Tuesday, 21 February 2012

Zoo Negara

zoo negara
siapa sahaja yang ada anak tengah membesar
pasti tak lengkap tak membawa anak pergi ke zoo negara
ialah mengajar anak hanya melihat di buku bergambar
jadi dapat menunjukkan binatang yang sebenar di hadapan mata
pasti terpancar wajah kegembiraan dan ketakutan di wajah anak-anak
ialah melihat di buku nampak hanya kecil dan boleh picit-picit guna tangan
tapi bila melihat realitinya
masing-masing terlopong mulut dibuatnya

jadi pemergian aku ke zoo negara adalah kali ke dua
kali pertama ketika umairah 6 bulan
pada ketika itu umairah masih lagi tidak mengenal apa-apa
pada ketika ini umairah berumur 4 tahun
banyak benda yang dia kenal
dan mulut tak henti-henti menanya soalan
umar tika ini berumur 1 tahun lebih
hanya melopong mulut melihat binatang yang bersize besar

tak lengkap rasanya kalau tak bergambar di hadapan pintu masuk zoo negara
kami datang ke sini pada cuti Thaipussam yang lalu
tak ramai sangat orang
mungkin kami datang pada sebelah petang
itu yang menyebabkan orang ramai yang sudah nak balik
tika kami plak memasuku pintu gerbang masuk

sebelum masuk lebih jauh
ada photografer yang minta kami bergambar di hadapan banner zoo negara
kalau berminat boleh membeli sebelum melangkah keluar dari zoo
emmmm harganya RM35.00
takper la baik minta mamat tu tangkapkan gambar sekeluarga kami nie

ketika menunggu giliran untuk membayar tiket masuk
sudah mahal tiket masuk skang nie kan
dewasa - RM20.00
kanak - kanak - RM6.00 
seratus lebih habis untuk membayar tiket sahaja

belajar dari kesilapan lalu
sebelum nie kami round zoo hanya dengan berjalan kaki sahaja
mampos tak hengat la bila sampai rumah
kaki penat gila
nak-nak plak masa tu mendukung umairah
serik beb
sebab tu la kami terus beratur di bahagian menaiki bas tanpa dinding
untuk melihat binatang-binatang yang ada di dalam zoo nie
tak penat nak berjalan sangat

kena bayar jugak tau
bukan free yea
Dewasa - RM2.00
kanak-kanak - alamak tak ingat plak kena charge baper

nie la rupa bas yang akan membawa pelawat mengelilingi zoo negara
tak penat kaki untuk berjalan

memula naik train nie
umar menangis
takut nampak terus di luar kot hehehhehe

binatang-binatang yang sempat aku snap dalam perjalanan mengelilingi zoo negara
umairah xcited tengaok zirafah dan gajah

berhenti sebentar di hentian seterusnya
di sini aku pusing-pusing sebentar
melihat singa, harimau dll

melepak sebentar di tepi tasik
banyak betul bangau
angsa hitam dan putih
aku ralat tengok bangau menangkap ikan menggunakan paruhnya yang panjang tu

beli air tin minuman di mesin
memang cekik darah
1 tin air - RM2.50
beli nugget 4 ketul - RM4.00
perghhhh kalau masuk takder duit lebih jangan la nak bawak anak-anak masuk
serba serbi mahal di dalam nie
boleh botak kepala dibuatnya

kami masuk ke bahagian yang ada pelbagai jenis ular
sayang berani plak nak memegang ular sawa tu
aku dah geli geleman nak pegang
umar pun menangis tengok ular tu berbelit di leher babahnya
nasib baik la umar malam tak mengigau
cian anak ibu

pastu ada tasik yang bahagian yang lain
ada flaminggo
memang cantik la jenis burung nie
kaki kalah model eheh

memandangkan ada showtime di zoo nie
kalau pagi pukul 11am
dan petang pukul 3pm
kami melihat show pukul 3pm
sebelum start tu kami melihat kawasan sekeliling

umairah memang suka tengok monyet
bila dapat tengok pelbagai jenis monyet
memang suka si kecik nie
siap buat gaya monyet berhayut lagi
bila nampak pengguin
terus cakap pingui - kerektur kartun yang dia suka

sebelum show start
mesti la bergambar-gambar di tempat showtime
sambil-sambil tu makan kudapan yang mahal gila harganya

showtime bermula
ada beberapa jenis binatang yang buat show
umar paling melopong mulutnya bila singa laut buat pelbagai aksi

habis jea show
terus bergerak balik
ialah emmang dah habis tawaf
bila kami melihat show tersebut

ketika menunggu sayang membayar duit parking
umairah dan pija berlari-lari di hadapan pintu zoo negara
tak semena-semena umairah jatuh tersungkur
sempat lagi Lini snap gambat umairah jatuh berdebuk
cian anak ibu
menangis tak ingat dunia

habis sudah story aku di zoo negara
pengajarannya bila datang ke zoo
bawak kudapan sendiri nak masuk
sumbat dalam beg sandang jea
ialah bila ada anak nie
apa sahaja yang nampak di depan mata
pasti hendak jugak
cakap la apa-apa pun tetap nak jugak

tapi apa-apa pun sejak balik dari zoo
umar suka tengok channel yang ada rancangan binatang
dan pasti akan membuat bunyi-bunyi binatang
comel jea
peace :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

1 comment:

  1. uii mahal jugak ek tiket masuk zoo sekarang... asalkan sekeluarga happy semua tu berbaloi-baloi...

    ReplyDelete

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi