Friday, 31 July 2015

Terpaksa Balik Awal

pukul 4 petang
dapat panggilan dari mr.hubby
umar dah kena asma
nafasnya dh turun naik..
mr.hubby nak bawak sendiri pergi klinik
tapi medical card ada lat ena
jadi terpaksa jugak ena minta kebenaran dari bos untuk balik awal

kelam kabut rasanya masa drive kereta
takut umar makin buruk keadaannya
sampai rumah..
check dahi umar...memang panas
sudah demam
memang dengar nafanya sudah naik dan turun
terus mr.hubby angkat umar masuk dalam kereta
dan terus pergi ke klinik keluarga sg.buloh

suhu badan umar 38
tinggi skit dari biasa
dan biasalah kena sedut neb
untuk stabilkan semula pernafasan umar...
kesian anak ibu

lepas sedut
baru nampak umar lega
ena dan mr.hubby lagilah lega
takuttt sangat kalau umar kena asma
susah nak bernafas dan tak boleh nak tidor

nie lepas sedut neb
terus terlena dalam dakapan ena
siap makan skit kfc sebelum tidor

emmmm kesalahan ena
start puasa hari tu sehingga ke hari nie
dah lama ena tak bagi anak-anak makan omega guard dan vitamin c
kalau konsistan makan
mesti takkan terjadi perkara nie
emmmmm
kesian anak-anak ibu...


umar yang sedih jea mukanya
tak bermaya sangat

sudah mula rasa mengantuk
babahnya yang dukung dan handle anak bujangnya nie

Ya Allah 
tak tahu nak cakap macam mana kalau anak-anak tidak sihat
rasa nak semua sakit anak tu
pindah kan sahaja pada ena nie
kesian pada anak-anak

mood tengah bersedih ;(

Jamuan Raya Sekolah Agama

dari hari selasa umairah dah remind ibunya
ibu hari jumaat nie sekolah kakak ada raya tau
kena pakai baju raya
kena bawak makanan
kena bawak pinggan
air kena bawak
sudu pun kena bawak

hehehehee ialah nanti ibu buatkan yea..
xcited si kakak nie nak beraya di sekolahnya
ialah beraya dengan kawan-kawan kan
lain rasanya 

teringat masa kecik-kecik dulu
bila sekolah adakan jamuan raya jea
suka dan senyum lebar jea
dulu susah..mana la mampu nak bawak macam-macam ke sekolah
mak cuma bekalkan kuih raya jea
tapi masa tu bawak kuih raya pun sangat-sangat happy
dunia kanak-kanak memang indah kan
nak-nak kuih raya memang buat sendiri
memang gerenti sedap..kawan-kawan dan cikgu mesti puji sedapnya kuih yang mak buat nie
time tu dah kembang semangkuk sudah =)
rindunya zaman sekolah dulu
zaman takder pikir masalah
zaman hanya pikir nak belajar dan main sahaja...
bahagia

untuk jamuan raya umairah nie
ena buat simple jea
gorengkan nugget ayam
gorengkan kentang goreng
bekalkan kuih raya dalam bekas
bawakkan air sirap
dan bekas untuk di makan masa di sekolah
simpan siap-siap dalam beg recycle
sengih jea kakak pagi tadi...

sekolah pagi dapatlah ena uruskan
sekolah petang minta mr.hubby buatkan
dah siap pesan nanti tolong snapkan gambar umairah sebelum pergi sekolah petang
emmmm haram tak buat pun
takperlah kakak...
asalkan ada gambar raya kakak sekolah pagi yea =)

juadah raya yang ena bekalkan untuk umairah
budak-budak mesti suka kan


umairah dengan kucing
terpisah tiada
memang suka kucing sangat-sangat
tengoklah oyen pun pandai berposing


heheheheh oyen nampak macam sedih jea nak kenal tinggal dengan kakak


bertentang mata pulak hehehehehe
baju raya nie tahun lepas punya
suka sangat umairah dengan baju nie
padahal baju raya tahun nie cantik jea
emmmm bila hati dah suka kan
apa pun tak boleh nak bantah


siap-siap packing dalam beg
mudah untuk umairah bawak ke sekolahnya

hah nak tengok rakan sekelah umairah
dapat gambar dari cikgu kelasnya
tq ustazah
berikan gambar nie
kenangan untuk umairah =)
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
cuba tekak umairah yang mana 1 =)
hahahhahaa umairah yang duduk hujung sekali sebelah kanan
memang nampak macam tomboy skit kan
tapi comel hehehehe

anak kesayangan ibu dan babah =)


Bila Jumaat Tiba

bagi ena hari Jumaat yang best
sebab boleh berselawat (eh jangan salah faham laks..hari lain pun boleh jugak)
cuma maksud ena hari Jumaat kan penghulu segala hari
macam-macam kita boleh lakukan kebaikkan pada hari jumaat nie...

ofis ena hari jumaat lunch lama skit..2 jam
fuyoooo bestnya hehehehe
memang best
hari jumaat lah hari ena akan keluar dari ofis
hari lain memang duduk terperap dalam ofis jea
malas nak keluar
baik lepak di surau jea..boleh tidor sekejap =)

lunch lama
boleh la cuci mata skit
sambil cuci mata boleh lah shopping sekali
hehehhee

tadi cuma tershopping kasut jea
apa jeeeee jeeeee
kihkihkih
tu pun dah sorok belakang bonet kereta
lama skit baru akan keluarkan
nanti bising laks mr.hubby
padahal kasut raya elok jea lagi ;p
biasalah perempuan kan...

puas shopping kita isi perut laks
sebab masa tinggal sedikit
kita ambil yang fast food jea
pilihan kami sudah tentulah kfc hehehehe

teman baik
eikin

ofis ena nie hari jumaat
akan diadakan meeting
emmmm dulu meeting diadakan pada pagi isnin
skang dh bertukar kepada hari Jumaat atau hari sabtu - bosan skit
sebab isu dari finance jarang ada prob
sebab selalu ada isu dept QS ataupun dari site
kami sekejap jea dalam meeting

sebelum meeting kita welfie dulu
hehehehe bergambar kami memang suka =)

tak sabar nak bercuti esok
sambung beraya lagilah nampaknya =)
selamat hari raya korang hehehehe

Durian Musang King Kepong

malam tadi
hantar basic h shaklee ke rumah pelanggan di kepong
terima kasih Pn.Mas order dari ena
cod terus ke depan rumah
order jea terus ena hantarkan kepada anda
yang duduk jauh-jauh tu
senang jea..ena boleh terus postage kepada korang
pos hari nie
esok dah sampai kat korang
jangan risau..ena tak tipu orang punya =)

ok lepas dah hantar basic h shaklee kepada pelanggan
terus ajak mr.hubby makan durian di kepong..betul-betul depan RHB bank
memang kalau datang sini
mesti akan singgah makan durian di sini
harga memang mana-mana sama jea kot
cuma buah durian yang kita beli mesti sedap
jadi puas hatilah kalau mahal skit
kualiti buahnya di jamin sedap

malam tadi try makan durian musang king dan durian XO
hehehehhee XO yea
1st time jugak rasa
macam nama kumpulan idol korea jea laks kihkihkih
rasa musang king memang terbaiklah..kuning lagi
cuma rasa XO nie..macam rasa durian kampung pahit-pahit skit
dalam masa yang sama ada rasa lemak-lemak skit
hah acaner tu...
tak tahu nak terangkan macam mana lagi
tapi ok lah rasanya...

yang dah pernah rasa,
cuba korang share skit rasa dia macam mana
acacaeh macam jalan-jalan cari makan laks ;p

bagi ena dan mr.hubby
bila dah rasa makan durian mahal nie
barulah tekak tu puas hati dan tak mengada-ngada lagi
asyik nak request nak makan durian lagi
hah korang macam ena jugak ker?


hah nielah ngupo durian XO tu
nampak sedap
nampak gebusss
nampak teruja

hah gitulah yang ena rasa
lepas masuk ke tekak
sedap jugak....

nak mencari cempedak laks
buat cempedak goreng minum teh o
perghhhh terangkat gitu =)
ops lupa laks nak bgtahu
kat sini pun ada buffet durian
sekepala rm9.00
hah makanlah sehingga korang pengsan =)

Thursday, 30 July 2015

Order Kimchi Malaysia

kimchi???
apa tu kimchi
kalau saper-saper suka tengok drama korea
mesti akan fimiliar dengan kimchi nie
ena dan mr.hubby memang suka makan makanan korea
kimbap ker..bulgogi ker..pancakes ker..rice cake ker..
semua kami makan sebab kena dengan citrasa kami berdua
nyum nyum nyum sedap =)

ok kalau tekak rasa nak makan makanan korea
ena makan di dubu-dubu jea
sebab sedap dan sedap lah ;p

scroll kat fb
ternampak salah seorang kenalan fb ada jual kimchi
harga pun murah jea
terus jea lah order
order hari isnin
hari khamis sudah dapat
lega..

nak beli kimchi nie
sebab nak try buat nasi goreng kimchi
dan nak try buat sup kimchi rumpai laut
perghhhhh kelas ko ena
terus nak buat tu hehehehhe

nanti lah bila free kita belajar buat kimchi sendiri
nie nak rasa dulu kimchi dari sis siti hajar yang buat
nanti ena share apa rasa dia yea...

ada yang nak tahu apa tu kimchi ker..
meh ena story skit pasal kimchi yang berasal dari Korea nie

Kimchi adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis asinan sayur hasil fermentasi yang diberi bumbu pedas. Setelah digarami dan dicuci, sayuran dicampur dengan bumbu yang dibuat dari udang krill, kecap ikan, bawang putih, jahe dan bubuk cabai merah.

Sayuran yang paling umum dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Di zaman dulu, kimchi diucapkan sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang berarti "sayuran yang direndam."

Di Korea, kimchi selalu dihidangkan di waktu makan sebagai salah satu jenis banchan yang paling umum. Kimchi juga digunakan sebagai bumbu sewaktu memasak sup kimchi (kimchi jjigae), nasi goreng kimchi (kimchi bokkeumbap), dan berbagai masakan lain.

kalau peminat RunningMan
tengok episode runingman makan
perghhhh mulalah kecur air liur dibuatnya
dan2 tu jugak nak ajak mr.hubby pergi restaurant korea...
kihkihkih kalah mak buyung jea kan 

hah nielah kimchi yang ena order tu
selamat sudah sampai di tangan petang tadi
kalau ada yang berminat nak order
boleh terus PM sis Siti Hajar di fbnya


kalau ada yang nak order supplement shaklee
boleh terus call/sms/whatssap ena yea =)

Blog Bersarang Sudah

alahai,
baru hari nie terbuka blog nie
ntah macam mana boleh terbuka..
lama sangat dah tak berupdate...

sibuk....alasan jea
in syaa Allah akan cuba update semula blog nie...

chayok zarena
moga mood akan kembali
banyakkkkk sangat cerita nak tulis huhuhu

cerita apa
mestilah cerita tentang umairah dan umar
anak-anak kesayangan ena...

ok tak sabar nak upload gambar raya tahun nie
.......

Friday, 10 July 2015

Selamat hari Jadi Sayang

surprise untuk mr.hubby
hari nie birthday mr.hubby
tak tahu nak bagi hadiah apa
jadi sehari sebelum birthday mr.hubby
whatssap sajer dengan kak Liza
bgtahu sempat tak nak buat surprise untuk mr.hubby esok

bila kak liza cakap boleh lagi
hah apa lagi terus jea lah bagi details untuk penghantaran ke tempat kerja mr.hubby
teruja gitu..

siap inform pada kak liza
datang sebelum solat jumaat
dalam masa yang sama ena laks yang berdebar-debar
sebab nak tahu reaksi mr.hubby macam mana kan hehehehe

masa suami kak liza nie sampai di tempat kerja mr.hubby
memang waktu kemuncak orang keluar untuk solat dan lunch
bila nampak suami ena pegang bunga
masing-masing pakat bahan
hehehehehe kesian mr.hubby =)

kalau ada saper-saper nak buat surprise untuk 
suami/isteri/tunang/pakwe/makwe/family
korang boleh pm akak liza nie yea


selamat hari jadi sayang
ena dan anak-anak doakan semoga
sayang diberikan kesihatan yang baik
dilindungi oleh Allah swt selalu
diberikan kesihatan yang baik
dimurahkan rezeki dan semoga panjang umar

selamat hari jadi sayang =)