Tuesday, 3 January 2012

Jom Naik Bas, Komuter dan LRT

hari nie memang kami dah plan awal-awal lagi
nak bawak umairah naik bas dan keretapi
kesian pada anak aku nie
setiap kali naik kereta nampak bas
pasti cakap "wah, bestnya dapat naik bas" umairah
kalau lalu di sg.buloh dan nampak keretapi
"ibu bila kita nak naik keretapi"umairah
sedih jea bila anak cakap macam tu
bukan taknak bawak cuma masa yang tidak mengizinkan
jadi bila dah plan nie, benda lain tak boleh nak buat la
bila cakap pada umairah pada malamnya
punya la xcited sampaikan pagi pun bangun awal

pukol 11 lebih kami sekeluarga telah gerak keluar dari rumah
sayang tinggal kami di station bas di sg.plong
tunggu 2 minute bas sudah sampai
bayar tambang untuk aku dan mak - RM2.00
umairah sudah tersengih-sengih bila dah duduk di seat
umar plak terpinga-pinga naik bas
pandang orng sekeliling
umairah lah paling becok - bnyak benda nak tanya
tapi naik bas dalam 15 minute jea
pastu turun di station komuter sg.buloh
sayang dah siap-siap belikan tiket
aku rasa aku last naik tahun 2002 atau 2003
jadi macam jadi perak gak nak tunggu ktm dan bayar tiket eheh
hampir 10 tahun tak naik ktm
kali nie disebabkan anak naik jugak la

umairah memang happy sangat-sangat la
bila ktm lalu di bahagian ke rawang
umairah siap tanya naper kita tak naik sebelah sana
aku emmang mati kutu kalau bab umairah menanya nie
jawab soalan tu nanti timbul la soalan yang lain
pening beb

kami naik ktm sampai ke KL Sentral
dalam ktm punya la ramai bangsa asing
naik takut pun ada gak
naik naik train pink kesian plak kat sayang
ialah nanti tinggal dia jea naik train lain
tak best plak nak berpisah sekejap dengan suami
tapi nasib baik la bangsa asing nie bagi tempat duduk pada aku dan mak
ialah tengok mak aku dah tua kot
dan aku plak dukung si umar tu yang bagi seat pada kami berdua


turun di KL Sentral
tak tahu nak pergi mana dah - mati kutu sekejap
sayang ajak naik LRT
ok gak jadi beli tiket
pening gak kepala nak beli tiket nie
sebab dah banyak laluan LRT nie

naik LRT best jugak
sebab umairah dapat tengok laluan di bahagian bawah bila LRT di bahagian atas
umar dah takut-takut
berpeluk kuat jea dengan babahnya

kami naik LRT sampai ke KLCC
dah lama tak masuk ke KLCC
selalu datang pergi ke taman sahaja
bawak umairah mandi di kolam klcc dan padang permainan
kali nie sahaja jea pusing-pusing di bahagian bawah KLCC
pusing-pusing sekejap
terus ajak sayang balik - bosan
sebab terasa macam diri di luar negara pun ada
ramai sangat mat bangla emmmm



layan sekejap umairah dan umar naik kereta kuning
umar bila kereta tu tak bergerak
memang eksen la pusing-pusingkan stereng kereta tu
bila kereta bergerak, terus nak keluar
penakut jugak si kecik nie

ajak balik pun payah budak berdua nie nak keluar
sampaikan orang yang beratur selepas kami naik fade up tunggu giliran
blah macam tu jea - maaf yea
pujuk jugak la umairah nie turun dari kereta nie
dapat pujuk pun sebab dah janji nak beli jajan
nasib baik la makan di pujuk

naik LRT masa balik ke KL Sentral
orang tak ramai sangat
emmang pilih train yang hujung sekali
sebab nak bagi umairah duduk di hujung gerabak
tapi takut jugak umairah memula
ialah gelap pastu bunyi macam citer hantu skit kan eheh
lama-lama skit baru ok

lunch di food court kl sentral
memang kelaparan kami semua time tu
tapi sedih baru jea beli sandal baru untuk umar
dah hilang
tertinggal masa bersihkan umar di toilet
bila masuk semula nak ambil dah takder
tanya pada pencuci pun tak nampak emmmm
kesian umar tak sampai 1/2 hari pun kasut barunya dah hilang
takder rezeki - nanti ibu beli yang baru yea

perjalanan balik naik KTM memang seronok
umar memang dah penat sangat
umairah duduk diam jea
mungkin masing-masing sudah kepenatan

sampai rumah pukol 5 lebih
masing-masing terus landing atas tilam
tidor sampai ke senja

tapi wajah ceria umairah dan umar naik kenderaan awam
membuatkan aku dan sayang pasti akan bawak untuk kali ke dua lagi
bila tak pasti lagi...tunggu masa sahaja



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi