Wednesday 19 November 2014

Disney Channel Fa-la-la-lidays Giveaway - Frozen

Let it goooo...
Let it gooooo....
memang berhantukan lagu nie
tengok banyak kali pun tak bosan
bukan ena jea yang suka tengok
anak-anak ena pun suka sangat...
memang obses sangat-sangat dengan kartun frozen nie
antara Anna dan Elsa
anak ena, umairah memang suka sangat dengan Elsa
serba serbi dengan Elsa
baju jangan cerita lah...siang malam akan pakai baju Elsa..
beg sekolah..alatan sekolah..macam-macam semuanya Elsa
layannnnn kan jea =)

Eh eh eh naper ena cakap pasal Frozen nie
ok nak bgtahu nie
yang Disney Channel adakan Giveaway untuk semua peminatnya
wahhhh best tu =)

--saper suka Frozen--
angkat key board kihkihkih

--Elsa yang cantik sangat--
suka dengan gaya rambut Elsa

--hah nielah my anak dara--
umairah zahrah
bergaya seperti Elsa
dari rambut..ke baju sehinggalah aksesori tambahan

--birthday umairah tahun nie bertemakan Frozen--
hehehehe suka dia bila permintaan ditunaikan


ok berbalik kepada Giveaway nie
yang berminat nak join
silalah berminat yea sebab HADIAHNYA
best wooooo

Untuk Menyertai Giveaway Frozen nie :
Syarat Simple

1.Tonton Saluran Disney dari 14 November - 14 Disember.
2.Nantikan soalan peraduan.
3.Menghantar sebanyak mungkin jawapan yang betul pada setiap hari.
4.Seorang pemenang dengan jawapan betul terbanyak pada akhir 20 Nov/27Nov/
4Dec/14Dis, jam 12 malam akan memenangi pengembaraan Frozen ke Disnyeland Hong Kong! 
Juga ada hadiah harian Pek Hadiah Frozen untuk dimenangi!

Hadiah Menarik :
Menangi pengembaraan Frozen bersama keluarga anda ke Hong Kong Disneyland dan temui Elsa dan Anna secara bersemuka!
Satu percutian akan diberikan setiap minggu selama 4 minggu!

Hadiah Utama Mingguan: Percutian Keluarga untuk 4 orang
*2 tiket Taman Tema
*Penginapan 2 malam di Hotel Disneyland Hong Kong
*Pakej Bibbidi Boutique Castle
*Sarapan pagi di Restoran Enchanted Garden

wahhhhhh dapat jumpa dengan Elsa dan Anna tu....saper taknak kan
Jangan lepaskan peluang keemasan nie tau


Mudah sangat nak join contest nie
tengok Channel ASTRO 615....dan join the contest!!

Nak info lanjut....boleh klik di sini =====> http://www.disneychannel-asia.com/holiday/


FAQ

S. Bilakah tempoh peraduan ini?
J. Peraduan bermula dari 14 November 2014 dan akan tamat pada 14 Disember 2014 pada 11.59 malam.

S. Bagaimana saya boleh menyertainya?
J. Cara penyertaan:

  1. Tonton Saluran Disney dari 14 November – 14 Disember.
  2. Nantikan soalan peraduan.
  3. Menghantar sebanyak mungkin jawapan yang betul pada setiap hari.
  4. Seorang (1) pemenang dengan jawapan yang betul akan dipilih setiap hari bagi hadiah harian, dan seorang (1) pemenang dengan jawapan betul terbanyak akan dipilih setiap minggu untuk hadiah mingguan.
S. Di mana saya perlu menghantar penyertaan saya?
J. Hantarkan penyertaan anda di http://www.disneychannel-asia.com/holiday

S. Atas kriteria apa penyertaan akan dinilai?
J. Hadiah Harian: Penyertaan dengan jawapan betul setiap hari.

Hadiah Mingguan: Penyertaan dengan jawapan betul paling banyak setiap minggu

S. Adakah had umur?
J. Ya, semua Penyertaan perlu berada di antara umur 6 – 17 tahun. Ibu bapa/penjaga boleh membantu Peserta di bawah 13 tahun untuk menyertainya.

S. Perlukah saya menjadi pelanggan Saluran Disney untuk menyertai peraduan?
J. Ya, anda perlu menjadi pelanggan Saluran Disney untuk menyertai peraduan.

S. Apa yang saya akan dapat jika menyertai pertandingan?
J. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang berikut:

Hadiah Harian: Anda boleh memenangi Pek Hadiah Frozen
Hadiah Mingguan: Anda boleh memenangi percutian untuk empat orang ke Disneyland Hong Kong.
Termasuk yang berikut:

  1. Penerbangan kelas ekonomi bagi Hadiah Utama dan sehingga ditemani tiga (3) orang daripada tempat tinggal asal Pemenang Hadiah Utama ke Hong Kong (bergantung pada terma dan syarat) (2 dewasa & 2 kanak-kanak (di bawah 12 tahun));
  2. Sebuah bilik (untuk 2 dewasa & 2 kanak-kanak (di bawah 12 tahun)) di Hotel Disney's Hollywood selama dua (2) malam (bergantung pada terma dan syarat);
  3. Empat (4) tiket dua hari ke Hong Kong Disneyland Park
  4. Sarapan untuk empat (4) orang di Restauran Enchanted Garden, di Hotel Hong Kong Disneyland
  5. Pakej Bibbidi Bobbidi Boutique Castle untuk seorang (1), berumur di antara 3-12 tahun.

S. Bilakah percutian itu?
J. Percutian ini perlu ditebus dalam tempoh enam (6) bulan selepas pemenang diumumkan. Penerbangan dan penginapan adalah tertakluk kepada ketersediaan.


S. Bagaimana pemenang akan dimaklumkan?
J. Para pemenang akan diumumkan di laman web dua (2) hari selepas peraduan setiap hari/minggu. Pemenang juga akan dihubungi secara peribadi melalui telefon atau mel, mana-mana yang difikirkan sesuai oleh Disney. Pemenang dikehendaki untuk memberikan nombor langganan mereka atas permintaan.

--ok auntie-auntie semua jangan lupa buka dan tengok Channel ASTRO 615--

Jadi apa lagi
Jom join contest nie
mudah dan best hadiahnya..
anak suka..ibu pun suka jugak =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi