Showing posts with label ...umar.... Show all posts
Showing posts with label ...umar.... Show all posts

Wednesday, 23 November 2011

Telatah Umar Menaikkan Darah Tinggi Wannya

umar dengan muka selumber nak gigit selipar dia - nsb baik tak gigit lagi


tengahari call mak untuk tanya
keadaan umairah macam mana
sebab paginya dalam pukol 5 pagi umairah bangun dengan menangis-nangis
beritahu perut dia sakit
kebetulan babahnya pun bangun sebab nak ke toilet
sapu ubat di perut umairah dan beri minum susu
dalam 1/2 jam jugak umairah menangis teresak-esak
jadi semalam tak hantar ke nursery disebabkan keadaan etrsebut
dan kebetulan adik aku Lini dan Pija ada di rumah
jadi tidak risau kalau mak menjaga umairah dan umar akan kepenatan

lepas mak cakap umairah ok
aku lega di situ
tapi bila mak cakap darah tinggi dia nanti
terus aku jadi risau ialah kenapa jadi macam tu kan
bila dengar cerita dari mak
rasa memang nak tergelak mendengar keletah umar
apa tidaknya, bila umairah cakap pada wannya
umar naik atas meja
mak ingat meja di druang tamu
kalau meja tu memang kami tak risau sangat
sebab meja tu rendah sahaja dan kalau naik meja tu
umar hanya membuat persembahan sahaja hehehehehhe
tapi mak cakap tak sedap hati, masuk ke dalam rumah
tengok meja di ruang tamu kosong sahaja
dan sambil tu terdengar ketak ketuk di dapur
bila ke dapur tu yang darah mak naik ke atas
sebab umar duduk di atas meja makan
kami semua memang tahu kerusi makan umar memang dah teror memanjat
tapi dari kerusi naik ke atas meja memang sorang pun tak tahu
tu yang nampak umar ada atas meja yang tinggi tu rasa terkejut yang amat
bukan sahaja duduk atas meja tapi tengah menghirup kuah asam pedas yang ada di atas meja
baju kotor memang tak payah la nak cakap apa
pastu buka muka selamber jea tengok wannya membebel pada dia
hehehehehhehe

jadi skang nie kerusi memang kami tak rapatkan pada meja makan
kami letak ke tepi kerusi tersebut
takut kejadian berulang kembali
ialah meja tu tinggi kalau terjatuh....nauzubillah
Ya Allah dijauhkan la..

bila aku cakap nak hantar pada penjaga sahaja umar tu
terus bising cakap umar tu la buah hati pengarang jantung dia
penat-penat peluk umar terus hilang rasa penat
alahai macam mana tu pening kepala aku
tujuan aku hantar umar pada penjaga nak bagi mak aku tu rehatkan diri
tapi lain plak fikiran mak aku tu...tak tahu nak buat macam mana lagi
umar memang tengah melasak skang nie


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 15 November 2011

Botak untuk kali ke Dua

hari jumaat (11hb Nov) yang lepas bawak umar pergi ke kedai gunting rambut
ialah rambut umar dan panjang sangat
di tambah plak tengah lelah skang nie
rasanya baik kami botakkan kepala umar
ringan skit kepala umar

memula masa diletakkan atas kerusi
mood dia ok jea masih lagi senyum-senyum
tapi bila diselubungkan kain sekeliling badan dia
baru la start mencebik dan start menangis
bila mechine start ketam rambut dia
apa lagi terus la melalak hehehehehe
rasanya sekejap jea kepala umar dibotakkan
lepas botak, terus umairah cakap
"ibu, kakak pun nak botak macam adik" umairah
terus aku cakap tak boleh, nanti kakak dah tak comey
bila cakap dah tak comey, hah terus cakap ok taknak la nanti akak tak comey lagi
eheh


muka umar setelah dibotakkan

macam budak nakal jea kan



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Puas Mencari Klinik di Pagi Aidiladha

hari sabtu (5hb Nov) sudah nampak umar selsema
tapi aku cuma bagi ubat demam pada umar
untuk elakkan bertambah teruk
tapi pagi esoknya (6hb Nov) hari raya Aidiladha
keadaan umar sudah semakin teruk
nafas umar daj tersangkut-sangkut dan bunyi kuat di dada umar
alahai umar sudah kena lelah
jadi lepas sayang solat raya, makam sedikit alas perut
terus kami mencari klinik untuk bagi umar sedut gas
puas jugak la mencari
rata-rata klinik semuanya tutup - ialah public holidaykan
sampai di Jenjarom nasib baik la ada sebuah klinik Cina yang buka
masuk terus tanya ada khidmat sedut gas tak
bila petugas di situ cakap ada, memang kelegaan di situ
tapi tetap kena berjumpa dengan doktor sebab umar tiada history di klinik tersebut
macam biasa la bila jumpa dengan doktor memang menangis la
takut betul bila nampak doktor si umar nie
sebijik macam umairah semasa kecil dahulu




sayang dan umar


ketika menunggu gilirin sebelum di panggil oleh doktor

aku dan umairah
hanya umairah dan sayang yang lengkap berbaju raya
aku pun berpakaian baju raya cuma tak sempat nak pakai tudung cantik-cantik
main sarung jea apa yang ada
sebab risaukan keadaan umar



ketika umar kena sedut gas


memang menangis bila nampak benda alah tu


memang sudah tahu dia kena akan sedut gas - kesian anak ibu


esoknya pun kami bawak umar sedut gas jugak


tapi kali tu kami buat di klinik panel yang memang kami selalu pergi


sehingga hari nie umar masih belum baik dengan sepenuhnya


korang ada petua untuk hilangkan lelah tak.....



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 28 October 2011

Umar 11 Bulan

yea hari nie genap umar 11 bulan
ayat biasa akan di tulis
sekejap sahaja masa berlalu, baru sahaja rasanya mengandungkan dan melahirkan
kini umar sudah nak dekat 1 tahun jea, tinggal sebulan untuk umar menjadi 1 tahun
sudah pandai berjalan..merangkak memang sudah kurang skang nie
apa-apa aktiviti yang dilakukan pasti berjalan
suka sangat bermain dengan bola
jadi kalau ada orang melayan umar dengan bola
pasti terkekek-kekek umar akan tergelak
sebab sambil mengejar bola umar pasti akan tergelak besar

sudah pandai bercakap babah dan mak
bila aku bagi makan pada umar pasti cepat-cepat dia mencari kakaknya
sebab nak makan dengan kakaknya
akan ikut ke mana sahaja kakaknya pergi..tak boleh berpisah langsung
gemar pergi ke bilik air, sebab tu la aku selalu membebel orang yang tinggal di sini
selpas keluar dari bilik air tutup pintu bilik air
sebab umar memang akan pergi ke bilik air sendiri

kuat menyepahkan barang
kalau nampak benda yang tersusun pasti umar akan menyepakannya semula
macam bantal-bantal kecil di sofa, pakaian yang telah di lipat, mainan yang telah di simpan di dalam bakul, buku yang disusun di rak buku, baju dalam almari
semuanya pasti umar akan menyepahkannya semula

pandai sudah memilih makanan apa yang nak di makan
memang taknak makan nasi dengan kuah sup
nak lauk yang pelbagai setiap hari
kalau tengahari dah makan lauk tu, time petang mesti makan sedikit sahaja
melaainkan tengahari makan lauk lain dan petang lauk lain
memang banyak la umar akan makan
macam tu la jugak biskut jangan la asyik bagi biskut yang sama dalam 2 hari berturut-turut
hari ke tiga kalau bagi jugak biskut yang sama confirm akan di buangnya biskut tersebut
lauk yang sama dipanaskan dan di bagi makan pada keesokkannya pada umar
pun confirm umar akan menjuihkan semula nasi keluar dari mulut
emmmm memang memilih bab makan si umar nie


kalau keluar rumah
aku siapkan umar dahulu
kami baru siap kemudian memang gelisah la umar di buatnya
semua orang akan dia menjerit sebab nak keluar dari rumah cepat-cepat
lain kali kami siap dahulu baru siapkan si kecik nie

baru-baru nie baru aku perasan
bila umar menyusu botol, umar pasti akan menggulung-gulung baju dia
sambil menyusu botol
kalau time dia menyusu tu tak pakai baju, orang yang sebelah dia
umar akan menggulung baju orang sebelahnya
pastu gaya pegang botol susu tu memang macam gaya mas idayu pegang mikrofon
hehehehhehehe memang kelakar


rasa sekajap masa berlalu
sudah 11 bulan umar kini...


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 12 October 2011

Berita Baik Selepas Umar Demam

Alhamdulillah pagi nie umar tidor dengan lena
memanh aku ikut jadual bagi umar minum ubat
ialah aku taknak la umar demam dan batuk berpanjangan kan


semalam selepas magrib
macam biasa umar suka berdiri dengan bergayut pada sesiapa yang berjalan
dan kebetulan selepas bergayut pada p.cik-p.ciknya
umar terus lepaskan tangan dan dapat bertatih 2 tapak
hah amik ko memang terkejut jugak
sejak itu la umar dah giant nak berjalan
dari 2 tapak sudah 3 tapak
dan dapat menapak-napak
paling jauh 5 tapak
alahai anak ibu dah pandai berjalan sudah
genap 9 bulan 19 hari umar sudah berjalan
time kakaknya dulu memang genap setahun baru umairah berjalan
adiknya lagi awal, selepas nie berkejaran la dengan kakaknya


dah dapat kaki nie
asyik la berjalan kerjanya
tak dapat nak ambil gambar
cuma kami videokan langkah-langkah awal umar berjalan
comel jea bila baru nak start melangkah nie kan


anak korang start berjalan bila bulannya....
mak cakap umar demam nak dapat kaki


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 11 October 2011

Hari Nie Aku EL - Umar Demam

sejak pukol 3 pagi lagi umar sudah mula meragam
baring sebelah kanan dan baring sebelah kiri
tetap umar tidak selesa
bagi susu badan pun tetap menolak
rasa dahi umar, panas sedikit
dan bila dengar betul-betul nafas umar sesak sangat
umar mula untuk dapat batuk
letak cool fever di dahi dan bagi minum ubat batuk, demam dan selsema
baru umar tidor dengan selesa
itu pun nak tidor dalam dakapan aku
jadi aku tidor pagi tadi dalam keadaan duduk - letihnya bila anak tidak sihat nie
jadi pukol 6 pagi msg bos aku, syikin dan sabri aku tak dapat datang kerja
terpaksa ambil EL yang anak tidak sihat
lagi plak umar bila tidak sihat memang taknak pada orang lain
jadi budak manja
sayang plak terpaksa jugak pergi kerja sebab ada audit
mungkin sayang akan minta balik awal sedikit


pukol 11 pagi bawak umar pergi ke klinik
sebab nafas umar berat bila di dengar
doc suraya bagi sedut gas immolizer untuk umar
memang la kena tenaga kuat bila pegang umar nie
meronta-ronta taknak di pasang sedut gas di hidungnya
biasanya sayang yang akan pegang umar ketika sedut gas nie
ialah tenaga lelakikan ... lagi kuat dari kita yang perempuan nie
sampai rumah pukol 12 tengahari
dalam perjalanan umar sudah terlelap
penat sangat umar nie, pernafasan umar pun lancar jea Alhamdulillah

di klinik, umar diam sahaja Alhamdulillah
mungkin umar tahu yang ibu dia kena handle dia sorang-sorang
biasanya babah adakan sayang


tidak merengek sangat
bila di suakan dengan susu, terus jea minum
tiada bantahan.



sampai di rumah terus letakkan umar di atas tilam
tidor sehingga pukol 3 petang
memang tidor yang lama
tapi bila aku tiada di sisi umar, mula la terjaga si kecik nie
jadi sepanjang masa kena sentiasa ada di sebalah umar
dan peluknya sekali... emmmm manja bila sakit si kecik nie


tapi bila anak tidak sihat nie memang terasa diri sangat penat
penat sangat....tapi esok tetap kena kerja - tak datang lagi pasti kerja menimbun dia atas meja
sayang pun balik awal
pukol 3 petang sudah sampai di rumah
thanks sayang balik awal
dapat la aku rehat sekejap


cepat-cepat sembuh yea sayang



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 4 October 2011

Kaki Umar yang Bam Bam

setiap pagi macam nie la selalu gelagat umar
akan duduk depan pintu grill sambil melihat aku
bye bye pada dia sebelum pergi kerja
siap nangis-nangis bila aku mula melangkah nak naik kereta
kesian tengok umar
lagi kesian kalau umairah naik kereta bersama dengan aku
dan umar tinggal di rumah...cedih jea muka si kecik tu


aku suka kalau lepas mandi aku biarkan sahaja
umar hanya pakai pampers dan pakai t-shirt sahaja
sebab aku geram pada paha umar
rasa nak gigit jea paha kephepchi tu hehehehehe


memula taknak pandang ibu dia bila aku nak snap gambar dia
saje jea pandang tepi

bila aku cakap bye bye jea
hah baru la pandang ke depan
sambil buat muka mencebik
dah start nak nangis
grill pintu rumah tu umar
sudah boleh panjat sehingga
dua petak grill tu
sebab selalu tengok umairah
menjadi spidergirl..tu yang mengikut
umar memanjat jugak


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 28 September 2011

Umar 10 Bulan


yea uar sudah 10 bulan genap hari nie
cepat sahaja masa berlalu
sudah 10 bulan umar bersama kami sekeluarga
skang nie gigi umar sudah bertambah
sebelum nie memang sudah ada gigi bawah dua batang
skang nie bertambah plak 2 batang gigi di bahagian atas
suka sangat la mengigit siapa-siapa yang dekat dengan si kecil nie
dapat gigit baju pun jadi la
aku rasa gusi atasnya gatal sebab tu la nak menggigit sahaja kerjanya
kalau menyusu badan lagi la
terus aku ngilu dibuatnya
suka jugak menggigit, mak siap bagi pesan lagi
kalau time menyusu umar menggigit puting susu, terus sembamkan badan aku ke muka umar
memang berjaya bila buat macam tu, umar akan megekek ketawa dan dapat la aku lupakan
umar dari menggigit
korang ada cara lain tak supaya bayi tak menggigit semasa menyusu badan


sejak semalam baru kami perasan
bila umairah hulurkan tangan dengan babah dan aku untuk bersalaman
umar pun ikut sekali
jadi bila kita cakap salam dan hulurkan tangan, umar akan tarik tangan kita rapat ke mulut dia
dan cium tangan kita
sebijik macam mana umairah buat
jadi hari nie seharian orang asyik nak salam sahaja dengan umar hahahahahha
memang comel aksi umar nie


masih lagi belum dapat menapak
berdiri tegak sudah
cuma tinggal nak lihat umar menapakkan kakinya untuk melangkah
bila lagi la umar


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 22 September 2011

Monthly Check Up Umar

hari nie adalah monthly check up umar
sudah siap semuanya, ingat nak tinggalkan sahaja umairah
sebab dia belum bangun tidor lagi
bila kami baru sahaj nak melangkah keluar dari pintu
terus terjonggol kepala umairah dari pintu bilik
siap tanya "ibu, babah nak pergi maner" umairah
"ibu, nak pergi klinik bawak adik, kakak tinggal yea" aku
"taknak nak ikut jugak" umairah
jadi dengan tak mandi terus jea follow kami pergi klinik desa kundang
sampai sana giliran kami 24, ramai jugak yang datang walaupun waktu baru pukol 8.15am
bila dapat tahu nurse hanya ader 2 orang
terus aku dapat agak pasti akan lama menunggu giliran
alahai..padahal check up kalai nie untuk timbang sahaja



umar yang mula meragam sebab menahan mengantuk
babah dia yang melayan umar



muka umar yang masam

sebab tak dapat nak merangkak ke sana dan ke mari

cian anak ibu



semakin tembamnya pipi aku



umairah melayan tengok gambar dalam camera

asyik tanya bila lagi nak mandi kolam

alahai anak ibu, nanti la tunggu cuti panjang sedikit

baru la dapat mandi kolam

pukol 11am baru la nama umar di panggil

berat umar skang nie 9.05kg

semakin berat budak kecik nie



sampai di rumah

terus tukar uniform dan terus menuju ke opis

jadi aku ambil time off sahaja hari nie

dapatkan slip time off dari nurse


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 21 September 2011

Aksi Umar Memanjat

dah tak tahu nak cakap aper skang nie
tak serik-serik kalau dah jatuh memanjat
kalau umairah dulu kalau dah panjat than jatuh memang akan serik nak memanjat tempat yang sama
tapi umar, MasyaAllah memang tak serik
jatuh dah banyak kali pun tetap akan memanjat jugak
bila jatuh tu menangis memang tak ingat dunia
tu yang babah dia cakap umar ciwek..kuat nangis
cakap la mana tempat di ceruk rumah tu umar tak memanjat
dah jadi macam spiderman jea
meja..sofa..kerusi..kabinet tv..semua yang boleh di panjat memang di cuba sedaya upaya di panjatnya
bila berjaya panjat pasti akan gelak terkekeh-kekeh hehehehhe
umar oh! umar
memang anak lelaki


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 12 September 2011

Lasaknya Umar








sejak raya nie

umar sudah semakin berani

walaupun belum dapat berjalan lagi

tapi berani dia kalah budak yang sudah pandai berjalan

rumah MIL ada tangga kayu dari dapur nak menuju ke ruang tamu

sejak sudah pandai manjat memanjat nie

tangga nie pun sudah berani di panjatnya umar

terpaksa la sepupu - sepupu umar nie mejaga si cilik nie

bila berjaya sampai di tangga atas sekali

siap pandang ke belakang sambil tersenyum pada aku

amboi-amboi


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 29 August 2011

Umar : 9 Bulan

hari nie genap umar 9 bulan


sudah menginjak 9 bulan nie


macam-macam perangai si umar nie lakukan


memang la lain membesarkan umairah dan umar


umar skang nie tengah melasak


semua tempat kalau boleh panjat memang umar akan panjat


boleh sakit jantung aku di buatnya


sofa ker, kerusi ker, meja kopi ker semuanya di panjatnya


memang tak boleh tinggalkan si umar nie sorang-sorang






merangkak memang dah laju sangat


aku suka sangat semasa umar meniarap


sebab bila dia merangkak meniarap memang macam komando hehehehhehe


kalau tidor mesti ada orang sebelahnya


kalau aku nak bangun


aku akan rapatkan umar pada kakaknya


jadi umar akan terasa ada orang di sebelahnya


kalau dudukan dalam walkernya


memang akan dipanjatnya walker dia tu






nak mandikan umar skang nie memang susah


umar nak berdiri sambil melekap di kaki kita


jadi nak taknak kita pun akan basah sekali


pastu kalau basahkan kepalanya pasti nak mendongak


aku takut jea termasuk dalam hidung terus tersedak nanti






suka pada orang yang tengah berdiri


sebab dia dapat berpatut pada kita


sambil kita berjalan umar pun akan bertatih sekali


cuma umar memang taknak kita yang tatihkan dia sambil pegang tangan dia


memang dia taknak


dia yang nak buat sendiri






alahai umar


semakin nakal dan semakin lasak


lagi satu tak boleh tengok aku dan sayang berpeluk


memnag akan datang cepat-cepat


jeles la tu


dia yang akan duduk tengah-tengah di antara aku dan sayang


hehehehehehe








Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 26 August 2011

Senyum Di Pagi Jumaat

sebelum pergi kerja pagi tadi


umar sudah bangun


aku gatal tangan tepek sticker di muka umar


hehehehhee


comel plak aku tengok


jom layan tengok keletah umar
























Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 13 August 2011

Berpukong







cara korang ingat aku saja nak dera anak aku nie tau


bukan...


nie cara tradisi orang Banjar untuk tidorkan anak mereka


ketika selsema


nie namanya adalah berpukong






nie pun mak aku yang buat


entah tak tahu la mana mak aku belajar


tapi sekejap jea umar duduk diam dalam tu


umairah dah siap gelak-gelakkan adik dia duduk macam tu


siap minta aku ambilkan gambar adik dia duduk macam tu

hehehehhe comel tak







Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 28 July 2011

Umar : 8 Bulan









genap sudah umar 8 bulan

kalau ikut keletah dia memang dah banyak sangat

nak story kan

gigi bawah dah tumbuh 2 batang

jadi skang nie bila menyusu badan

memang akan sakit bila

sebab umar suka melagakan gigi dia

memang selalu kena tarik pipi hehehehhehe


suka buat aski stunt

memang boleh sakit jiwa aku di buatnya

boleh panjat sofa

di tolaknya kerusi kecik kakak dia

pastu panjat dari kerusi tu

aku nampak aksi yang di buat nie

memang terjerit la aku di buatnya



setiap petang mesti kena bawak jalan-jalan keluar rumah

aku nak berjalan sangat memang tak larat la

penat balik dari kerja kan

berdiri tegak jea di depan rumah

nasib baik la dia ok jea



semakin kuat makan

sebelum nie kalau masak bubur dia segengam beras jea

skang nie kena 1 pot

sebab kadang-kadang malam pun dia nak makan jugak

selagi tak bagi makan

confirm melalak jea la kerja dia



semakin montok badan umar

suka :D





Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 7 July 2011

Gambar Bukti Umar Berdiri

skang nie memang tak berani la nak tinggalkan umar sorang-sorang
tanpa ada pengawasan dari orang dewasa
sebab pantang lepa skit
mula la memanjat
kalau dah tergolek
menangis tak ingat
puas la nak memujuknya


macam malam tadi
ingat dah baring atas tilam
tidor dengan nyenyak
aku pun memang dah mengantuk
tidor sebelah umar sambil peluk si kecik nie


tetiba dalam pukol 12 lebih
aku terbuka jea mata
tengok umar dah berdiri tepi meja
jantung aku rasa macam nak putus jea
bila tengok umar dah berdiri tepi meja


jom layan tengok umar berdiri tepi meja





umar oh! umar


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 4 July 2011

Botak

sabtu lepas sebelum sayang pergi kerja
kami bawak umar ke kedai gunting rambut
kami sudah decide untuk botakkan kepala umar
kesian pada umar
umar nie kuat berpeluh
kalau dah berpeluh tu memang dia akan mula menarik rambut dia




umar sebelum kena dibotakkan kepala
masih encem lagi dengan rambut pacaknya


emmmm cayang kat adik
kalau tiba geram umairah pada adik dia
mula la ditariknya pipi adik dia



tengah standby untuk dobotakkan kepala
masih steady lagi time nie



sudah tak duduk diam di buatnya



memang tak duduk diam la
bergerak tak ingat
kena pegang kepala umar betul-betul


nasib baik la botakkan rambut pakai mesin rambut tu
kalau kena cukur tak tahu la apa akan jadi



masih maintain lagi
time nie baru cukur sebelah jea


masih gelak-gelak lagi dengan kakak dia
tapi bila nak cukur lagi sebelah
mula la mengamuk si umar nie
kain merah tu pun dah tanggal entah ke mana
menangis tak ingat
panas sebab tu la meragam
umar memang tak suka bila keadaan panas
peluh mula la banyak keluar
kepala dia pun banyak keluar peluh
nak cukur pun susah
sebab dah basah


muka dah tak tahan
menangis tak ingat
ialah dengan panasnya
dengan miangnya


finally berjaya jugak botakkan seluruh kepala umar
setelah berhempas pulas
memeluk dengan kuat
dan menahan telinga dengan tangisan yang kuat dari si kecik nie



2 orang botak kesayangan aku
babah dan anak lelakinya dua-dua botak
sebijik plak aku tengok umar nie dengan babah dia setelah botak


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Wednesday, 29 June 2011

Umar : 8 Bulan

hari nie genap umar dah 8 bulan
semakin aktif budak bam bam nie
pukol 5am mesti dah bangun
habis ruang tamu tu dia tawaf merangkak
merangkak pun dah laju skang nie
baju tu kalau putih memang dah tak nampak colour putih pun
memang kena rendam dulu dengan clorox dulu baru la nampak baju tu bersih
kalau terus masuk ke dalam mesin basuh
memang tak hilang la kotoran kat baju tu


skang nie umar nie sensitif
kalau kita cakap erpppp, hahhhhh ker
mula la nak mengalir air mata tu
memang tak boleh nak tegur skit
kalau kita marah kakak dia
dan umar kita tengah dukung memang dia akan menagis sekali
terasa la konon yang dia kena marah bukan kakak dia
hahahahhahaa kelakar umar nie


skang nie kalau nampak aku pakai tudung jea
mula la merangkak cepat kat aku
terus minta dukung
nak ikut la tu


kalau orang makan depan dia
terus telan air liur
kalau betul-betul depan dia
memang umar akan rampas makanan tu
kalau dalam mulut kita pun dia akan cungkil mulut kita nak keluarkan makanan dari dalam mulut kita tu
hehehehehhe


petang tepat jea dah pukol 6pm
jangan harap la umar nak duduk dalam rumah
kena bawak keluar dari rumah
nak berjalan-jalan
berdiri tegak kat luar pun takper
asalkan di luar rumah bukan di dalam rumah


suka main dengan kakak dia
umairah tengok mood dia kalau nak main dengan adik dia
kalau mood dia ok
memaang gelak terkekek-kekek la umar dibuatnya
suka tunjuk gambar pada umar
tu yang umar suka main dengan kakak dia tu
kalau umairah geram, memang kena gigit gak umar nie dengan kakak dia


kuat minum susu
siang susu botol
dan malam susu badan
sampai sakit la badan aku mengiring nak susukan si kecik nie


jom layan tengok umar gambar pagi tadi
sebelum pergi kerja
baju dia kotorkan
belum mandi nie
mandi pun awal \pukol 8am kalau tak mandikan jangan harap la dia nak tidor
lepas mandi baru la dia akan nyenyak tidor semula
ialah dah berjaga dari pukol 5am kan
main sorang-sorang






umar anak ibu :D


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi