Showing posts with label iftar. Show all posts
Showing posts with label iftar. Show all posts

Thursday, 8 August 2013

Iftar di Big Food, TTDI Shah Alam

 semalam berbuka besama dengan BFF aku 
siapa lagi kalau bukan Shumie
dah lama tak jumpa minah nie
sekali berborak di phone terus shumie ajak berbuka sesama
aku ok jea..ialah nak ajak minah nie takut bz jea
jadi dia dah ajak aku follow jea
dan plak mr.hubby benarkan jea aku keluar dengan shumie :)
thanks sayang..

memandangkan nak jumpa selepas waktu bekerja
memang kelam kabut skit la nak bersiap semunya
nak-nak umairah dan umar memang pantang nampak aku bersiap
minta tolong SIL bawak budak berdua tu pergi ke bazar
jadi senang skit aku nak keluar rumah ahaks :p

keluar rumah pukul 6.30pm
ambil shumie di rumah dia
terus gerak ke Shah Alam
memandangkan shumie memberi mandat untuk aku memilih tempat untuk berbuka
terus aku ajak datang ke sini
dah lama aku tak makan di sini

kami berbuka di Big Food TTDI Shah Alam
korang pernah makan di sini tak..

kami sampai lagi beberapa minit nak berbuka sudah
nasib baik orang tak berapa nak ramai
kami pilih menu dan crew hidangkan kepada kami air suam dahulu
jadi azan jea kami minum air kosong jea dahulu

tak kesah lah
sementara makanan terhidang
aku ngan shumie berborak-borak dahulu
bila berborak nie macam-macam cerita lah ditimbulkan
seronok sangat :)

--kami di hadapan restaurant Big Food--

--aku dengan gaya gwiyomi--
sila jangan muntah yea :p

--Cik Shumie pun style yang sama jugak--
gwiyomi
memang la kan sebab kami berdua nie memang comey pun
hahahahahhaha

--menu pilihan kami--
air longan lime - masamnya
soup
rib eye
chicken cor dovor
hahahahhahaha tak ingat sangat nama menu yang kami order nie
main tulis jea kehkehkeh

puas makan
memang licin la pinggan
sedap menu yang kami order
jadi kalau korang nak perkena menu western
memang tak sia-sia untuk makan di sini

selepas full house perut memasing
shumie ajak temankan dia beli baju raya
bawak la ke Tesco shah alam
sebab aku rasa di situ banyak jugak pilihan
dalam aku taknak beli apa-apa
emmmm terkantoi gak beli tudung 3 helai
ngan blouse sehelai
tupun ada hati lagi nak rembat skirt huhuhuhuhu
kuatkan iman tutup sahaja mata :p

--jumpa jugak minah nie dengan baju raya yang dia mahukan--
cantik.. harga pun sangat la berpatutan

gelak..gelak..
makan..makan..
gosip..gosip..
memang happening

sebelum hantar shumie balik
singgah sekejap ke Saujana Utama
untuk hantar kuih raya
member sekelas dahulu (1997-1998}

--bersama dengan Sya--
tengah preggy 4 bulan skang nie

--Sya dan Shumie--
emmmmmm memang nampak macam adik beradikkan hahahahahha

apa-apa pun seronok sangat dapat berjumpa BFF dan rakan sekelas
masing-masing banyak cerita
tapi disebabkan masa terhad
short cut sahaja lah cerita kami

In Sya Allah raya nanti kita berjumpa lagi...

Pada yang berminat untuk makan di sini ~ Big Food

senang jea korang masuk ke TTDI shah alam
kedainya sederet dengan nasi briyani 
sederet dengan Ani sup utara

bagi tekak aku memang best makan di sini
aku bagi 4.5 star



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 6 August 2013

2nd Time ber"Iftar" di rumah MIL

ahad lepas sempat berbuka di rumah MIL
nie adalah kali ke dua kami sempat berbuka di rumah MIL
kali nie tak dapat nak tidor lagi
balik hari macam last week jugak
kesian mr.hubby untuk bulan nie memang tiap-tiap minggu kena bekerja
sebagai isteri kena faham jugak dengan keadaan suami
tak boleh nak mendesak sangat
perlu lebih prihatin, lebih memahami dan memupuk saling percaya mempercayai
itu adalah tiang seri setelah memasuki alam berumatngga

memandangkan hari ahad pagi tu
aku masih lagi sibuk membuat tart nenas
memang tak sempat nak memasak untuk balik ke kampung
dalam kereta pun aku dan anak-anak melelapkan mata
memang tak sedar apa
kesian mr.hubby drive sesorang

singgah dahulu ke rumah p.cik mr.hubby
sebab nak menunaikan bayar zakat
mr.hubby bayar zakat menggunakan beras :)
selesai sudah urusan zakat yang wajib seorang suami lakukan
Alhamdulillah

sebelum sampai rumah ajak mr.hubby singgah dahulu ke bazar ramadhan Sijangkang
nie adalah kali ke dua aku jejak kaki ke bazar ramadhan
rasa teruja jugak..macam-macam nak beli
tapi control-control ~ kawal nafsu tu :p

--bazar ramdhan di Sijangkang memang meriah--
macam-macam lauk pauk orang Jawa ada di jual di sini
Nasi Ambeng ~ nyum nyum nyum sedapnya

--umar memang ginilah peelnya--
lebih suka berdukung dari nak berjalan sendiri
mr.hubby dukung memang larat lah
kalau aku yang kena dukung si bam bam nie memang boleh patah pinggang aku
tak terlarat badan aku nak mendukung si umar nie

--ayam tempayan--

--dalam tempayan ada bara api--
kami belah sekor ~ RM19.00
sebelah minta perasa black pepper
sebelah lagi minta perasa berempah

sedap jugak..lembut jea isinya


--umar yang takder mood--
biasalah bila budak kena paksa bangun dari tidor
memang meragam jea lah

--umairah pun mood ke laut--
masing-masing kena paksa bangun dari tidor
semata-mata nak pergi bazar ramadhan :)

takkan nak tinggalkan anak dalam kereta kan
hishhhhhh buat pasal jea nanti

--kebetulan masa kami sampai tu--
AJK tengah mengagihkan dodol
sedap dodolnya
lembik-lembik gitu

--belum masuk azan lagi--
tapi umar sudah makan dahulu
cian lapar betul 
habis 4 ketul chicken wings
dengan seketul paha ayam
emmmmm lapar betul si bam bam nie...

In Sya Allah malam raya akan balik sekejap ke Sijangkang
sebelum esoknya raya pertama akan balik ke Melaka...
tak sabarnya nak balik kampung...

tekak teringin sangat nak makan rendang kerbau dengan rendang itik
nyum nyum nyum sedapnya :)
korang makan tak rendang nie?



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi