Showing posts with label asam pedas. Show all posts
Showing posts with label asam pedas. Show all posts

Monday, 7 September 2015

Resepi Asam Pedas Daging Melaka

cerita hujung minggu
last week bermalam di rumah mak mertua
bila ke sana..mesti akan pkir
apalah hari nie aku nak masak
wajib akan pergi ke pasar tani taman perwira
bila dah ke sana barulah ada ieda nak masak apa
sebab bahan ada depan mata
senang nak mix-mix kan apa yang ada..

ena siap call mak lagi tanya resepi asam pedas nie
ialah mak ena kan orang melaka
asam pedas terkenal mestilah dari melaka kan...
jadi buat jea lah

ada sesapa nak try
boleh la try yea resepi mak ena nie
pasti sedap punya =)




Bahan-Bahan:

1/2 kg daging lembu - di potong dadu
sekepal asam jawa - ambil airnya 2 mangkuk (boleh guna yang adabi punya)

Bahan untuk menumis - dihiris

3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 camca halba
1/2 cawan minyak masak
5 helai daun limau purut (kalau daun kecik boleh guna sehingga 10 helai)
2 batang serai - dititik
garam secukup rasa
1 inci lengkuas - dititik


Bahan untuk di blend

20 tangkai lada kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 camca besar jintan manis
1/2 camca besar jintan hitam
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan (di bakar dahulu kalau nak lagi sedap)


Cara Memasak:

1.Bersihkan daging dan toskan.
2.Panaskan minyak, masukkan halba, biarkan beberapa saat, kemudian tumis bahan untuk di tumis. 3.Kacau hingga wangi.
4.Masukkan bahan di blend tadi, masak hingga garing. Masukkan daging. Masak sehingga daging empuk. Jika perlu, tambah sedikit air. Tutup periuk.
5.Setelah daging empuk, masukkan air asam jawa dan garam . Biarkan hingga kuah mendidih.


asam pedas daging yang telah siap di masak
siap untuk di makan

kalau orang melaka makan
mesti ada sambal belacan dan telor masin
nie mak mertua depan pun tak nampak 
hahahahhahaha

mr.hubby makan bertambah 2x
sedap punya pasal..
siap pesan lagi
nanti masak lagi yea
memang sedap =)


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 5 June 2013

Asam Pedas Melaka yang Sedap

Asam Pedas dengan Melaka memang tak dapat dipisahkan
setiap kali balik ke Melaka
tempat kami sekeluarga makan asam pedas ialah di hentian Ayer Keroh
memang terbaik dan sedap
memang puas hati

ada pelbagai jenis asam pedas
ikut selera tekak sendiri
ada asam pedas kari, daging, ikan kembung dan daging tetel
tapi kami semua lebih suka makan asam pedas ikan pari
memang sedap

di sini di panggil set
akan dapat sepinggan nasi
dan semangkuk kuah asam pedas
1 set - RM8.00

--hentian ayer keroh--
memang sedap asam pedasnya
puas hati 

--sementara tunggu makanan kami sampai--
kami makan dahulu otak-otak
makan sampai ambil 2 bekas
1 bekas ada 10 batang otak-otak
makan panas-panas memang sedap

nak-nak perut memang tengah lapar
apa ada depan mata memang semuanya ngap masuk mulut

--apis dan nasir--
makan jangan tak makan

--nie group mak--
meja sebelah kami emmang tak makan nasi
cuma makan mee jea

meja group aku
semuanya makan nasi berlauk asam pedas
memang tengah lapar gila kan

--aku dan umairah--
umairah makan skit jea sebab dan tumpang makan dengan wannya

--umairah dan babah--
umairah senyum terpaksa hehehehehe

--lini dan pija--
pija sibuk makan
mak dia sibuk nak bergambar ahaksss

--aku dan lini--
gambar blurrr la
ialah belum makan kan jadi tangan ada skit menggigil eheh

--finally sampai jugak asam pedas ikan pari--
ada sebelah telor masin dan dalam kuah ada sayur bende
sedapnya
aku makan emmang habis sepinggan

yang lelaki makan memang bertambah
siap order nasi tambah lah
jadi budak lelaki memang makan 2 pinggan
dasyat betul lah

korang suka asam pedas tak..
aku memang hantu asam pedas
di rumah seminggu sekali mesti akan masak asam pedas
suka gila eheh



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi