Showing posts with label warisan rimba. Show all posts
Showing posts with label warisan rimba. Show all posts

Monday, 30 December 2013

Mandi Manda di Warisan Rimba Ulu Klang Kemensah

esoknya 25.12.2013 masing-masing bangun awal
tak sabar nak trejun kolam lagi
umairah dan umar memang bangun lambat
jadi kami tinggalkan sekejap sebab nak cari bfast
jangan risau kalau korang takder plan nak masak apa-apa di sini
korang boleh turun semula
sebab perkampungan di bawah tu ada jea gerai-gerai menjual sarapan dan makanan
kalau korang malas nak keluar
korang boleh jea suruh kak Elly masakkan untuk korang
dapat bill korang bayar jea lah hehehehe
baper yang kena charge

pagi tu..beli nasi lemak
dan mak dan mak uda goreng nasi goreng
goreng karipap dan buat sandwish
sangat-sangatlah best
lepas berendam makan lagi
pastu sambung berendam lagi hahahaha
tulah kerja kami masa tu
berendam sampai kecut-kecut satu badan

--pemadandangan kolam di waktu pagi--
memang hijau jea airnya
sangat-sangat best

--sarapan pagi yang sangat menyelerakan--
tak pikir pasal diet pun
makan jea lah
roti sandwish memang terbaik
memula makan macam tu jea
tapi idea dari pak uda yang bakar atas bara api
makan garing jea..sedap betullah
sekejap jea licin
sebelum bakar semua orang tak pandang pun nak makan sandwish tu
terbaiklah pak uda =)

--umairah dan umar pun suka--
ntah baper kali berendam budak berdua nie--
naik makan pastu berendam semula


--kami sekeluarga berendam--
berendam pagi-pagi memang best dan ada privacy
sebab orang takder lagi
jadi best jea mandi

--one happy family--
anak-anak paling seronok sebab anak-anak memang suka mandi kolam

--mak dan mak uda--
sobri dan dayah
lini dan apis
umairah dan pija

--kolam untuk anak-anak--
besar dan selesa

--sambil menunggu anak-anak yang taknak naik--
kami snap-snap tepi kolam
masing-masing menunggu di tarik ke dalam kolam hehehehehee

Berminat untuk datang ke sini
kak Elly : 013-337 6934
bermalam RM80.00
walk in waktu siang RM50.00

selamat bercuti


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

BBQ di Warisan Rimba Ulu Klang Kemensah

hari selasa lepas
kami sekeluarga bercuti ke Warisan Rimba
belakang zoo negara ulu kemensah
nie adalah kali ke dua kami bercuti ke sini
tempatnya memang seronok
di sini kami tak mandi air sungai pun
tapi kami mandi air bukit yang rasanya sangat warna [suam-suam kuku airnya]
jadi mandi waktu malam memang takder hal punya
takder arsa sejuk pun
cuma bila naik dari kolam
perghhhhh menggigil-gigil tu ngeeeee

sempena cuti xmas kami lepak di sini habiskan cuti
kami bergerak dari rumah hari selasa lepas 
lepas waktu magrib baru kami gerak ke sana
naik 3 buah kereta
seronok snagat sebab family mak uda pun join percutian kami kali nie
kami ambil 2 buah chalet
1 chalet untuk lelaki
1 chalet untuk wanita

kalau korang jenis yang cerewet nak tidor di luar
dinasihatkan supaya tak perlulah tidor di sini
sebab biliknya hanya disediakan katil bujang dan tikar plastik jea alasnya
kalau nak bermalam di sini
siap sediakan segala kelengkapan yang lengkap kalau nak selesa
memang kami bawak macam-macam datang ke sini
toto..selimut..bantal..tikar..
dapur..pan..kettle..mcm2 lah kelengkapan untuk memasak
siap bawak beras lagi tu hehehehhe
kata nak selesa kan
bawak jealah macam-macam..buat macam nak kita nak pergi bercamping ;)

kami sampai dalam pukul 8.45pm
sampai jea terus jumpa dengan kak Elly
dan dapatkan kunci bilik dari kak Elly
dapat bilik kelah dan kelisa
anak-anak memang dah tak sabar nak mandi kolam
emmmm sabar jea lah
kaki dah celup-celup dalam kolam
mak bapak sibuk uruskan barang keluar dari bonet kereta

terus sediakan bahan untuk buat BBQ
meriah dan happening sangat
nak-nak kami jea yang conquer area situ
kolam pun kami yang conquer
memang best...jadi takder lah rasa segan nak mandi ker..nak terjun tiruk ker..
sebab takder orang nak memerhati hehehehhe
sebab tu kami suka bermalam sebab boleh mandi puas-puas waktu malam
waktu siang ramai sangat orangnya

waktu pagi dari pukul 7am sehingga pukul 11am
orang still kurang lagi
lepas pukul 11am orang memang ramai
nak mandi pun rasa macam tak selesa sangat
jadi pukul 2 lebih kami dah balik
taknak lepak sampai ke petang...
jadi aku suka nasihatkan kawan-kawan yang nak datang ke sini
lebih best datang waktu malam...

berminat untuk datang ke sini
boleh contact dengan 
KAK ELLY : 013-324 5916
WARISAN RIMBA

--selamat datang ke warisan rimba--
sangat-sangat mendamaikan

--BBQ time--
memang macam-macam ada
udang..ketam..sotong..ikan..ayam..
yang paling best buat sotong ala-ala satay
memang sedap

--macam-macam ada--
pilih sahaja apa yang nak di makan

--kami yang orang perempuan yang menyiapkan segala benda--
orang lelaki hanya bakar-bakar jea
anak-anak sibuk berendam sudah

--waktu membakar memang best--
sambil melompat dalam kolam
sambil membakar
syorkkkkk tu
naik atas sejuk-sejuk pastu berdiri tepi tempat bakar
sedap jea kan hahahahaha

tengoklah meja kami
sarat dengan makanan
macam-macam ada hehehehehe

--kami yang gojessss gitu--
mak..dayah..lini..mak dan mak uda
semuanya sangat sporting
gelak bergembira

--anak-anak suka betul dapat berendam--
naik untuk makan jea dan minum susu

--aktiviti berendam yang paling best--
yang lelaki mandi sampai pukul 3pagi
kami pukul 12 lebih dah naik
tak larat nak berendam lagi
takper kita sambung berendam esok jea

--my sweetheart mr.hubby--
syorkkk tu dalam sejuk-sejuk tu dapat peluk mr.hubby
hangat-hangat gitu
hahahahaha gatal gitu

--umairah--

--umar--

rasanya tak ramai yang tahu akan tempat nie
tapi bila sudah jejakkan kaki di sini pasti akan kembali semula
seronok sangat



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 26 April 2013

Warisan Rimba ~ Chalet dan Kemudahan

last entry mengenai Warisan Rimba
entry nie lebih kepada menjawab persoalan teman-teman blogger
mengenai Warisan Rimba
jadi senang terus jawab dalam satu entry eheh
mudah-mudahan jawapan yang diberikan dapat memberi manfaat kepada mereka yang malu untuk bertanya

kalau korang berminat untuk bermalam di sini
dinasihatkan supaya fikir banyak kali
kalau korang memang yang jenis tak kesah
dan sudah biasa tinggal di kampung mungkin korang tiada masalah untuk bermalam di situ

biliknya memang kecil
hanya disediakan katil bujang
dinasihatkan untuk bawak toto..selimut..bantal untuk keselesaan diri sendiri
untuk yang tak tahan dengan gigitan nyamuk sila bawak ubat nyamuk sekali

di sini tiada bilik air dan toilet dalam bilik
korang kena bersedia untuk menggunakan bilik air dan toilet di luar dan perlu berkongsi dengan orang lain
tahap kebersihan memang ok
tak kotor dan memang terjaga kebersihannya

pemilik tempat ada menerima khidmat menerima tempahan masakan
jadi korang boleh terus order dengan owner untuk makanan
untuk sarapan aku memang minta kak Elly masakkan
order bee hun goreng dan sejag air teh susu ~ untuk makan 6 orang

harga chalet untuk bermalam ialah RM80.00
harga chalet untuk tukar pakaian dan letak barang ialah RM50.00


Nafira :
bestnyeeee!! BBQ tepi sungai.. layan habes~
ade kedai makan tak kat sana?? periuk letrik tuh bawa siap2 ke?
memang ada kedai makan disediakan
owner ada menyediakan pelbagai masakan mengikut apa yang kita nak makan
lepas makan bayar..
memang aku ada bawak periuk nasi dan kettle
sebab memang tahu di sini tidak disediakan kemudahan tersebut

Bruder Michael
where is this nice place?
tempat nie di belakang Zoo Negara, Kemensah Ulu klang

Fifi Nadharh
ade chalet ke ena? kalau ade lagi best kan..
memang ada fifi..untuk bermalam harganya RM80.00
untuk mandi sahaja tapi tetap kena amik chalet harganya RM50.00
kalau biasa duduk kampung chalet dia memang macam tu la
just basic jea

Jebateja
mcm ne plak pasal makan.....best aa info ni...den suka......
pasal makanan sama ada nak bawak sendiri
ataupun boleh jea beli dari kedai pemilik tempat
semuanya ada

Cik Tia
sesuai untuk honeymoon tak kak? hehe .. betul lah akak cakap. sekali sekala cerita pasal tempat percutian pun boleh bagi manfaat dekat orang lain.
hehehehehe suka ngan soalan nie
rasanya tidak sesuai utk honeymoon la sayang
tempat nie untuk bermandi manda jea
keadaan chaletnya macam tak sesuai untuk berhoneymoon jea eheh
datang untuk mandi jea ok jea

terjawab sudah semua soalan eheh
harap bagi manfaat pada yang bertanya dan meraka yang malu nak bertanya


--chalet tempat bermalam--
kecik jea biliknya

--pintu masuk ke chalet kami--

--hanya ada katil bujang dan bantal--

--ada chalet dua tingkat--
kalau datang ramai-ramai elok amil chalet nie
lagi plak mengadap kolam
terus jea terjun tiruk keluar dari bilik hiks

--tempat BBQ yang bersih--

--toilet dan bilik air di luar--
nak basuh pinggan mangkkuk pun sinkinya di luar

--surau pun disediakan--
bersih

--ada dewan kalau nak buat khursus di sini--
muat untuk 40 orang

--pemilik ada kedai makannya sendiri--
boleh order makanan dan minuman di sini

kalau korang berminat nak datang mandi manda di sini
dan berminat nak tidor sekali
korang boleh contact :

Warisan Rimba
kak Elly : 013-337 6934 




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 25 April 2013

Warisan Rimba ~ BBQ Time

kalau pergi ke tempat berkelah dan berendam
aktiviti bakar membakar nie pasti perkara wajibkan
BBQ time
di warisan rimba ada disediakan tempat BBQ
cuma bawa arang sahaja
tempat BBQ nie akan di charge RM10.00

kami check in pun sudah pukul 5.30pm
lepas masukkan semua barang dalam bilik
terus start buat bara api dari arang
cari ranting-ranting kecil untuk buat starter bara
memang mudah la nak hidupkan api "D

untuk permulaan adik ipar yang tolong hidupkan api
dan kemudian mr.hubby yang jaga api
--tempat BBQ yang bersih dan selesa--
ada jaring disediakan

--hafiz & lini--

--aku dan mr.hubby--

--perapan daging--

--perapan ayam--

--ikan cencaru/ikan jaket--

--BBQ Time--
bila bara sudah marak apinya
kerja-kerja membakar memang mudah
sedap jea baunya bila daging bau semerbak ketika di bakar

--letak sedikit dengan minyak masak--
supaya ayam dan daging tidak terbakar sangat

--paling best part makan la--

--selain ada ayam, daging dan ikan--
kami masak nasi lemak sekali
makan berhadapan sungai
sejuk..sejuk..memang makan bertambah-tambah la
sedap sangat
perut asyik lapar jea

--sedap..........--

--siap bawak dapur sekali--

lepas makan terus berendam
memang best
lepas berendam makan lagi

jadi aktiviti di sini ialah
makan..mandi..tidor..
best

kalau korang datang ke sini taknak bawak apa-apa
di warisan rimba ada disediakan khidmat masak memasak
korang minta sahaja menu untuk korang makan

untuk tempahan boleh contact :
Warisan Rimba
kak Elly : 013-324 5916




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 24 April 2013

Warisan Rimba ~ Mandi Manda Kolam Air Bukit

selalu kita dengar pasal air bukit sahaja kan
dulu ayah aku selalu pergi ke tepi jalan nak ke Puncak Alam
untuk tadah air bukit masuk dalam botol-botol besar
sebab kalau masak nasi guna air bukit nasi tahan lama dan bau nasi sedap jea
tak percaya cuba cari air bukit dan gunakan ~ pasti korang rasa teruja

kalau korang tak tahu tempat untuk di tuju untuk mendapatkan air bukit
tak payah susah-susah hanya pergi ke kg.kemensah belakang Zoo Negara untuk mendapatkannya
cari sahaja lokasi Warisan Rimba
di sini terdapat kolam air bukit
pemilik menyalirkan air bukit terus ke dalam kolam
mandi di dalam kolam nie memang menyegarkan sebab airnya panas-panas suam ~ warm
berendam lama pun tak sejuk
tapi bila naik ke atas confirm sejuk menggigil hehehehhee

sangat best mandi di sini
pasti tidak mengecewakan pada mereka yang berkunjung ke sini

--kolam tadahan air bukit--
tengok pada warna airnya
hijau jernih
kita masuk ke dalam kolam nie
kejernihan airnya sampai kita boleh nampak hujung kaki kita
tak percaya..sila la percaya "D

--dinasihatkan sila beli palampung di luar--
di sini harga pelampung sangat la mahal
tak berbaloi-baloi beli

--kami mandi manda waktu malam--
memang tak sejuk

--family adik perempuan aku ~ Lini--

--aku dan mak--

--mandi di waktu pagi sangat menyegarkan--
orang masih tidak ramai lagi di waktu pagi
mandi dengan rasa sangat selesa

--pakai pelampung tangan pada umairah dan pija--

--safe guard..mr.hubby menjaga keselamatan anak-anak--

--umairah..pija..hakim--
anak-anak sangat seronok mandi manda sampai lebam
mandi dari pagi sehingga ke tengahari

--model pool--
umairah

--boy pool--
umar

--mr.hubby bersama anak-anak--

--tangkap anak ikan hanya menggunkan tangan sahaja--
anak ikan sangat jinak

--hasil tangkapan anak ikan menggunakan tangan--

--umairah suka dapat berenang dengan sendiri--
bergerak bebas di dalam kolam

--kolam apabila sudah tengahari--
ramai pengunjung dan tiada privacy lagi
waktu paling best mandi ialah waktu malam sebab memang ada privacy
dan waktu pagi sebab tak ramai lagi pengunjung pada waktu tersebut

bermandi manda di Warisan Rimba sangat menyegarkan
sunyi dan adanya privacy

kalau korang berminat untuk datang ke sini
boleh contact 
kak Elly : 013-337 6934 



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi