Showing posts with label upin dan ipin. Show all posts
Showing posts with label upin dan ipin. Show all posts

Friday, 2 August 2013

Seronoknya Jumpa Upin dan Ipin

kalau tanya budak-budak
pasti kenal kerekter kartun Upin dan Ipin kan
umairah suka betul tengok kartun nie
umar laks suka sangat dengan kartun Boboi Boy

kebetulan kami berbuka di Restaurant Upin dan Ipin hari selasa yang lalu
turun sahaja dari kereta
terus jea umairah berlari ke ofis Les Copaque
mr.hubby memang parking betul-betul depan ofis nie

biasa aku yang selalu minta umairah bergambar kan
kali nie umairah yang minta aku ambil gambar dia
semua dinding la dia nak bergambar
tak dapat bergambar dengan maskot upin dan ipin
dapat bergambar pada dinding upin dan ipin pun jad lah :)

jom layan gambar umairah dengan kerekter kartun Upin dan Ipin










seronok umairah dapat datang ke sini
becok mulutnya bertanya itu ini
hehehehhehe

anak suka
ibu pun suka...





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Restaurant Upin dan Ipin Seksyen 7 Shah Alam

nie adalah 2nd time aku datang ke Restaurant Upin dan Ipin nie
last pergi tahun 2011 masa preggykan umar
sambut birthday umairah di sini

selepas penat shopping
dan kebetulan kami di Tesco Extra
terus ajak mr.hubby berbuka di Restaurant Upin & Ipin
senangkan sebab belakang Tesco jea
memula nak tengok dulu, kalau ramai orang kami makan di tempat lain jea
bila lalu tu tengok orang tak ramai
terus jea mr.hubby parking kereta

mr.hubby dan mak pergi dahulu masuk ke restaurant
tapi aku layankan perangai umairah nak bergambar dengan upin & ipin :)
nanti aku tepek gambarnya di sini erk

--restaurant nie bersebelahan opis Les Copaque--
umairah memang teruja bila dapat makan di sini
masa mula-mula datang dulu umairah baru 2 tahun
jadi tak reti sangat pasal upin dan ipin nie

kali nie datang umairah memang terlebih xcited
dia yang request nak bergambar dengan upin & ipin

--di hadapan restaurant--


--menu yang comel sangat--
watak-watak yang ada dalam upin & ipin
umairah suka jea ngan menu nie
siap cakap nak bawak balik
habis la hehehehehhe

untuk cepat dapat hidangan
kami terus order set menu A
kami sampai duduk sahaja azan sudah kedengaran
brbuka dahulu dengan buah kurma dan kuih

--umairah dan umar yang duduk diam jea--
kepenatan seharian ikut ibu dan babahnya yang gila shopping ahaks
tengok la umar sambil duduk sambil minta urutkan kaki dia :)

umairah laks leka tengok kartun upin dan ipin
anak-anak makan roti canai jea
taknak makan nasi sebab dah kenyang makan pelbagai jenis makanan di dalam kereta 

--suasana di dalam restaurant--
tenang dan selasa

cuma kemudahan surau yang disediakan tidak selesa
untuk lelaki boleh la solat di situ
tapi kalau kaum perempuan nak solat mungkin tidak sesuai
sebab akan nampak kelibat kita..
jadi mr.hubby minta jea aku dan mak solat di Petronas
sambil mandikan anak di situ..
barulah anak-anak akan segar semula

--set menu A--
RM30.00
untuk makan 2 orang [dalam menu tulis lah]
tapi bagi aku menu nie sesuai untuk makan 4 orang ~ banyak tu
2 pinggan nasi ~ mr.hubby minta extra nasi
tomyam seafood
sayur kailan masin
ayam masak merah
telor bungkus bistiks
air ikut kita nak air apa - kami order air teh o ice

--aku laks order sirloin steak--
RM18.00
tekak nak sangat makan western foods
tapi bila cebisan daging masuk ke dalam mulut
emmmmmm terus putus selera
tak sedap huhuhuhuhu

coslow pun tak segar ~ terasa masam sedikit
tengok dalam gambar pun tahu dah simpan lama dalam fridge kan
lepas nie nak makan western foods pilih jea restaurant yang betul-betul specialty dalam masakannya
kecewa...


--kami sekeluarga--

--sebelum balik minta anak-anak bergambar di sofa mengadap wall dinding yang ada karektur upin & ipin--
umairah siap ajak datang lagi ke sini
emmmm lain kali yea umairah :)

masa bayar di kaunter
kena pau dengan umairah dan umar 
minta belikan kipas upin & ipin
satu harganya RM5.00
total kena charge makan di situ RM62.00
emmmm ok la...

korang dah pernah datang ke sini...
apa pendapat korang
aku rasa harga dia mahal skit la kan...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 20 March 2012

Rasa Macam Nak Bawak Pergi Tapi

bila tengok belakang komik upin & ipin 
akan buat tayangan pementasan di Istana Budaya
rasa hati nak bawak umairah tonton cerita nie
tapi bila tengok harga tiket mahal terus kena fikir budget laks
huhuhuhuhu

nak tengok harga-harga tiket

tapi nak tengok gak
tak pernah lagi jejakkan kaki
masuk ke Istana Budaya huhuhuhuhu

hari nie masuk lambat skit
bawak umar pergi check up
selamat bersarapan yea


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi