Showing posts with label raya 2013. Show all posts
Showing posts with label raya 2013. Show all posts

Thursday, 15 August 2013

Raya ke Dua kami di Sijangkang

selepas beraya di rumah my BFF
terus gerak balik ke Sijangkang
sampai di kg pukul 6.30pm

masih lagi terasa kemeriahan di kg
sebabnya semua ada berkumpul
dalam family sebelah mr.hubby
cuma kami sahaja yang masih ikut giliran untuk pulang beraya
sebab adik beradik yang lain mertua sudah tiada
jadi memang pulang ke rumah ikut sebelah suami/isteri sahaja
raya ke tiga baru masing-masing keluar beraya ke rumah adik beradik

macam aku still kena ikut giliran
sebab ada mak bapak lagi kan
jadi kenalah bersikap adil dan saksama :)

selepas isyak baru kami beraya ke rumah m.cik dan p.cik sebelah mr.hubby
jalan kaki jea sebab rumah sebelah menyebelah dengan rumah mak mr.hubby
hanya satu malam habis semua rumah kami round
hehehehhehe mengutip duit raya jea si umairah dan umar


--snap-snap gambar dalam kereta dalam perjalanan balik ke kg--
suka tengok gelagat umar bila bergambar
korang tengok jea lah peel si bam bam tu

--one happy family--
kesian umairah tangan terluka jatuh sebab tersadung

--tinggal kami bertiga sahaja--
susah betul nak ambil gambar sekeluarga
kalau umairah ok
umar laks tak ok
kesudahannya kadang-kadang kami berdua jea dapat bergambar

nie yang terfikir nak buat gambar family kat studio
senang ada orang snapkan gambar
confirm budak berdua nie akan duduk senyap jea


--rumah mak mertua ada bela kucing--
jadi tu yang susah sangat nak ambil gambar
sebab si bam bam sibuk nak bagi kucing makan
sabar jea lah...

warna warni di hari raya..

korang tahu tak yang buat outdoor photoshoot yang harganya murah...
kalau ada bagitahulah...
nak jugak bergambar family dengan elok huhuhuhu




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 14 August 2013

Balik Kampung

raya pertama di waktu pagi kami di Kundang
tengahari baru kami berangkat balik ke Melaka
tapi perjalanan balik ke Melaka ambil masa 3 jam perjalanan
memang sakit pinggang dibuatnya
biasanya perjalanan hanya mengambil masa 2 jam sahaja
tapi disebabkan jem di nilai dan di Seremban
terus kematu bontot duduk dalam kereta
emmmmm ramai yang balik kampung halaman di hari raya pertama

kami sampai di rumah Pak Long pukul 3 lebih
terus baring untuk luruskan pinggang
memang keletihan
tapi tak boleh nak buang masa
sebab dalam masa sehari mesti marathon habiskan beraya di semua rumah m.cik dan p.cik
sebab kena bertolak balik jugak ke rumah
tak kesahlah pukul baper habis beraya
sebab raya ke dua nak balik ke Sijangkang
nak lama skit di rumah mertua sebab bulan puasa kami memang tak tidor di kampung
kesian pada mr.hubby dan anak-anak yang rindu pada neneknya


--jalan jem tu start dari nilai--
pengsan kami dalam kereta
nasib baik lah kereta auto
jadi kaki taklah kejang nak tukar gear jea

--hilangkan kebosanan dengan snap snap gambar dengan anak-anak--
pastu kami sambung tidor hahahahahha

--umar pakai kpiah babahnya--
emmmm cute tak saya :)

--nasir di rumah p.long--
terlupa nak bergambar di rumah p.long
kepenatan sangat sampai tak berminat nak bergambar sangat

paling suka beraya di rumah pak long sebab ada rendang kerbau
perghhhhhh memang banyak la makan
sampai 2x m.long tambah rendang kerbau dalam bekas
setahun sekali tu dapat makan rendang kerbau nie
memang terbaikkkkkkkkkkk

puas sudah melantak di rumah pak long
kami gerak ke rumah mak su laks
kat sini kami makan kuih raya jea
memang tak larat nak makan lagi
sudah full house di buatnya

--bergambar dengan mak su--
anak-anak makan buah rambutan
pokok tengah membuah dengan lebatnya

--kami lebih selesa duduk berborak di luar rumah--
sejuk jea..

kemudian kami singgah ke rumah family pak itam
tapi kami duduk di luar jea
ramai sangat tetamu di rumah mak itam
kami lepak jea di luar
dan kebetulan family pak long sampai sekali untuk singgah beraya
jadi kami di luar lebih sibuk bergambar dari nak makan hahahahahaha
borak sekejap dengan mak itam dan pak itam
baru kami gerak ke rumah mak lang laks

--kami lepak di luar jea--
bersama dengan family pak long
nie sedikit jea kalau berkumpul semuanya emmang tak muat dalam gambar hehehehehe

--aku dan lini--
bergambar ala-ala loving gitu
di bawah pokok klapak :)

--yang lelaki sibuk berborak--anak-anak sudah kepenatan tapi tetap maintain dengan berbaju raya--

kemudian kami singgah ke rumah mak lang dan pak lang
cuma masa kami sampai pak lang baru jea keluar beraya
nasib baik masa kami sampai adik sepupu ada di rumah
kami lepak sekejap untuk solat asar dan berehat sekejap
--kami bergambar di luar rumah pak lang--
makin cantik rumah pak lang

--anak-anak sibuk bermain di halaman rumah atuk langnya--
siap kutip mercun bola lagi
buat main-main - takyah risau mercun bola nie bekas jea 


--aku..mak dan nasir--
masing-masing sudah keletihan tapi tetap nak habiskan jugak beraya di semua rumah adik beradik mak

kemudian kami singgah ke rumah mak ndak
di sini kami mandikan anak-anak dan solat magrib dan isyak sekali
siap makan malam sekali di sini
kesian pada pak ndak sebab mata sudah tak nampak selepas buat laser
gara-gara kencing manis
dapat jugak berjumpa dengan anak cham
comel sangat
tak bergambar pun di sini huhuhuhuhu
kelupaan betul lah

anak-anak lepas sudah mandi
lagilah bertambah aktif sebab badan sudah segar
mak pak dia jea yang makin keletihan

kemudian kami singgah ke rumah pak uda dan mak uda
rumah last yeayyyyyyyyyyyyy
berjaya jugak menghabiskan raya di rumah m.cik dan p.cik
di rumah pak uda memang kami beraya lama
di sini kami bertembung sekali lagi dengan family pak long :)

pukul 12 lebih baru kami bertolak balik
yang ikut balik cuma ayah jea
mak dan family lini bermalam di hotel
sebab esoknya nak beraya ke Gemas
tahun nie aku memang tak dapat nak follow mak ke Gemas
sebab tak ambil cuti raya pun
dan hari sabtu mr.hubby sudah bekerja
jadi memang raya ke dua memang kena berada di rumah mertua

--di halaman rumah pak uda dan mak uda--

m.cik dan p.cik aku nie semuanya adalah adik beradik mak aku
semuanya tinggal di 
kuala sg.baru
pengkalan balak
paya pa'abas
alor gayah

tahun nie beraya memang tak berkesempatan untuk cuti-cuti malaysia pun
sedihnya
mr.hubby laks raya ke tiga sudah kembali bekerja
tapi hujung bulan kami sudah plan akan bercuti
suka suka sukanya...

warna warni di hari raya...



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Alhamdulillah
diberikan kesempatan lagi untuk beraya bersama ahli keluarga tersayang
tahun nie beraya di rumah family aku
cuma adik lelaki Sobri tak dapat nak beraya sekali
sebab sehari sebelumnya dapat berita mengejut
m.cik adik ipar meninggal
jadi nak taknak kena jugak la follow family isterinya balik ke Perak
untuk ziarah dan terus beraya di sana terus

pagi raya macam biasalah
sibuk menguruskan anak-anak
umairah dan umar suka sangat bila dapat berpakaian baru
masih kecil lagi dan tidak mengerti maksud sebenarnya hari raya
apa yang dorang tahu raya untuk happy dan kutip duir raya sahaja hehehehehe
takper besar skit pasti akan faham maksud sebenarnya 1syawal

bangun pagi siapkan juadah untuk bersarapan
dan terus bersiap-siap untuk bersalaman antara ahli keluarga
paling syahdu nie ;)
apa-apa pun raya tahun nie membahagiakan 

--mak dan ayah--

--umairah bergaya dengan baju peplumnya--
macam-macam aksi si kakak nie berposing

--umar si bam bam--
susuh betul nak snap gambar si kecik nie dengan pakai songkok

--umairah..pija dan umar--
masing-masing berpeplum

--one happy family--
tema tahun nie hijau

--bersama-sama cucu tersayang--

--family kami--
tema tahun nie tak sama
last minute terpaksa tukar
sebab umairah tetap nak baju warna pink
tema tahun nie carca marba ")

--family lini--
msing-masing serba hijau

--si bongsu bersama dengan mak dan ayah--
umar yang sudah masam mukanya
macam mana boleh terselit si kecik nie

warna warni di hari raya...




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 13 August 2013

Malam Raya

malam raya kami berangkat sekejap balik ke Siangkang
memandangkan tahun nie turn beraya di rumah parents aku
jadi malam raya akan balik sekejap ke rumah mertua
perjalanan balik ke Sijangkang memang lengang jea jalan rayanya
pasti ramai sudah balik ke kampung halaman

kami balik setelah siap semua persiapan
yang wajib menu hidangan raya yang penat di masak di dapur
akan di bawak sedikit untuk mak mertua dan keluarga sebelah mr.hubby
hari sebelum raya memang hari yang amat memenatkan badan
keletihan sangat-sangat
masa berbuka pun bukan nasi yang di cari tapi air yang di cari dahulu
aku rasa setengah jug air aku sorang jea yang hadap kot
kehausan gila-gila
makan skit jea sebab dah kenya dengan air

last berbuka memang sedap sangat mak masak
nasi minyak
sayur acar
daging rusa masak sambal hitam

walaupun menu terhidang sedap sangat
tapi air jugak yang nampak palig sedap hahahahahha
1/2 hari di luar membeli barang-barang untuk di masak
1/2 hari lagi masak kek dan mengemas rumah
yang last minute baru dapat mengemas..memang macam kapal karam rumah mak aku tu
umairah dan umar memang kuat menyepahkan orang
jadi kalau kemas awal-awal pun tetap akan bersepah jugak

sebelum nie ingat memang tak dapat tukar duit raya
tapi last minute dapat jugak tukar duit RM1.00 untuk RM100.00
alhamdulillah
jadi sempat lagi mr.hubby menyumbat duit raya ke dalam sampul raya sebelum balik ke kampung

sepanjang perjalanan umairah
menyanyi lagu Balik Kampung
seronok jea dengarnya :)

--mr.hubby tekun memasukkan duit raya ke dalam sampul--

--sebelum balik kg..kita bergambar dahulu--
tema kami malam raya ialah berjubah :)


--di hadapan rumah mertua--
di kelilingi oleh pelita di halaman rumah
memang cantik :)

--aku dan mr.hubby--

--with MIL--
anak-anak sudah berubah wajah
dah tak larat nak berjubah
umairah pun dah ngantuk sangat waktu nie
ialah sudah pukul 12 tengah malam
tapi sempat lagi nak bergambar-gambar
hehehehehhe

bila balik ke rumah MIL
pasti akan bawak sekali mangkuk tingkat
macam orang-orang dulu :p
macam-macam boleh isi dalam mangkuk tingkat

--ketupat yang mak aku anyam sendiri--
aku jea yang tak pandai nak anyam ketupat
tahu makan jea :p

--rendang itik--
rendang kerang
ketupat
kek batik berbadam
kek orange moist - kesukaan mr.hubby
hari raya mesti kena buat kek orange nie

kami sampai di rumah pukul 1 lebih
memang kepenatan
sebab paginya kena bangun awal untuk sambut raya laks...

riang ria di hari raya..



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi