Showing posts with label lapang sasar. Show all posts
Showing posts with label lapang sasar. Show all posts

Monday, 5 March 2012

GSC's Annul Shooting - 2012

sabtu lepas tiba jua harinya
acara tahunan ofis aku
pertandinagn menembak antara pengawal keselamatan
aku dan member yang lain menjadi AJK
pukul 6.30am terpaksa keluar awal
sebab aku AJK bahagian Pendaftaran
tu pun sudah dikira lambat sampai
sebab ramai guard yang telah beratur panjang untuk berdaftar
cian hanis tapi nasib baik la wan ada
boleh la menolong hanis
kami sampai telah menyelamatkan keadaan - chewwahhhh :p

setelah siap pendaftaran
baru berkesempatan nak snap-snap gambar
eheheh
perasan tak aku punya tudung dengan syikin sama
eheh hari jumaat tu sebelum balik kami singgah dahulu pergi the store
semata-mata nak beli tudung
dan yang pasti nak sama eheh
jadi yang lain jangan jeles kami sedondon eheh

 di meja perangkaan
di meja nie setelah meja hadapan  mengira lubang peluru di kertas papan target
akan diserahkan kepada kami
untuk mengira keseluruhan target yang kena
dan dimasukkan ke dalam jadual
jadi meja kami menentukan siapkah pemenagnya

 bersama dengan staff raikon - Pn.Azlina
selalu tanya dia payment sudah ready ke belum eheh

 amboi-amboi siti
panjangnya muncung ko
ko nak kiss siapa tu eheh
gadis-gadis bertudung merah
red it's hot

 tak dapat pegang senapang dan pistol
dapat pakai pendakap telinga pun jadi la
last year ramai yang bergambar engan alat senjata
dan kena teguran
jadi tahun nie masing-masing hanya melihat sahaja la
takut beb kena panggil nanti

 bersama dengan Mr.Yeow Chee Kong
siap tanya lagi siapa girl yang selalu call dia tanya payment eheh
biasa la bila kita jadi Ah Long nie
nama memang popular skit hahahahahha

hadiah yang dimiliki pada mereka yang menang
cantik kan
tak dapat snap gambar jea pun jadi la

bye bye bye
tahun depan berjumpa lagi :D
apa-apa pun memang enjoy


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Melawat Tapak Menembak

 hari jumaat yang lepas
selepas waktu lunch kami staff GSC kena pegi ke kawasan menembak
untuk menolong apa-apa yang patut
memandangkan aku berpakain baju kurung
jadi waktu lunch aku balik ke rumah untuk memakai pakaian yang sesuai
sebab dengar citer tempatnya penuh dengan lalang dan berlecak sedikit
jadi baik pakai casual
dan pakai kasut - takut kena pacat sebenarnya ehhehehehe

sampai tempat di tuju
kawasannya sudah dibersihkan
khemah tengah didirikan dan ada yang tengah menyapu rumput kering
untuk di bakar
bersih la tempatnya
jadi tak risau dengan kehadiran pacat :p

 sebenarnya tak banyak kerja yang nak di buat pun
lebih kepada tenaga lelaki
jadi kami yang perempuan nie hanya buat kerja yang ringan-ringa sahaja
hias khemas dan hias meja
susun-susun kerusi
tu jea eheh
peluh pun tak keluar sangat :p

 gambar bukti la nie
tengah menstapler pada sisi meja pendaftaran

 kami bertiga dari Finance Dept
sabri tak takder sebab dia memang ambil cuti
terbang ke ............
sebab tu la dapat ole-ole dari dia :p

 hah asal lak ada jerat di dalam blog aku nie erk
sebenarnya tempat lapang sasar nie bersebelahan dengan jerat cina
datang pagi-pagi naik gak bulu roma
nak ke toilet pun sebelah jea jerat cina nie
kena ajak berteman nak ke toilet
aku siap tahan lagi
takuttttttttt

 tepat pukol 5.30pm
cepat jea kami bertiga cabut
nak-nak hujan rintik
masuk jea dalam kereta
terus hujan mencurah-curah turun
fuhhhh selamat kami cepat blah
kalau tidak pasti terkandas di lapang sasar

peace dari aku

enjoy 
tetiba teringin plak nak angkat senjata esok
macam mana boleh tak
eheh


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi