pagi semalam nasib baiklah terjaga jugak awal pagi
sebab dah berjanji dengan family mr.hubby nak join merisik
penat malamnya tak hilang lagi
pastu kena bangun awal pagi huhuhuhu
tapi takper..
tetap ku rela jugak untuk bersiap
nasib baiklah umairah dan umar kejutkan sekali terus jea bangun
dan mandi sendiri di bilik air
sementara anak-anak mandi
ena siapkan baju untuk di pakai untuk anak-anak dan mr.hubby
untuk diri sendiri pening kepala nak pakai baju apa
emmmm pakai jea lah baju kurung
senang ngeeee
janji nak jumpa di Bukit Canggang pukul 10pagi
pukul 9am baru kami gerak dari rumah
terima kasih mak sebab sempat buatkan sarapan untuk kami
cekodok cicah dengan kuah kacang
terbaikkkkk
makan pun main sumbat jea
sebab mr.hubby dah jeling-jeling dari tadi
jeling yea..kena cium baru tahu =)
kami sampai di masjid Bukit Canggang dalam pukul 10.15am
ok la tu tak terlewat sangat
family kak seri dan abg aman dah sampai
kemudian bakal pengantin adik ipar razak
kemudian anak buah..kak long dan kak ngah
kemudian kak ipar kak rosa dan abg amir
last sekali kak ros dan abg kamal
semuanya 6 buah kereta untuk datang merisik
semua adik beradik mr.hubby ada
memang meriah =)
ngam ngam lah sampai rumah pihak perempuan dalam pukul 11pagi
ketibaan kami memang sudah dinanti
mesti razak dup dap dup dap hehehehe
nak memetik bunga di taman la katakan =)
mukadimah dimulakan oleh abg aman
pastu selit-selit skit dari abg kamal dan mr.hubby
hehehehe lawak jugak merisik nie
sebab semuanya bidan terjun jea
tak tahu step by step kena buat apa
main bantai jea asalkan tujuan utama dah disampaikan hehehehee
siap semua ditetapkan
barulah acara sarung cincin dilakukan
nie 1st time lah ena dapat tengok bakal adik ipar nie
memang cantik orangnya
Cik Faezah berumur 25tahun
tahniah untuk korang berdua..
nie merisik dan bertunang sekali
in sya Allah majlisnya bulan Jan atau Feb tahun hadapan
--ena dan mr.hubby--
sila jangan gelak spec mata tu yea
sabar jea lah
spec tu dapat masa pergi event dugrostar
--bapak borek anak rintik hehehhehe--
hahahhaa lawak la bila tengok gambar nie semula
--with umairah--
--pakai cekak barulah nampak gegirls skit--
tapi sekejap jea pakainya
kemudian umairah campak cekak tu bawah seat keta
geram jea tengok
--sesi soal menjawab--
hehehehe memang nampak nervous memasing nak mulakan bicara
kami yang perempuan nie sok sek sok sek jea
nasib baik kak ros dari jauh ingatkan apa yang perlu nak di cakap
bab hantaran, tarikh kahwin, mas kahwin, acar majlis
--mak mertua dan bakal menantu--
comel orangnya
--bakal biras--
--kami berempat--
dari kiri : kak mar..kak long..ena dan bakal adik ipar faezah
--anak buah dengan bakal m.cik--
hah yang tengah masih FREE kekosongan
nak masuk meminang yang tengah on jea =)
--adik ipar Razak--
persiapakan diri bakal menjadi seorang suami
Tahniah Razak dan Faezah
semoga terus ke langkah seterusnya
persiapakan diri seelok-eloknya
untuk menjadi seorang isteri dan suami...
Jumpa tahun depan bakal adik ipar =)