Showing posts with label resepi butter prawn. Show all posts
Showing posts with label resepi butter prawn. Show all posts

Saturday, 25 May 2013

Resepi Butter Prawn yang Sedap

kali ke dua aku buat Butter Prawn
permintaan mr.hubby telah aku tunaikan
baru jea buat dan esoknya buat lagi
bagus..bagus..bagus..

kali nie aku tokok tambah sedikit resepi yang aku gunakan sebelum nie
dan yang pasti resepi ke dua nie memang menjadi
dan menepati piawaian tekak aku dan tekak mr.huuby


Resepi Butter Prawn :
1) Udang - gaul dengan kunyit, garam dan lada sulah (pastikan kulit udang di kopek)
2) 4 biji kuning telor dipukul kembang
3) 1 sudu susu cair - dimasukkan ke dlaam kuning telor
4) cili api di potong kecil
5) 3 tangkai daun kari
6) 1/2 cawan minyak
7) 1 cawan butter

Cara Memasak :
1) panaskan minyak, masukkan butter sehingga cair
2) masukkan telor secara perlahan sambil tangan kanan kacau secara bulatan 
kacau sehingga telor kekuningan
3) tapiskan telor guna tapis santan sehingga minyak betul-betul habis
4) gunakan minyak lebihan goreng telor untuk menggoreng udang, masukkan daun kari dan cili api
masak sehingga udang menjadi garing kekuningan
5) angkat udang hiaskan dengan telor

--bahan-bahan untuk masak butter prawn--

--butter prawn yang sedap di tekak kami--
berjaya jugak akhirnya 

lepas makan malam
lepak tengok tv
aku hidangkan pencuci mulut Ice Cream Gelato Manggo
sedap sehingga menjilat sudu eheh
nak reseipi
boleh klik di sini

--Gelato mangga di hias dengan kepingan choc--
untuk umairah dan umar aku hiaskan dengan choc rice
sedap dan nyaman masuk ke tekak

jom buat
senang jea
boleh buat untuk cuti hujung minggu nie "D



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 23 May 2013

Resepi Butter Prawn

aku rasa ramai pencinta see food di luar sana
betul kan kan kan
eheh sama la kita
aku memang suka makan see food walaupun ada alahan
sebab lepas makan confirm akan gatal badan
tapi itu belakang kira..kalau gatal telan jea la ubat kehkehkeh

semalam adalah 1st time aku try buat Butter Prawn
semangat nak buat
resepi nie adalah resepi dari suami Ekin ~ my ofis colleague
jadi sebelum masak adalah sedutan tunjuk ajarku sifu eheh
try ingat satu persatu langkah yang En.Saiful terangkan
sebelum mula baca Bismillah
semoga berjaya "p

Resepi : Butter Prawn
Bahan-bahannya :
1) Udang - kalau dapat udang size besar lagi best
2) minyak masak - 1/2 cawan
3) butter 1 cawan
4) 3 biji telor kuning yang telah dipukul kembang
5) 2 batang daun kari
6) garam sedikit..lada sulah sedikit

Cara nak Masak :
1) udang di perap dengan garam dan lada sulah (boleh jea korang nak tambah bahan perasa yang lain)
2) panaskan kuali, masukkan minyak..bila minyak sudah betul-betul panas,
masukkan butter..setelah butter cair..
3) tangan kiri masukkan telor kuning perlahan-lahan sambil tangan kanan memengang sudip sambil mengacau  secara bulatan..jangan berhenti supaya telor tadi akan menjadi memanjang
4) masak sehingga garing dan kekuningan
5) tapiskan telor dalam bekas penapis supaya minyak dapat turun
6) gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang bersama dengan daun kari..goreng sehingga udang garing
7) setelah telor siap habis minyaknya menitis boleh hiaskannya di atas udang

senang jea kan :D

--butter prawn hasil usaha aku--
rasa not bad
cuma aku tak puas hati dengan telornya
tak jadi seperti apa yang aku mahukan huhuhuhuhu
mr.hubby cakap hari nie boleh buat lagi
amboi amboi mr.hubby pun sudah kemaruk jugak dengan butter prawn
ok takper untuk suami tercinta akan aku lakukan
chewahhhh

--image from google--
bila lah akan jadi telornya macam gambar di atas nie
aku nak buat telornya jadi bertali-tali macam tu la
ok takper uasaha tangga kejayaan
cha yok cha yok

terima kasih kepada En.Saiful kerana memberikan resepi nie
suka suka suka
akan buat sehingga berjaya

ada lagi satu resepi dan tips yang berguna
kalau korang nak tahu
boleh klik di sini



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi