Friday 28 June 2013

Pepsi Float Glass Besar di OTWC

sukanya bila 28hb 
sebab hari Pay Day..yeay
hari yang di tunggu-tungu bagi mereka yang bekerja
dan lagi suka sebab dapat duit kutu 
yes yes yes
tapi tak boleh nak suka sangat
sebab duit kutu nie nak betulkan air-cond kereta huhuhuhuhu
kereta nie tahu jea tuan dapat duit lebih kan
time nie la air-cond nak rosak uwaaaaa
memang tak bagi peluang tuan kereta nak bershopping sakan bulan nie
takper takper redha jea laaa...

macam biasalah bila tibanya hari gaji
pasti akan singgah ke TSB
untuk bayar bil di RHBank
disebabkan sudah ada di area situ
kena jea la makan-makan area si tu jugak

pilihan yang ada 
kami pilih restaurant Old Town White Coffee  ~ OTWC
--cantik laks buku menu OTWC skang nie--
nostalgia gitu

--menu untuk waktu lunch--
murah skit harganya
tapi aku dan Eikin tak pilih pun menu set lunch nie
sebab menu yang kami nak oredr takder di set lunch
nyampassss betul lah

--menu pilihan aku ialah Mee Curry--
dan minuman Sarsi Float
Curry Mee - RM10.90
Pepsi Float - RM6.30

--menu pilihan Eikin--
Asam Laksa - RM10.90
Strawberry Float - RM6.30

--Pepsi Float--
tapikan korang kalau korang nak minum Float nie kan
better minum kongsi la
sebab memang besar gelasnya..kalah glass A&W
tak habis nak minum sorang
kan membazir tak habis huhuhuhuhu

korang lunch tadi makan apa...


Running Man Datang ke Malaysia

--Ahli Running Man yang popular dan sangat kelakar--

dapat info dari mr.hubby
yang ahli Running Man akan datang ke Malaysia
wahhhhhh bestnya
tak sabar nak tengok

Jom Fiza kita ambil cuti pergi tengok dorang nie :p

[Info - Running Man Fan Meeting in Malaysia]

Date: 7 September 2013, Saturday
Place: Kenanga Wholesale City Mall, Malaysia
Attendees: Kim Jong Kook, Haha, Gary and Ji Suk Jin

** Official announcement to be released soon with their shout out video towards Malaysia fans.

[Via @isabel0575 (Malaysia's Digital Reporter)]
cr: RunnersRun

siapa yang minat Running Man
cer angkat key board...
malam nie ada Running Man
jom layan
Astro 393

Thursday 27 June 2013

Jus Avocado yang Terbaik

pagi tadi singgah ke blog Fifi
ternampak Fifi tayang Jus Avocado
perghhhh meleleh air liur tengok
baca dan baca nampak Fifi minum di Paya Jaras
hah dah dekat sangat nie
terus laju jea wassap Fifi
tanya lokasi restaurant yang Fifi minum Jus Avocado tu
wahhhh memang tak menyempat-nyempatkan
rakus dan geloyoh sunggun Pn.Zarena nie :p

Thanks Fifi terangkan dengan penuh details lokasi restaurant tersebut
memang mudah sangat
jadi lunch tadi paksa Eikin temankan makan di Restaurant Minang Abang Man
memula teragak-agak jugak nak masuk
tapi kaki tetap jugak melangkah masuk
malu malu segan
tapi hati dan tekak mahu

--Jus Avocado idaman tekak--
dapat jugak merasainya
sedap dan terbaik la
hanya RM4.00 jea

--menu yang ada lebih ke arah N.9--
kata restaurant Minang kan
tengok masak lemak kepala ikan tu
memang menangkap la
harga pun antara RM12.00 - RM15.00
murah jea kan
boleh makan untuk 3 orang nie

masa makan ramai jugak pelanggan yang datang
sampai kena tunggu orang bangun untuk dapatkan tempat duduk
dasyat gak restaurant nie

--aku dan Eikin--
hari nie kami kembar
kembar tudung jea hehehehehe
sorang hitan sorang lagi putih

jumlah yang aku kena bayar  RM9.00
makanan - RM5.00
Jus Avocado - RM4.00
memang murah gila la
yang aku terkejut harga Jus Avocado la
murah sesangat

--siap bawak balik ke ofis lagi--
sedap dan tekak terasa nyaman jea
kenyang jea perut
sebab buah Avocado mengenyangkan :)

hah korang berminat untuk datang ke sini ker
 senang jea
--nie restaurantnya--
nampak sempoi jea kan
tapi jangan menilai dari luaran tau
sebab menu yang tersedia memang sedap
dan harganya sangat-sangat murah

direction untuk ke Restaurant Minang Abang Man Paya Jaras.

kalau korang dari The Store Sg.Buloh
korang straight jea sampai ke Pasar Paya Jaras
pasar tu sebelah kiri kan
sebelum tapak pasar tu
ada jalan korang masuk jalan tu
pandang sebelah kiri
terus jea nampak restaurant tu
memang senang nak cari
restaurant nie sederet ada 3 buah kedai
hujung restaurant minang, tengah kedai gunting rambut
restaurant abg man nie hujung sekali

masa nak bayar bill
ada ternampak gambar Dato Siti Nurhaliza bergambar dengan owner
perghhhhh kedai macam nie pun Dato siti datang makan
dasyattttttttt

jom kenal Fifi

Lucky Draw : Beg Comel

kemaruk sudah angin nak masuk contest
eheh
jalan-jalan BW ternampak contest nie
senang dan sempi jea

jom korang join sekaki :)
--hadiah yang bakal di menangi--
isi pampers dan susu umar ok jugak nie



Lawati untuk pelbagai info menarik mengenai :

Choc Rocky Stick

Salam dan Selamat Pagi Semua
cuaca pagi nie nampak redup jea kan
mungkin akan hujan lagi kot
sebab semalam tengok berita ada buat pembenihan awan
catatan bacaan IPU pagi nie ialah 80 untuk area Shah Alam
untuk info bacaan IPU trekini
korang boleh klik di sini 

petang semalam singgah ke kedai untuk beli stock pampers umar
terkejut jugak sebab bulan habis bulan pampers umar sudah habis
setiap bulan kami memang beli stock untuk sebulan
susu dan pampers
tak suka beli skit-skit sebab takut masa habis duit takder ker
kena jugak fikirkan perkara niekan
waktu-waktu kecemasan kita memang tak tahukan
jadi rutin beli stock memang sudah jadi kebiasan sejak dari umairah dilahirkan sehingga
mendapat umar kini
korang macam mana
suka beli skit-skit ataupun simpan stock untuk sebulan terus?

singgah kedai petang semalam
terus belikan jajan untuk budak berdua nie
sebab sudah tahu
kalau nampak ada plastik dalam kereta
confirm akan bertanya
"ibu apa untuk kakak nie"umairah
jadi taknak hampakan anak belikan jugak jajan sorang satu

--umairah--
dapat choc rocky
siap tunjuk yang babah belikan handphone mainan masa pagi tadi
emmmmm siap pau babah belikan mainan yea

--umar--
si bam bam buah hati ibu
senyum simpul dapat choc

--anak-anak ibu..umairah dan umar--
"thank you ibu, sayang ibu"umairah
"t y bu"umar
hahahahahha umar memang akan bercakap sebut hujung jea
risau jugak sebab umar nak masuk 3 tahun tapi still bercakap sebut hujung lagi

siapa ada masalah macam aku nie
normal erk budak lelaki cakap lambat

--ibu pun sayang kamu berdua--
mmmuahhhh

choc rocky nie memang kesuakaan anak-anak
aku pun suka jugak
sambil tengok tv memang layan menguyah benda nie eheh

--gambar dari google--
hah nie la choc nya
korang pernah amkan tak

ada 2 perisa
choc dan strawberry
selamat mulakan kerja korang di waktu pagi nie
mood malasnya nak buat kerja huhuhuhuhu

Wednesday 26 June 2013

MasterChef Selebriti 2 ~ Tahniah Syura

siapa tengok Master Chef malam tadi
aku tengok dah separuh sebab terlelap depan tv punya pasal
kepenatan...

rasanya ramai sudah tahu siapa yang menang kan
sudah semestinya Syura :)
kedua Celina

--rasanya mastercheft no.2 banyak hot-hot story kan--
siapa tengok pasti tahu


--sebelum pengemuman--
masing-masing berdebar-debar

--Syura menang dengan kejayaan yang besar--
memang nampak muka dia terkejut besarkan

tapikan aku suka lagi kalau Celina yang menang
sebab dalam setiap cabaran Celina antara yang terbaik
dan menu yang dia hidangkan nampak lain dari yang lain
tapi rezeki kita memang tak tahukan
rezeki berpihak kepada Syura

syura nie nampak jea pendiam
tu la orang cakap
diam-diam ubi berisi

--menu yang di buat oleh Syura--

--menu yang di buat oleh Celina--
sukanya dengan steak dia tu
nyum nyum sedapnya

nak ajak mr.hubby pergi TGI la
terliur laks tengok steak tu :p

--kemenangan Syura akan disumbangkan ke bandan breast cancer--

Tahniah lagi sekali kepada Syura :)
Ena pun juara MasterChef
juara di dalam hati my mr.hubby dan anak-anak 
eheh

untuk lebih info
boleh klik di sini

Minum Petang

minum petang
adakah wajib untuk kita makan
sebagaimana pentingnya makan tengahari tettttttttttt

bagi aku ok jea
kalau ada makanan depan mata makan jea
kalau takder senyap dan sambung jea buat kerja
itu kalau di ofis

tapi kalau di rumah nak-nak kalau hujung minggu
confirm wajib buat juadah untuk minum petang
paling cikai pun buat cekodok ikan bilis cicah dengan cili sos
betul tak
kalau malas lagi pergi kedai beli kuih muih yang jual banyak di tepi jalan
sediakan duit jea untuk membeli
pastu hirup kopi panas ataupun teh o panas
perghhh terangkat

--minum petang aku di ofis --
kuih cakoi cicah dengan air gula
sedapnya...makan panas-panas sedaplah
tapi kalau dah sejuk liat kemain nak gigit
minum petang hari nie di sponsor oleh En.Sabri

minum petang korang apa
di petang hari yang sejuk nie
di luar nampak cuaca mendung jea
tapi tak semendung di hati aku
ceria selalu :)

Romantika Pertemuan Dua Hati

umar dan Echa
memang loving couple betul lah
emmm anak bujang den dah fall in love 

jom layan umar dan aweks
dating di Tasik Biru Kundang
mata tak lepas tengok aweks dia

--so suwetttttt tengok gambar nie--
macam nak dancing jea

--mata tak pandang camera pun--
tetap dia di hati ku

--amboi amboi--
peluk anak dara orang tu

--pandang camera--
tapi tetap pegang tangan si Echa

--kami berempat--

umar memang gini lah kalau jumpa dengan budak perempuan
loving sesangat
ikut perangai siapa la tu :)

Projek 100 Bloggers


tadi BW ternampak laks pasal info nie
teruja laks nak joins
apa lagi sambil-sambil buat kerja ofis
sambil-sambil update blog eheh
bak kata orang sambil menyelam sambil minum air :)

Nie bukan macam giveaway ataupun contest
tapi diberikan peluang kepada syarikat pengiklan untuk menampak iklan di blog kita
tapi tengok la kalau terpilihkan
Tuah Ayam Nampak di Kaki
Tuan Zarena Siapa yang Tahu kan kan kan
cuba jea la
berjaya atau tidak belakang cerita

Syarat nak join :
1-Mempunyai Trafik sehari 500 unique visitors atau lebih.
2-Setiap post mendapat 5-10 komen daripada pembaca.
3-Blog bukan copy paste, politik atau isu sensitif.
4-Tidak terikat dengan mana-mana syarukat pengiklanan.
5-Update blog sekurang-kurangnya 4 kali atau lebih dalam seminggu.
6-Tinggal di Malaysia, dan berstatus Warganegara.
7-Sanggup memberikan komitmen kepada Projek ini.
8-Lebih diberikan keutamaan kepada blogger : family, remaja, teknologi, usahawan dan makanan.

kalau ada sesiapa nak join

cha yok cha yok
selamat mencuba :)


Rahmat Hujan yang Turun

Alhamdulillah
petang semalam hujan turun dengan selebat-lebatnya
gembira sangat bila nampak titik-titik hujan turun membasahi bumi

--ilmu untuk kita semua--

pagi nie nampak ada perubahan pada cuaca
jerebu tidak setebal macam hari isnin 
harap dengan turunnya hujan
jerebu akan hilang dan terus pergi
dan kembali seperti sedia kala

catatan IPU untuk hari nie
118 untuk area shah alam ~ Alhamdulillah
untuk lihat indeks bacaan IPU
boleh klik di sini

Tuesday 25 June 2013

Harga Mask, mahalnya

Jerebu punya pasal
harga mask melambung tinggi
biasanya harga mask bawah 50sen
tapi kini harganya 80sen
dan mungkin lebih mahal dari itu

semalam singgah 2 buah kedai farmasi
tapi kedua-duanya sudah sold out
memang macam goreng pisang panas ~ laku gila
permintaan lebih tinggi dari barang 
teringat laks dulu belajar Eco
Demand > Supply

sebab tu la peniaga ambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati
sebab tahu pengguna amat memerlukan mask pada waktu skang nie
sangat-sangat memerlukan
untuk mengelakkan diri dari terkena sakit tekak dan sakit mata

--tengok mask digalakkan pakai ketika melakukan aktiviti outdoor--
tapi harap peniaga di luar sana
tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati


--di dalam ofis pun pakai mask--
terpaksa sebab ada bauan yang tidak di undang
bau asap rokok!!!
geram sungguh la

mr.hubby mms gambar anak-anak pakai mask
alhamdulillah hari nie nursery sudah di buka semula
jadi pagi tadi mr.hubby hantar umairah dan umar naik motor sahaja
siap dipakaikan mak pada umairh dan umar
langkah keselamatan perlu dititikberatkan untuk anak-anak

--umairah--

--umar--

suasana pun berjerebu jea dalam gambar kan
itu maknanya still berjerebu lagi area rumah kami
bacaan IPU di selangor hari ini ialah 289 ~ shah alam

untuk melihat indeks catatan IPU
boleh klik di sini

Tips Penjagaan Tayar Kereta

TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.
Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung.
Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.
Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta :

PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai, perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci.

Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan.
Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali-sekala. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan udara terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.


KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.


kenapa laks tiba-tiba aku bercerita tentang tayar
eheh pagi tadi nak datang ke ofis
baru perasan tayar kereta dah kempis
kejutkan mr.hubby untuk minta tolong tukarkan tayar
tapi mr.hubby suruh jea bawak kereta dia
nasib baik sebab sudah kelewatan untuk pergi ke tempat kerja
thanks sayang...

--Tayar keretaku yang pancit--

jadi sama-sama lah kita menjaga tayar kereta kita
untuk keselamatn diri sendiri dan ahli keluarga tersayang...

Cara Artis Korea Cuci Muka dan Jaga Muka

Apa cara dan langkah korang semua dalam menjaga muka dan mencuci muka
Sambil google petang semalam, sebenarnya nak cari cara cuci muka dengan betul
tapi ternampak laks cara artis korea mencuci muka
macam menarik dan rasa macam nak lakukan
hah korang rasa tertarik tak
jom buat sesama :)


Sangat jeles dengan kulit muka
hanya bagi contoh 2 artis korea yang mempunyai kulit muka yang mulus dan bersinar

--Yoon Eun Hye--
memang glowing jea muka dia nie kan

--Suzy dari Miss A--
muda lagi tapi sudah pandai jaga muka


Apa langkah yang penting dalam perawatan muka? Semestinya langkah atau cara yang betul menggunakan cleanser, toner dan moisturizer. Setiap wanita perlu melakukan 3 perkara ini ketika membuat perawatan muka. Tanpa 3 perkara ini rasa seperti tidak lengkap pula. Tapi tidak semua tahu langkah penggunaannya yang betul, maksud saya cara cuci muka dengan betul, penggunaan toner dan moisturizer yang betul. Penting untuk mengetahuinya agar wajah anda tidak lagi dicemari dan kotor.
Kami tunjukkan langkah yang betul untuk menggunakan cleanser, toner dan moisturizer.

1. Mula-mula sekali, haruslah dimulakan dengan Bismillah, baru dapat berkat. Ikat rambut supaya tidak menghalang muka. Cuci tangan terlebih dahulu sehingga bersih. Jangan sesekali menyentuh muka anda ketika tangan tengah kotor.

2. Lepas itu, ambil pencuci muka dan basahkan dengan air, sila buihkan dahulu banyak-banyak di tangan, selepas itu boleh sapukan di muka. Cara urutan yang betul boleh lihat gambar di bawah, anda harus tekankan kawasan dahi dan t zone. Urut perlahan-lahan dan jangan menekannya sama sekali.





3. Selepas itu, cuci muka dengan air suam terlebih dahulu. Lepas itu, barulah cuci muka dengan air sejuk.
4. Lap muka anda dengan tuala yang bersih. Kalau boleh sediakan tuala yang khas untuk muka sahaja.
5. Sekarang boleh gunakan toner. Ambil kapas, picitkan sedikit toner. Tidak perlu picit di keseluruhan kapas, sedikit saja sudah memadai. Lap perlahan-lahan, sekali lagi beri perhatian di dahi dan t zone. Bila rasa sudah kena di semua bahagian, boleh buang kapas.
6. Biarkan muka kering dan jangan sesekali basuh toner.
7. Akhir sekali, gunakan moisturizer. Letakkan di seluruh muka dan urut perlahan-lahan. Selesai.

Cara Suzy - Miss A mencuci muka..
menarik sangat
4-2-4 Face Washing Technique




1. Pertama sekali, ambil cleasing oil (kalau takder boleh guna olive oil), urut di muka selama 4 minit. 
    Cukup   4 minit okay. Cleanser yang biasa anda gunakan.
2. Buihkan pencuci muka, letakkan di muka dan urut selama 2 minit.
3. Lepas tu, bolehlah cuci muka dengan air selama 4 minit. tapi 2 minit pakai air suam, 2 minit lagi pakai air sejuk tau. Kenapa? Sebab air sejuk tu nak tutup pori muka. Selesai.

Pergh pengsan 10 minute jea nak cuci muka ~ kalau aku nie confirm umar sudah tendang pintu bilik air hahahahaha tapi nak cantik boleh jea kan :)

Seorang ahli kumpulan SNSD, Sooyoung bagi tips, dia cuci muka dengan pencuci muka pada waktu malam je. Pada waktu pagi dia cuma cuci muka dengan air biasa. Sebab masa malam, muka tak terdedah sangat dengan kotoran. Sooyoung tidak menggunakan mana-mana produk pembersihan pada waktu pagi, kerana lebih cenderung menghapuskan kelembapan dan menyebabkan minyak berlebihan.



--Sooyoung--


emmmmm macam-macam kaedah nak cantikkan wajah kan
korang cuci muka style macam mana :)
selamat mencuba


Monday 24 June 2013

Teringat menu semalam

semalam hari minggu
tak ke mana pun
hanya lepak di rumah
melayan movie yang mr.hubby download
Cerita Kita
OMK
pastu cerita Nora Danis dengan Rusdi Ramli ~ tak ingat nama filem nie
emmmm takder buat apa melayan tengok movie jea la

pastu melayan movie blockbuster di ASTRO
pocong perawan 2
hahahahaha cerita seram tapi pelakon perempuan dia seksi gila
gunung macam nak terkeluar di buatnya
mr.hubby siap cakap lagi baik tak payah pakai :p
sabar jea la
kalau ceita Indon mesti seksi sangat pelakonnyakan
dorang nie nak jual filem atau nak jual body tetttttttttttttt
umairah dan umar tidor boleh la kami melayan tengok
kalau ada budak berdua nie jangan gatal-gatal tangan nak tengok yea
nanti adalah macam-macam soalan yang umairah akan tanya
yang si umar laks mula la nak berkepit jea ngan aku nanti
berkepit ada makna tu :)

semalam pagi-pagi lagi
Lini dan SIL Hidayah berpoerang didapur
menu semalam ialah bee hun sup
siap letak bebola daging lagi dalam sup ayam
aku tak menolong sangat
lebih berkemas di hadapan
sapu sampah
buang sawang
mop lantai
penat jugak dibuatnya mengemas satu rumah nie

--bee hun sup yang tangkap lentuk--
sedap
aku bertambah 2x makan

hari nie lunch malas nak keluar
nak nak geng meja sebelah tak datang
Eikin mc hari nie sebab demam
kesian dia ~ semoga cepat sembuh

--milo ice tabur--
sedapnya kalau dapat meneguk segelas skang nie
tapi aku hanya makan biskut kering cicah milo
sedap jugak
kenyang jugak

gara-gara malas nak keluar
malas nak drive
sebab tak nak sedut udara jerebu di luar
lepak jea la dalam ofis waktu lunch nie

semoga Allah swt turunkan hujan
agar Jerebu beredar pergi

Bacaan IPU Jerebu Terkini

Jerebu :
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan


--pemandangan dari ofis--
memang gelap jea pemandangan
terasa baru pukul 7am 
padahal masa aku snap gambar nie waktu sudah pukul 9.30am

hari nie semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur dan N.9
diarahkan tutup
bukan sekolah sahaja yang tutup
tempat nursery umairah dan umar pun tutup
terpaksa mr.hubby ambil cuti hari nie
aku nak cuti tak boleh sebab ada kerja yang perlu disiapkan
kalau esok nursery still tutup jugak
terpaksa aku laks yang kena ambil cuti huhuhuhuhu

pagi tadi tengok Indeks IPU di Jabatan Alam Sekitar
menunjukkan catatan IPU di selangor antara yang tertinggi
Pelabuhan Klang menunjukkan bacaan IPU 296
kalau korang nak tengok lebih details
boleh klik di sini

--nilai IPU dan indeks bacaan
lebih 301 memang bahaya
semalam bacaan di Muar memang tinggi
lebih dari 700


--bacaan IPU di dalam Malaysia--

harap Jerebu akan cepat hilang
harap hujan akan turun dengan cepat

kesian pada anak-anak
sebab tak boleh nak main di luar
terkurung di dalam rumah sahaja

untuk info mengenai IPU Jerebu
korang boleh view di sini
jangan lupa pakai mask yea...

Saturday 22 June 2013

Pantai Saujana Port Dickson

amboi cerita pasal Pantai lagi
kali nie Pantai Saujana laks
sebelum nie cerita pasal Pantai Kg.Kuala Sg.Baru
boleh view di sini 
perjalanan pulang kami ikut jalan PD
mak ajak makan dulu
memandangkan sebelum balik dari rumah pak long
mak sempat beli udang galah 2kilo ~ RM40.00 [murah gila kan harganya]
udang memang besar gila
besar tapak tangan

mak minta singgah mana-mana kedai minta tolong masakkan udang
1st kedai kami singgah
tanya minta tolong masakkan udang
terus jea pekerja di situ, cakap tak boleh masakkan
kalau cakap baik-baik takper nie cara cakap memang kasar ~ berlagak sungguh
2nd kedai tanya ~ teragak-agak taukey kedai tu nak terima
aku cakap la tak kesah nak charge berapa pun kami bayar jea
pastu dia cakap ok
kami minta masakkan udang berlada dan udang goreng kunyit

sambil pekerja kedai masak menu yang kami order
aku, mak dan lini berjalan-jalan di sekitar kawasan
sedert dengan kedai-kedai jual FM dan barang hiasan yang lain
emmmm apa lagi memang memborong FM PD la di sini
mak aku memang dah menarik tangan kami dua beradik
sebab masing-masing dah kemaruk dengan FM hahahahahhaha
nie antara FM yang sempat aku beli masa di situ

Pantai Saujana nie korang tahu tak mana lokasinya
mudah jea
lepas roundabout ambil arah jam pukul 12 [kalau dari Pantai Klebang]
yang sebelah kanan ada Petronas
jalan terus jea
sampai jumpa Baden Bundle
hah area situ la Pantai Saujananya
nampak banyak gerai-gerai tepi jalan
Pantainya tepi jalan sahaja
banyak wakaf disediakan untuk orang ramai beristirehat
dan kawasan pantainya memang luas
sesuai untuk buat aktiviti main layang-layang

tapi kami datang waktu malam
jadi suasana gelap sedikit
masa kami pergi ke tepi pantai
ramai jea orang mandi [hish tak sejuk ker mandi waktu malam nie]
couple memang ramai la berdating tepi pantai nie emmmmmmm
jangan buat maksiat sudah - tapi kalau duduk sudah berdua emmmmm
fikir-fikirkan lah orang ketiga siapa kan? 

--Suasana Pantai Saujana ketika waktu siang--
view memang cantik
nak lebih info boleh klik di sini
memang sesuai untuk buat aktiviti berkeluarga


--nie view waktu malam--
sejuk dan damai jea

lepas siap menu yang kami order
kami pergi lepak di wakaf
makan di situ jea
m.cik kedai tu charge RM10.00 jea
untuk upah masak dan guna bahan di kedainya
terima kasih m.cik

--udang berlada dan udang goreng kunyit--
dengan angin sepoi-sepoi bahasa
memang sedap la makan
masing-masing pun memang tengah kebulur
jadi apa yang terhidang depan mata memang semuanya nampak menyelerakan
balun semuanya masuk perut
sedap gila m.cik tu masak :)

--muka-muka yang kelaparan--
pastu ada lauk dari rumah pak long yang kami hidangkan sekali
acar buah
kari melaka 
Alhamdulillah kenyang perut

lepas makan umairah ajak pergi pantai
aku ajak mr.hubby temankan
sebab yang lain malas nak pergi ~ masing-masing sudah kepenatan
tapi mr.hubby taknak pergi laks
aku merajuk di situ
"takper taknak teman, nanti isteri syg nie kena culik, tanggung sendiri"aku
terus pimpin tangan umairah pergi ke pantai
umar ikut pak chunya main di playground

--kami berdua--
lapang sangat kawasan tepi pantai nie

tapi tengah snap-snap gambar
mr.hubby datang
eheh takut jugak isteri dia kena kidnap :p

--sentap sekejap pastu ok semula--
gambar lepas sentap
betul kata Fifi..lepas gaduh lagi romantik hahahahahhaa
bergambar siap dukung lagi
nasir siap nak muntah lagi hahahahahha
jangan nak muntah yea :p

--sejuk sangat kami terus naik semula ke atas--
lagi laks waktu tu sudah pukul 10pm
tapi orang ramai jea lagi di area pantai tu

memang seronok lepak tepi pantai waktu malam
sejuk sangat
marah-marah sayang adalah resepi kebahagian dalam rumahtangga
betul tak :)