Monday, 9 September 2013

Mandi Manda dan BBQ di Pantai Telok Gong, Melaka

sempena adik sepupu berkahwin 31hb yang lepas
kami duduk menyewa Chalet Gong
kiranya nie kali ke 3 kami menyewa homestay nie
suka menyewa di sini
sebab kemudahan yang disediakan sangat memuaskan hati kami
homestay nie berhadapan dan mengadap terus ke arah laut
memang cantik dan sejuk bila waktu malam

nanti aku story details untuk homestay Gong nie yea
mana tahu ada teman yang berminat untuk menyewa di sini
bila datang ke Melaka kan kan kan...

kami masuk ke Homestay Gong pukul 3 lebih
masuk lambat skit sebab sebelum tu singgah ke Ayer Keroh
sebab ada undangan kahwin jugak
isi perut kenyang-kenyang kemudian kami gerak ke Telok Gong

sampai-sampai tunggu pemilik Homestay datang
untuk serahkan kunci
bila pintu terbuka..Lini yang pertama chop bilik dahulu
adik aku nie memang..kalau bab bilik nak yang bilik yang ada bilik air sekali dalamnya
hampagas betullah
tapi tak kesah pun sebab Homestay nie ada 4 bilik tidor
semuanya ada aircond
pilih jea la yang mana korang nak tidor
nak tidor tepi laut pun boleh hehehehehhe

umairah..umar..pija...
bila dah nampak laut depan mata
memang tak menyempat-nyempat la nak mandinya
dah gedikssss sangat nak mandi dan berendam
babah dia lah yang melayan anak-anak mandi laut
petang tu aku memang tak terjun laut pun
duduk tepi jea perhatikan anak-anak mandi
pagi ahad baru mandi
sebab air laut bersih jea kan..pastu sejuk jea :)


--pemandangan laut di hadapan Homestay Gong--
menarikkan

--aku dan mr.hubby--
menyambut anniversary kami yng ke 7 di sini

--anak-anak, p.ciknya dan mr.hubby yang berendam sampai lebam dalam laut--
sampaikan kaki mr.hubby terseliuh sebab xcited mandi punya pasal :p

--31hb kan hari Merdeka--
jom kita kebarkan bendera malaysia

--kami-kami yang gembira--
sambil bercuti sambil bergembira


malamnya kami buat BBQ
dua malam-malam berturut kami buat BBQ
malam ahad dan malam isnin
malam ahad kami buat BBQ bersama-sama dengan kawan sekerja mr.hubby
dan malam isnin kami buat BBQ bersama-sama m.cik dan sepupu
memang happening
pergi pasar beli seafood lebih dari RM200.00
tapi puas hati sebab ikan..udang..ikan pari..semuanya fresh lagi

--bila datang ke Melaka, cencalok mestilah kena ada kan--
barulah kuah cicak kita terbaik
makan ikan pari segar..memang manis rasanya

--happening gila--
bersama-sama p.cik..m.cik dan sepupu-sepupu
nie tak cukup korum lagi sebenarnya
ramai tak dapat nak join BBQ nie sebab masing-masing ada hal
emmmm takper la yang ada nie pun sudah meriah sangat

--pak long dan mak long--
datang singgah siap bawak udang sungai besar dan air kopi secerek besar
best betul
bila dah perkena air kopi lagilah segar hehehehhehe
borak sampai ke tengah malam

--tengok udang yang tak tahan tu--
nazri bawak sosej
biah bawak udang sungai yang bapak besar
aku rasa dah macam lobster laks
sedap gila la...

--kemeriahan yang sudah lama tak dirasai--
seronok sangat bila sudah berkumpul semula nie
tu la plan hujung tahun nak berkumpul semua family wan che yah
tengah planning lagi
harap menjadi
In Sya Allah
pasti best bila 9 buah keluarga duduk berkumpul

--udang galah yang lebih besar dari lighter--
puas makan seekor
terbaikkkkkkkkkk

kemudian aku dan mr.hubby keluar sekejap
ingat nak beli baju sebab baju yang kami bawak tak cukup
ialah asyik mandi laut jea...
tu yang baju yang kami bawak xtra pun tak cukup :p

tapi kebanyakkan kedai sudah tutup
emmmmm pakai underwear jea la waktu malam hahahahahahha
yo yo la ko "p

nampak tepi jalan di Pengakalan Balak ada jual durian
terus berhenti beli durian
perghhhhh lepas bakar-bakar
kita makan durian laks
--nasib baik m.long dan pak long dan sepupu masih ada lagi--
jadi sambil makan jajan - kuih raya sebenarnya
terus perkena durian laks
wahhhhhh mantoppp gitu
sambil makan kacang rebus sekali...
kenyang gila masa malam tu
sampai skang still teringat udang bakar tu huhuhuhuhuhu

memang seronokkan bila saudara mara duduk berkumpul
rindunya nak berkumpul lagi...
hah korang kosongkan jadual hujung tahun nie
kita berkumpul di Chalet Hjah Mahawa laks....

11 comments:

  1. best tgk udang galah tu...yummmm

    ReplyDelete
  2. udang dgn durian! terbaekkkkk :)

    ReplyDelete
  3. memang sedap.. udang besar.. lepas tu pulun makan durian.. terbaik!~

    ReplyDelete
  4. famili kak ena ni mmg happening la..best je ngk aktiviti keluarga..

    ReplyDelete
  5. wah.. banyak nya berjalan... suka berjalan yea? best n respek lah tgk famili ena ni..

    ReplyDelete
  6. Sis ade no cntc homesty tu lg x?

    ReplyDelete
  7. Sis ade no cntc homesty tu lg x?

    ReplyDelete
  8. Sis ade no cntc homesty tu lg x?

    ReplyDelete
  9. Sis ade no cntc homesty tu lg x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh call no nie..

      GONG CHALET Pengkalan Balak, Malaka
      Batu 27, Jalan Persiaran Pantai, Teluk Gong Kampung,
      Kuala Sungai Baru, 78300, Masjid Tanah, Malacca.
      Tel : +606-2817388
      Fax : +606-2837388

      HOTLINE :
      013-3689671 (En Zozli - 24 hrs)

      Delete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..