Showing posts with label jerebu. Show all posts
Showing posts with label jerebu. Show all posts

Tuesday, 15 September 2015

Sekolah diarah Tutup Akibat Jerebu


Semua sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka diarah tutup.

Arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid yang dimaklumkan oleh timbalannya P Kamalanathan melalui Twitter sebentar tadi.

Arahan itu dikeluarkan ketika kualiti udara akibat jerebu bertambah buruk.

Setakat jam 11 malam ini, Indeks Pencemar Udara menunjukkan kualiti udara di Kuala Selangor mencecah paras bahawa dengan 207 mata. Manakala di tempat lain dalam lingkungan 170.

Bacaan terburuk di Negeri Sembilan mencatatkan angka 200 di Nilai; Melaka 193; Kuala Lumpur 192 dan Putrajaya 182.


sukalah bebudak
hari nie dan esok bercuti
kan best orang yang bekerja jugak dapat bercuti sekali hehehehehe
nasib baik malam tadi tidor lambat
jadi tahu sudah tentang cuti nie
sebab bab cuti nie pihak kementerian keliarkan memo memang lambat
sebab tu ada jugak parents yang tak tahu hal nie
dan hantar anak seperti biasa
sampai di sekolah baru tahu....

selamat bercuti semunaya
esok pergi mana..
jangan lupa pakai topeng yea
jaga kesihatan diri jugak...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 26 June 2013

Rahmat Hujan yang Turun

Alhamdulillah
petang semalam hujan turun dengan selebat-lebatnya
gembira sangat bila nampak titik-titik hujan turun membasahi bumi

--ilmu untuk kita semua--

pagi nie nampak ada perubahan pada cuaca
jerebu tidak setebal macam hari isnin 
harap dengan turunnya hujan
jerebu akan hilang dan terus pergi
dan kembali seperti sedia kala

catatan IPU untuk hari nie
118 untuk area shah alam ~ Alhamdulillah
untuk lihat indeks bacaan IPU
boleh klik di sini



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 25 June 2013

Harga Mask, mahalnya

Jerebu punya pasal
harga mask melambung tinggi
biasanya harga mask bawah 50sen
tapi kini harganya 80sen
dan mungkin lebih mahal dari itu

semalam singgah 2 buah kedai farmasi
tapi kedua-duanya sudah sold out
memang macam goreng pisang panas ~ laku gila
permintaan lebih tinggi dari barang 
teringat laks dulu belajar Eco
Demand > Supply

sebab tu la peniaga ambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati
sebab tahu pengguna amat memerlukan mask pada waktu skang nie
sangat-sangat memerlukan
untuk mengelakkan diri dari terkena sakit tekak dan sakit mata

--tengok mask digalakkan pakai ketika melakukan aktiviti outdoor--
tapi harap peniaga di luar sana
tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati


--di dalam ofis pun pakai mask--
terpaksa sebab ada bauan yang tidak di undang
bau asap rokok!!!
geram sungguh la

mr.hubby mms gambar anak-anak pakai mask
alhamdulillah hari nie nursery sudah di buka semula
jadi pagi tadi mr.hubby hantar umairah dan umar naik motor sahaja
siap dipakaikan mak pada umairh dan umar
langkah keselamatan perlu dititikberatkan untuk anak-anak

--umairah--

--umar--

suasana pun berjerebu jea dalam gambar kan
itu maknanya still berjerebu lagi area rumah kami
bacaan IPU di selangor hari ini ialah 289 ~ shah alam

untuk melihat indeks catatan IPU
boleh klik di sini



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 24 June 2013

Bacaan IPU Jerebu Terkini

Jerebu :
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan


--pemandangan dari ofis--
memang gelap jea pemandangan
terasa baru pukul 7am 
padahal masa aku snap gambar nie waktu sudah pukul 9.30am

hari nie semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur dan N.9
diarahkan tutup
bukan sekolah sahaja yang tutup
tempat nursery umairah dan umar pun tutup
terpaksa mr.hubby ambil cuti hari nie
aku nak cuti tak boleh sebab ada kerja yang perlu disiapkan
kalau esok nursery still tutup jugak
terpaksa aku laks yang kena ambil cuti huhuhuhuhu

pagi tadi tengok Indeks IPU di Jabatan Alam Sekitar
menunjukkan catatan IPU di selangor antara yang tertinggi
Pelabuhan Klang menunjukkan bacaan IPU 296
kalau korang nak tengok lebih details
boleh klik di sini

--nilai IPU dan indeks bacaan
lebih 301 memang bahaya
semalam bacaan di Muar memang tinggi
lebih dari 700


--bacaan IPU di dalam Malaysia--

harap Jerebu akan cepat hilang
harap hujan akan turun dengan cepat

kesian pada anak-anak
sebab tak boleh nak main di luar
terkurung di dalam rumah sahaja

untuk info mengenai IPU Jerebu
korang boleh view di sini
jangan lupa pakai mask yea...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi