Showing posts with label ...kesihatan.... Show all posts
Showing posts with label ...kesihatan.... Show all posts

Thursday, 6 October 2011

Bermulanya Untuk Diet

konon-kononnya nak bermula diet hari nie
tapi sarapan pagi sudah makan nasi lemak
cuma time lunch control semula
cuma ambil nasi separuh
ambil ulam dan ambil ikan pari bakar

ikan pari bakar
cicah dengan air asam



nasi separuh dan letak kuah sup dan ambil ulam

makan nie pun tak habis


minum petang ambil kuih tart telur
malam tak makan
cuma minum susu jea
dan roti bakar
ingat nak diet taknak ambil nasi
kira ok tak diet macam nie
tak tahu la sampai bila boleh bertahan

korang kalau diet,
macam mana cara korang akan berdiet sambil
menjaga kesihatan


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 26 September 2011

MC - Demam dan Batuk

sebenarnya aku dah demam dari malam tadi
mungkin sebab kepenatan dari petang sabtu
melarat sampai ke hari ahad - tu yang tetiba dapat demam
kepenatan disebabkan perjalanan
sayang pun MC jugak sebab tonsil sayang teruk
sampai suara takder - kalah suara serak Awie hehehehhe
batuk aku plak makin teruk
selsema nak dekat sebulan kena - makan ubat tapi tak baik-baik jugak
jadi aku dapat package penyakit - demam..selsema..batuk...
pergi klinik Mutira untuk dapatkan ubat dan yang paling penting untuk dapatkan MC
dari doctor


sayang ada, boleh la bawak aku pergi ke klinik
sayang pun jumpa doctor jugak
siap kena sedut gas sebab paru-paru dia teruk bunyinya semasa batuk


umar yang tak duduk diam ketika di dukung oleh babahnya
sibuk tengok kakaknya
asyik nak lepaskan diri supaya dapat turun
nak turun kena cepat-cepat berjalan yea umar
dah berjalan baru ibu bagi turun


umairah sibuk main basikal
sampai skang nie umairah tak pandai lagi nak berkayuh dengan betul
umairah kayuh basikal separuh-separuh dia mengayuh basikal
dah ajar banyak kali tetap umairah akan mengayuh stail dia



banyaknya ubat yang aku kena makan
ubat batuk..antibiotik..ubat demam...ubat selsema untuk siang dan malam
kena charge RM86.00 nanti claim pada company
harap-harap batuk aku akan baik selepas makan ubat yang banyak nie..
dapat MC untuk hari nie dan esok sebenarnya
tapi aku akan kerja jugak esok
cuti lama-lama nanti bertimbun kerja nak diselesaikan


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 25 August 2011

Saya MC

semalam aku MC - 24.08.2011


pinggang memang sakit tak ingat


letak minyak panas pun still rasa sakit jugak


tak tahan sangat jumpa doc


doc check rupanya otot pinggang aku tegang


jadi dapat ubat tahan sakit dan ubat voren plus gel


sapu ubat nie rasa lega skit


rasa sejuk jea





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 19 August 2010

Sembelit vs Ruam Satu Badan

dugaan ibu mengandung
aku rasa preggy utk 2nd time nie
macam-macam yang terjadi pada diri aku
yang sudah lepas dan berjaya aku harungi
tak payah la aku catatkan di sini
perkara sudah lepas pun


hari nie sudah 4 hari aku MC
dan esok pasti aku menjalani hari biasa di rumah saja bukan di opis
kenapa sebab
selepas aku demam hari isnin yang lalu
badan aku penuh dengan binyik-bintik merah
masyaAllah
dalam kepala otak that time
ingat denggi sahaja
bila jumpa doc
dan doc mengesahkan ianya bukan denggi - Alhamdulillah
dan khabar yang lain aku terima


aku kena chicken pox
tapi tak la teruk sebagaimana umairah ken a2 minggu yang lalu
aku punya jenis yang ruam yang tak timbul
tapi gatal dan miangnya tetap ada
gatal menggaru
kandungan Alhamdulillah
aktif bergerak


di harap aku cepat sembuh dan kembali bekerja seperti biasa
dan yang pasti isinin minggu depan aku kena datang jugak
disebabkan kena train staff dari Filippina yang akan datang ke department kami nanti
nak taknak kena datang jugak
sebab aku kena train salah seorang staff dari sana


dari hari ahad yang lepas sehingga la ke hari nie
aku tak membuang lagi
rasa nak membuang tapi bila sudah duduk dalam toilet
dah dekat 1 jam tapi tak jugak dapat membuang
dah rasa nak buang tapi taknak keluar
berpeluh-peluh dalam toilet
sampai kaki aku kejang la
malam tadi aku meraung dalam toilet
sebab masih lagi tidak berjaya membuang
pagi tadi sayang cakap nak 1/2 day
nak bawak aku pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan
tapi sampai jam menunjukkan pukol 4pm sayang masih lagi belum sampai di rumah
risau
tapi aku lagi risau sebab tak dapat membuang
ialah kalau lihat pada kadar pemakanan aku amakn dari ahad lepas
sehingga sahur tadi memang banyak la aku makan
tapi kadar pembuangan ZERO
risau pada usus aku jea skang nie
perut memang dah memulas-mulas tapi tetap degil taknak keluar
arghhhhhhhhhhhhhh geram sungguh
gila sakit aku hadapi skang nie


muka monyok umairah ketika kena demam campak
memang kesian
semuanya taknak
bagi minum air kelapa pun seteguk jea dia minum
tahu-tahu saja air kelapa tu ubat
try bagi time tak sakit laju kea minum air kelapa tu
kekadang tu berebut-rebut minum dengan si bam bam nie


mula tumbuh di kaki dahulu
terus naik ke atas badan
demam campak cacar
tapi si bam bam nie degil
abis di garunya dengan kuku dia
kalau ada yang kering abis di kopeknya
emmm bertanda satu badan yang mana si kecik nie dapat kopek
geram tengok


sapu ubat cream putih nie
pasti umairah akan mengamuk
dia memang tak suka aku letakkan ubat nie
tak tahu kenapa
nak pakaikan bila umairah tengah tido
kerja mudah sebab time tidor umairah memang suka tidor pakai pampers sahaja
jadi senang nak lumurkan ubat kat badan dia




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi