Friday, 15 February 2013

Kepala Umairah Berjahit

Ya Allah tak tahu nak mulakan ayat macam mana untuk permulaan cerita nie
sebab masih rasa sedih dengan keadaan umairah
kesian anak ibu
macam nak menangis
terasa perut macam di toreh semula
Ya Allah, dugaanMu aku terima dengan redha..

petang semalam seperti hari-hari yang sebelumnya
tugas mengambil anak-anak dari nursery pastinya terpikul di bahu aku
sayang hanya mengambil anak-anak ketika dia dapat pulang awal dari tempat kerjanya
semalam ketika aku turun dari kereta
anak-anak di situ terus menjerit-jerit beritahu yang umairah banyak darah 
aku macam termangu apa yang anak-anak nie cuba sampaikan

terus penjaga di situ beritahu
"akak, umairah kepalanya berdarah, ada di dapur"penjaga
aku terus meluru ke belakang
umar membontot aku dari belakang

sampai di dapur aku nampak Pn.Zaiton tengah menekap kepala umairah dengan kain tuala
memang banyak darah yang keluar
aku memang tergamam
terus Pn.Zaiton minta aku bawak umairah terus ke klinik untuk merawat luka di kepala
tak putus-putus Pn.Zaiton memohon maaf

dari apa yang aku sempat dengar
umairah bermain di luar untuk mencari siput
tengah mencari siput, kawannya dengan tak sengaja telah tertolak umairah
dengan tak sengaja kepala umairah terkena bucu tingkap
Ya Allah sedihnya aku mendengarnya
terus aku tergesa-gesa mendukung umairah masuk ke kereta
umar minta di dukung tapi penjaganya membawak masuk ke dalam kereta

dalam perjalanan ke klinik
sempat lagi aku call sayang beritahu apa yang terjadi
sayang dalam perjalanan sama untuk pergi klinik
pergi ke klinik keluarga di BBSB

luka di kepala umairah
setelah lap sedikit oleh Teachernya


dalam perjalanan pergi ke klinik
terasa macam jauh sangat untuk sampai
kesian anak ibu
muka, leher dan kolar baju sudah penuh dengan darah

di klinik, doc bagi priority kepada kami dahulu
TQ doctor sebab memahami
pembantu klinik membersihkan darah di kepala untuk melihat kesan luka

setelah kesan darah dibersihkan
dan terserlah kesan luka
doc terpaksa membuat keputusan untuk refer kes umairah ke Hosp Sg.Buloh
sebab memerlukan jahitan
luka umairah sedalam 1cm 
klinik tidak boleh melakukan procedure jahitan di klinik tersebut sebab
umairah masih kecil dan peralatan di situ tidak lengkap

doc membalut luka dengan bandage untuk mengelakkan kuman masuk ke bahagian luka
masa nie umairah sudah menangis 
asyik menyebut sakit sakit dan sakit sahaja

dan ketika sedang menunggu ubat dan untuk membayar bil
sayang sampai
lega di hati sebab susahnya nak handle 2 anak yang kedua-duanya meminta untuk di beri perhatian
aku mendukung umairah
umar jugak minta di dukung
tidak dapat si adik menangis meraung minta perhatian
sabar yea sayang, kakak sakit nie
ibu kena tenangkan kakak dahulu

sayang sampai tepat pada masa yang amat aku perlukan
Alhamdulillah
terasa beban yang aku tanggung seorang dapat dikongsi bersama ketika sayang ada di sisi

kami terus menuju ke Hosp Sg.Buloh
Alhamdulillah sepanjang perjalanan jalan tidak jem
lancar dengan selancarnya

kami masuk ke bahagian kecemasan
nurse di situ minta kami masuk ke saringan ke bilik no.1
berjumpa dengan nurse
buat semakan dan baca laporan dari klinik
terus minta kami daftar
setelah berdaftar, nurse minta kami terus menuju ke bahagian trauma
tak sampai 5 minute nama umairah di panggil
doc membuka bandage di kepala dan melihat luka
doc menganggarkan luka tersebut perlu di jahit sebab kesan lukanya besar dan dalam
mungkin memerlukan 1 jahitan di kepala

doc minta kami ke bilik procedure untuk mendapatkan jahitan

umairah dibaringkan atas katil
dalam ketakutan tapi masih lagi berani untuk menerima rawatan

nurse melihat dan membersihkan kesan luka

nurse mencukur disekeliling luka di kepala umairah
umairah ketika nie menangis
aku pun menangis jugak
tapi menangis kena tahan sebab nak bagi umairah lihat ibunya kuat

bersihkan luka dan 
dan nurse decide untuk menjahit kesan luka sebanyak 2 jahitan
jadi kena 4 suntikan
2x bius dan 2x jahitan
masa jahitan umairah emmang meraung sekuat hati
sayang terpaksa pegang kuat kaki umiarah
supaya semasa proses jahitan kepala umairah tidak bergerak

ketika umairah menagis dan meraung
memang aku terasa perut aku di toreh-toreh
terasa sakit sakit aku rasakan
perasaan seorang ibu
akan rasakan apa yang anak rasakan
aku memeluk umar sekuat-sekuat hati
terasa menangis dalam diam
sayang pun sedih dalam raut wajah yang cuba disembunyikan

ibu bapa mana yang sanggup lihat anak dalam kesakitan
memang tak sanggup
Ya Allah kuatkan semangat kami...
lindungi anak-anak kami Ya Allah
Amin

luka yang telah tertutup dengan 2x jahitan di kepala
umairah muka tak bermaya setelah di jahit
aku mendukung umairah untuk meredakan semangatnya yang telah pergi jauh
sian anak ibu

di kaunter ubat
nurse berikan ubat tahan sakit dan ubat antibiotik

kad appointment
pada 28hb kena datang ke klinik kesihatan yang berhampiran untuk buka benang jahitan
harap masa tu umairah sudah sembuh sepenuhnya
Amin

sampai di rumah malam tadi
family aku semuanya bertanya pada umairah
sambil bercerita sambil nangis
masih lagi terasa sedih untuk bercerita

umar merengek-merengek sepanjang malam
sebab mahukan perhatian jugak
sebagaimana kakaknya mendapat perhatian dari semua orang

hari nie sayang tidak ke tempat kerja
sambil memantau umairah
sayang tidak sihat jugak ~ batuknya teruk sangat
hari nie untuk masuk ke tempat kerja
terasa macam semangat telah hilang
asyik teringat anak-anak di rumah
Ya Allah kuatkan semgatku Ya Allah

aku mohon korang semua doakan Umiarah cepat sembuh yea..
masih sebak di dada...


12 comments:

  1. Semoga lekas sembuh Yaa dek , mama selalu ada buat mu ... hehehe

    ReplyDelete
  2. Harap sabar ye akak...Allah xkan menguji umatNya lebih dr kemampuan seseorg itu...

    ReplyDelete
  3. aduhaiii.. bergenang gak air mata.. memang x sampai hati tengok anak sakit kan~ sabar eh~
    moga umairah cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. Aduhai. Sedih gak baca citer nih. Perasaan seorang ibu memang sensitif kalau anaknye luka atau sakit. Miga ynairah cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  5. semoga kak long cepat sembuh
    btw
    kenapa tak anto trus ke klinik?1
    kenapa nak tggu parents?!
    aku tak paham la sop nursery tu psl health and safety
    common sense bila ank2 injured trus bwk ke klinik or spital
    hmm..
    ni ke sekolah yg takmo dak umar satu sekolah dgn kak long?!
    apepun..
    ko sabo ena
    jgn stress2 sgt
    aku tingat blik kes aqil kena hempap dgn fire extinguisher dulu
    smpai bersimen..
    be strong
    the rest of behind story,aku pm ko nnti yerk?!

    ReplyDelete
  6. ye lah na...aku masa anak buah aku kena meja kaca tue pun hati aku dh semacam je...belum lg anak sndiri..

    ReplyDelete
  7. Sbr byk2 ena....
    Moga umairah cepat2 sembuh
    Risau nengoknye tu
    Ksian umairah

    ReplyDelete
  8. ala siannya....Ayu faham perasaan Ena sb masa Ian belum setahun dulu pun, Ian pernah kena jahit,,,walaupun 1 jahitan..tapi time dia nangis2 & jerit2 tu..memang tak tahan sgt .. Ayu pun nangis gak time tu....Semoga Umairah cepat sembuh yer sayang..

    ReplyDelete
  9. saya baca pun sebak kuar air mata..macam mana la akak pulak..huhu..sabar ye kak..

    sian umairah..semoga dia cepat sembuh..

    ReplyDelete
  10. ngeri kak munna tengok... teringat meya pun pernah kena jahit kat dahi thn lepas.... bila teringat mmg seriau rasanya

    ReplyDelete
  11. fifi yang bace ni pon termenangis.. sedih..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..