Showing posts with label kek orange mudah. Show all posts
Showing posts with label kek orange mudah. Show all posts

Wednesday, 8 January 2014

Resepi Kek Orange Moist yang Sangat Mudah

kek orange kesukaan anak-anak dan suami
tiap kali hari raya confirm kena buatkan
tapi untuk suami tersayang
mestilah kita sebagai isteri akan buatkan
betul tak...
pengikat tanda sayang tu

--kek tak berapa nak cantik--
tapi rasanya confirm sedap hehehehe

Bahan-bahan:
1 biji buah limau - limau sunquick yang tiada biji
1 cawan minyak/minyak jagung
2 cawan gula halus (guna 1 cawan sahaja)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum *
1 sb baking powder * (* ayak bersama)
Beberapa titis pewarna/perisa oren

Cara-cara:
  1. Cuci buah limau. Potong dan buang biji serta urat putih di tengah-tengahnya. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali.
  2. Masukkan buah limau ini ke dalam pengisar bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus.
  3. Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan beralas dengan kertas baking.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit - 1 jam atau sehingga masak. Saya bakar pada suhu 150C selama 50 minit.
Nota:
Sedap juga dibuat cupcake atau dikukus.
Ena bakar pada 150C selama 50 minit.

--model kek orange ibu--
umairah

keluar jea dari oven terus jea kena potong
emmmm sedap la tu
sesuai lah untuk minum petang kan



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi