Showing posts with label open house 2013. Show all posts
Showing posts with label open house 2013. Show all posts

Saturday, 24 August 2013

Open House Member GSC ~ Part 3

wahhhhh open house lagi hehehehhe
malam tadi kami member GSC telah di jemput datang beraya ke rumah kak liza 
janji dengan Eikin nak gerak pukul 8pm
tapi aku di rumah pukul 8pm baru nak mandi
hahahahahha mengamuk si mak cik nie :p
pukul 8.30pm baru aku gerak ke rumah Eikin
ambil dia terus gerak ke rumah Kak Liza

kami sampai di rumah kak liza
ramai jugak member GSC yang dah sampai
emmmm datang-datang terus jea la makan
banyak jugak menu yang dihidangkan
ada roti jala..bee hub singapore..kari ayam..nasi impit..kuih raya
wahhhhh tapi aku banyak makan bee hun dan 2 keping roti jala

umairah dan umar emmmm tak pandang pun makanan yang ada
sibuk betul dengan anak monyet belaan family kak liza
geram betul aku tengok
ialah perangai budak berdua nie masa kita nak balik
hah time tu la baru nak makan

tapi aku tetap jugak suap umairah dan umar makan sambil budak berdua tu
layan tengok monyet
hehehehhehe

--kami yang gila bergambar--
tak sempat pun nak bergambar dengan kak liza

--umairah dan umar sudah jumpa jajan dalam bekas kuih raya--
jadi mengunyah gula-gula jea si kakak dan si bam bam nie
biasalah rumah orang buat macam rumah sendiri jea budak berdua nie

tiba-tiba kami buat kerja gila hahahahhaha
memandangkan rumah Nurul berdekatan sahaja dengan rumah kak liza
terus kami berpakat untuk singgah terus ke rumah Nurul
kesian budak nie hahahahaha
tapi nasib baik lah Nurul terima jea kedatangan kami dengan redho hahahahaha

--sempat lagi berposing lepas parking kereta--
dari kiri : kak izan..Ct..Aku..Eikin..

--umairah dan umar--
god boy dan gud girl malam tadi

--amboi amboi umar bila mention nak beraya rumah zahrah--
laju jea nak masuk rumah anak dara Nurul hehehehehe
nutsery tempat aku hantar umairah dan umar sama tempat jugak Nurul hantar anaknya Zahrah
emmmmm umar biasalah dengan aweks
memang gatal skit hahahahaha

--with Nurul--
tengah preggy skang nie
Tahniah

--kami yang serbu ke rumah Nurul--
dalam kami datang serbu macam tu jea
sempat lagi Nurul hidangkan kami dengan keropok lekor dan buah mata kucing

terima kasih kak liza dan Nurul
terima kadatangan kami semua
jumpa lagi open house tahun depan :)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 21 August 2013

Open House Member GSC ~ Part 2

malam tadi beraya lagi ke Open House member rakan sekerja
kali nie kami bertandang ke rumah Nina ~ member dari HR Department
rata-rata ramai yang datang beraya

cuma malam tadi umairah tak join sekali
memula memang bawak umairah sekali
tapi setengah jalan umairah muntah dalam kereta
tak sempat aku nak berhenti tepi jalan si kakak dah uwek 
memang patah balik la

lepas cuci badan muka umairah
nak pakaikan baju lain
umairah cakap taknak ikut..nak baring di rumah jea
nak cancel pergi tak boleh laks
sebab aku memang bawak syikin sekali dalam kereta
jadi kena pergi jugak

minta tolong pada mak untuk tengokkan umairah
cian anak ibu
jadi malam tadi aku hanya dengan umar sahaja
rasa lain sangat
umar pun tak beraktif sangat
kalau kakak dia ada mesti gegak gempita umah si Nina agaknya :)

dalam makan-makan tu
teringat umairah di rumah ~ risau

--kami-kami yang masih maintain .....--
sila sambung sendiri :)

--kami di jamu dengan bee hun sup dan roti jala--
umar makan bee hun sup sampai 2x tambah
emmmm lapar rupanya anak ibu nie

--wah terasa tembamnya muka ku ini--

--with umar--
my sweetheart

sampai rumah
mak lang yang tolong tengokkan umairah
TQ dayah tolong tengokkan umairah
mak cakap umairah muntah lagi masa aku tiada

risau jugak
tapi dari pukul 10pm sehingga tengah malam
umairah sudah tak muntah lagi
tapi badan sudah panas sedikit
terus bagi makan ubat demam
pukul 3am terbangun dan rasa suhu badan umairah
sudah kebah sedikit

cuma hari nie tak hantar umairah ke nursey
mak tolong jagakan
harap umairah semakin sihat
risau kalau anak-anak tidak sihat
terasa rumah tak ceria jea...

malam nie tak ke mana-mana rasanya
nak duduk di rumah jea...
nak bagi perut rehat sekejap huhuhuhuhu



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 20 August 2013

Open House Member GSC

wah tak habis lagi story pasal open house
minggu nie bersambung lagi
hari isnin kami menyerang ke rumah Ann ~ member dari payroll department
cuma minggu nie mr.hubby tak dapat temankan
minggu nie mr.hubby kerja shift malam
jadi akulah yang membawa anak-anak pergi beraya rumah member-member rakan sekerja
kami tiga beranak jea huhuhuhuhu

susah betul nak handle budak berdua nie
biasanya aku jaga sorang
mr.hubby akan jaga lagi sorang
jadi taklah kelam kabut sangat
nie dua-dua aku kena hadle memang masak dibuatnya
sorang nak nie
sorang nak tu :)

di rumah Ann kami di jamu dengan laksa
sedapnya..kuah sangatlah pekat
memandangkan jamuan nie pun untuk member-member GSC
memang muka tu jea la kami nampak di ofis dan di rumah Ann :)
cuma suasana jea yang berubah

bila masaing-masing bawak anak-anak
aku rasa keadaan hiruk pikuk di rumah Ann sudah bertukar menjadi taska kanak-kanak
hahahahahhaha memang meriah gila
yang berlarinya..yang tergelaknya..yang bermain mainannya..macam-macam la
sebijik nursery :)
meriah sangat


--sebelum makan bergambar dulu--

--dari kiri : Hanis..Kak Ima..Ct..Nurul..Ann dan Aku--
anak dara sorang jea dalam gambar nie
yang laian semuanya dah jadi mak-mak dara :p

--kami yang slim melim kehkehkeh--
jangan harap la nak jaga badan time-time di bulan Syawal nie :)
senantiasa berOpen House tiap-tiap malam

--umairah dan umar time nak balik time tu la nak makan--
hishhhh geram jugak..masa kita tengah makan tanya nak makan
masing-masing menggeleng kepala
bila kita nak balik time nie la bidak berdua nie nak makan laks

emmmmm jadi melayan tunggu budak nie habis makan
baru boleh balik
siap bertambah 2x malam laks tu
emmmmm makin bam bam la budak berdua nie :)

--------------------------------------------------------------------

kemudian dari rumah Ann
aku singgah sekejap ke rumah kak Nor ~ BC dari Branch Sg.Buloh
nasib baik ada teman nak pergi sekali
yang follow sekali ialah Nurul
datang main terjah jea..
kebetulan taman yang sama dengan Ann jadi datang sekalilah
senang .....


--dari kiri : Aku..Nurul..Kak Nor--
masing-masing ada handbeg :p

wahhhhhhhhh meriah gitu
setiap malam gantung periuk...
rumah aku bila laks...kena difikirkan semula nie...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 19 August 2013

Open House Sana Sini

Open House hari Jumaat yang lepas
lepas magrib terus gerak ke rumah mak mertua adik lelaki ~ Sobri & Dayah
kami pergi dua buah kereta
mak dan ayah sebuah
dan kami sekeluarga sebuah
open house nie hanya untuk kami jea hehehehehhe
jamuan makan untuk ahli keluarga sahaja

kami dihidangkan dengan Mee Kari
rasanya last week dua kali aku makan mee kari
hari selasa di rumah Lini
dan hari jumaat di rumah adik ipar
emmmmm memang menu simple untuk open house kan

sambil makan sambil borak
tapi mak dan ayah yang lebih boraknya
aku tak reti nak berborak apa :)
dengar sahaja orang tua berborak

--besan mak dari kiri..kakak dayah dan mak--

--bapak dayah dan bapak aku--
masing-masing melayan Anugerah Lawak di astro
gelak sakan memasing

--kami bertiga--
Dayah..Lini..Aku

--aku dan mr.hubby--
anak-anak memang tak sempat nak bersnap
lebih sibuk bermain di luar
sakan masing-masing berlari di halaman rumah yang luas


------------------------------------------------------------------------------

hari sabtu aktiviti memang padat dari pagi sehingga la ke malam
pergi yang mana sempat sahaja
nak pergi ke semua rumah memang tak dapat lah
sorry pada teman-teman yang ajak datang ke rumah
tapi kami tak dapat datang, memang tak sempat nak datang
mengejar masa ke sesuatu tempat sangat la sengal
sebabnya jalan jem teruk
banyak habiskan masa di atas jalan raya dari di rumah kawan-kawan
tension betul di buatnya

sabtu tengahari pergi dahulu ke kenduri kahwin teman mak
makan kenyang-kenyang barulah balik rumah
rilex dan kemas apa-apa yang patut
petang baru gerak ke Open House, rumah teman-teman

--umar bergaya sakan spec pak chunya--
dapat tahu pak chunya habis la hehehehhee

--umairah tak makan pun--
sebab sudah bersarapan roti canai dua keping dengan babahnya
lebih banyak minum air jea

--mak dan cucu bongsu--
yea la cucu bongsu
next year comin soon.. cucu akan bertambah :)
In Sya Allah

--mr.hubby yang MC pada hari sabtu lepas--
semalaman tak dapat tidor gara-gara sakit gigi
lepas subuh jea teman mr.hubby pergi klinik untuk dapatkan ubat tahan sakit
cian sangat dengan mr.hubby

--gaya kami yang sama--
uwaaaaaaaa sejak raya nie jerawat di muka naik dengan berjaya sungguh
agaknya sebab makan macam-macam tu yang jerawat naik dengan sewenang-wenangnya
geram betul lah

---------------------------------------------------------------------

petang baru gerak ke rumah teman-teman
1st haouse kami serang ke rumah Ain
konvoi sekali dengan Syikin
sesat jugak di buatnya mencari rumah si Ain nie
nasib baik la dengan berkat kegigihan nak datang jugak
sampai jugak ke rumah minah nie :)

sampai di sana kebetulan ramai jugak yang sampai sekali
hehehehehehe jadi makin meriahlah suasana di rumah Ain
dengan di konker oleh member-member GSC :)

--suka tengok anak-anak kak ayu--
sedondon jea sekali pandang macam twins jea :)

macam-macam hidangan disediakan
pilih jea nak makan apa
aku cuma makan roti jala dan ratah begedil :)

--sebelum balik sempat lagi bergambar di luar rumah--
TQ Ain menjemput kami semua datang beraya ke rumah
Ain yang Free Hair tu...

--Apa umar berpampers jea--
geram betul aku dengan si bam bam nie
tengah makan-makan tu
aku hanya nampak umar sudah berpampers jea
tanya kenapa buka seluar
"uwar cah"umar
translate : seluar basah
emmmm umar memang macam nie lah perangainya
kalau baju atau seluarnya basah memang dia akan buka
walaupun basah skit tetap akan di buka

geram sungguh lah
seluar dia basah hujung seluar jea
jadi masa dalam rumah Ain tu
umar hanya berpampers jea la
malu betul dibuatnya...
sabar jea lah

selepas rumah Ain
kami terus gerak ke One Utama
ada event yang kami nak hadiri
yang nie nanti aku update next entry yea :)

--------------------------------------------------------------

selepas balik dari One Utama
call dulu kak hana
boleh datang lagi ker
sebab masa tu sudah pukul 9.30pm
bila kak hana cakap boleh jea lagi
terus kami menuju ke Permatang Pagar
siap tanya direction lagi nak ke rumah kak hana ~ 1st time nak datang :)
emmmmm nasib baik tak sesat
sebab jalan dia tak belok-belok
straight jea...

menu yang dihidangkan ada laksa dan nasi impit di makan dengan rendang daging
sedapnya
dua-dua aku tibai
hahahhahahaha masa nie memang tengah lapar sangat
semua benda nak rasa :p

--dengan kak hana masa kerja di Schneider dulu--
orangnya sangat la ramah
wahhhhhhh anak bujang kak hana sangat lah handsome hahahahaha
amboi dah berkenan dengan anak bujang orang nampaknya...

sorry pada Erid dan Khair
tak sempat nak datang ke rumah korang
nak datang lepas pukul 10 lebih
takut korang halau dengan penyapu jea nanti
hehehehehhe

hah ada saper-saper nak jemput Ena datang ke rumah...
sila kan
In Sya Allah akan datang
tapi tu lah jalan jem sangat la
semua orang nak pergi ke Open House kan...






Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 16 August 2013

Open House Member x-GSC

wah mak jemah...update lagi story pasal open house
sila jangan muntah yea hehehehhee
yang nie aku pergi open house bekas rakan sekerja yang skang nie aku bekerja
memula tak plan pun nak datng ke rumah kak Izan
sajer jea tanya ada di rumah tak malam nie
terus kak izan cakap ada jea
kami nak datang beraya boleh ker
terus kak izan cakap boleh jea...

jadi malam tadi datang serang ke rumah kak izan
hehehehhehe dan ada jugak member dari payroll dept follow sekali
terus la bertambah meriah
walaupun tak ramai
tapi bila masing-masing sudah berkumpul
jadi hiruk pikik jugak rumah kak izan dibuatnya
di tambah masing-masing bawak anak-anak
lagi lah bertambah meriah

harap kak izan tak serik jemput kami datang bertandang hehehehehe

--kami mak-mak dara--
masing-masing hangkut handbeg :)
faham-faham la maksudnya yea

tak tahu jugak
maksudnya
memasing bawak anak-anak tersayang sekali :)

--puas makan bergambar dahulu sebelum balik--
menu yang terhidang ialah
rendang ayam
bee hun
nugget

bebudak suka lah dapat makan nugget
habis kat depan jea ")

--amboi umar--
di mana ada bunga di situlah ada kumbangnya hehehehehhee
tengok la tu biasanya kalau minta bergambar susah jea nak bergambar kan
tapi kalai nie nampak ada aweks terus jea ok nak bergambar 

amboi..amboi..amboi..

--Aishah anak kak ayu--
boleh jadikan menantu nie
comey tomey jea...

selamat hari raya kak izan
maaf zahir dan batin

ok geng-geng GSC next week kita nak serang rumah saper laks :p
esok dan ahad ada beberapa jemputan ajak datang ke rumah
tak tahu nak susun atur macam mana jadual
padatnya....



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Kenyang Perut Suka Hati

selepas seminggu bercerita pasal hari raya
aku rasa starting minggu nie
pasti akan keluar story pasal open house laks
aku start hari selesa yang lepas sehinggalah ke malam nie
berturut-turut dapat jemputan open house
sepanjang bulan syawal nie
sebulan la gantung periuk
malam tak payah masak
makan sahaja di rumah teman-teman yang adakan open house
ahaks...

badan makin di pam pam la
langsung tak boleh nak maintain ahaks

selasa yang lepas
adik perempuan aku ~ Lini adakan Open House 
balik kerja terus siap-siap ke Ladang Baru
dinner terus di sana jea :)

--menu utama ialah mee bandung--
sedap sangat
kuahnya pun pekat jea

--mee bandung yang selamat masuk ke perut--
terbaikkkkk la Lini ko masak
nanti ajar akak masak yea

--mak dan besannya--
mak mertua Lini
bila dah berjumpa memang banyak la benda yang diperbualkan

--budak-budak bila ngadap gadget memang tak pandang benda lain dah kan--
tu jea la yang duk diralitkan
umar laks bukannya pandang tab tu sangat
lebih kepada nak usha aweks depan dia tu :)

--umairah dan umar memang minat dengan mee--
tak kesah la mee apa pun
semua dorang makan

umar dapat makan mee bandung memang makan bertambah
umairah siap minta nak bawak balik lagi
emmmmm tak malu betul anak dara aku yang sorang nie

--lepas kenyang duduk menyembang dengan adik--
pukul 10 lebih baru balik rumah

--terima kasih Lini dan Apis sekeluarga menjemput kami datang beraya--

wahhhhhhhh makan jea la skang nie
hari sabtu dan ahad nie lagilah
banyak jemputan untuk hadiri open house
sampai tak tahu nak pergi yang mana dahulu...

open house laks skang nie :)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi