Showing posts with label sakit perut. Show all posts
Showing posts with label sakit perut. Show all posts

Tuesday, 1 September 2015

Bila MC

hari nie ena mc
kepenatan dan perut meragam
asyik ulang alik ke toilet jea
memang tak menahan la

kepenatan sebab 3 hari kami sekeluarga bercuti ke kuala terengganu
nanti ena story pasal percutian kami sekeluarga
memang seronok ke sini
rasanya akan repeat lagi sekali ke sini
memang syurga makan =)

mr.hubby kerja malam
jadi siang memang mr.hubby ada di rumah
nasib baik mr.hubby ada
boleh la melayan anak-anak sekejap


umar siap-siap nak ke sekolah tadikanya
hari nie smart betul anak ibu 
pakai kopiah baru yang beli di KT
murah jea beli di sana
kalau di sini memang puluh ringgit
beli di KT cuma RM12.00 sahaja
murah kan


dalam pukul 12tgh ena pergi klinik
minta ubat garam
dah tgh pun tak baik-baik jugak
kenalah jumpa dengan doc kan
takut melarat jea nanti

bawak sekali umairah
ingat nak trim skit rambut umairah bagi nampak kemas
nampak berserabai sangat...

kannnn..nampak berserabai jea kan
jadi minta amoi tu trrim rambut umairah di bahagian depan dan tepi telinga...

selamat bekerja rakan semua..
nak tidor semula lepas makan ubat



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 7 June 2013

Masalah yang serupa..seksanya bila tak dapat nak membuang..

Hari nie genap 7 hari tak dapat nak membuang..seksanya rasa bila tak dapat nak membuang..
Adalah normal orang lain membuang sehari dua kali, tapi aku sampai 4-5 hari baru buang..senang cerita 2 kali jea seminggu..mr.hubby pelik dengan diri aku tentang hal nie..tapi nak buat macam manakan memang dalam family aku memang begini..cuma bila sampai 7 hari aku memang sudah risau..
sebab dari malam tadi perut aku sudah senak dan perut mengeras jadinya..pagi nie datang ofis rasa sangat tak selesa..

msg mr.hubby tanya nak buat macam mana, mr.hubby suruh aku minum air garam ataupun telan pil julap..arghhh sudah nak makan julap, nanti jadi lain laks..terus non-stop ualang alik ke toilet laks jadinya..
skang nie memang rasa terseksa sangat..

tadi try search google untuk cari cara untuk atasi masalah aku nie..
dapat info dari MyMetro..masalahnya sama macam aku jugak..
jom baca sama-sama..

Sembilan hari tak buang air besar

APAKAH rawatan untuk pesakit yang mengalami kesukaran hendak membuang air besar, usus sempit dan risiko mengambil pil pelawas (pil kurus)?

Saya seorang wanita berumur 38 tahun. Masalah saya sejak melahirkan anak yang keempat lapan tahun lalu adalah kesukaran membuang air besar hingga adakalanya membuatkan saya sembelit.



Paling lama saya tidak membuang air besar selama tujuh hingga sembilan hari sehingga saya mengalami pening kepala, loya dan perut senak. Malah saya terpaksa mengambil pil kurus hanya untuk melawaskan masalah buang air besar.

Saya sudah beberapa kali ke klinik tetapi ubat (cecair jernih) yang diberikan tidak berkesan. Nasihat doktor supaya banyak­kan minum air dan makan makanan seimbang juga sudah saya ikuti tetapi tidak berhasil. Saya juga cuba makan betik dengan banyak setiap hari selama seminggu tetapi gagal.


Untuk pengetahuan doktor, keturunan saya ada mengalami sakit barah usus dan ini membuatkan saya takut. Saya ada bertanya soalan kepada doktor di klinik yang pernah saya kunjungi, ada yang mengatakan mungkin usus saya sempit. Apakah pandangan doktor mengenai masalah saya ini? Apakah rawatan terbaik untuk mencegahnya daripada merebak dengan lebih teruk?


LIN,
Shah Alam Selangor


KESUKARAN membuang air besar sering dikaitkan dengan kurang meminum air dan mengambil makanan berserat (buah-buahan dan sayur-sayuran).

Lazimnya keinginan membuang air besar dirasai setelah makan. Anda mungkin perlu meluangkan lebih masa seperti melatih anak kecil membuang air besar. Meminum lapan hingga 10 gelas air setiap hari, mengelakkan meminum teh serta membiasakan diri ke tandas sejurus terasa ingin membuang air besar dapat membantu. Jika diabaikan keinginan awal itu (lazimnya kerana sibuk di tempat kerja ataupun ingin menangguhkannya), ia boleh menyebabkan tanda ingin membuang air besar terbantut.

Pada masa sama, anda juga boleh menjalani pemeriksaan usus oleh doktor pakar pembedahan am contohnya menjalani pemeriksaan kolonoskopi. 

aku rasa bab minum teh kot..sebab family aku memang sentiasa minum air teh..kurang minum air masak..makan nasi pun minum dengan air teh..

korang ada cara tak untuk mengatasi amsalah aku untuk masa skang nie..
dah sakit sangat nie..


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi