Showing posts with label bandar hilir melaka. Show all posts
Showing posts with label bandar hilir melaka. Show all posts

Wednesday, 5 June 2013

Berjalan-jalan di Bandar Melaka ~ Part 4

lepas semua berkumpul semula di hadapan Muzium Samudera
dan kebetulan di hadapan kami ialah Medan Samudera
nie ialah 1st time kami masuk ke Medan Samudera

di sini memang best
macam-macam ada atau aku boleh gelarkan sebagai pusat ole-ole dari Melaka
ada kraftangan, key chain, fried magnet, cencalok, makanan ringan, belacan
dan macam-macam la ada di sini
boleh rambang mata sampai tak tahu nak beli apa
tapi yang pasti aku memang memborong fried magnet dan key chain eheh

--Medan Samudera--
seronok dapat masuk di sini
macam-macam ada

--nasir bergaya dengan topi koboi--

--umairah membeli payung nyonya--
cantik jea
dalam kereta sibuk jea nak membuka

--umar dengan kompangnya--
dari rumah kenduri sibuk nak kompang
jadi berkesempatan dapat datang ke Medan Samudera
terus mencari kompang
harga kompang nie RM30.00
nasib baik la murah skit
suka umar dapat apa yang dia mahukan
dalam kereta asyik la menepuk kompang
bingit telinga di buatnya

--penat berjalan di dalam Medan Samudera--
lepak sekejap di tangga
sambil melihat hasil membeli
hahahahahha takder beli apa pun
cuma jalan melihat-lihat jea

jadi aku sarankan siapa-siapa yang datang ke Melaka
wajib singgah ke Medan Samudera untuk membeli ole-ole dari Melaka
macam-macam ada di sini

korang datang Melaka
suka beli apa erk
aku cencalok mesti beli punya
terbaikkkkkkkk



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Berjalan-jalan di Bandar Melaka - Part 3

lepas jejak kasih di hadapan toilet 
terus umairah request nak naik beca
sebenarnya dari kami sampai lagi umairah sudah meroyan nak naik beca
cuma kami jea cakap nantilah nantilah
bila malam sudah menjelma lagi la umairah tak sabar-sabar nak naik

jadi wan dia tunaikan permintaan umairah untuk naik beca
Melaka memang terkenal dengan Beca berhias dan Bermuzik
macam-macam hiasan boleh kita lihat pada beca
suka tengok hiasan Hello Kitty..comey jea
tapi kebanyakkan yang aku nampak menggunakan hiasan macam rama-rama dan layang-layang
memang cantik
tapi kesiaan aku nak bagi mr.hubby naik hahahahahha
pasti tak terlarat p.cik tu nak mengayuh beca dia nanti eheh

untuk naik beca nie bayaran dikenakan sebanyak RM20.00
perjalanan adalah sekitar kawasan terdekat
perjalanan mungkin mengambil masa 15minit ke 20minit
ok la tu berbaloi-baloikan

jadi yang naik beca malam tu ialah mak,lini, umairah, umar dan pija
kami yang lain hanya berjalan kaki di sekitar kapal samudera
--umairah dan pija--
yang pertama kali dapat menaiki beca
sangat la suka

--yeay kami berjaya menaiki beca--
kesian laks tengok p.cik tu mengayuh
tapi tu la rezeki p.cik tu untuk menyara keluargakan

p.cik tu beritahu pada cuti sekolah memang akan dapat duit lebih skit
tapi penat skit untuk dapat duit lebih
skang nie ramai sudah anak muda mengayuh beca
untuk dapat duit lebih ketika cuti sekolah

--bye bye korang--
beca hiasan dari belakang
memang cantik dan menarikkan

sementara yang lain naik Beca Berhias
aku, mr.hubby, apis dan nasir berjalan-jalan disekeliling
dapat la aku dan mr.hubby dating sekejap tanpa anak di sisi hahahahahha
macam bercinta laks sambil jalan berpimpin tangan ahakssss
takper halal sudah :p

kami jeguk-jeguk sekejap di Muzium Samudera
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggerisdan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.

Bayaran Masuk 
Dewasa : RM3.00
Kanak-kanak : RM1.00

Info mengenai kapal nie
boleh klik di sini

--kapal Flor de La Mar --
cantik dan besar
tak berkesempatan nak naik
sebab sudah tutup masa kami nak masuk tu huhuhuhu

--mr.hubby..nasir dan apis dihapan kapal--
tak dapat masuk bergambar jea la di hadapan kapal

Menara Taming Sari
memang tak naik la
sebab barisan memang panjang ~ cuti sekolah kan

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak diBandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.
Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.

Info mengenai Taming Sari
boleh klik di sini

--Taming Sari ketika waktu malam--
emmmm bila jugak la dapat naik nie
selalu datang mesti beratur panjang gila huhuhuhuhu

kalau pergi ke Bandar Melaka
tak cuba naik beca, masuk muzium samudera dan taming sari
rasa macam tak lengkap jea kunjungan ke Melaka kan...

korang dah naik ker...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Berjalan-jalan di Bandar Melaka ~ Part 2

belum habis cerita berjalan-jalan di Bandar Melaka lagi
sila jangan muntah yea hahahahaha

ok selepas kami terpisah sekejap dengan mak
sebab mak nak cari toilet dan umairah pun ikut jugak wannya
kami yang lain lepak dahulu tepi sungai
kebetulan hari tersebut ada mengadakan perlawanan sukan air
iaitu kanu 
tapi kami sudah sampai petang cuma nampak kanu tersadai tepi sungai ajer lah

sementara tunggu mak
kami nie semua gedik-gedik santai la bernap-snap tepi sungai
bila lampu sudah terpasang suasana tepi sungai memang cantik
dan keadaan sekeliling memang bersih dan terjaga

Melaka River Cruise
di tepi sungai nie korang boleh naik boat untuk menyusuri sungai melaka
harga untuk naik bot iala
Dewasa : RM10.00
Kanaka-kanak : EM5.00
masa untuk naik bot ialah 45minit sejauh 9km
memang berbaloi la kan untuk naik

tapi kami tak naik pun
sebab dah nak magrib kan
macam tak sesuai jea nak naik pada waktu macam tu
lain kali la kami naik bila masa yang sesuai

jom layan gambar kami di tepi sungai Bandar Melaka
--umar yang sangat xcited tengok bot yang lalu lalang--

--tengokla nak snap gambar still tengok jugak bot yang lalu--
cantik kan gambar panorama bila waktu malam
pelbagai jenis lampu terpasang

--pija dan umar--
nasib baik umar tak request nak naik bot
lega hati aku eheh

--pija--
peace yo

--umar dan pak chunya Nasir--
nasib baik lah adik pak su dia ada
nasir la yang melayan karenah si bam bam nie
siap dukung lagi di bahu
aku memang tak larat la nak mendukung si bam bam nie
boleh patah pinggang aku nak dukung si bam bam nie

--kami empat beradik--
tinggal nasir jea yang belum kahwin
ada siapa-siapa yang berkenan
eheh

--aku dan lini-

sempat la tengok outdoor photoshot untuk chinese couple
cantik jea
cuma aku jea yang malu nak snap gambar dorang
nanti tak pasal-pasal jea kena sound
tapi sobri cakap bukan orang cina tapi orang korea
hah yea ker...

1/2 jam jugak kami menunggu mak pergi toilet
bila tak muncul-muncul jugak
terus kami gerak untuk mencari mak dan umairah
dari hujung sungai hingga ke penghabisan sungai kami mencari
last-last depan toilet jugak kami semua berjumpa 
time nie macam jejak kasih laks
hahahahaha

korang sudah pernah naik Melaka River Cruise
nak lebih info boleh klik di sini




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 4 June 2013

Berjalan-jalan di Bandar Melaka ~ Part 1

lepas kenduri kahwin adik sepupu
pukul 4 lebih kami gerak ke bandar Melaka
saja nak halan-jalan cuci mata
sudah lama tak jalan-jalan di bandar melaka
lagi xcited nak ke sana sebab nak bawak adik ipar jalan-jalan ke sana
semua ada cuma Ayah jea takder sebab ayah memang tak iku kami balik ke Melaka
kalau ada confirm cukup korum family pak cik Heeney

perjalana dari kuala sg.baru ke bandar melaka
ambil masa 1 jam lebih jugak
memang jem la sebab cuti sekolah kan
ramai yang menuju ke sana
kalau ikutkan memang dah banyak kali kami sudah ke sana
tapi sudah banyak kali sudah ke sini
hati tetap nak jugak datang ke sini eheh

biasalah kalau ke Bandar Melaka nie
pasti tempat yang menarik sudah semestinya ialah bangunan merah
dan kincir angin
betul tak

jom layan gambar-gambar kami di Bandar Melaka
penat gila kaki berjalan
tapi enjoy "D

--kami di tangga muzieum--

--gaya bebas dari anak m.cik Melah--

--ramai orang pasang niat dan baling syiling ke dalam kolam nie--
kita sebagai orang Islam takder la buat macam tu kan
bergambar jea la

--penemuan baru--
tapak bersejarah

tengah kami berjalan-jalan tu
ada 3 orang mamat usha kami dengan ular
aku dan mak dah lari jauh
geli tengok

tiba-tiba nasir slumber jea pegang-pegang
mamat tu beritahu la kalau nak pegang sambil bergambar
kena charge RM5.00
nasir terus jea ok
hishhhh budak nie

--nasir dengan ketiga-tiga jenis ular--
aku memang tak berani nak pegang la

--antara ketiga-tiga ular--
ular nie yang paling besar
gila adik aku nie siap cium lagi ular tu
uwekkkk

--sambil menunggu mak aku ke toilet--
kami 4 beradik berposing tepi sungai bandar hilir
rasanya dah lama kami tak bergambar 4 beradik nie
sweet jea
tinggal Nasir jea yang belum berkahwin

--kami bertiga sahaja--
umairah ikut wan dia ke toilet
di hadapan kincir air

--lini and the family--
comeykan gambar nie

--nasir pun nak jugak--

seronok bila berjalan dengan adik beradik nie kan





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi