Showing posts with label satay. Show all posts
Showing posts with label satay. Show all posts

Friday, 22 February 2013

Satay Subang

korang suka makan satay tak
di tempat korang satay aper yang popular
kalau di area rumah aku nie
yang aku suka pergi ialah

satay hj.samuri di hiway guthrie
satay mahadi
dan satay subang

malam tadi mak ajak makan satay
jadi aku decide makan sahaja di satay subang
malas nak pergi jauh-jauh
satay sini pun ok jea
biasa kalau makan satay beli bungkus jea
tapi malam tadi sajer jea nak makan di luar
lagi boleh la bawak mak jalan-jalan di luar

baru tahu di sini ada jual macam-macam pilihan
macam tamak jea selera aku malam tadi
emmmmm
kusudahannya tak habis pun
satay ayam 20 cucuk
satay daging 5 cucuk

order rojak sotong
sedap jugak

order mee sup
untuk umairah
makan skit jea budak berdua nie
kesudahannya bungkus bawak balik

baca doa sebelum makan
umairah bacakan
Amin

umar yang sudah tak sabar nak makan
mee sup makan berdua dengan adiknya
nasib baik la anak- anak aku nie jenis boleh berkongsi jugak

kami bertiga
sila abaikan muka aku yang semakin tembam tu :p

balik rumah terus kebabom
ngantuk gila tahap cipan...
pagi tadi baru kemas baju-baju anak untuk di hantar ke nursery
selalu buat sebelum tidor 

nie la kerja tambahan seorang ibu huhuhuhu



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 30 November 2012

Salah Dapat

malam tadi lepas balik dari Econsave
singgah sebentar ke stall satay mahadi kuang
suka makan satay di sini
memang kena selera kami sekeluarga
ayam dan dagingnya memang lembut
dan kuah kacangnya sangatlah berlemak dan pedas

Ayam - secucuk 70sen
Daging - secucuk 80sen

memandangkan di rumah tak ramai orang
jadi order satay ayam 30 cucuk sahaja
sambil menunggu dalam kereta
borak-borak dengan umairah dan umar
banyak soalan m.cik kecik nie
naper tak tunggu di luar
naper orang tu kipas satay
naper kita tak makan sini jea
naper kita tak ajak wan 
naper naper naper
pening aku nak jawab hehehehehhe

semuanya KENAPA???

tapikan sampai di rumah
keluarkan satay dari plastik
aku dapat....
SATAY DAGING huhuhuhuhu
di rumah penggemar satay ialah satay ayam
tapi sebab dan dapat makan jea la
kalau makan di gerai confirm minta tukar semula
nie makan di rumah..makan ajer la
nasib baik sedap dan lembut jea dagingnya

umar memang suka makan daging
jadi bila makan satay daging memang no hal bagi umar
banyak jugak si bam bam nie makan

umairah jea tak makan
cuma makan nasi himpit jea
sibuk suruh snap gambar dengan buku mewarna barunya
beli di econsave

skang nie kalau beli mesti kena beli 2
kalau beli 1 confirm berebut
takut tengok kalau budak berdua nie bergaduh
selalu kalah mesti umairah
kesian kakak hehehehhe

korang suka makan satay tak :D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 6 April 2012

Satay Yang Sedap - Mahadi Satay, Kuang

satay..
siapa jea yang tak suka makan satay
macam-macam jenama satay yang ada di malaysia nie
pilih jea
kalau area rumah aku nie
sebelum nie satay yang menjadi pilihan family aku sudah semestinya
satay subang - sedap
tapi lately nie satay dia dah tak sedap
jadi bukan lagi fov kami nak makan satay
jadi skang nie satay pilihan kami adalah Mahadi Satay
memang sedap
stall satay nie
sebelah hentian bas jea
aku rasa sesiapa yang tinggal di area kuang dan kundang pasti kenal stall satay nie
kuah dia memang power
lagi satu aku suka dengan satay mahadi nie
sebab dorang akan bagi sekali bawang
tempat makan satay lain mana ada letak bawangkan
kalau minta pun mesti bagi alasan
bawang  takder

mahadi satay
memang fov kami sekeluarga
jemput makan :p


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi