Thursday 21 June 2012

Tudung Bawal Bercorak

tudung bawal - siapa yang tidak pernah pakai
aku sudah pakai tudung bawal nie sejak dari sekolah lagi
cuma ketika itu, jenis tudung bawal 4 segi yang tiada corak..kosong jea
selepas itu baru ada batu-batu hujung tudung
baru adanya jenis-jenis tudung bawal
dah berharga mahal sedikit mengikut tahap kain tudung bawal

selepas itu trend tudung selendang/shawl..pashmina..awning dan pelbagai nama lain
memang banyak di pasaran skang nie
cuma kini tudung bawal kembali mewarnai trend terkini
tudung bawal bercorak..aku rasa ramai yang sudah miliki
harga murah
banyak pilihan warna
mudah/senang nak pakai
pelbagai jenis lilitan boleh di buat 
dan yang pasti tak perlu tiup-tiup ketika pakai tudung hehehehhehe

minggu nie jea aku datang ke ofis menggunkan tudung bawal jea
senang nak pakai
tak payah nak duduk depan cermin lama-lama
minggu lepas pergi ke pasar 
dan terjumpa peniaga nie menjual tudung bawal bercorak dengan harga RM5.00 sehelai
emmm apa lagi terus memborong la hehehhehe murahkan
sebab harga biasa aku nampak sehelai RM10.00


yang nie aku pakai hari selasa

yang nie aku pakai hari Isnin

yang nie aku pakai hari rabu

cuma hari nie jea aku pakai shawl
rindu laks nak lilit di kepala nie :p

korang tengok skang nie ramai artis yang sudah bertudungkan
antara artis yang aku suka tengok gaya pemakaian tudung ialah :

#1 : Wardina Safiyyah
memang cantikkan bila wardina pakai tudung

#2 : Norjuma Habib
aku rasa Juma antara orang yang setia dengan pemakaian tudung bawal
cantik jea terletak diwajah Norjuma

#3 : Irma Hasmie
sejak Irma pakai tudung
bertambah aku suka pada Irma nie 
sebab sweet jea orangnya bila memakai tudung - bertambah comel

jadi korang suka pakai tudung jenis apa
tepeuk dada tanya selera



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

4 comments:

  1. bawal skarang dh ada corak2 kn..dlu plain aje

    ReplyDelete
  2. skrg selalu pakai tudung awning. sekali sekala pakai jugak jenis bawal crown yang fofular sekarang... =)

    ReplyDelete
  3. kty pun kdg pakai tudung bawal gak..tp dtg malas..pakai gak tudung ekin

    ReplyDelete
  4. zura dari dulu memang setia dengan tudung bawal.. tapi tak pernah try lagi tudung bawal yang bercorak tuh.. cantik jugak..:)

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi