Showing posts with label ...dinner.... Show all posts
Showing posts with label ...dinner.... Show all posts

Tuesday, 15 November 2011

The Humble Chef di Sri Damansara

pada 4hb Nov yang lalu sebelum balik ke Sijangkang
untuk menyambut Hari Raya Aidiladha
kami singgah dahulu ke Sri Damansara untuk jalan-jalan cari makan
selepas terliur tengok pengacara tak ingat saper nak that guy
setiapa hari ahad rancangannya di 8TV
this guy rasanya muslim (pernah berlakon dalam gol & gincu)
mengacarakan tempat-tempat menarik untuk di makan
cuma aku macam confuse skit naper nak makan di kedai Cina
yang kita tak tahu kesahihannya suci dan bersih...ataupun paling penting HALAL
nanti aku try cari nama rancangan tu..sebab kalau betullah this guy muslim
tak ker akan mengconfusekan orang bukan islam tentang agama kita...


jadi berbalik ke tajuk utama jalan-jalan cari makan
finally dapat jugak la kami mencari tempat nie
itupun setelah menanya orang di Stesyen minyak Petronas eheh
dapat cari lori nie, hanya aku sahaja yang keluar
sebab umar dan umairah sudah tidor
jadi hanya aku keluar untuk order




macam-macam ada


dan yang paling penting harga memang murah


untuk spegethi aku order spegethi carbonara


bila masuk ke mulut perghhhhh memang sedap


untuk sandwish aku order lamb dan chicken pita


dan lagi sekali memang terbaikkkkkk dia punya inti memang disaluti dengan cheese


yang banyak


beli sekali chicken omelete..ingat belikan untuk umar dan umairah


tapi disebabkan budak berdua nie tidor


aku dan sayang la melantak kesemuanya dalam kereta eheh

berdekatan dengan mc'donalds
di area imegresen lama di Sri Damansara




chef dan pembantunya masak di dalam lori



memang sempoi



sebab tepi jalan jea dan di atas jambatan



hiway apa erk



tak ingat plak aku



ramai menanti makanan dorang siap



time aku Q nie memang ramai la



pastu hujan renyai-renyai



tapi tetap tak berganjak



tetap menanti dengan sabar



sanggup jugak duduk di meja sambil memegang payung



dasyat..jadi selepas makan memang tak rugi sanggup beratur menanti makanan tiba



lain kali pasti akan datang kembali..sedap





kalau korang nak tengok makanan dia terjah di blog ini....pasti meleleh air liur korang..



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 1 November 2011

Melantak di Domino's Pizza

malam tadi kami 4 beranak pergi ke si damansara
untuk makan domino's pizza
pizza nie memang fov mak aku
sebulan sekali pasti pekena pizza nie
ada pizza baru kami try mencuba



domino's pizza pujaan hati mak aku

ambil set untuk couple
ialah yang betu-betul nak makan cuma aku dan mak sahaja
umar dan umairah non ado punya
makan skit-skit jea

sementara aku dan mak makan
umairah sibuk dengan bermain
sekejap duduk sebelah wan dia
sekejap baring di kerusi panjang
sekejap duduk bawah meja
nasib baik la orang tak ramai sangat jadi aku biarkan jea

umairah buat aksi makan pizza di dinding
konon-konon dapat makan la tu eheh
sweet jea


yang nie memang umairah order sendiri di kaunter
tetiba nak ambil jus apple di dalam kotak
bagi duit pada umairah
dan cakap pada orang di kaunter
"cik, saya nak beli air" umairah
aku yang dengar terkekek-kekek gelak dengan mak
sebijik macam mana orang yang datang ke kedai mak aku beli air
hahahahahahha memang lawak

nie aksi tak boleh nak kawal
duduk bawah meja sebab terjumpa ulat bawah kerusi
geram betul aku time nie

umar nasib baik la diam jea
tak aktif seperti kakaknya
bagi makanan di tangan senyap sajer di atas riba aku


rasanya couple yang duduk sebelah kami
pasti tak duduk diam
sebab umar dan umairah asyik la interup time dorang berbual
hehehehhehehe memang kacau daun la


2 pizza yang kami order memang habis la
cuma roti jea kami tak sentuh
hanya umairah dan umar sahaja yang makan
lebih minta tapau bawak balik
tapi memang seronok bila dapat bawak mak keluar jalan-jalan
ialah seharian duduk di rumah menjaga umar
sekali-sekala kena jugak bawak bersiar-siar



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 11 October 2011

Bila Tidak Kerja, Masuk Ke Dapur Jadi Isteri Solehah

kalau hari-hari biasa
memang mak yang masak
aku cuma masak kalau menu yang mak masak
tidak menepati citarasa aku... contohnya kalau mak masak lauk kari
pasti aku akan masak lauk yang lain - tapi lauk yang simple jea la
aku kureng skit dengan lauk kari nie


jadi hari nie aku tidak bekerja
dan sayang plak pulang awal
mak kalau aku di rumah memang takkan turun ke dapur
tugas itu diserahkan terus kepada aku
aku plak kalau masak-masak nie
memang akan pilih menu yang simple jea
sebab bila sudah ada anak nie, mana la boleh duduk lama-lama di dapur
risau apa la yang anak-anak buat di depan


jadi menu pilihan aku hari nie ialah :

sup bebola di campur dengan su un
sedap gak, banyak umar dan umairah makan
tak sangaka plak umar suka dengan bebola ayam nie (bebola nie macam bebola daging bakso)


menu yang ke dua ialah campak-campak ayam masak kunyit
ada apa jea dalam fridge tu aku campak kan jea dalam kuali
ada tempe, kacang panjang dan tauhu terus jea aku goreng sekali dengan ayam


bila sayang makan sedap
siap tambah nasi dua kali tu
emmm betul la kalau masak campak-campak nie memang akan mendapat pujian
cuba aku masak ikut step by step confirm tak menjadi
selamat makan malam korang


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 27 April 2011

Satay








dinner kami malam nie satay
sayang belanja makan
dulu kami suka makan satay subang
la nie kami bertukar selera
makan satay di tepi bus st0p
saper-saper yang duduk kuang mesti tahu di maner
kedai satay nie



satay adalah f0v mak aku
kami nie biasa2 jea bila makan
tak lebih pun dari 10 cucuk
b0leh muak tu kalau makan banyak-banyak
zura b0leh geng dengan mak aku
betul tak ra hehehhehe


aku kalau makan satay
memang nak pekena dengan bawang
kalau bawang takder
macam tak bermaksa sahaja makan satay tu
sebab tu la kalau makan satay di luar
aku bengang jea kalau tak dihidangkan dengan bawang
kalau minta nak bawang cakap bawang takder
hampehkan
kedai punya la besar tapi bawang sebijik pun takder
memang aku tak selera la nak makan
selalu terjadi kat restaurant jejantas sg.bul0h
hah k0rang b0leh teka ker


nanti menti0n nama kena SAMAN plak nanti
hahahahhaha


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 21 May 2010

Sambal Sotong Idaman Kalbu

permintaan dari kak long kepada adiknya hehehhee
mentang-mentang la tengah preggy
apa yang di minta pasti dapat hehehehehe



minta lini masakkan sambal sotong
teringin plak aku nak makan masakan dia
lini nie memang pandai masak
ikut jejak mak aku
cuma aku jea yang tak pandai masak
akku kalau masak
ada jea yang tak kena
termasin la..masam la..macam-macam perasa tambahan akan terjadi
sayang nak taknak terima ajer la
apa yang isteri dia masak hehehhehe

ok la tu dari orang yang malas nak masak
asyik ajak suami makan di kedai jea
suami yang pening kepala nak ikut permintaan isteri
poket dah kempis nak jugak ajak makan kedai
ada tau perangai yang macam nie
hehehehehe kisah dari sinar pagi la nie :p


balik kerja tadi
ambil umairah dari rumah penjaga
terus pergi ke ladang baru pergi ke rumah lini
pukol 7pm jugak la sampai di sana
penat gila
rasa macam nak terus rebahkan diri jea
ialah memandangakn di opis tadi masa aku lebih banyak di training room
bosan la bila kena brieffing nie
dari pukol 9am - 4pm
dengar ajer la taklimat yang diberikan
aku sorang sahaja perempuan
yang lain semuanya perempuan
bosan..bosan..bosan..


umairah suka la bila dapat jumpa dengan pija
sudah kenal jalan ke rumah pija
masuk jea simpang masuk ke sana
sudah tahu yang dia nak jumpa pija
terus sebut nama pija hehehehehe
kesian pija demam
tapi bila masing-masing dah jumpa memang terus sihat
gagahkan jugak diri tu bangun untuk peluk umairah
rindu la tu


tak lama pun di rumah lini tadi
lepas makan duduk2 sekejap
pastu minta diri
kepala dah berat sangat dah


nak balik
hah satu kampung boleh dengar suara nangis pija dan umairah
memang macam nie la kalau dapat jumpa sekejap
pasti akan menangis
taknak balik
tak puas main lagi
kesian kan
tapi nak buat macam mana
takkan la nak tinggalkan, mana bawak susu umairah semua
melalak pun sumbat ajer la dalam kereta
emmm hujung minggu nie kita jumpa pija lagi la sayang

alhamdulillah kenyang perut makan masakan lini
adik kesayangan tu



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 23 March 2010

Dinner Di Pizza Vs Satay

selepas jea keluar dari Putrajaya
singgah dahulu solat magrib di Petronas
terus cari tempat untuk dinner


memandangkan aku malas nak pikir
aku minta sayang bawak jea ke manaer untuk kami 3 beranak dinner
tahu2 jea dah sampai tempat kami nak makan
1st time datang
sayang plak memilih tempat nie
sebab member kilang pernah suggest tempat makan nie
sebab popular dan sedap
ramai VVIP dan rancangan jalan2 cari makan pernah terjah restauran nie
di maner aku tak tahu

kalau korang nak tahu
nanti aku tanya hubby aku erk


suka decor dalam restaurant nie
nampak kemas dan cantik sangat



dinding penuh dengan frame-frame yg comel-comel belaka



muka aku



sayang yang tengah melayan umairah



emmmm muka aku lagi
mesti la muka tuan bebelong kan :p



suka dengan muka sayang time nie
spontan aku tercandid gambar nie
tengah melayan umairah main dengan lampu



satay - 10 cucuk
satay dia sedap sangat
kuah pun sedap



chicken little untuk umairah
tapi kan kami lagi suka chicken little di Big Food
sebab lagi sedap dan umairah mmg makan banyak bila di sana



entah apa entah nama dia
aku panggil nasi goreng jea
senang nak pggl hahahahahha



sayang pun order nasi goreng
sedap gak
umairah dah paw telor goreng kat pinggan babah dia
umairah kan pantang nampak telor
mesti nak makan telor tu
kentut busuk...uwekkkk



memandangkan umairah tak makan sangat kentang dan sosej dia
aku order menu lain untuk si kecik tu
order soup
banyak jugak la umairah hirup soup nie
sedap la tu :D



uamiarh nie macam wan dia jugak
suka makan satay
kalau aku buang dulu lidi tu
memang la si kecik nie taknak makan pun
nak jugak gigit dari lidi tu
konon2 dah besar la tu
ialah tengok mak dan bapak dia makan dr lidi kan
takkan la dia plak kena kuarkan dulu isi ayam tu
itu tak adil heheheheheh
kadi walaupun kami bagi jea makan satay mcm tu
tetap la kami pantau umairah makan satay tu
alah takut tercucuk plak lidi satay tu ke mata kan
harus la ambil langkah berjaga-jaga


kami sampai di Sijangkang pukol 12 lebih
heheheheheh kami memang dah selalu sampai kg lambat
hari minggu plak
takder story sgt
biasa la bila di kg..borak..borak..makan..makan
pastu tidor :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 17 March 2010

Dinner Di Laman Kasih

kami dinner di Laman Kasih
bukan Halaman Asmara tau [nyanyian Ziana Zain hehehehhe]

nie 1st time singgah di sini
padahal selalu jea jalan di sini
sebab kalau blk umah mak kena ikut sini
itupun kalau ikut jalan Rahman Putra la
Restaurant nie baru jea buka
time bulan pose tahun lepas


sebenarnya ada sebab kami makan di sini malam tadi
nak tahu sebabnya kena tunggu next entry :D


umairah jadi model untuk restaurant Halaman Kasih nie
hehehhehehe




bila masuk jea untuk parking kereta
tengok suasana sekeliling memang cantik
banyak lampu2 yang tergantung
terasa macam masuk halaman rumah kita jea
cantik dan bersih



macam mana cantik tak



peace dari aku
tuan bebelong mesti ada kan "p



gambar kami 3 beranak mesti la wajib ada
kalau takder tak berseri bebelong aku nie hehehehhee



menu yang disediakan ala2 kopitiam
jadi tak banyak sangat la pilihan
jadi kami order
nasi lemak daging dendeng - aku
nasi lemak ayam sambal sotong - sayang
fish & fries - umairah
nasi tambah 1
lauk masak merah tambah lagi
hehehhehehe nie memang mentedarah nie
hahahhaha macam sebulan tak makan jea



sebelum balik sayang letakkan umairah atas buaian nie
3 4 kali buai
terus si kecik tu taknak turun dari buaian
hah amik cari ubat
melalak la si kecik nie bila kena angkat dari atas buaian tu
masuk dalam kereta asyik la melalak
pujuk2 pun tak makan saman pun
alih2 babah tak tahan dgr suara nyaring si kecik nie
terus berhentikan kereta di kedai runcit beli jajan untuk umairah
hahhhhh baru la aman dalam kereta
adoyai geram jea tengok si kecik nie


ok di restaurant nie memang best
sebab kalau anak2 korang nak berlari ker
nak berjalan ker
tak perlu risau sgt sbb memang dalam kawasan yang selamat
ada wakaf untuk lepak2
pastu ada burung yng boleh tiru cakap kita
umairah terkekek2 bila dgr burung tu bercakap
ada buaian untuk mak bapak duduk sekali
jadi bdk2 memang bebas la bila makan di sini
mungkin lain kali aku akan datang lagi di sini
makanan dia pun sedap


untuk sesiapa nak terjah restaurant Halam Kasih nie
nie aku letakkan sekali add :


Laman Kasih
Lot 3024, Jalan Melati,
Kg.Damai, Batu 18,
Kuang 48050
Selangor.
tel no : 017 - 6214 669

selamat menjamu selera :D





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 6 February 2010

Dinner Di Ibu TomYam Sg.Buloh

kejadian : rabu malam khamis


saper duduk / tinggal di area sg.buloh
2 @ 1 tahun yang lepas ada restaurant IBUTOMYAM yang bersebelahan
kem tentera sg,buloh ..dekat ngan pam minyak shell
tepi jalan jea restaurant nie dulu
tapi 2 @ 1 tahun yang lepas restaurant kena diruntuhkan oleh MBSA
mungkin sebab diruntuhkan dekat sangat ngan jalan besar
family aku memang suka makan di sini dulu
sebab lauk pauk yang di masak confirm sedap


jadi rabu lepas
mak call aku ajak makan sama di luar
mak malas nak masak la tu hehhehehehhehehe
jadi kami 3 beranak balik la ke sri kundang untuk amik mak dulu
tetiba adk aku sobri pun baru jea balik dari kerja
apa lagi terus join sekali la makan di luar


jadi nak makan di maner
kami takder idea
sobri cakap follow jea dia
nnti dia akan tunjukkan pot baru yang selalu dia lepak
ok la tu kami ikut jea la dia dari belakang


jadi bila sampai di restaurant nie
laaaaaaaaaaaaaaa kat sini ker IBU TOMYAM dah buka
ialah sejak kena roboh dulu
restaurant nie operasi semula di belakang The Store
pastu tutup ..terus tak tahu kat maner restaurant nie di buka semula
skang nie dah tahu la restaurant nie sudah di buka semula


ok restaurant IBU TOMYAM nie beroperasi semula
bersebelahan di pam minyak shell sg.buloh
dan bersebelahan kedai perabot
senang citer tapak kedai MBSA sediakan berhadapan sek.bandar baru
makanan di sini memang sedap
tetiba promote plak restaurant nie
ibu tomyam kena bagi royalti skit kat aku nie hehehehehhe



muka aku yang sememeh
ialah balik dari kerja terus jea pergi ke rumah mak
tak mandi tu huhuhuhuhu
letih beb
untuk mak kan..ikut ajer la



nasir yanga syik la dengan handphone
tak blh nak dipisahkan langsung



mak dan lini
lini nie memang muka photostat mak aku tau
suara pun sama
aku jea ikut muka ayah...



pija yang nak buat catwalk atas meja
umairah plak asyik la nak turun dari kerusi
asyik la nak mengejar si kecik nie keliling meja
semput nafas aku



pija dah wat catwalk
nasib tak buat lenggang kangkung jea atas meja tu hehehehheeh
aku rasa meja kami yang paling riuh
riuh sebab mak2 kat meja tu asyik la terjerit pada anak masing-masing :p



bila babah pegang umairah
mula la lembik-lembik kan badan tu
taknak kena pegang langsung
aku nak jea cubit si kecik nie
tapi cuma dapat cegilkan biji mata aku jea kat si kecik nie
tapi hampeh jea bukannya takut pun si kecik nie kat aku



tom yam campur



ikan kerapu 3 rasa

ada jea menu lain tapi aku pun malas nak amik gambar
sebab dalam aku amik gambar ikan nie
dah tinggal sekerat jea
tak blh jadi terus off camera
terus pegang sudu .. garfu ..
kalau terus on camera mau tinggal tulang jea untuk aku
oh..Tidakkkkkkkkkkkkkk
baik isi dulu perut hehehehhhee



sayang jadi tukang isi kan tom yam dalam mangkuk kecik
aku nak buat..emmmm baik layan si kecik tu
sekali sekala apa la salahnya suami plak layan isteri kan
bukan selalu pun
yea tak :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi