ok jom baca pengalaman aku ketika cabut gigi bongsu
korang macam mana sudah tumbuh gigi bongsu ker
okey here we go..
--gambar xray gigi aku--
aku kena cabut gigi bongsu atas dan gigi bongsu bawah
Kenapa aku perlu cabut gigi bongsu?
Sakit
memang terpaksa jugak untuk di cabut sebab aku sudah alami sakit gigi
sejak 6 tahun yang lepas ketika aku mengandungkan umairah
cuma ketika itu sakitnya sekejap ada sekejap takder
tapi sejak tahun lepas sakitnya makin sakit dan makin kerap
sudah tidak tahan terus pergi jumpa doc tapi private punya
check punya check..doc beritahu yang gigi bongsu sebelah kanan ada problem
sebab dekat sangat dengan urat saraf
kos untuk buat pembedahan adalah lebih kurang RM600.00
fikir punya fikir..terus aku pergi ke klinik kesihatan
dari sana aku dirujukkan ke Hospital kerana masalah gigi yang berdekatan sangat dengan urat saraf
Lamakah untuk mencabut gigi di hospital kerajaan?
3 minggu sahaja
tak lama sebenarnya
mungkin nasib aku baik sebab ketika nama dalam giliran menunggu
ada yang cancel jadi nama aku naik dan hanya dengan 3 minggu
gigi aku sudah berjaya di cabut
Kenapa perlu cabut sehingga 4 batang sekaligus?
setelah berjumpa dengan doc pakar, doc memberikan pendapat
supaya untuk mencabut gigi bongsu sebelah kiri sekali
kerana gigi tersebut tidak tumbuh dengan sempurna
dengan erti kata lain, gigi tersebut terlindung dengan gusi
sekiranya tidak cabut akan mendapat masalah seperti gigi bongsu sebalah kanan
dan sekiranya kedua-dua gigi bongsu bahagian bawah di cabut kedua-duanya
gigi atas bongsu perlu di cabut sekali
jika gigi atas tidak di cabut, lama kelamaan gigi atas akan memanjang dengan tidak sekata
kerana tiada gigi di bahagian bawah
setelah berfikir dengan semasak-masaknya
aku setuju untuk mencabut ke empat-empatnya sekali
Sakitkah ketika cabut gigi?
bagi aku memang tidak rasa sakitnya ketika cabut gigi
kerana aku dibius sepenuhnya tanpa sedar
1 jam proses tersebut dijalankan
aku masuk ke dewan bedah pukul 10.30am dan diberitahu keluar dari bilik bedah pukul 11am
aku sedar sepenuhnya tapi still mamai ketika pukul 3.30pm
aku dibenarkan keluar dari hosp pada hari yang sama ~ Day Care
tapi perlu seseorang untuk bawak aku pulang ke rumah
tidak dibenarkan drive sorang untuk pulang ke rumah
risiko untuk kemalangan amat tinggi
Sakitkah selepas cabut gigi?
Sakit
Muka bengkak
Susah nak makan ~ makan makanan lembut sahaja
berdenyut-denyut pada bekas cabut gigi
tak selesa kerana ada benang di dalam mulut
Penjagaan mulut selepas cabut gigi?
bagi aku senang jea
masa hari pertama dan ke dua
aku emmang tak berani nak gogok gigi
sebab masih berdarah ketika kumur mulut
untuk langkah menjaga kebersihan mulut
aku kumur mulut dengan air suam bergaram
dengan melakukan rutin nie dapat mengurangkan pendarahan pada gusi
untuk mengurangkan bengkak di muka
aku tuam bengkak dengan tuala yang direndam dalam air suam panas
pastu aku makan ubat antibiotik dan pil tahan sakit bila mula rasa berdenyut-denyut
Apakah rawatan susulan dari Hosp?
selepas seminggu perlu datang semula ke hosp
sebab perlu buka jahitan di gusi
selepas jahitan di buka baru selesa nak makan
cuma problemnya ada kawasan berlubang pada gigi yang di cabut
tak selesa sebab lepas makan confirm ada makanan tersekat dalam lubang tu
jadi kena sentiasa gogok gigi atau berkumur selepas makan
kawasan berlubang mengambil masa untuk ditutup
kerana pertumbuhan rahang di gusi mengambil masa
Risiko setelah mencabut gigi bongsu?
mungkin setiap orang berbeza risikonya
bagi aku skang nie bibir bahagian bawah aku terasa kebas
tidak dapat merasa apa-apa sentuhan
bila rujuk kepada doc, doc memberitahu bahawa itu adalah kesan dari kecederaan pada urat saraf
untuk pulih sepenuhnya mengambil masa
kini aku diberikan ubat pil vitamin dan pil steroid untuk memulihkan semula kecederaan urat saraf
harap dapat sembuh dengan cepat
Kos rawatan di Hospital kerajaan?
Murah jea
aku hanya bayar RM23.00 sahaja
untuk semua kos
Harap dari pengalaman aku mencabut gigi bongsu nie
tidak menakutkan kawan-kawan di luar sana untuk mencabut gigi
sakit hanya lah sekejap selepas cabut gigi
tapi sakit tidak mencabutnya lagi sakit bertahun-tahun
harap korang bersabar menahan sakit gigi
dan tidak berfikir lama-lama untuk mencabutnya
cha yok cha yok
--muka nervous sebelum di operate--
--tag nama di pergelangan tangan--
--mr.hubby setia menemati aku ketika proses menerima rawatan--
--wajah mamai--
--wajah aku yang mamai lagi teruk--
ketika tunggu mr.hubby bayar bil
--wajah aku ketika hari ke 3 selepas operate--
muka macam kena suntik botox
bengkak dan muka tidak sekata...
Habis sudah cerita aku mengenai gigi bongsu
selamat maju jaya kepada mereka nak cabut gigi
cha yok cha yok





