Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Monday, 17 August 2015

Last Raya 2015

15hb Aug
adalah last day di dalam bulan syawal
bermakna last day kita umat islam di bulan raya
dan last day kita menyambut hari raya..
rakyat malaysia nie
kalau setahun raya pun semua ok kot
makan jea....tak ingat tu

ena takderlah buat open house
cuma buat makan-makan untuk rakan sekolah 
kami dah bersahabat berpuluh tahun
jadi lebih selesa berkumpul kami-kami sahaja
mudah nak bercerita dan bergelak ketawa hehehehe
suami masing-masing pun dah faham sangat =)

bila jumpa sahabat semua
time nie lah rasanya kita akan release tension
sebab boleh ketawa sesuka hati
sekuat hati pun iya jugak
bab masuk air..toksah citer lah
hehehehehhe tepat pukul 10 mlm
confirm seorang sahabat kami akan cakap merepek sudah
hahahahah tahu sudah tandanya ;p

ena masak simple jea
masak spegethi carbonara
bubur kacang hijau jagung
kek orange
potong tembikai merah
alhamdulillah habis smuanya
lega tak payah nak panaskan dan simpan dalam fridge
tinggal bawak ke sinki dan terus cuci sahaja =)

citer bab kerja
citer bab family
citer bab anak-anak
citer bab politik
citer bab cinta
citer bab dulu lain skang lain
hehehehhee best =)

tu belum lagi kalau sorang tersasul cakap
cepat jea jadi bahan
tapi tak kesah
sebab memang gitulah kami pun
hahahahhaa
kuat meyakat semuanya ;p

terima kasih korang sudi beraya ke rumah ena

juadah yang terhidang
sedia untuk masuk ke dalam mulut


ena dan mr.hubby
tunggu sahabat datang
kami lepak di luar rumah dahulu


lepak di bawah sahaja
borak-borak
gelak-gelak


kami berlima
tak cukup korum nie
ada yang tak dapat datang..
takper lain kali kita berkumpul lagi


nie memang tak boleh blah
mr.hubby yang snap gambar
bila kami cakap gaya bebas
mr.hubby yang buat gaya bebas dengan snap sambil dia berlari gimrama
sabar jea
terkekeh-kekeh kami tergelak
sakit mulut sebab gelak banyak sangat






macam-macam gaya dari kami
hehehehehe
seronoknya bila masa boleh di putar semula
sangat-sangat release tension
dapat gelak bersama-sama...

terima kasih korang datang beraya ke rumah ena...
nanti kita serang rumah suzy laks yea
rumah idah dan zimie bila pulak =)
jom kita melawat ija yang dah bersalin tu..
cium bau syurga....

kami semua memang otak gila-gila
dari zaman sekolah hinggalah kini dah jadi mak budak
otak tetap gila-gila =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 10 October 2013

Story Makan-Makan

baru berkesempatan nak jeguk blog hari nie
super duper buzy sangat hari nie
pagi tadi masuk ofis pun lambat
sebab bawak mak pergi ke bank dahulu
kemudian hantar semula ke rumah
mak cakap tak kesah pun tinggalkan mak di bank 
nanti balik mak naik teksi jea
tapi aku tak sampai hati laks nak bagi mak naik teksi
memang tak sampai hati...

entry blog hari nie semuanya berkisar pasal makan hehehehehe
petang-petang nie lapar laks perut
tengok semula gambar-gambar makanan nie
terasa lapar dan berbunyi-bunyi lagu keroncong
hujan di luar laks
lagilah bertambah lapar


malam tadi jumpa Shumie di Two One Grill, Kuang
last week datang
malam tadi pun datang lagi
tempat nie jadi pilihan sebab reaturantnya center
shumie di merbau sempak
aku di kundang
jadi better jumpa sahaja di sini
sambil hantar barang
sambil makan
sambil borak-borak
cuma malam tadi aku sorang jea keluar
mr.hubby dan anak-anak tinggal di rumah
hehehehhee sekali sekala ibu nak merendek sekejap di luar hehehehhe

--mushroom soup--
RM5.00
sedap sangat
pekat dan terasa cendawannya

--ntah apa mimpi shumie nak makans et kanak-kanak--
RM6.00
cuma sosej dia terover masak la
ada rentung skit

--Chicken Salad--
RM5.00
sedap sangat
cuma tulah mayonis dia over banyak sangat
ada salad..ayam..kentang
nyum nyum nyum sedap

----------------------------------------------------------------------

pagi tadi lepas pergi bank dengan mak
sebelum sampai di rumah
ajak mak breakfast dahulu
ialah confirm mak aku tak sarapan lagi
cuma minum air sahaja

tempat kesukaan aku di kundang
kedai tepi selekoh
kedai makan orang kelantan
menu yang ada memang sedap dan harga pun murah jea

--Neslo dan Limau suam--
pilihan aku dan mak

--yeay kami berdua keluar berdua sahaja--
mak order roti canai kosong
aku order roti canai sardin
roti canai aku tak habis pun
paksa mak yang habiskan hehehehehehe

-------------------------------------------------------------------------

lunch hari nie tak keluar pun
MALAS
nasib baik sudah beli siap masa sarapan pagi tadi
beli LAKSAM
korang suka tak makan laksam
aku memang suka
sedapkan

--laksam kesukaan--
kuahnya pekat
cuma tulah pedas sangat
terpaksa ketepikan cili ke tepi
tak sanggup nak gaulkan semuanya
tapi Hafiza makan relax jea
memang minah makan pedas la si fiza nie
aku memang tak tahan makan pedas

--yeay peace yoooo--
aku..Hafiza..Eikin...
lunch kami makan laksam jea
tapi still kenyang jugak

lunch tadi korang makan di mana...
Jom diet dengan Set Slimming Shaklee

--testimoni myself--
silalah percaya :)






Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 18 June 2012

Bila Nafsu Makan Anak Membuak-buak

untuk anak-anak
seorang ibu akan buat apa sahaja
asalkan anak akan gembira
nak-nak bila permintaan anak ialah makanan

petang tadi umairah tunjuk nak makan makaroni
jadi balik kerja terus ke dapur tengok bahan apa yang ada
emmmm takder stok daging hancur plak dalam fridge
jadi terus terpikir nak buat makaroni goreng sardin

makaroni goreng sardin
sempoi jea aku buat

Bahan-Bahannya :
1- makaroni yang telah di rebus
2- sardin yang telah dihancurkan
3- bawang putih & bawang merah - dicincang halus
4 - sos belognase - 3 sudu makan
5- Fish ball - dibelah kecil

cara masak :
1- tumis bawang sehingga naik bau
2- masukkan belognase / sos spegethi yang lain
3- masukkan sardin yang telah dihancurkan
4- masukkan fishball / sayur campur
5- masukkan perisa tambahan - garam..lada sulah
6- masukkan makaroni yang telah di rebus
7- siap untuk dihidangkan

simple jea kan
anak-anak pun suka

gelagat umairah dan umar makan makaroni sardin
habis la budak berdua nie makan
penat aku balik kerja dan masak makaroni nie
terus hilang bila anak makan dengan berselera
Alhamdulillah

"ibu cepat ambil gambar kakak" umairah
buat mulut O dengan makaroni

dalam pukul 9 lebih 
tetiba umairah cakap nak makan satay plak
eh biar betul umairah nie
bila aku cakap kita makan esok jea la
sebab tadi sudah makan makaroni
tetap nak jugak makan satay

aku yang malas nak keluar
minta sobri tolong belikan
bawak sekali dua beradik nie pergi beli satay
anak nak makan belikan jea
tak beli banyak pun
RM10.00 untuk budak berdua nie

satay idaman umairah
tempat biasa  satay yang di beli - Satay Mahadi Kuang
sedap

gelagat umairah dan umar mengunyah satay
puas hati bila dapat makan satay

sentapan gigit oleh umar
memang beriya-iya makan satay
nampak muka kenikmatan bila dapat gigit satay ayam

umairah yang champion bila bab makan
memang tengah bernafsu untuk makan umairah nie
bagi aku bila kemahuan anak adalah bab makan
memang aku akan penuhi
kalau permintaan mainan memang aku akan tolak
sebab sudah biasa kita dibesarkan oleh ibu bapa sebegitu





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi