tempat murah untuk beli makanan laut di selangor
sudah semestinya area kuala selangor dan tanjung karang
sejak 2 bulan yang lepas family aku membeli makanan laut di Bagan Pasir, Tanjung Karang
memang segar omputih cakap fresh :)
pastu harga sangat la murah
sebab kita membeli terus nelayan
jadi harga memang ikut kepala dorang jea la
untuk datang ke sini senang jea
kalau korang dari KL
ikut jea hiway Latar
lepas kuala selangor menuju ke Tanjung Karang
sampai jumpa stesyen BHP batu 7
sebelah kanan bank rakyat
sebelum selekoh masuk ke kiri
terus jea sampai jumpa perkampungan nelayan atas air
pandang kiri nampak signboard restaurant - tak ingat laks nama restaurant nie
ikut jea jalan situ dan terus parking kereta
ada vbeberapa gerai yang menjual makanan laut
di sini korang kena pandai memilih dan tawar menawar
tapi ikut mak aku yang memang dah biasa pergi ke sini
mak tunjukkan tempat yang lagi murah
ikut jalan kecik sehingga hujung
hujung sekali lah nelayan jual sea foods dengan harga yang amat murah
memang rambang mata di buatnya
--kalau pilih untuk membeli terus dari nelayan--
korang kena tunggu sehingga boat sampai
sebab nelayan tak simpan tangkapan dorang
terus jea jual kepada sesiapa yang datang
jadi masa yang sesuai untuk datang membeli ialah
1pm
3pm
5pm
waktu nie memang waktu nelayan balik dari laut
--view di sini emmang cantik--
udara terasa masinnya
--umairah dengan selendang ibunya--
emmm nak bergaya macam ibunya
--sobri yang drive datang sini--
umar masih mamai lagi baru bangun dari tidor
mood sangat ke laut
--aku dan mak tersayang--
mak aku memang sangat rendah hehehehehe
paras bahu aku jea :p
--masa kami sampai orang memang tengah ramai menunggu--
masa kami sampai di sini pukul 3pm
nak nak hari sabtu ~ hari bercuti
jadi memang ramai yang datang untuk membeli lauk
--m.cik-m.cik nie memang teror siang ikan--
sekejap jea dah penuh bakul
memang pantas dan laju jea
--ikan-ikan yang siap di siang--
dikeringkan untuk dijadikan ikan masin
susun elok-elok atas jaring
--ikan masin dari pelbagai jenis ikan--
beli jangan tak beli
--style di sini bila bot sampai--
nelayan keluarkan tangkapan dan timbang dahulu berat
pastu baru boleh pilih
tapi sebab orang ramai jangan harap la nak pilih
ambil plastik terus jea la kaut apa yang ada depan mata
tak payah nak pilih-pilih
sebab sah-sah memang fresh
--di sini mak sempat la memborong udang dan ikan--
ketam tak sempat nak ambil sebab cepat jea orang lain mengambilnya
di sini kepantasan amat diperlukan hahahahahaha
beli udang besar di sini
sekilo baru RM18.00
perghhh memang murah sangat-sangat la
ikan cencaru sekilo baru RM5.00
kat luar mana la nak dapat harga macam nie
pastu siap dapat xtra lagi kalau beli banyak
di sini kami habis RM100.00 untuk membeli ikan dan udang
--lorong-lorong kecil yang perlu dilalui untuk pergi ke setiap gerai--
bawah ada air laut bila air pasang
--kami masuk ke kedai yang ke dua--
tapi kedai nie sudah orang tengah
harga mahal skit dari kedai pemborong yang pertama
tapi still murah kalau nak dibandingkan dengan harga di luar
kedai no.2 nie kami lebih memborong
sebab semuanya ada depan matakan
--macam-macam ada--
rambang mata nak pilih lauk segar
harga di sini memang sudah tetap
tiada tawar menawar yea
ikan merah ~ RM25.00
ikan siakap ~ RM17.00
ketam ~ RM20.00
sotong ~ RM20.00
udang ~ RM35.00
tenggiri ~ RM22.00
ikan pari ~ RM12.00
bawal emas ~ RM23.00
siakap bintik ~ RM28.00
semua harga di atas untuk sekilo
perghhh memang aku membeli semua ikan yang aku sebutkan di atas
siap suruh siangkan sekali
balik rumah hanya bersihkan dan simpan jea dalam fridge
family aku memang beli makanan laut untuk stock sebulan
senang tak payan lagi nak pergi ke pasar untuk membeli lauk
semuanya sudah sedia dalam fridge
lagi laks minggu depan sudah bulan ramadhan
mudah semuanya sudah tersedia
--umairah dan umar sibuk memilih ketam--
tengok ibu dan wannya sibuk membeli
budak berdua nie pun sibuk nak membeli jugak
jangan tak tahu memang aku bagi budak berdua nie pilih apa yang dorang nak makan
emmmm macam biasalah
ketam memang tak lepaskan peluang
makanan kesukaan dorang tu
buat sup perghhhh sedapnya
lagi-lagi fresh dan berat isinya
--hasil borongan kami pada sabtu yang lepas ialah RM320.00--
emmmmm stock untuk sebulan :)
sangat-sangat puas hati dengan kesegaran dan harga yang diletakkan
jadi tak kesahlah datang jauh sedikit untuk datang membeli
sebab kepuasan di hati yang penting
--cuma di sini bila lihat di bawah rumah memang kotor gila--
takder kebersihan langsung
masa air pasang kita tak nampak kekotoran nie
bila air surut eeeeee memang geli nak tengok
kotor sesangat
jadi kalau korang berminat untuk beli makanan laut yang segar
datang sahaja ke Bagan Pasir, Tanjung Karang
pasti korang sendiri akan terasa teruja
segar..murah dan yang penting dapat jalan-jalan hahahahahaha






