Monday, 30 September 2013

Promo Combo Twins Shaklee

Tawaran HARGA DURIAN RUNTUH
sah start HARI INI sehingga 30 SEPT 2013

Mealshakes
ESP
Vitamin E
Alfalfa
Collagen
Cinch
GLA

Jom dapatkan dari Ena
secara COD atau Penghantaran
ke seluruh negara


harga pasti korang terkejut
dan ada hadiah menanti korang...

untuk order just
 PM/SMS/WHATSSAP
Contact : 012.2449373


Jamuan Perpisahan untuk Captain Salim

hari nie last day Capt.Salim berkhidmat di Guardian Security
selepas tak ingat baper lama capt.salim berkhidmat di sini
aku keja di sini pun sudah 3 tahun
jadi sudah lebih dari 3 tahun aku sudah bekerja dengan capt.salim
orangnya sangat baik dan lucu
kalau sandang beg kat belakang
memang nampak macam budak sekolah hehehehehehe

seharian hari nie HOD dan branch manager meeting
habis meeting baru buat farewell party untuk capt.salim
upacara dilakukan dengan sesi menyerahkan tugas dari capt.salim kepada capt.sobri
new HOD untuk operation dept ialah capt.sobri
welcome to GSC capt.sobri

habis taklimat penyerahan tugas
barulah sessi kata-kata ucapan dari GM
penyerahan cenderahati
dan acara memotong kek
sedih jugak tengok reaksi muka capt.salim
ialah sedih kot nak meninggalkan rakan seperjuangan di GSC nie

selamat maju jaya untuk capt.salim
kalau terserempak kami di luar harap bertegur sapa ")

--kek untuk capt.salim--
kek choc
rasa ok lah

--cenderahati khas untuk capt.salim--
tanda ingatan untuk capt.salim

--kak liza dan fairuz--
dari payroll dan hr dept

--amalina dan wanie--
wanie bari hari nie masuk kerja dari marketing dept
selamat datang wanie ke GSC

--aku..siti dan Eikin--
pantang bergambar hehehehhe

--dari kiri : capt.salim..capt.sobri dan mejar helmi--
waktu penyerahan tugas

--kata-kata aluan dari new HOD untuk operation dept--
selamat datang

--capt.salim memotong kek--
tengok muka sedih jea kan

--tanda ingatan dari kami warga kerja GSC--
gm dan capt.salim


--branch manager GSC--
kusyuk mendengar taklimat

--hah GM pun sempoi sempat lagi snap gambar keadaan sekeliling--
happy semuanya

--kami bertiga--
bunga-bunga finance dept
aku..eikin dan ain

semoga maju jaya untuk capt.salim
jangan lupa kami di sini :)

Nasi Kukus Tepi Jalan GM Klang

lepas puas shopping di Tesco
kami keluar masa sudah pukul 11 lebih
sebab tak sarapan pagi
perut memang sudah kebulur sangatlah
umairah dan umar memang sudah kenyang sangat
sebab dalam Tesco sudah makan hotdog sorang 2 ketui
mak bapak dorang yang sudah kebulur

cari-cari kedai makan area bukit tinggi tapi rata-rata tutup
mak aiiii pelik aku 
sebab kalau area sg.buloh hari ahad lah kedai makan banyak buka
sebab biasanya hujung minggu orang mesti nak makan di luar makan bersama-sama anak kan
last-last masuk area GM
dan ternampak ada gerai tepi jalan jual nasi kukus
terus ajak mr.hubby makan di situ jea
hehehehehehe lapar punya pasal
dah tak kesah nak makan mana-mana pun

nasib baik nasi kukus dia sedap
sambal dia pedas tapi memang terbaik
ayam goreng dia pun sedap..garing jea
mr.hubby siap tambah nasi lagi
aku sebab lapar memang habis semuanya aku telan :p

--nasi kukus yang sangat menyelerakan--
cuma sayur jea takder
kalau ada memang lagi best lah

--yang makan kami berdua jea--
umairah dan umar tak makan pun sebab dah kenyang makan hotdog

--aku dan anak-anak--
umar memang suka bergambar buat memek muka :)

sampai rumah terus masing-masing mencari bantal
penat sambil perut sudah kekenyangan
nie jea aktiviti kami di hujung minggu semalam

aktiviti korang mesti lagi best kan :)

Terjah Tesco di Awal Pagi

semalam hujung minggu
awal-awal pagi dah keluar dari rumah
tujuan utama sebab nak terjah Tesco
memandangkan kami berada di kg mr.hubby
kami datang ke Tesco Bukit Tinggi
tapi sebelum shopping
kami singgah bank dahulu untuk buat bayaran kereta dan loan
wahhhhh dah habis bayar bil baru semangat skit nak shopping
sebab bab yang penting sudah selesai diuruskan

masa kami naik escalator
orang yang turun escalator aku tengok 2 3 kotang beli susu
perghhhh banyak gila dorang nie borong susu
nak berniaga ker???

dapat info yang Tesco ada buat sales untuk susu dari Adlin
terbaca masa Adlin up kat wall dia
tu yang terus nak beli kelengkapan anak
ialah baru gajikan jadi timing memang sesuai sangat untuk beli groceries
tapi tak beli banyak pun
beli untuk stock cukup sebulan jea

susu dutch lady jadi RM17.99
pampers whoppie jadi RM50.00 untuk beli 2 pack
jadi memang tak lepaskan peluang

kan bagus kalau pasar raya besar macam nie
membuat sales setiap bulan pasti ramai parents yang datang menerjah
penjimatan dan menolong customer kan
tapi aku dapat tahu Tesco dengan Aeonbig tengah berlawan harga
masing-masing tengah saing harga masing-masing
bagus bagus bagus buatlah selalu yea
sebab yang untung customer jugak :)

--susu dan pampers pilihan kami--
pampers setiap bulan bertukar-tukar
tengok mana harga yang murah hehehehehe

--umairah jadi model dustch lady ganti Mia hehehehehe-

--umar yang malas nak bergambar--
siap tutup muka taknak bergambar
minta turunkan pack susu buat muka macam tu
tapi comey jea bagi aku :)

--6pack setiap bulan--
habis tak habis tetap akan beli 6 pack
untuk langkah berjaga-jaga
takut tetiba sesak duit ker
jadi kelengkapan anak-anak tak risau sangat
sebab tu istilah sediakan payung sebelum hujan
amat diutamakan
utamakan anak dahulu
kelengkapan diri sendiri nnti-nnti lah buat

--nie jea yang kami beli--
total semuanya RM245.00
emmmmm bandingkan dahulu dengan kini

--menteri kewangan mengeleng-geleng kepala jumlah yang perlu di buat bayaran--
emmmmm sabar jealah
istifar banyak-banyak supaya pintu rezeki di buka luas untuk kita sekeluarga
Amin

lega sangat bila kelengkapan anak-anak sudah beli
kalau ada yang menanya ada lagi tak sales di Tesco nie
jawapannya TIADA lagi
last sales adalah semalam 29.09.2013

Sunday, 29 September 2013

Kebaikkan Omega Guard Shaklee




Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.

Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
Mencegah kanser
Mencegah pembekuan darah
Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
Baik untuk pesakit jantung
Menghindar tekanan perasaan
Mencegah penyakit darah tinggi

Tugas DHA
Mencegah asma
Meningkatkan daya seksual
Mencegah sakit kulit
Mengelakkan kanser payu dara
Mengelak kanser prostat
Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?
1-Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

2-Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

3-Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

4-Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*


Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

1-Ibu Hamil
Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

2-Ibu Menyusu
Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

3-Kanak-kanak
Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
Memperkuat sistem imunisasi badan

4-Mereka yang mengalami masalah berat badan
Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

5-Sering dilanda masalah kesihatan
Batuk berkahak, selesema berterusan
Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
Sakit Stroke

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Jom kita dapatkan Omega Guard Shaklee ini untuk kegunaan sekeluarga!



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Zarena Heeney
♥ sms/whatssap: 0122449373

Saturday, 28 September 2013

Candylicious

wahhhhhhhhhh memang manrik dan tertarik
bukan sahaja kanak-kanak akan tertarik
tapi orang dewasa macam aku nie pun 
tertarik untuk masuk ke Candylicious di One Utama nie
kalau korang tanya di bahagian mana
confirm aku tak tahu nak jawab macam mana
kami sampai ke sini pun sebab sudah tersesat masa nak balik mencari parking kereta
hahahahahaha sengalkan

ok tempat nie memang membuatkan aku rambang mata
bukan rambang mata nak membeli
tapi rambang mata dengan deco hiasan yang ada
memang cantik
kalau umairah dan umar ada
memang kopak wallet aku dibuatnya

aku just masuk untuk tengok deco yang ada
confirm harga nya mak aiiiiiii mahalnya
cuci mata jealah
gaji pun tak masuk lagi
kalau dah gaji confirm akan belikan apa-apa untuk anak tersayang
nanti yea kita datang dengan anak-anak :)

--sangat tertarik dengan deco lolipop yang di gantung nie--
sangat unik kan
rasa nak jilat jea hahahahaha


--set cute nie pun comeykan--
rasa nak gigit jea

--wahhhhhh Hello Kitty--
macam-macam ada


--bergambar di hadapan Candylicious--
cantikkan

--M&M belakang aku jea--
macam kena pelukkan

--Eikin main chak-chak dengan M&M--

--aku dan Fiza--
hanya fiza yang shopping di sini
belikan sesuatu untuk mr.hubby nya menanti di ofis
hahahahahaha

memang best dan happaning dapat keluar
dengan Eikin dan Hafiza
masing-masing gila-gila
asyik tergelak jea

next time boleh lah kita keluar bersama lagi
best best best

Dinner at Dubu Dubu Korean Restaurant

selepas kami selesai urusn di kaunter Lancome Paris
kami menapak lagi mencari Dubu Dubu Restaurant
perut masing-masing memang dah lapar sangat
satu hal lagi kami sesat lagi mencari resturant nie huhuhuhuhu

last-last kami tanya jea di kaunter pertanyaan
rupa-rupanya atas kami jea kena naik escalator
hehehehehhe tu la orang tua pernah pesan
malu bertanya sesat jalan
hahahahahaha

kami pesan menu dahulu 
kemudian solat magrib sekejap
emmmm penuh gila orang di bilik solat OU
kena tunggu turn untuk solat
Alhamdulillah ramai yang ingat kewajipan yang perlu umat islam laksanakan
jaga 5 tiang solat kita :)

kami sampai menu order kami sudah tersedia atas meja
hanya tinggal dalam mulut sahaja la
perut memang dah lapar gila
tapi tu lah perut lapar tapi makan skit jugak
kalau ada mr.hubby mesti dia akan habiskan

dari kiri : Hafiza..Eikin dan Aku

--our drinks--
Citron Tea

--menu pilihan aku dan Fiza--
Beef Bulgogi
RM20.90 untuk set

--Cheese Rice Cake--
menu pilihan Eikin
RM17.90 untuk set

--Rice Cake rasa pedas--
RM....tak ingat harga dia
yang nie kami makan sama-sama
memang sedap

--aku yang tengah lapar--

--Eikin yang tengah gastrik--
makan lambat

--Fiza yang tengah tahan kencing--
hahahahahahaha

kalau korang berminat untuk makan di Dubu Dubu
korang boleh tengok website dia
kat mana ada lagi
selamat menjamu selera :)

Dapat Free Sample dari Lancome Paris

semalam selepas balik dari kerja
kami 2 orang gadis pingitan 
hahahahaha sila jangan muntah yea
aku..Eikin..Hafiza
terus pergi ke OneUtama
untuk claim FREE SAMPLE dari LANCOME PARIS

kami sampai dalam pukul 7pm
parking di New Wing
nak pergi ke Jusco
punyalah jauh berjalan..masing-masing pakai high heels
ambik ko..masing-masing rasa macam nak buka jea kasut
berjalan kaki ayam jea
tapi sebab perasaan malu menebal tahan jea lah
Fiza siap nak beli selipar lagi sebab harga mahal terus tak jadi
hehehehehe harga selipar kat luar biasa RM10.00
kat situ terus jadi RM15.00
hehehehhehe kedekut jugak minah sorang nie "p

finally dalam jugak mencari Jusco
dah jumpa senang skit nak cari kaunter Lancome
terus jumpa sales gales dan cakap nak redem free sample
Teint Visonnaire - Faoundation

--nielah produknya--
harga RM155.00
rasa macam nak beli nanti

--pelbagai jenis barang make up--
pilih jangan tak pilih
dah lama tak pakai bedak serbuk

--nie free sample yang kami dapat--
cenonet jea bekasnya
rasanya boleh pakai sekali jea kot
emmmm bagilah banyak skit kan

--semalam pakai baju kurung jea--
ialah hari Jumaat kan
memang ok la tu :)

--kami bertiga--
dari kiri : Eikin..aku..Hafiza

nanti aku try pakai
aku beritahu hasilnya macam mana yea...

kalau korang nak claim jugak
korang boleh masuk link FB Lancome Paris

Friday, 27 September 2013

Muka masuk Majalah Lisa

baru dapat beli majalah Lisa di tempat aku nie
dari hari isnin sebenarnya cari majalah lisa nie
hehehehhehe setiap bulan memang akan beli
sebab banyak info
dan paling penting banyak contest yang boleh join

dan untuk majalah lisa keluaran October
ada muka aku dan BFF Eikin terselit sekali untuk isu Klip Klip
muka surat 20 dan 21

--keluaran bulan Oct covergirl ialah Najwa--
makin kurus gadis nie kan

--dua muka surat untuk event yang pergi last month--
sambutan hari raya

--carilah mana satu muka aku--
hehehehhee

sekali sekala masuk magazine
best jugak :p

Bila Bergaduh

kalau baik..baik sangatttttt
kalau ada yang tak kena
sentuh kulit pun tak boleh

siapa lagi kalau bukan umairah dan umar
kalau baik tu siap pegang-pegang tangan lagi
kalau bergaduh tu memang akan duduk jauh-jauh
kes merajuk la tu

nie tak ingat bila kes gaduh nie
gaduh sebab berebut remote
umairah nak tengok Dora
umar nak tengok Cars

siap lawan cubit lagi
tapi yang menang umairah
jadi umairahlah yang konker tv
umar merajuk duduk atas kerusi

aku yang duduk sebelah umar dok peretai jea gelahat dua beradik nie
tetiba umar cakap
"bu, antar akak gie hosp..akak jahat"umar
hehehehehhee memang kelakar betul la umar nie
masa kakak duduk lama di hosp minta kakak balik cepat

nie sudah ada depan mata
asyik nak bergaduh jea :)
"lempang kang"umar
kalau umar cakap ayat nie mesti pija takut
sebab umar kalau lempang emmang sakit hahahaha
kadang-kadang umairah pun boleh takut dengan adiknya

--merajuk terus duduk atas kerusi--
muka mencebik jea

--umairah konker remote tv
hehehehehhe sama-samalah tengok kartun Dora

hah anak korang suka bergaduh tak
apa yang korang akan buat
biarkan atau korang akan bagi nasihat?

Dinner BBQ at D'Manggis Kuang

Alhamdulillah rezeki semalam 
waktu lunch ada orang belanjer mc'd
dinner laks adik Sobri belanjer laks
ialah dia dah gaji boleh la belanjer
tunggu kami gaji nanti kalau nak belanjer :)

memula memang tak decide nak makan di mana
macam-macam idea keluar
nak makan makanan korea ~ reject
nak makan di Jeram ~ reject
nak makan kenny rogers ~ reject
nak makan Three Steak House ~ reject
nak makan di Jiran ~ reject

last-last decide makan di D'manggis
dekat jea dengan rumah hehehehehhee
malas nak pergi jauh-jauh sebenarnya
ialah hari niekan kerja lagi
kalau hari nie cuti memang dan ajak pergi makan tempat yang jauh-jauh :)

kami kuar dari rumah 2 buah kereta
macam biasalah umairah dan umar confirm nak naik dengan pak lang dia
jadi aku dengan mr.hubby berdua jea dalam kereta
emmmm dating berdua
apis dan lini datang kemudian
tapi finally semuanya berkumpul di cafe nie
sebab kalau dari rumah kami dan rumah lini
cafe nie center 
adilkan hehehehehhe

kami sampai dalam pukul 9pm
orang pun tak ramai sangat
umairah dan umar sampai-sampai jea
terus terjah ice cream jea
dah tak pandang makanan lain :)

aku laks memang duduk di meja jea
malas dah nak bangun
mr.hubby, nasir dan sobri yang ke hulur ke hilir ambil makanan untuk buat BBQ 
hahahahahha
daging dia memang sedap
perapan dia menjadikan daging dia lembut jea bila di makan
nasir memang melantak ketam jea
tak tahu baper ekor si nasir nie meratah ketam

aku laks lebih banyak meratah daging dan hirup kuah tom yam
mr.hubby lebih makan manggi dan ratah daging dan ayam
mak dah makan nasi..makan skit skit jea

umairah..pija dan umar
tak makan sangat sibuk main jea...

di sini price untuk orang dewasa RM25.00
dewasa wargaemas atas 50 tahun kena : RM12.00
kanak-kanak atas 5 tahun baru kena charge RM12.00
Alhamdulillah kenyang perut meratah lauk

--BBQ daging dan ayam--
siap ada ikan bakar lagi

--sobri..nasir dan mr.hubby--
mereka nielah orang kuat membakar
kami yang perempuan makan jea hehehehe

--meja nampak kemas dan teratur jea lagi--
lama skit barulah pring bertimbun-timbun atas meja hehehehe

--Sobri dan Hidayah--
TQ sobri belanjer dinner
semoga murah rezeki korang berdua

--mr.hubby..aku dan mak--
makan sampai lebam

--nasir dan apis--
masing-masing kuat makan

--mak..lini dan sobri--
makan skit dah kenyang

--budak bertiga nie lebih banyak bermain dari nak makan--
tapi makan la jugak
makan pastu berlari
makan pastu lari lagi
umar sampai muntah sebab makan sambil berlari
bukakan baju biar dia berlari tanpa pakai baju
hehehehehhehe ntah apa lah orang lain pikirkan agaknya

--peace dari umairah dan pija--
mata tu tak boleh blah
macam mata kucing laks aku tengok

sedap jugak makan di sini
korang yang duduk area sg.buloh boleh la datang ke sini :)
macam-macam ada