Showing posts with label berkelah. Show all posts
Showing posts with label berkelah. Show all posts

Wednesday, 26 August 2015

Picnic di Tepi Tasik Shah Alam

cerita ahad lepas...
memandangkan hari sabtunya mr.hubby kerja shift malam
pagi ahad baru sampai rumah
nak keluar pergi memana pun dah rasa malas
ialah faham mr.huuby yang penat dan perlukan cukup rehat

anak-anak laks sibuk ajak berjalan
faham jea budak skang nie kan
hari cuti jea mesti taknak duduk di rumah
mesti nak ajak keluar
alahai anak-anak
hujung-hujung bulan belum gaji nie
kita lepak di rumah jea la yea

umairah dan umar angguk macam faham
tapi dalam hati rasa kesian jugak
alahaiiiiii

dalam pukul 3 lebih mr.hubby dah bangun dari tidor
nak solat zohor
terus buka mulut tanya mr.hubby
petang nanti kita lepak mana-mana padang nak
bagi anak-anak happy skit..lepas bebas
memula nak pergi ke padang setia city mall
sebab situ macam meriah skit kan...

sebab nak berpicnic
terus jea lah ena siap-siap di dapur
buat menu simple untuk kami makan
menu simple tu just sandwish tuna dan lempeng cicah dengan sambal ikan bilis
bawak air teh dan kerepek pisang skit hehehehhe

mr.hubby laks sibuk buat sabun untuk main giant burble
buat sendiri jea air sabunnya
kata nak jimatkan ;p

kami keluar dari rumah lepas solat asar
lebih kurang pukul 5pm
rasa macam akan sampai lewat laks kalau pergi ke setia city mall
jadi kami terus ke tasik shah alam
dekat skit
berpusing-pusing jugak kami nak cari parking
ramai jugak orang beriadah di sini...

kami lepak betul-betul depan tasik
layan anak-anak main burble
penat bermain
kami isi perut dengan bekal yang ena dan mr.hubby masak

menu ringkas yang kami bawak untuk kami makan di tepi tasik
masak bersama dengan mr.hubby
nak kejar masa punya pasal
kena lah team work bersama 
yeaaa dakkkk
kalau tak memang lambat lah kami keluar dari rumah

sabun burble yang mr.hubby buat sendiri
jimat tak perlu nak beli hehehhehe
kata jalan-jalan jimat di hujung bulan
hahahahahha
semuanya kena berjimat lah jugak


1st cuba
mestilah babah dulu
nak test berjaya ataupun tidak
wahhhhh suka mr.hubby bila percubaan pertama buat sabun burble berjaya


ajar umar macam mana nak buat
yang tangkai untuk burble pun DIY sendiri
hanger baju dan tali kasut
patahkan hanger baju gunakan yang lurus punya
tali kasut ikat pada batang hanger
dah boleh digunakan


DIY batang burble dan DIY sabun burble
oklah buat
super duper jimat sudah

hah berjaya keluarkan burble dari tali kasut yang kami buat
wahhhhhh teruja gitu

adik beradik
tenang tengok gambar nie
leka tengok ikan yang timbul untuk makan
orang lain bagi ikan makan guna roti
tapi anak-anak kami bagi ikan makan lempeng
hehehehe sebab tu jea yang kami bawak


ena dan mr.hubby
selera makan di tepi tasik =)


umairah dan umar pun banyak makan
duduk tepi tasik
bertambah-tambah jugak makannya
suka tengok


sebelum balik
kami habiskan dahulu buih sabun yang tinggal sedikit
sayang laks nak terus buang
membazir tak baikkan...

ada yang nak tahu cara buat buh sabun
nanti ena up kat 1 entry jea yea
mudah nanti nak rujuk semula =)







Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 23 October 2014

Mandi Manda di Hot Spring Sungkai Perak

sempena cuti deepavali
kami plan datang ke sini Hot Spring Sungkai Perak
perjalanan dari sg.buloh ke sini mengambil kira-kira 2 jam jugaklah
kalau bawak kereta macam F1 1 jam dah sampai kot hehehehee

ala korang lepas keluar dari tol
jangan risau memang dah nampak signboard hot spring nie
don't worry tak sesat punyalah

pastu ikut jea direction
akan jumpa pokok kelapa sawit
jangan risau teruskan jea perjalanan tu
pastu nanti akan jumpa kawasan kampung felda
memang best jea lalu
tengok rumah-rumah kampung
hah kalau korang nak menginap di sini
banyak jea homestay disini
korang google jea memang banyak

kami datang hari jea
kalau boleh datang awal skit
sebab lagi petang lagi ramai orang

di hot spring nie tak boleh bawak makanan tau
memang sebelum masuk beg akan di chek dengan teliti
jadi better makan dulu sebelum masuk
kalau nak berkelah boleh jea
berkelah di tepi kereta korang parking
berkelah tepi kelapa sawit =)
ramai jea yang buat macam nie....

harga tiket :
Dewasa RM12.00
Warga Emas RM7.00
Kanak-kanak RM10.00
OKU RM5.00

Waktu Operasi :
Isnin - Khamis 
8pagi sehingga 6petang

Jumaat/sabtu-ahad/cuti umum/cuti sekolah
8pagi - 8malam

bayar tiket
dapat gelang tangan
kemudian baru boleh masuk
boleh masuk naik train atau jalan kaki
senaman skitlah kan
tapi kami masuk naik train jea
hehehehee malas nak berjalan ;p

dalamnya ada 3 tempat yang boleh kami berendam
kolam biasa yang kanak-kanak suka mandi
kolam yang boleh rendam kaki - nie memang panas
kolam sederhana panas - boleh berendam macam sauna tu rasanya

paling best boleh masak telor
memang panas gila airnya
jadi kena berhati-hatilah
awasi anak-anak bila datang area air panas nie..bahaya tau

kemudahan yang lain ok jea
ada kedai makan
ada surau
tempat persalinan baju memang bersih
jadi memang oklah datang ke sini
tapi elok bawak tikar sendiri dan khemah sendiri
senang nak baring-baring atau nak tukar baju ker
anak kecik nak tidor pun rasa selesa jea
apa-apa pun memang rasa lega pada badan lepas berendam dalam air panas nie


--pintu masuk aluan dari hot spring--


--umairah dari kereta dan tukar baju mandi--
hehehehe sampai jea boleh terus terjun dalam kolam heheheee
umar rasa takut nak naik train nie
puas lah memujuk untuk naik
tak sanggup ibu nak jalan kaki dik oiiii

--kami cari port bawah pokok--
umar dan umairah memang terus terjun
tak sempat langsung nak duduk-duduk lagi

--nie kolam untuk budak-budak--
sebelah hujung dalam skit airnya
orang dewasa boleh mandi area nie
pancuran air nie memang kuat
talakan pada belakang badan kita memang syorkkkkk
rasa macam kena urut

--tengoklah--
tak sempat nak pakai pelampung pun
dan terjun
umairah dah menghilankan diri

--kami berendam dalam kolan air panas--
memang best
rasa macam dalam sauna laks

--berendam berdua--
romantik gitu
takder maknanya
bila sebelah kami ada umairah dan umar heheheee

--kolam air panas yang ke dua--
panas dia suam-suam kuku kalau bahagian tepilah
tengah skit memang panas
ada anak kecik kena awasi yea

--pondok menjual telor--
1 bekas polistrine harganya rm5.00
kami terus beli sepapan baru rm20.00
memamg mahal

--sepapan terus kami membeli--
hah makanlah sampai muak

--masukkan telor ke dalam jaring--
ialah banyakkan

--kena ikut turn nak masak telor--
sila berhati-hati di area nie
airnya memang panas tau
tak ingat baper suhunya

--menggelegak airnya--
nak 1/2 masak cuma perlu rendam 2minute jea
jangan lama-lama nanti terus jadi telor rebus

--sambil menunggu sambil berposing--
dengan mak

kami gerak balik dalam pukul 3lebih gitu
tak lama sangat pun
sebab tengok cuaca macam dah mendung
kemas-kemas semua
terus bergerak balik
time kami nak balik pun still ramai jea lagi yang datang

--bye bye hot spring--
nanti kami datang lagi
in syaa Allah

--masuk sekejap ke dalam kedai cenderamata--
mestilah kan
kena beli key chain dan fridge magnet
untuk kenangan

--one happy family--
cantik pemandangan belakang kami kan
sambil menunggu train datang
snap-snap sekejap hehehehee

--hah nielah rupa trainnya--
sebab tulah umar takut sebab bunyi dia bising skit
ialah bunyi traktor kan

--mak dan dayah--

--kami last train--
yang lain lepas dulu heheehee
umar ikut wan dia
tinggal kami bertiga jea

--sebelum balik kita selfiea dulu--
mr.hubby pergi ambil kereta
kami lepak sekejap di pondok pengawal
perut sudah lapar...

jom kita pekena nasi bambo sungai klah dan cendol laks
jom kita serang.....

ok tips dari ena pada yang nak datang ke sini :
  • sila datang awal pagi sebab senang nak parking kereta dan tak beratur lama sangat waktu membeli tiket dan nak masuk
  • kalau bawak makanan sila makan di luar dulu sebab memang peraturan ketat sangat..makanan dr luar tak dibenarkan bawak masuk..tak payah lah nak sorok sangat dalam beg sebab penjaga dibahagian pintu masuk emmang cek betul-betul beg korang
  • awasi anak kecik korang betul-betul ialah kolam air panas kan...bahaya tu
  • awasi anak kecik korang sebab bila musim cuti sekolah memang ramai orang mmg akan ada orang kehilangan anak kecik
  • hati-hati yea dan selamat bercuti =)




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 15 October 2014

Riadah Berbasikal di FRIM Selayang

lepas berehat dan hilangka rasa penat selepas
naik canopy walkway..
kami tunaikan hajat anak-anak nak naik basikal 

kami pergi ke tempat sewa basikal
sewa permulaan bayaran dia adalah rm6.00
selepas 1 jam dikenakan bayaran rm2.00
kami tak naik basikal
just kawal anak-anak dari tepi
next time datang nak bawak basikal sendiri jea hehehee
umairah kami ambil basikal beroda tepi
umairah memang dah teror berbasikal tanpa roda
tapi demi keselamatan kami sewa basikal yang ada roda

jom layan umairah dan umar naik basikal
terkejar-kejar jugak kami ikut budak berdua nie
peluh satu badan jugak dibuatnya









1 jam jugak kami lepas bebas
bagi umairah dan umar berbasikal
bagi sampai puas hati....
kawasan untuk berbasikal memang ok
ada laluan untuk penunggang basikal
jadi rasa safety skit

--ada kolam tepi anak-anak berbasikal--
besar gila ikan nie
tak tahu apa nama ikan nie
kalau buat masak nie..rasanya 3o orang cukup rasanya hehehehee

--with my kids--
super duper aktive

--puas bermain--
kami geng GSC bawak potluck
jadi memang banyak sangat menu yang ada di depan mata
memang best

--kami geng GSC--
semuanya sporting

next nak pergi bukit broga laks
mesti lagi best kan...

di FRIM nie aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga memang happening
macam-macam boleh buat
nak mandi sungai pun boleh
nak berkelah
nak berbasikal
nak mendaki
nak jogging
sebab redup jea..
pokok-pokok memang besar
sebab tulah ramai jea orang ambil gambar pre wedding di sini
memang cantiklah pemandangannya...

kalau nak buat post wedding pun ok jugakkan
hahahaha tetiba gediks nak bergambar post wedding dengan anak-anak =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi