Friday, 28 February 2014

Amalan Zikir Harian - Zikir selepas solat

Amalan zikir membawa ketenangan hati . Zikir ini merupakan amalan Imam Ghazali, di bukakan barakah Ilahi mohon syafaat para Nabi .

--baru terima parcel petang semalam--
order digital tasbih mudah untuk berzikir dlm bacaan yang banyak
kalau bacaan hanya 33x aku just guna jari sahaja
Alhamdulillah

Abu Hurairah melaporkan: “Pada suatu hari beberapa sahabat Nabi Muhammad yang miskin dan berasal dari Makkah berkata kepada utusan Allah itu: Wahai Rasulullah, orang kaya berpeluang mati dengan membawa darjat yang tinggi-tinggi dan mendapat nikmat yang kekal dalam syurga”.

Nabi Muhammad bertanya: “Mengapa saudara berkata begitu? Mereka menjawab: Mereka sembahyang macam kami sembahyang. Mereka berpuasa macam kami berpuasa. Mereka juga dapat bersedekah, sedangkan kami tidak mampu bersedekah. Mereka juga dapat membebaskan hamba-hamba sedangkan kami tidak dapat.

Rahsia amalan
Nabi Muhammad menjawab: “Mahukah saudara semua jika saya terangkan satu amalan yang membolehkan saudara dapat mendahului orang selepas saudara? Tiada ada sesiapa dapat mengalahkan kedudukan saudara itu kecuali mereka yang mengamalkan apa yang saudara amalkan. Sahabat menjawab: Mahu wahai Rasulullah. Kata Nabi Muhammad: “Bacalah Subhanallah tiga puluh kali, Alhamdulillah tiga puluh kali dan Allahuakbar tiga puluh kali, apabila selesai sembahyang.

Tidak lama selepas itu mereka datang semula berjumpa Nabi Muhammad dan berkata: “Orang kaya itu sudah mengetahui apa yang kita amalkan, jadi mereka melakukan apa yang kami lakukan. Nabi Muhammad menjawab: “Itulah kelebihan yang Allah berikan kepada sesiapa saja yang dipilih-Nya.” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim) 

Jom kita smua amalkan
jangan jangan mengejar duniawi sahaja
akhirat jangan dilupakan
 

Thursday, 27 February 2014

Tanda Kenangan dan Ingatan

waktu luch semalam
kami yang mana nak terlibat sama
telah buat farewell party skit untuk rakan sekerja Nina
semalam last day Nina bekerja
sedih jugak
ialah sudah berkawan hampir 4 tahun kan...
pastilah sudah anggap macam family jugak
waktu lunch semalam memang tak kuar pun
just lepak di opis jea

kami collect duit sesama
dan kawan opis Hanis sudi masakkan untuk kami semua
sedap spegethi yang ko masak Hanis
tak lama lagi ada orang masuk meminang tulah nanti hehehee
sebelum tu dengar dahulu kata ucapan dari Nina
sedih laks bila Nina say sorry pada semua member
takper dear..kat mana-mana pun ko kerja lepas nie
terus keep in touch di muka biru yea =)

--kek choc--
bari teringat..tak sempat rasa pun kek nie
hehehehe

--nina potong kek--
dalam happy pasti tersemat rasa sedih di hati kan
ialah 7 tahun sudah kerja di GSC nie kan
pastilah rasa sedih sesangat

--kami yang havoc--
happy dalam masa yang sama sedih jugak nak lepaskan kawan 

--aku dan Nina--
geng yang suka borak pasal citer korea huhuhuhu

--jamuan yang simple jea--
tapi seronok sebab dikelilingi dengan rakan sekerja yang havoc dan gila-gila

--sebelum balik kerja--
sempat lagi salam-salam dan hug2
sedihnya huhuhuhu

kak ena doakan semoga nina success dengan apa yang bakal nina lakukan
chayok my dear

Tuesday, 25 February 2014

Farewell Party untk Rakan Sekerja

Farewell Part aka Majlis Perpisahan
memandangkan esok adalah last day salah seorang member opis kami
kami dept finance dan PA bos telah adakan farewell part kecik2 jea di antara kami
ialah salah seorang member opis yang kami baikkan
sedih laks

jadi kami pakat-pakat belanjer Nina di Secret Recipe
naik satu kereta jea...
boleh HAVOC HAVOC dalam kereta hehehehe
banyak sangat kami bergosip :p
macam tulah bila sudah bekerja
istilah kawan makan kawan memang ada
depan baik belakang bercerita yang bukan-bukan
sebab tulah aku di opis memang taknak berkawan rapat sangat
rapat pun dengan member dept yang sama jea
dept lain memang aku tak ambil pot sangat

bila 5 orang berkumpul 
memang gegak gempita jadinya
gelak tak ingat jea
memang best...

--bukti kami lunch di sini--
banyak menu baru yang ada
sedap jugak

--kami yang gila-gila--

--peace yoo dr Nina--

--oh tidak tak suka dengan gambar--
nampak tembam gila aku dalam gambar nie
ok salahkan tudung yea hehehehe

dari kiri : Eikin..Hafiza..Nina..Ain dan Aku yang chubby hehehehe

--suka laks dengan gambar nie--
manja2 gitu

--Nina--
dept HR
kesian ko Nina
tapi bersabar yang utama

--aku--
hah tak tembam pun huhuhuhu
ok gaya bergambar yang penting yea hehehehe

makan pasta nie sampai ke petang mengantuk gila
perghhhh penangan cheese

--Eikin--

--Hafiza--


--Ain--


--menu pilihan kami semua--
starter
mee
pasta
sedap-sedap semuanya

ok untuk Nina
kak ena doakan semoga
terus sabar hadapi dugaan..ingat Allah bersama dengan orang teraniaya
semoga dipermudah mendapat kerja di tempat lain yg lebih bagus dr tempat skang nie 
semoga bahagia selalu
semoga dimuraj rezeki selalu

hah jom join shaklee
sambil duduk di rumah tu jom shaklee
from zero to hero k.ena akan ajar Nina nanti
ok pkir2 kan yea

Berminat nak Join Shaklee :
whatssap ena yea : 0122449373

Cerita Cuti Semalam

 cerita semalam
cuti bukan sebab nak duduk di rumah
bercuti sebab nak bawak mak pergi ke kwsp shah alam
ialah sebagai seorang anak wajib kita dulukan mak kita kan
selain suami tersayang

kami gerak selepas umairh habis sekolahnya
pukul 11.30am baru gerak
umar sukalah tu sebab tak pergi ke nursery
emmmm seminggu lebih tak hantar umar ke nursery
memang liatlah pagi nie kejutkan bangun tidor
tapi nasib baik tak meragam sangat
lega sedikit

kami sampai di kwsp
mak uruskan tentang pengeluaran duit kwsp umur 55tahun
aku dan mr.hubby check balance duit dlm kwsp
emmmm mr.hubby lagi banyak duit kwsp dia
emmmmm banyak jugak bezanya
dekat RM8K tu bezanya
bilalah boleh nak lebih skit dr mr.hubby nie
hehehehhe

Alhamdulillah selesai dengan lancar urusan mak di kwsp
tak banyak pun mak dapat
sebab kerja masa zaman anak dara jea
lepas kahwin duduk rumah jaga anak-anak
tapi lepas lah kalau mak nak pergi umrah
cuma kena tambah lagi duit untuk ayah nak pergi sekali
in sya Allah akan diusahakan kami adik beradik
semoga Allah swt perkanan doa kami supaya mak dan ayah dapat pergi umrah
Amin

selesai segala urusan
singgah makan sekejap di restaurat Cili Merah
saper pernah makan di sini
waktu lunch memang ramai orang kan
makanan dia pun sedaplah jugak
harga tak tahu baper kena sebab mak yang belanjer lunch
terima kasih mak ;)

--bestnya sebab dah lama sangat nak makan kuih lopez nie--
dapat jugak merasa
memang sedap
tebal dan gula merahnya memang manis
memang terbaik...

lepas makan singgah sekejap ke shaklee HQ
beli barang yang customer order
dan terus poskan
memang mudah buat shaklee nie
semuanya di hujung jari
kalau malas nak menapak pergi HQ atau branch shaklee
boleh jea beli secara online
lepas jadi ahli shaklee
memang boleh beli secara online
see mudah jea kan nak buat business shaklee nie
order secara online..kemudian shaklee akan hantar barang yang korang order secara kurier...

--depan pintu HQ shaklee di soho empire subang jaya--
umar meragam sebab nak balik
dah ngantuk sangat tu


--manggi time--
dah lama tak makan manggi
mak masakkan manggi
resepi ikut mee bandung
kami family memang paggil manggi bandung jea
mak masak memang terbaik...

sedap hingga menghirup mangkuk
hehehehehhe

selamat menjamu selera korang
lunch nanti nak makan apa yea
lapar nya =)

Monday, 24 February 2014

Saya Cuti Hari nie


wahhhhhh best gitu 
cuti yea..

haah hari nie ena cuti
ada urusan dengan mak
temakan mak pergi ke KWSP

pastu boleh lah berjalan-jalan sakan dengan mak
tapi tak tahu lagi nak bawak umairah dan umar ataupun tidak
kena fikirkan nie
sebab kalau bawak dorang berdua tu
confirm HAVOC di kwsp nanti

emmmmmm
korang selamat bekerja yea
jangan curi tulang tau

jangan lupa kalau nak dapatkan supplement shaklee
dapatkan dari ena tau
confirm harga special ena berikan
mesti yang terbaik ena berikan kepada pembaca blog ena kan kan kan

sms/whatssap : 0122449373
FB : zarenaheeney

Saturday, 22 February 2014

Selamat Hari Jadi Mak


hari nie genap usia mak 55tahun
Alhamdulillah 
sehingga hari nie mak masih lagi bersama kami
sihat walafiat

hari nie birthday mak ena
Akak doakan :
Semoga mak mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat
Dipanjangkan jodoh dgn ayah dan dimurahkan rezeki selalu
Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan mak kpd akak selama nie
Hanya Allah swt shj yang layak membalasnya

Mak....
Tiada siapa di dunia nie yg dapat menandingi kasih sayang mak kepada kami
Akak akan terus cuba untuk terus berikan kasih sayang tidak terhingga kepada mak
dan berikan perhatian kepada mak

akak sayang mak sangat-sangattttt
selamat hari jadi mak
setiap hari pun akak sayang mak jugak

Tips Pilih Ikan Segar di Pasar

korang suka pergi pasar tak
ena.....emmm tengok pada tempat 
suka pergi beli ikan di Pasir Penambang Tanjung Karang
pasar malam emmmm ok jugak nak beli ikan
cuma tak suka beli ikan di pasarraya sebab tak fresh lah
pastu bau tak berapa nak menyenangkan

pastukan aku bukannya kenal sangat ikan nie
suruh lah aku nie sebut nama ikan depan mata
confirm fail
hahahahhaa
tahu beberapa jenis ikan jea...


'Tips Pilih Ikan Segar di Pasar'

1. Tengok pada insang ikan. Kalau masih berwarna merah darah yang segar, segarlah ikan tu. Kalau yang kehitam-hitaman dan sedikit berlendir bila ditekan perut, bermakna ikan tu dah lama dalam ais.

2. Badan ikan tidak lembik.. Kalau ikan segar, badannya masih "kental" dan "mantap" walaupun ditekan. Kalau yang sudah mau busuk, badannya seakan2 hancur bila ditekan lebih2 lagi ditekan di perut.

3. Bau ikan segar dan bau ikan tidak segar sangat berbeza. Ayah pun tak tau macam mana nak beritahu bau 'fresh' dan bau tidak 'fresh'. Tapi yang ketara, bau tidak 'fresh' adalah bau daging busuk.

4. Perut ikan segar tidak pecah bila ditekan. Bila kita balik rumah, masa siang ikan..perut ikan yang masih melekat pada tulang, bermakna ikan tu segar. Kalau dah terburai sebelum kita keluarkan isi perut ikan, bermakna ikan tidak segar lagi.

5. Mata ikan segar mesti bersinar2 bak cahaya bergemerlapan. Mata ikan segar tidak kabur. Kata orang putih, cloudy. Kalau cloudy, maknanya ikan itu dah lama atau ikan semalam. Tengok pada mata hitam ikan, kalau bersih berkilat, maknanya ikan tu segar.

hah nie info yang sangat berguna untuk myself
kalau korang nak belajar kenal ikan yang korang nak beli tu fresh atau tidak
just guna tips yang ena kongsikan nie yea...

selamat berhujung minggu sahabat semua
hari nie turn ena kena kerja di opis nie
huhuhuhuhu BOSANNYA...

petang nie nak terjah Cendol House di Kuang
sedapnya =)

Friday, 21 February 2014

Macam Sudah Jatuh Cinta

petang semalam menumpang balik dengan mv BFF eikin
nasib baik eikin sudi tumpangkan aku balik rumah
nak tunggu adik datang ambil memang berjanggut tunggu

sebelum balik eikin singgah sekejap ke nursery bunga
aku rasa nie 1st time kot aku masuk nursery bunga lepas kahwin nie
perghhhh masuk jea terus jatuh cinta dengan pokok bunga yang di jual
cantik dan segar-segar semuanya
harga pun murah-murah jea

aku bukan lah jenis tak suka ber"garden" nie
tapi sebab duduk dengan family kan
jadi minat nak deco-deco tu macam malas jea
emmmm tunggu rumah sendiri pasti xcited kot nak berdeco-deco nie
tak sabar nak tunggu next year sebab hutang loan kereta akan habis
lega....boleh nak pikir untuk beli rumah laks

--minat betul aku dengan pokok bunga nie--
cantikkan
warna purple tu sangat-sangat menyerlah
harga pun bawah rm10 jea
hahhhhh murah tak

pokok sayur pun ada
macam daun kesom..pokok cili..daun kari..
kalau bunga usah ceritalah
macam-macam pokok bunga ada
bunga rose banyak pilihan yang ada...
emmmm macam nak beli jea hias rumah mak nie
bagi lebih cantikkan

--hahahahahha lawakkan gambar nie--
kekonon nak tunjuk gambar bunga kat belakang kami
tapi yang nampak jelas kelihatan muka demoks kami berdua 
hahahahahha anggap sajalah kami berdua nie pun bunga-bunga cinta lah jugak :p

bunga merah yang bergantung belakang kami tu pun cantik
emmmm macam nak beli jugak lah
comey comey comey

--lunch tadi minum air warna warni nie--
sedap sangat
sejuk sangat
tak kedekut dengan gula pun
Air sirap Bandung
Air Jagung
Air keladi

eh eh eh bukan semuanya ena punya tau
lunch dengan member-member opis
kami panggil kedai nie
kedai m.cik RM5.00
ialah ambil jealah apa-apa lauk dengan air minum
mesti harganya tetap RM5.00
pastu air yang kami minum nie hanya RM1.00 jea
murah kan...
memang pilihan NO.1 kami makan di Rahman Putra nie...
terbaik...

korang suka minum air apa waktu makan..
selain air kosong la =)


Pasti Seronokkan kalau...

apa yang seronok sangat tu
emmm pasti seronokkan pergi kerja dan balik kerja mr.hubby yang ambil
pastu anak pun ikut sekali masa hantar kita pergi kerja tu
wahhhh meriah hidup
nie kes pagi semalm lah
semalam nak pergi kerja..kereta semput tak boleh nak hidup masa start
jadi masa kerja mr.hubby hantar ke tempat kerja
dan memandangkan nursery umairah still tutup lagi
jadi si mamat korea nie pun ikut sekali...

mr.hubby ajak pergi bfast tapi taknak sebab kenyang lagi
ialah waktu pagi memang sudah rutin akan ambil segelas ESP dan 3 bijik Omegaguard
jadi memang sudah kenyang di situ

tapi sebelum masuk opis
sempat lagi ajak mr,hubby pergi ke Bandar Baru Sg.Buloh sebab
nak cod vitamin C shaklee kepada pelanggan
emmmm mudahnya business shaklee nie kan
sambil makan sendiri sambil buat business sekali
online jea...memang mudah sangat-sangatlah nak buat side income dari rumah
hehehehhehe

--meriahnya hidup bila pergi dan balik kerja mr.hubby hantar--
tapi tak mungkin kot
ialah mr.hubby kerja shift manalah boleh ikut jadual kerja aku yang normal nie
takper sayang
nanti bila side income ena melebihi gaji bulanan ena
confirm akan berhenti kerja
Amin
doa2kan yea...niat murni ena nak bekerja dari rumah tercapai
nak uruskan anak-anak dan suami bila tak bekerja nanti
nak serius dengan shaklee dr rumah jea nnti
Amin

--TQ pm.zimie yang order Vitamin C dari ena--
vitamin c khas untuk kulit muka cerah dan bersih
di samping untuk kesihatan dalaman
klik di sini untuk info lengkap ----------> Vitamin C Shaklee

--balik kerja semalam--
memang best...dalam sibuk mak menjaga umairah dan umar
sempat lagi mak buat pulut hitam
perghhhhh makan dengan santan segar
manis terasa
sedapnya..ambik ko 2 mangkuk aku makan bubur pulut hitam semalam
nyum nyum nyum

berminat untuk dapatkan supplement shaklee dari Ena
berminat untuk buat side income dan cari duit poket
boleh sms.whatssap ena yea...
012-2449373
FB : Zarena heeney

banyakkan berselawat hari nie yea...
syafaat untuk kita di akhirat nnti

Thursday, 20 February 2014

Beriadah di waktu Petang

sudah seminggu umar tak di hantar ke nursery
gara-gara sebab penjaganya masuk ke hospital sebab suspect denggi
penjaga yang lain laks pergi khursus
jadi memang takder pilihan memang minta mak tolong jagakan
bagi kami ok lah kan sebab tinggal dengan family
boleh la mak tolong jagakan
tapi bagi parents yg memang keduanya bekerja
macam mana..nak hadapi masalah nie

ialah sebab kita hantar anak-anak ke nursery sebab di bayar untuk menjaga anak kita kan
ntah nak bising-bising pun
nanti orang cakap aku nie tak kesian laks pada penjaga yang sakit
tapi kalau kes kami nie..dah bayar untuk bulan Feb nie
macam mana nak kira...mustahil akan pulangkan semula duit bayaran untuk seminggu nie kan...
emmmm

jadi kenalah mak aku menjaga umairah dan umar berdua
sebelum nie mak hanya menjaga umairah
kesian mesti penat..sorry mak

petang semalam masa balik dari kerja
tengok umar berlumba naik basikal dengan kawan-kawannya
umairah pergi mengaji Alhamdulillah
lega tengok anak-anak dijaga dengan selamat

sebab skang nie banyak sangat kes anak meninggal dengan pengasuh kan
harap semuanya dijauhkan dengan kejadian yang tak diingini nie...
sebab tulah kalau aku teringat pada umairah dan umar waktu bekerja
pasti aku akan baca alfatihah untuk disedekahkan pada anak-anakku
untuk keselamatan dorang...

siapa tak sayang anak kan
jom cuci mata si bam bam nie ronda kampung naik basikal...



--basikal nie kami belikan untuk umar masa umar 2 tahun--
skang nie sudah 4 tahun
baru berani nak main basikal di luar rumah...
umairah pun dah berani naik basikal tanpa roda tambahan di belakang
amboi dah minta nak basikal baru yang roda pixie tu
huhuhuhuhu
In Sya Allah yea kakak

nanti ibu dan babah belikan basikal baru...
luahan hati kejap di waktu petang

Wednesday, 19 February 2014

Orang tangan Kidal memang Pandai erk =)

semuanya cerita tentang semalam
dah petang baru sempat nak update blog
super duper bz di opis nie...
asyik kena panggil jea dengan bos huhuhuhu
takper jangan merungut tak baik
tu kan kerja aku di opis jadi kenalah buat dengan hati yang redha
betul tak...

petang semalam lepas balik kerja
temankan Eikin my BFF tempah baju kurungnya
dah sekali jalan bawak sekalilah kain ela yang aku beli tahun lepas
asal tak cukupkan 5 tahun baru pergi tempah kan hehehehe
kain ela nie aku beli online
tengok gambar masa online tu memang cantik
tapi bila sudah sampai di tangan...memang hampeh
jauh sangat dengan apa yang aku bayangkan
dah lah warna kuning diRaja..pastu jarang pulak tu
emmmmm harga boleh tahan mahal jugak
pastu memang aku serik nak beli kain ela secara online
beli jea di kamdar ker..nagoya ker..puas hati skit

--eikin tengah tunjuk sample baju yang m.cik siti nie buatkan pada kain ela dia--
cantik jugak kain ela dia dapat dr adik ipar dia
hijau pucuk pisang gitu

aku suka hantar jahit baju pada m.cik siti nie
sebab memang sedap di pakai baju yang dijahitnya
dan harga pun murah jea
harga dalam lingkungan rm38 - rm45 gitu
tengok pada baju dan kain yang kita bagi
tunggu jea lah baju siap di tempah...
nanti siapkan aku show dalam blog nie yea..
ialah mana tahu dah siap jadi cantik laks kan...
aku tak suka warna KUNING

--malam lepas bawak mak beli barang--
mak ajak makan luar sekali
yang bestnya mak belanjer tu hehehehhee
TQ mak belanjer dinner
sedap...sedap..
saper tinggal di area kuang
pasti tahu gerai yang tepi petronas kuang
gerai nie masakan dia memang sedap

--pukul 10pm ok pukul 10pm--
bukan 10pagi tapi 10malam

nak tidor baru umairah cakap ada homework
perghhhh menyirap aku dengar
padahal masa aku sampai rumah petang tu
awal-awal lagi dah tanya ada kerja sekolah tak
umairah cakap takder kerja sekolah
nie nak tidor baru cakap ada kerja sekolah kena buat
asal lah anak aku nie tak cakap
masa nak bersiap pergi sekolah jea...
tension aku di buatnya
dah la banyak laks tu kena siapkan
2 muka surat kena siapkan...

umairah laks mood nak tidor
bila aku cakap salah kena betulkan semula
hah naik angin la si kakak nie
pensel box dia jatuh pun boleh melalak 
hah memang naik angin la dibuatnya
last-last wan dia yang ajar buat kerja sekolah...
emmmm aku memang tak boleh jadi cikgu lah
memang fail...tahu nak marah jea ngeeeee
macam mr.hubby cakap aku bukan tak boleh nak mengajar
tapi aku nak PERFECT...jadi memang merana lah umairah dapat ibu macam aku nie
tulisan buruk skit terus kena REJECT hehehehhehe

masa tulis entry nie rasa kesian laks pada umairah
tapi baguskan ajar anak supaya jadi PERFECT
biar kita nampak dahulu kesalahan anak kita
kita tegur dahulu...kemudian baru dia akan cepat FAHAM

korang rasa...

Tuesday, 18 February 2014

Bijik Mangga Menjadi Rebutan

suka laks pakai umar skang nie 
mamat korea hehehehhee
nie semua gara-gara umar sendiri gelarkan diri dia
orang korea
macam mana umar boleh nak gelar diri dia orang korea
sebab kakak-kakak sepupu dia selalu puji
umar nie macam orang korea la
mata sepet korea..rambut style korea la..handsome macam orang korea la
nak-nak ibu dia pun memang suka ngadap drama korea
memang lagilah si bam bam nie macam ngaku orang korea hahahahha
sabor jea lah anak aku yang sorang nie...

petang semalam ambil umar dari nursery
umar tengah menggigit dan menjilat biji buah mangga
emmmmm sedap ke main tengok gaya si umar nie makan

--umar memang suka makan buah mangga dan buah oren--
pastu memang senang nak poo poo nya
rahsia anak senang nak poo poo
selain ambil mealshakes shaklee kalau anak korang ada masalah sembelit...

tengok umar makan buah mangga nie
teringat masa zaman kami kecik-kecik dulu
kalau ayah potong buah mangga
kami 4 beradik bukan berebut nak isinya
tapi kami berebut nak biji mangganya
suka ayag tengok gelagat kami 4 beradik

skang nie tengok gelagat anak-anak laks
suka tengok masa umairah dan umar berebut apa yang kita buat
kalau kita masak dan tengok dua beradik nie berebut makan
memang hilang rasa penat tu kan...

nolstalgia masa kecik memang seronok kan...
rindunya zaman 80an dulu

Monday, 17 February 2014

Set Kehamilan Shaklee Vitamin Terbaik untuk Ibu dan Bayi

Adakah anda masih lagi mencari-cari apakah supplement atau vitamin yang sesuai semasa mengandung?

Lain ibu lain ragamnya. Pelbagai cabaran harus ditempuhi dalam tempoh kehamilan. Ibu yang mengandung memerlukan supplement atau vitamin yang lengkap bernutrisi bukan sahaja untuk ibu mengandung malahan untuk tumbesaran yang sihat anak dalam kandungan.

Bagaimana pula jika anda sering mengalami morning sickness. Saya langsung tak lalu untuk menelan pil Obimin atau minum susu. Jadi jika anda di luar sana masih lagi mencari-cari supplement atau vitamin yang sesuai semasa mengandung, vitamin ibu mengandung Shaklee ada jawapannya kerana ianya semulajadi dan bebas-dadah (drug free)...


Untuk SET HAMIL SHAKLEE (1, 2 & 3 trimester) :
- Vitalea ( multivitamin)
- B Complex (asid folik)
- Vitamin C
- Ostematrix (pil kalsium)
- Omega
- ESP

~ Protein(Energy Soy Protein) ~
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.

Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.


~ Multivitamin(Vita-lea) ~
mengandungi 12vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.


~ B Complex ~
Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.


~ Vitamin C(Sustaine Realese Vita-C) ~
Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.


~ Omega -3(Omega Guiard) ~
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.


~ Kalsium(Ostematrik) ~
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.


Cara Makan Set Hamil Shaklee
Selepas Sarapan Pagi :
1 sudu ESP DI campu di dalam air suam
1biji vitamin c
1biji vitalea – kalau low HB dan BP boleh ambil 2biji

Selepas Lunch :
1biji B Complex
1biji Omega Guard

Selepas Dinner :
1sudu ESP di campur dengan air suam
4biji ostemtrix (kalau ibu sudah minum susu boleh ambil 2biji shj ostematrix)

Sila hubungi Ena utk sebarang pertanyaan dan pesanan:
~Zarena Heeney~
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 912844 ]
♥ Contact No | WhatsApp/Sms : 012-2449373
♥ Emel : zarena.guardian@gmail.com
♥ FB Pages : Zarenaheeney Vitamin Shop

Nak Susun Atur Semula Layout Blog ~ serabut


hari nie macam kurang skit kerjanya
sempatlah blog walking blog member2
dah lama tak singgah ke blog kesukaan

pastu dalam belek2 blog sendiri nie
tetiba rasa macam serabut jea
emmmm rasanya nak buat blog lain untuk letak link blog jea
mudah nak blog walking

kalau korang nak ena singgah ke blog korang
tinggalkan link bloh di comment entry nie yea
sebab ena nak buka 1 blog khas utk link ke blog korang

korang rasa
ok tak =)



MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG


Syarat-Syarat Wajib!!!

Terbuka kepada Blogger-Blogger di Malaysia Sahaja.. 
So, Wajib ada Blog okeh!
\V/
Wajib Follow Blog Tengkubutang dan Linda Lyn (syarat Utama ni tauu)
\V/
Buat entri bertajuk : MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG 
\V/
Copy dan letak Banner atas ni dekat entri korang tu, 
jangan lupa link kan banner tu ke entri Giveaway teman ni yea.. 
kalau tak nanti teman tak kira dalam undi.. he2..
\V/
Wish lea apa2 aje (yang baik) sempena Besday teman ni..
(Entri paling Kreatif pun ada hadiahnya)
\V/
Pastu tinggalkan LINK penyertaan korang kat ruang komen bawah ni. Itu jeww..

Hadiah-hadiah lain yang menanti :
Handphone Strap untuk 3 pemenang
\V/
Keychain Cute untuk 4 pemenang
\V/
Keychain Comel untuk 2 pemenang 
\V/
Enchanteur Paris Body Lotin 30ml untuk 1 pemenang
\V/
Shawl untuk 1 pemenang
Sponsor by Linda 
\V/
Entri Paling Kreatif x1 
akan mendapat spek mata replica brand Rayban

ok memandangkan adik Azlina nie antara yg rajin singgah ke blog ena nie
jom try masuk hehehee
mana tahu ada rezekikan...

ok selamat hari jadi Azlina
k.ena doakan semoga...
Allah swt senantiasa melindungi azlina dan keluarga
dimurahkan rezeki selalu
bahagia sentiasa
salam sahabat dari k.ena yang jauh nie...

saper2 nak join boleh la 
klik di sini -------------> Tengku Butang

selamat menjoinkan diri