Tuesday, 14 April 2015

Belanjer Mak Makan Satay

penat sangat hari nie
tapi taknak kecikkan perasaan mak
mak minta tolong mr.hubby bawak mak pergi ke kedai
ialah hari keletihan sangat
ada training di midvalley..naik ktm
tu yangrasa penat gila tu
tapi tengok mr.hubby minta temankan sekali
terus siap-siap temankan mak dan mr.hubby

mak beli barang untuk kedainya
macam biasa ena dan mr.hubby borong beli jajan sendiri hehehehe
mr.hubby suka beli jeruk dan asam
supaya dia tak ngantuk dalam lab
ena laks sukabeli kacang-kacang
sambil tengok tv sambil mengunyah kekaang
syokkkkk woooo

siap beli semuanya
tanya mak nak makan apa
akak belanjer
heheheheh syukur hari nie bonus shaklee dah masuk
jadi baik belanjer family makan kan
syukur...bonus masuk tengah bulanhehehehehe

last-last mak cakap nak makan  satay
memula nak makan satau subang
tapi parking penuh laks
terus makan satay kuang jea
nasib baik orang tak ramaia sangat
ok lh
satay sini pun sedap jugak
yg suka sini letak sekali bawang
tempat lain kena request dulu kan kalau nak bawang
ada tu memang tak serve pun bawang...

ok jom menjamu selera
sedap dan besar sataynya
puas hatilah kalau secucuk 80sen;)

gemuk-gemukkan sataynya
puas hati

nasi himpitnya pun sedap
umairah makan nasi himpitnya sahaja
siap kami minta tambah lagi

hehehehehe

Friday, 10 April 2015

Rasa Bersalah

saper tak pernah marah anak???
kalau ada yang tak pernah marah anak
memang ena salute habis lah

ena setiap hari kalau boleh taknak marah umairah atau umar
kesian...
nak-nak kita yang bekerja nie
memang akan cepat hot temper dengan anak-anak
memanglah selalu istighfar tapi tetap tak jalan
lama skit baru rasa menyesal

pagi nie memang ena geram
marah sangat ena pada umairah
emmmmm

setiap pagi memang ena akan buatkan minuman nestum 3in1
sebab umairah suka minum nie jea
kadang-kadang tu tukar lah jugak
minum horlicks ker, mealshakes, vico, teh
ikut lah mana yang umairah suka
umar senang jea
buatkan susu..dah ok

pagi nie dah buatkan minuman nestum
ena ke depan sekejap
letakkan beg sekolah umairah depan pintu
pastu suruh dia pergi minum
skejap jea dia dah ke depan
ehhh kakak dah abis minum ker
dah bu...

macam pelik ena terus ke dapur semula
memang dalam cawan dah abis
tapi rasa tak sedap hati
pergi ke sinki
emmmm berlabak nestum di buangnya dalam sinki
geram sungguh

terus ke depan
tanya naper kakak buang dalam sinki kalau taknak minum
senyap tak berjawab...

ena panas hati terus siap-siap masuk dalam kereta
memang tak sempat apa pun pagi nie buat
dalam kereta bebel-bebel pd umairah

kakak buang makanan
pastu tipu ibu
apa nak jadi nie
pergi sekolah tak payah bawak duit sekolah
biar berlapar
penat-penat ibu buat tapi kakak tak hargai
membazir

tinggalkan umairah ke sekolah
dan ena terus pergi kerja
dalam masa perjalanan tu baru istighfar
rasa sejuk skit perasaan tu

terus call mr.hubby
suruh tengokkan umairah di sekolah
kalau boleh belikan makanan dan berikan duit belanja sekali pada umairah


emmmmm dalam kita marah-marah tu
tetaplah kita sayang pada anak
kalau korang..apa yang korang buat???

Wednesday, 8 April 2015

Air tiada

Gila lah
Nie seumur hidup ena kena
Kat opis nie takder air dari pagi tadi
Bayangkan nak buang aor kecik
Kena keluar dr opis untuk cari toilet...
Area tempat kerja ena nie dah lah payah
Memang kawasan industries
Memang payah..
Nak cari kedai makan pun payah
Sebab tulah kena tapau siap2
Waktu pagi untuk makan tengahari sekali..
Huhuhu

Skang nie menahan diri
Tunggu masa nak cabut laks
Dari tengahari tadi menahan diri nak buang air besar
Gila kentang
Nasib baik malam tadi tak makan herblax
Kalau makan tak tahulah apa jadi uwaaaaaaa

Korang yg ada masalah membuang tu
Membuang sminggu sekali tu
Memang elok sangatlah ambil herblax
Memang ambil sblm tidor
Esok bangun tidor confirm akan membuang
Pastu perut rasa lega dan perut flat jea tak membuncit dan mengeras...

Ok nak cabut
Masa dah tamat
Kihkihkih

Friday, 3 April 2015

Keletihan

tengok anak-anak tertidor dalam kereta
rasa kesian pada anak-anak
ialah seharian umairah di sekolah
malam laks kena pergi tuition

tapi nie jea cara kami dapat bantu umairah
untuk cepat belajar dan cepat membaca
syukur wpun umairah tak macam kanak-kanak yang lain
cepat belajar apa yang cikgu-cikgu ajarkan
mungkin budak lain cuma kena beli tumpuan 50% jea untuk belajar
tapi umairah kena beri 200% untuk belajar dan beri tumpuan sepeuhnya
untuk fahamkan apa yang ikgu ajarkan
tapi di sekolah cikgu tak dapat nak berikan sepenuh perhatian kepada pelajar
jadi kami kena hantar umairah ke pusat tuition
sebab ada cara untuk mengajar umairah

syukur umairah dah boleh membaca
wpun secara mengeja
tapi tupun dah buat kami gembira
sebab sudah nampak perubahan pada umairah

kami taknak umairah rasatersisih di dalam kelas
jadi kami kena push umairah
nie cara kami
cara mak bapak lain
kami tak tahu

tertidor dalam kereta selepas balik dari kelas tuition
semoga anak-anak ibu
menjadi anak yang solehah dan soleh
semoga terangkan hati anak-anakku mudah faham apa yang cikgu2nya ajarkan kepada  anak-anakku
amin

Nasi Ayam Tat

Lunch tadi makan nasi ayam tat di TSB Tropicana Sg.Buloh
Nie kali ke dua kami makan di sini
Ikut tekak ena memang sedap
Kuah sambal dan kicap dia sedap
Ayam dia memang crunchy
Nyum nyum nyum terbaik..
Rasanya ramai bagi feed back rasa nasi ayam tat memang sedap kan...
Cuma tulah harga memang mahal
Ambil 1 set
Nasi ayam..
Air tembikai..
Fun fries..
Semuanya rm11.90
Erkkkk
Sekali sekala boleh la makan di sini
Makan selalu takder maknalah...
Nak2 smua ada GST kan
Kena jugak menyimpan...
Memang terbaik 


Thursday, 2 April 2015

Mood Rajin

malam nie mr.hubby nak makan ramen tom yam
ok siap semua bahannya
masuk bahan tu
masuk bahan nie
bila dah mendidih rasalah
erkkkk tak sedapnya
tak puas hati panggil mr.hubby
minta mr.hubby rasa

mr.hubby pun cakap rasa pelik tom yam ena
pastu cari punca naper tom yam ena jadi macam nie
ena guna 2 jenis perencah tomyam
dalam peket dan dan dalam botol
yang peket tengok dalam tong sampah
memang betul perencah tomyam
pastu tengok yang botol punya

hahahahhahaha terus tergelak tak ingat dan tunjuk pda mr.hubby
sama-sama tergelak
korang nak tahu ena guna perenah apa

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
hahahahha perencah kari

bayangkan lah perencah tom yam dan kari berampur dalam periuk
agak-agak rasa apa
terus mr.hubby suruh buang
buat yang lain
huhuhuhu nasib baiklah buat skit jea
guna periuk kecik

tulah tengok Thai jea
ingat semuanya tomyam
lain kali check betul-betul yea
huhuhuhuhu

tapi finally dapat jugak kamiu suami isteri makan ramen tomyam
mr.hubby siap puji lagi
sedap isteri sayang masak
hehehehehhee