Wednesday, 21 May 2014

Selamat Hari Guru

16hb May adalah sambutan hari guru 
besar jasa seorang pendidik nie
terima kasih kepada cikgu2 ena yg mengajar ena dr sekolah tadika
sehingga belajar di kolej
dari tak tahu apa-apa sehingga menjadi manusia skang nie

zaman skang nie tak boleh mengharapkan cikgu 100% 
untuk mengajar anak-anak kita
kita sebgai ibu bapa perlu mendidik anak-anak kita dengan rasa bertanggungjawab
menjadi ibu bapa bukan senang
dan bukan susah untuk menjadi senang

ingat lagi masa zaman sekolah dulu
rasanya zaman 80an memang ibu bapa letak sepenuh kepercayaan kpd cikgu di sekolah
kalau dulu kena rotan dengan cikgu
mak tetap cakap..kakak taknak dengar cakap cikgu sebab tulah cikgu rotan
emmmmm sampai macam tu sekali mak bapak kita percaya dan hormat kpd cikgu pada masa tu

cuba zaman skang nie
kena rotan skit terus ke balik polis dan nak saman cikgu
emmmm sudah terbalik sudah rasa hormat kepada cikgu skang nie

minggu nie umairah ada ujian awal tahun
hari isnin ada ujian English
hari nie ada ujian Matematik
semoga anak ibu dapat jawab dengan tenang ujian hari nie
Amin

--selamat hari guru kepada semua guru di malaysia --


pagi jumaat lepas
umairah dah tanya mana hadiah nak bagi pada uztazah
alahai sorry anak ibu
ibu betul-betul lupa...jadi waktu lunch singgah sekejap ke kedai canggih untuk beli hadiah
cari punya cari
terus terpikir nak berikan sarung tangan muslimah
beli sedozen terus
hehehehehhee senang kan

--ada 8 pasang umairah berikan kpd ustazahnya--
bagi jea lah pada saper2 pun
ibu tak kesah

--masukkan 3 sarung tangan muslimah dalam beg umar--
sebab ada 3 teacher yang menjaga dan menjaga umar
siap bawakkan sekali kopok lekor dari terengganu
pagi nie umar liat skit nak pergi ke nursery
ialah cuti dah lama 
1st day nak masuk semula memang melalak jea lah kejanya
kena pujuk baik-baik baru lah si mamat korea nie nak pergi sekolahnya

macam-macam kena umpan nak kena hantar ke nusery
siap bawak teady bear lg huhuhuhuhu

selamat hari guru kepada semua pendidik di malaysia
dan kita semua adalah guru kepada anak-anak kita
bulan May nie macam-macam sambutan kan
hari pekerja la
hari ibu
hari guru
hari jururawat
memang meriah sakan bulan May nie...


Berminat dengan sebarang vitamin Shaklee..nak dapatkan dari Ena
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Ena di:
~Zarena Heeney~
♥ sms/whatsApp: 012.2449373
♥ Emel : zahriff@gmail.com ATAU zarena.guardian@gmail.com
♥ FB : Zarenaheeney
♥ Page: zarenaheeney vitamin shop sila klik LIKE utk info terkini



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Post a Comment

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

0 kata hati:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi