Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Wednesday, 25 September 2013

Teman untuk Mendengar

kita sebagai orang perempuan
suka sangat membebel kan
membebel adalah salah satu platform untuk kita luahkan perasaan yang terpendam di dalam hati
biasanya kalau di ofis
selalu jea kita luahkan masalah pada rakan sekerja yang kita percaya
tentang bos kita macam nie
bos kita macam tu
kawan kita tu asyik tu jea
kawan kita tu asyik nie jea

bila di rumah laks
selalu luahkan perasaan pada suami
kadang-kadang kan kalau luahkan perasaan pada orang lelaki nie
jawapan yang diberikan hanyalah
ok la tu
baik jea

kan betul tak korang
kadang-kadang geram jea bila dapat jawapan macam nie
masa saat kita luahkan perasaan memanglah waktu tu kita dalam keadaan pemikiran yang negatif
jadi apa yang kita harapkan masa tu hanyalah kata putus yang sama dengan kita

sebagai contohnya
"bos kita tu asyik nak marah kita jea..menyampah lah"isteri
"buatlah keja baik-baik"suami
tapikan kita bukan nak jawapan yang sebegitu
kita nakkan jawapan yang memihak kepada kita
walaupun jawapan tu memenangkan kita dan hentam yang lagi satu pihak
tu memang buat kita happy

tapikan seeloknya
bila kita meluahkan perasaan pada pasangan
memang sepatutnya pasangan mentruelkan / bersikap positif berlawanan dengan perasaan kita
supaya kita tidak membuat tindakan yang lebih bodoh

sebab tu la tindak balas
positif berjumpa negatif akan menjadi positif
begitu jugak kita dengan berkawan
bila kawan dalam keadaan yang sedih dan dalam bermasalah 
kita sebagai rakan bagi kata-kata semangat dan jangan cuba mencurahkan api ke dalam masalahnya
jangan cuba melaga-lagakan kawan sekiranya mempunya masalah

tapi dalam diam tetap kita nakkan orang tersayang
menangkan diri kita walaupun hakikatnya kadang-kadang kita salah
betul tak?

--pernah tak terjadi pada korang--
hahahahahah kelakar kan

benda nie selalu terjadi pada diri aku
kalau aku sibuk buat kerja
kalau teman sebelah bertanya ataupun ajak sembang
aku yea yea kan jea
kesudahnya confirm akan tanya semula
member bengang jea dengan aku hahahahahhaha
seyesss selalu terjadi
jangan marah yea Eikin hehehehehe

jadi yang selalu ada masalah tu
selalu istifar
sebab dengan beristifar
diri akan menjadi tenang dan lebih rapat dengan Allah swt :)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 22 March 2012

Pesanan Menusuk Ke Kalbu

hari nie luch di the store
bosan nak makan di kedai biasa
jadi lepak makan di food court
kali nie wan join lunch sekali
dan member biasa sudah tentu la syikin
teringin laks nak makan makanan dalam bekas kuali kecil
try makan sweet & sour - RM5.50
bersama dengan air soya

masing-masing sudah dapat makanan yang ingin di makan
tengah-tengah makan
ada uncle cina nie tengur syikin
"nice ur watch"
syikin cuma senyum jea
"have diamond"
no la tak mampu nak beli yang mahal beli di Avon sahaja
terus uncle cina tu angkat kerusi dan duduk depan kami
dalam hati aku alamak sudah takkan la nak berniaga kot
tapi uncle cina tu cakap
"don't worry just eat ur lunch"
sambil tu uncle cina tu cakap la dia ada jual jam
jenama rolex, jadi kalau nak beli boleh beli dari dia
manufacturing dari Korea
pastu kami cakap kami tak mampu nak beli pun
kerja pun kerani jea
terus uncle tu cakap
"don't look down ur life, everybody is same in the word, different only when ur strongly work
than ur become a rich"


lepas tu uncle cina terus memberikan nasihat sambil kami bertiga makan
dari topik sebenar dia nak menjual jam rolex kepada kami
terus bertukar topik kepada rentetan kisah kehidupan dan pengalaman hidup dia

kita mesti sayang diri sendiri dahulu
baru la kita sayangi pada orang sekeliling kita
sebab susah senang hanya kita sendiri yang mengetahuinya
kumpul duit sedikit demi sedikit untuk memiliki harta sendiri
walaupun kita sudah berkahwin jangan bergantung sangat pada suami
sebab usia kita semakin meningkat, lelaki mudah sahaja mencari pengganti
jangan mencari bakal suami yang kaya raya
sebab lelaki mudah mencari pengganti
jangan menggongkong suami
sebab kita tidak tahu apa yang suami boleh buat dibelakang kita

anak-anak jangan di pukul dan di herdik
sebab budak kecil tidak mudah fahami apa yang kita perkatakan
cakap dengan lembut
jangan manjakan anak dengan semua keinginan yang anak mahukan
sebab dari situ kita boleh spoil budak tersebut
sayang anak biar dari hati
jangan sayang anak bila anak menangis baru kita bersuara "sayang dia...sayang dia.."
dari hati kita sayang, akan terserlah kasih sayang yang akan kita curahkan kepada anak-anak

makanan yang kita makan perlu habiskan
sebab uncle cina tu tengok nasi yang aku order tak habis - tak sedap
sebab kita berdoa selalu minta pada tuhan untuk jadi kaya
tapi bila makanan depan mata tidak dihabiskan kita menolak kaya yang tuhan berikan
sebab itu la kalau tengok orang cina makan habis licin nasi dalam mangkuk
sebab hargai dengan makanan yang ada di depan mata
kita beruntung sebab tinggal di negara yang makmur
banyak makanan yang kita ada
kalau negara lain susah nak mendapatkan makanan - kita perlu beryukur

nia antara cakap-cakap uncle cina tu bercerita pada kami
ada point-point yang aku rasa betul apa yang uncle tu cakap
wajar kita ikuti - nasihat orang tua kadang-kadang betul jugak
yang elok kita ikuti yang tak elok kita tinggalkan

  


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi