Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Tuesday, 9 July 2013

Esok Puasa

alhamdulillah
diberikan nafas untuk bertemu lagi bulan Ramadhan untuk tahun 2013
harap puasa tahun nie dipermudahkan oleh Allah
dan diberikan kesihatan yang baik
Amin

--petang semalam pengumuman tarikh berpuasa--
esok puasa :)

--Selamat Berpuasa--

disini Ena mengucapkan selamat berpuasa
dan memohon kemaafan sekiranya Ena ada terkasar bahasa
dikalangan teman-teman blogger semua

pagi esok nak bersahur apa yea..
pasti menu yang special
terutamanya 1st day bersahurkan
petang nie jom solat terawih :)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 20 June 2013

Alahai kenapa Tak Sempat

pagi tadi bangun pukul 5.30am untuk bersahur
yea aku berpuasa untuk ganti puasa tahun lepas yang berlubang-lubang
8 hari tertinggal
skang nie lagi 2 hari untuk ganti huhuhuhuhu

bangun selepas mr.hubby tolong kejutkan
bangun terus masak air panas
cuci muka dan gosok gigi
ingat nak makan roti sapu nutella jea
tapi roti laks habis [dalam hati siapa laks makan habis roti aku nie]
malam tadi sebelum tidor dah check confirm ada lagi lebihan roti
tiba-tiba mati kutu taktahu nak makan apa

mr.hubby cakap makan jea la nasi dengan goreng telor
aku cakap taknak sebab dah bosan makan telor goreng
tengok nasi ada
telor ada
terus mentol di kepala menyala eheh
ok buat nasi goreng

mr.hubby cakap sempat ker nak buat
tinggal 10 minut jea lagi
ok takper sempat nie...

mr.hubby just minum milo yang aku buatkan
sambil aku siapkan semua bahan
sambil aku minum milo
siap semuanya
duduk bersila
Bismillah dengan sesudu nasi goreng nak masuk ke dalam mulut
baru nak masukkan
azan bergema
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

asal tak sempat nak makan nie
terus letak semula
mr.hubby cakap makan jea la tak payah puasa
dah penat masak tapi taknak makan
aku cuma balas "takper la dah minum air tadi"
teruskan jea la puasa
sayang jea taknak puasa
tinggal 2 hari lagi nak ganti puasa nie
esok last

huhuhuhuhuhu sedih ada
lawak pun ada
ok la pada yang berpuasa hari nie
ganti ataupun puasa sunat
Selamat Berpuasa...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 16 July 2012

Berpuasa Tapi Tidak Bersolat...Hukumnya?

Soalan; ustaz, apakah diterima puasa orang yg sengaja meninggalkan solat? kerana saya melihat ramai orang yg berpusa tapi tidak mengerjakan solat.

Jawapan;

Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.

Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).

Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut. Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”. Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu.

Wallahu a’lam.


Mencari ilmu sebab ramai zaman sekarang nie umat islam berpuasa tapi tidak ramai yang melakukan solat yang WAJIB kita lakukan..jadi harap dengan ilmu nie dapat kita ambil iktibar.


sumber info.


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 18 July 2007

MENU BERBUKA PUASA

semalam aku layari internet n byk lah tgk laman web resepi..rasa mcm2 yg nk aku msk utk menu berbuka petang semalam..jd aku dah decide utk msk coslow, ayam panggang, puding gula hangus & potato pai..pas balik keja aku g kedai utk beli bhn masakan..sampai umah dah kol 7.25pm, lahh maner lah sempat utk memasak, jd time berbuka aku n sayang cuma mkn nasi & lauk yg telah maa msk (tapi mkn sikit ajer lah), pas mkn aku sambung lah keja aku utk memasak aper yh telah aku plan td. aku msk puding gula hangus 1st (sbb senang ajer)dah siap semuanyer utk msk puding aku g solat magrib dulu..

pastu aku msk plak potato pai..nasib baik lah sayang tolong jd cpt lah masakan nie siap..x jd lah nak wat coslow n ayam panggang sbb kesuntukan masa sbb potato pai siap pun dah kol 10pm, klu msk yg dua menu yg lain lg lah lama..bila puding dah sejuk aku potong2 utk bg org kat kedai rasa..bila aku rasa alahai rasa pahit sikit lah..baru aku teringat time aku msk gula mmg hangus skit uwaaa x jd sgt lah puding aku nie..bila mkn potato pai sedap lah plak eheh..semua yg mkn puji potato pai aku..ok lah 1st time buat dah menjadi tapi puding lah yg x menjadi..xperlah next time kena buat lg nie..

aku tunjukkan hasil masakan berbuka puasa semalam :


puding gula hangus


1st time buat - rasa pahit skit


potato pai - sedap sangat


isi dalam potato pai - yum yum


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi