Monday, 27 May 2013

Pelangi Senja

petang semalam tak sangka dapat melihat
keindahan ciptaan Allah
pelangi senja muncul di kaki langit
sangat cantik

--pelangi senja memukau kalbu--
gambar nie di snap oleh umairah

dulu masa kecik-kecik kan
selalu jea kita dengar jangan tunjuk pelangi guna jari telunjuk
nanti jari akan kudung
hahahahahha korang ada tak masa zaman nie

pastu selalu dengar kalau kita dapat lihat di hujun kaki pelangi
akan dapat jumpa puteri bunian
hahahahahha memang sengal masa budak-budak dulu
sanggup tu kejar pelangi naik basikal
jauh jugak la mengayuh
penat balik rumah tenguk air dalam peti sejuk

eheh mana lah boleh kita cari kaki pelangi kan
masa kecik-kecik dulu indah jea kan
tak pernah pun risau apa-apa pun
aman damai jea
banyak aktiviti luar dapat dilakukan tanpa pantauan mak bapak
tapi zaman skang nie anak kita nak naik basikal keluar depan rumah pun
aku dah bising-bising
takut wooooo banyak sangat kes culik kanak-kanak skang nie
risau...

--umairah dan umar--
semoga Allah senantiasa melindungi anak-anakku
Amin

No comments:

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..