah

memandangkan cham akan menikah pukul 11.30am
kami semua kena la bersiap awal
depan home stay kami ada jual nasi kandar
just jalan kaki jea
sayang beli sebab umar dah minta mamam - cian anak ibu yea
beli sebungkus pergh memang sedap gila
kalah rasa nasi kandar yang ada di sg.buloh
murah jea pun

beli nasi lemak
sebungkus RM0.50 sen sahaja
alahai m.cik jual harga macam nie bila la boleh nak kaya
di sg.buloh jangan la harap ada harga macam nie lagi
murah tapi rasa memang sedap

pagi tu baru la jari si bakal pengantin nak diinaikan
sabar jea la
tu pun pakai lebihan inai mekah yang mak ndak dapat
jadi kami dapat pakai skit-skit jea
nak beli kedi banyak tak buka lagi

tapi yang penting pengantin kena la pakai inaikan
yang tolong pakaikan sudah semestinya mak aku
emmmm manja tau cham nie :D
muka happy
dalam hati siapa yang tahu

hantaran dari pihak lelaki
7 hantaran di balas oleh pihak perempuan 9 dulang
lupa aku nak snap gambar hantaran sebelah perempuan
tunggu sahaja la cham nanti upload masuk FB dia

warna-warni ceria kmi sekeluarga bergambar dengan bakal pengantin
dalam ceria terpalit kesedihan di hati
pada yang tahu dan baca
"hari nie hari korang..hari korang nanti pandai-pandai la bawak diri"
"hidup di dunia nie CASH..cepat sahaja di bayar..macam mana aku dan Lini terkena,
skang nie terkena batang hidung sendiri..dan yang belum terkena lagi..pasti ada balasannya"

roda itu bulat sahaja
hari nie kita di atas
pasti suatu hari nanti masa kita di bawah plak
jangan masa tu baru nak menyesal dan menagis
penat la babak sebabak nie
orang yang penuh bermuka-muka nie pun payah
depan baik belakang jangan citer la - manusia bertopengkan ...................

pukul 1130am kami menanti di Masjid
menunggu ketibaan tok kadi
memang cantik pilihan hati cham
memang pandai mencari cham nie - kembar plak tu
ada peluang dapat bby twins nie :D

dengan sekali lafaz selamaty menjadi suami orang
Tahniah cham dan ain
kak long doakan semoga korang bahagia hingga ke syurga
Amin

bersama adik-adik tersayang
lini..sobri..nasir..
ada hikmah kami pergi ke kedah bersama
hubungan aku bersama adik beradik semakin mesra 
gelak tawa memang penting untuk mengeratkan hubungan adik beradik

wajah-wajah ceria anak-anankku
umairah dan umar

moral of story : Jangan buang keluarga
sebab di hujung cerita keluarga yang di buang akan menolong kita semula ketika dalam kesusahan
ingat-ingatla
hidup kita bukannya selalu di atas..

Makan Angin di Kuala Kedah

lepas magrib
terus ajak family keluar makan angin
ialah bila dah sampai sini mesti la nak jalan-jalankan
takkan la nak terperuk di rumah jea
buang masa la beb

kecewa la skit sebab tak dapat pergi ke Pasar Rabu - dah tutup
jadi member adik - Aliff ajak makan di kuala kedah
sambil tu boleh la tengok pemandangan malam di tempat orang

tapi sebelum pergi ke mana-mana
menjeling jugak kami semua mencari kedai kasut
memang la mak aku nie
masa di hentian semenggol
masa kami pergi ke solat
mak aku boleh main sarung jea kasut orang lain
jadi kesudahnya mak aku pakai kasut sebelah lain
hehehehehhe memang kena sakat dengan kami semua

nasib baik la ada sebuah kedai kasut bata masih buka lagi
rata-rata pukul 8pm di kedah nie kedai banyak sudah tutup
perghhhh memang tak meriah la
ialah awalnya kedai dah tutup
masa kami nak pilih-pilih kasut pun
pekerja kedai sudah tarik muka
ialah malas sudah nak melayan pelanggan

aku dari nak beli kasut baru
terus malas nak beli
terus lepak di luar sahaja
biar mak dan lini yang sibuk beli kasut

umar naik motor saper ntah
mulut tu dok bising buat bunyi enyin motor
eheh

alamak muka banyak jerawat plaks
uwaaaa tak suka betul la

hahahahahhaha nie la kasut yang mak aku silap sarung tu
kasut mak aku crocodile tu
hahahahahha lawak la

mak cakap masa dia sarung tu memang tak perasan
ialah tinggi sama jea
tapak pun rasa sama jea
hehehehehe

kami makan malam di sini
memang sedap gila la lauk yang di masak

kami pilih menu set : RM77.00 x 4set = RM308.00
@ikan kerapu masak harimau menangis
@kerabu sotong
@telor dadar
@ sayur kailan goreng belacan
@ tom yam campur - perghhh memang tangkap gila sedap
@ 1 jug air apple

seyes murah kan
kalau kat sg.buloh confirm kena charge RM100 lebih
betul kan..(angguk jea kepala korang tu)

kami pusing-pusing sekejap
sampai rumah pukul 2 lebih
apa lagi terus landing dan tak ingat apa dah
thanks cham belanja makan malam

Ayer Hitam, Kedah ~ Perjalanan Sakit Pinggang

bermulanya perjalanan kami sekeluarga pergi ke Ayer Hitam Kedah
pada hari sabru yang lalu - 25.08.2012 - 26.08.2012
hari jumaat family mak ndak sampai
dan tidor semalam di rumah kami
esoknya baru memulakan perjalanan yang jauh
perghhhhh memang nak patah pinggang

kami pergi ke Kedah naik 3 buah kenderaan
family kami naik van sewa - van pregio -minyak dissel
sewa sehari RM200, 2 hari RM400.00
murah jea kan
selesa sangat semasa dalam perjalanan sebab utama dapat meluruskan kaki
kalau naik kereta confirm kaki akan kejang kot - bagi aku la
sebab aku bukan jenis yang suka long journey
selalu balik melaka jea - 2jam perjalanan

nie pergi ke Kedah 6 jam perjalanan
perghhhhhh memang sakit semua sendi la
macam mana la orang lain selalu long journey tu kan
mesti dah biasa punya

kami bertolak pukul 10am
dan sampai di Ayer Hitam pukul 4 lebih
sepanjang perjalanan memang selalu berhenti di hentian rehat
sebab nak take five
nasib baik la umairah, umar dan pija tak banyak ragam
happy sahaja sepanjang perjalanan

muka umairah dan umar yang happy dapat naik van
memang jakun skit anak-anak aku nie eheh

berhenti di hentian - ntah tak ingat
asyik nak terkucil jea
toilet tambahan pun banyak pihak plus sediakan
TQ

umairah asyik tanya
"ibu, kita nak pergi mana nie"
"bila nak sampai ibu"
penat nak jawab soalan umairah nie
nasib baik aku tak masbuk sepanjang perjalanan :D

lini..aku dan umairah
luas dan selesa naik van pregio nie


berhenti rehat di hentian semenggol kot
keluarkan semua bekalan
sup ayam..ayam masak merah..rendang daging..bee hun..cekodok..kuah kacang..
emmmm macam-macam ada kan
Alhamdulillah kenyang perut

umairah dan umar
thanks sayang sebab tak banyak ragam sepanjang perjalanan

selepas makan lepak sekejap
solat zohor
dan luruskan pinggang

kami sampai di kedah pukul 4 lebih
ingat lepas letak barang nak teruskan perjalanan pergi ke Padang Besar
tapi mak ndak cakap nak tengok barang hantaran dahulu
pihak perempuan bagi barang-barang hantaran lelaki yang ada pada pihak perempuan
bila tengok ada yang tak gubah lagi
terus duduk bersimpuh dan siapkan semua hantaran semula
perghhhhhh tak rehat tau
terus buat gubahan
nasib baik la yang ikut ada bakat terpendam membuat gubahan
terutamanya Roza (bakal tunang Shahril)
memang pandai bab mengubah hantaran 
sebab dia memang menerima gubahan hantaran utk masa terluang
perghhhh pandai ko cari bakal bini yea sahril

ok jom cuci mata homestay yang family sebelah perempuan sediakan
besar dan selesa
pihak perempuan sewakan 2 buah rumah homestay untuk kami

bilik air
pantry
ruang dari ruang tamu ke dapur memang luas
bilik tidor ada sebilik lengkap ada aircond
ruang tamu simple sahaja - tv dan meja kecik
ada tilam tambahan

harga 1 malam kalau tak silap aku dalam RM130.00 kot
ok kan 
next time kalau nak pergi ke Padang besar boleh la kami sewa homestay nie jea
selesa dan murah

di luar ada sawah padi
pokok kelapa nipah
dan sungai - banyak ikan
umairah dan umar memang buat muka jakun
ialah tak pernah tengok kan

lihat kawasan sekeliling
tepi sungai ada sangkar burung
umar suka la tengok

lepas magrib baru kami melajah Kuala Kedah
ronda-ronda ... jalan-jalan cari makan..



Friday, 24 August 2012

Warna Warni Raya Ke Dua (2)

raya ke dua selepas beraya ke rumah p.cik sayang
kami buat plan gila
terus menuju ke Banting nak main bowling
hehehehhehe tak tukar baju yea
main bowling pakai baju raya terus eheh
memang kerja gila hahahahhaha

dapat m.cik dan anak buah yang sporting
pakai baju raya sempat lagi nak main bowling

macam mana ayu tak m.cik nie :p

yeayyyyy sudah pakai kasut bowling
beli stocking Rm2.00 - nipis gila

umar xcited nak main bowling
selalu main games bowling dalam hp jea
bila dapat pegang bola bowling secara live memang teruja sungguh

cian umairah
tak dapat nak main sangat
sebab di bowling banting nie takder lane kanak-kanak

jadi nak puaskan hati anak-anak aku nie
bila turn aku dan sayang main
kena la bertatih baling bola bersama dengan anak
sekejap dengan umairah
sekejap dengan umar
tak kesah la markah teruk
asalkan anak-anak happy

bersama dengan anak buah
m.cik sengal eheh

sebelum balik sempat lagi main benda alah nie
tak tahu nama apa games bola nie
niepun 1st time aku main
main sambil gelak-gelak
syork gak
release tension 

sayang plak main snooker dengan adiknya
kami nie tengok saja la
tak reti nak main gak

apa-apa pun 2nd raya memang best 
tahun depan kita buat lagi yea :D

nak layan cuci mata ena main bowling
just klik di bawah nie jea

peace :D

Thursday, 23 August 2012

Petang Raya Sudah Melawat Klinik

sehari sebelum raya lagi umairah sudah tidak sihat
panas badanya sekejap on sekejap off
jadi balik ke Sijangkang memang sudah standby ubat sahaja
tapi petang raya pertama
umairah dah terbaring lesu 
kami terus decide kena bawak umairah jumpa doc jugak
merata jugak la mencari klinik
ialah hari pertama rayakan
pasti la kebanyakkan klinik tutup

terus kami pecut pergi ke Klang
nasib baik la ada sebuah klik buka
dapat jumpa doc
cek suhu badan umairah 39 - memang tinggi
dalam mulut umairah penuh dengan ulser
atas bibir pun ada 2 ulser - cian anak ibu

doc cakap panas anak tinggi sangat sebab tu la ulser tumbuh
patut la umairah taknak makan sangat
minum air pun skit-skit jea
bagi ubat demam..batuk..dan ubat sapu ulser
muka tak bermaya umairah

umar macam biasa la
bergerak aktif
nak bagi senyap pun bagi la main games dalam hp
baru akan duduk senyap

kelakar plak tengok muka sayang
siapa yang takut nak jumpa doc nie

balik kami singgah beli air badak
sebab bila minum badan akan rasa sejuk skit
nak cari kelapa mana la ada orang jual air kelapa di petang raya

emmmm umairah oh umairah
setiap raya confirm kami suami isteri akan mencari klinik
bila dapat sapu ubat ulser dalam mulut umairah
baru la umairah dapat makan dan minum skit
sian anak ibu...

kita yang dewasa nie kalau kena ulser pun rasa sakit sambil meleleh air matakan
niekan budak kecik yang tak tahan sakit
sedih aku tengok umairah kena ulser
rasa macam nak bertukar tempat sahaja...

Mood Raya...Takder Tempat nak Makan

kesian kami nie
hari raya ke Lima 
orang ramai sudah mula bekerja
tapi ramai lagi taukey restaurant mood beraya
jadi waktu lunch restaurant fastfood menjadi pilihan
lunch tadi makan di mc'd
Q memang tak ingat la
perut dah berbunyi
kalau order drivethru pun macam sama jea
Q panjang jugak
jadi nak taknak Q jea la
perut sudah berbunyi


sambil-sambil Q tu
sambil-sambil tangan aku pun snap gambar sekeliling

kalau tahu macam nie
baik bawak bekal jea
jimat pun jimat duit dalam wallet
kesudahnya masuk ofis pukul 2 lebih
nasib baik la bos masing-masing tak bising eheh

aku..kak liza dan eikin..
selamat masuk Burger GCB dalam perut
burpppp Alhamdulillah

Kacau Dodol

wah nie 1st time family aku buat dodol
memula aku macam pelik jugak bila mak cakap nak buat dodol
ialah siapa la nak mengacau nanti bila nak buat dodol
mak cakap bila lagi nak tunjuk pada cucu cara-cara nak buat dodol
aku cakap pulak dahhhh

jadi 17hb yang lepas
2 hari sebelum raya
kami sekeluarga mengacau dodol
dalam sejarah hidup aku la nie
dodol stail melaka
hanya santan dan gula sahaja
tak letak gula merah pun

masa dalam cair tu
kami yang perempuan gagah lagi nak mengacau dodol
tapi bila dah likat perghhhhhh memang angkat bendera la
tak larat nak angkat sudip pun :D
jadi bila sudah likat memang pass pada orang lelaki sahaja
sambil mengacau sambil tergelak-gelak
memang happening sangat

dodol yang sudah mula likat
payah betul la mengacaunya

umairah cakap macam atok dalam upin ipin jea
emmmmm pengaruh kartun betul la umairah nie

jom layan keluarga aku mengacau dodol





korang pernah kacau dodol tak 
seronok tau :D