Showing posts with label groceries. Show all posts
Showing posts with label groceries. Show all posts

Thursday, 10 September 2015

Shopping Groceries di Econsave

malam tadi ajak mr.hubby pergi ke econsave paya jaras
biasalah awal bulan
kenalah membeli sedikit barang dapur..
sebab last month dah banyak membeli..
jadi bulan nie beli mana yang dah abis jea lah
nasib baik anak-anak pun tak merengek nak macam-macam benda
lega =)

biasanya korang abis baper RM untuk beli groceries?
ena memang peruntukkan sebulan rm300.00
kadang-kadang over bajet jugak
cuma malam tadi dah cakap kat mr.hubby bajet rm100.00 jea
sebab memang ada rm100 jea dalam wallet..
atm di econsave rosak laks..tak boleh nak keluar duit heheheheeee
selamat duit ena ;p

umar bantu punggah barang dari trolley ke kaunter

kakak umairah pun bantu jugak


sama-sama membantu
cepat dan senang kakak casher nak buat kerja

total semua barang RM102. sen tak ingat
lebih tu mr.hubby la tambah hahahahaha


dinner kami makan area-area situ jugak
kalau orang sg.buloh
mesti tahu retaurant nasi ayam golek ganu kita
sedap nasi ayam di sini
betul-betul depan klinik keluarga bandar baru sg.buloh
ayam di sini memang masak dengan cara golek atas api 
macam ayam kenny rogers tu
pastu kuahnya black pepper
tu yang sedap tu
kuah supnya pun sedap
jadi orang sekitar sg.buloh
memang ena syorkan untuk makan di sini
di jamin sedap
harga pun murah jea RM4.50

kelakar mr.hubby nie
mr.hubby betul-betul duduk depan cermin
jadi sekejap-sekejap mr.hubby akan belek muka dia depan cermin
hahahahhaha
siap tanya lagi..jambang dan janggut babah nie nak potong tak
ena bgtahu takyah lah potong
just shave jea bagi kemas
buat macam fizo omar
hahahahhaha
kerkekeh-kekeh mr.hubby dengar


umairah dan umar memang suka sangat makan otak-otak
kalau 1 bakul tu memang habis kat budak berdua nie jea
last otak-otak berebut
makan sorang separuh 

nasi ayam sudah sampai
jom kita makan
sebelum makan kita baca doa makan dulu

kami order 3 nasi ayam
1 pinggan kosong
1 bawak balik
air barli 2 gelas
sirap limau 1 gelas
apple asam boi 1 gelas

total RM26.00
murah kan




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 4 March 2013

Trolley Kecik vs Trolley Besar

Malam Jumaat yang lepas
lepas dapat gaji
perkara WAJIB buat setiap bulan
sudah semestinya barang anak-anak didahulukan untuk di beli
pampers dan susu
beli stock untuk sebulan terus
senang tak payah tengah bulan kalau sengkek 
teringat-ingat susu dan pampers anak dah tinggal skit
pampers - 3 pack (umar sahaja)
susu dugro - 8 pack (untuk umairah dan umar)

pastu beli kelengkapan bulanan yang lain-lain
dan termasuk barang dapur sekali
barang untuk anak-anak

trolley kecik untuk umairah
trolley dia tak boleh nak isi barang kita skit
boleh isi barang dia sahaja
huhuhuhuuhu kedekut tau kakak nie

umar pun sama nak tolak trolley jugak
isi mainan dan jem  choc dia
tu jea pun kedekut jugak nak tumpang isi barang dalam trolley dia
emmmmm sama jugak macam kakak

kalau umairah tolak trolley ok lagi
tapi umar tolak trolley memang macam kereta sorong di buatnya
main tolak jea
tak tengok orang langsung
kalau ada yang kena langgar tu
cepat-cepat la aku minta maaf
sorry yea budak kecik :D

skang nie pergi jea Econsave
dah pandai cari tempat letaknya mainan
awal-awal lagi umairah dan umar tarik tangan babahnya
emmmm nak pilih mainan la tu
 aduih terkena laks
umairah request untuk beli pad yang boleh tulis-tulis
harga RM6.90
nasib baik harga ok

umar macam biasa la
sudah semestinya lori dan bajak
emmmmm bengkok
RM21.99
skang nie beli barang untuk umar memang takder tolenrasi lagi
apa yangs udah di tangan jangan harap la nak tukar dengan benda yang lain
Fening di buatnya

ambik ko
4 trolley di tolak ke kaunter bayaran
semuanya nak dekat RM500 jugak
emmmmm menggigil nak bayar

tapi nak buat macam mana
memang itu la yang setiap bulan kena beli pun
harga barang semakin naik
barang yang di ambil setiap bulan sama jea
cuma kadar harga yang meningkat.

emmmmm 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi