Saturday 12 October 2013

Dinner Sehingga Dua Tempat

malam tadi lepas magrib terus gerak ke Shah Alam
ke sana sebab nak jumpa seseorang
hah saper tu
nanti aku cerita yea

nasib baik masa nak ke Shah Alam jalan tak jem
tapi orang dari Shah Alam nak masuk ke hiway
memang jem...ramai nak balik kampung untuk cuti beraya la tu
aku tak ambil cuti pun untuk beraya
akan balik ke kg mr.hubby jea ~ Sijangkang

tempat perjumpaan kami di Burger King
lepak di meja luar sahaja
mudah untuk umairah, umar dan pija bermain
pilih tempat nie untuk berjumpa sebab ada tempat anak-anak bermain
takderlah buat hal dalam restaurant kan
tau-tau jealah budak bertiga nie kalau berjumpa
macam-macam hal boleh jadi :p

umar dari ambil dari nursery dah melalak
melalak sampai gigit badan aku
nak sangat roller blade
dia nampak masa di nursery
ada budak main depan pintu pagar nursery
alahaiiiiiiiiiiiiiiii ingatkan dan ok
tapi bila lepak di burger king nie
sebelahnya kan Extreme Park
ramai laks bebudak tengah main skate board dengan roller blade
hah apa lagi meallak jugak kat situ
aku dah pening kepala nak pujuk
last-last wan dia pujuk dan duduk melepak sekali dengan budak-budak yang tengah main
masakkkkk memang kena jugak belikan roller blade untuk umar
umairah laks asyik merengek nak tab
emmm macam tahu-tahu jea masing-masing punya birthday nak dekat
masing-masing dah bagi tahu apa yang nak 
emmm masaklah poket babah hujung bulan nie hehehehhee

di Burger King kami tak beli apa pun
cuma kentang dan nugget jea
sebab tujuan utama bukan nak makan di sini pun
tapi takkan nak duduk jea tanpa beli apa-apa kan
jadi beli jealah menu yang ringan-ringan sahaja

--lini..mak dan umar--
umar selagi tak kenyang selagi tulah dia ngadap nugget tu
dah kenyang baru join sekaki dengan kakak-kakaknya

--pija dan umairah--
comel jea pija dengan rambut barbie doll tu
umairah jea pendek kontot
cepatlah panjang semula rambut umairah

--pija dan ibunya lini--
muka memang tak sama langsung kan
pija ikut muka babahnya

--aku dan umairah--
muka kami sama kan
sebab tulah asyik nak bergaduh jea hehehehe

--wan dan umar--
malam tadi wan..umairah dan umar edisi baju belang-belang

lepas jumpa member tu
terus kami gerak balik
tapi tak terus balik tau
sebab kami singgah ke hentian rehat guthrie
makan satay hj.samuri
suka makan satay di sini sebab kuahnya sedap dan pekat
satay dia pun masak elok jea

--satay ayam..satay hati & pedal..satay daging batang pinang--
emmmmmm sedapnya
tapi anak-anak tak makan sangat 
sebab dah makan banyak masa di Burger King
anak-anak lebih main di playland dari nak makan
cuma kami jea makan betul-betul
lapar tu

--kuah kacang dia memang sedap--
pekat dan sambalnya pedas terasa
dan ambil sekali nasi himpit...

puas makan malam tadi
hah makan jangan sampai lupa diri
still nak menjaga berat badan
jangan berat badan dah turun
terus boleh nak makan apa-apa
control tetap control :)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi