Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Friday, 28 August 2015

Pasaraya Hari-Hari Tempat Berjimat

mana tempat korang shopping baju
mesti tempat-tempat grand kan
ena di sini jea
pasaraya hari-hari =)

malam tadi lepas ambik anak-anak dari pusat tuition
terus bawak umairah dan umar ke sini
niat di hati nak beli baju baru untuk dorang
ialah esok nak berjalan ke pantai timur
nak lah anak-anak berpakaian baru
eh eh eh baru jea shopping raya bulan lepas
tu pun ada yang belum di pakai lagi ;p

puas jugak berpusing mencari
susah jugak hati ena nak berkenan
last-last belikan tudung frozen untuk umairah..
konon nak balik lah kalau takder apa nak beli
sekali pusing belakang
mr.hubby sibuk memilih untuk anak-anak dia
siap suruh umairah dan umar pilih warna t-shirt
dan beli sweather yang baru

wahhhhhh sayang babah kat korang lagi lebih nie
kat ibu babah tak offer pun huhuhuhu

amboi t-shirt pilihan masing-masing
umairah pilih warna merah
umar pilih warna choc

masih lagi memilih apa yang nak
emmmmm offer la kat ibu sekali


ok pilih sweater laks


ena suka warna pink
tapi umairah nak jugak warna purple
ialah minah purple kan

tengoklah umairah
tetap jugak nak warna purple
cakap la warna pink cantik
dan puji macam-macam kat umairah
tetap purple menjadi pujaan hati ku =)
jadi babahnya tetap lah ikut apa yang anak gadisnya mahukan...
ok la ambik lah purple tu
bayar bil tak sampai rm70.00 pun
hah jimat kan =)


pagi tadi
rasa kesian laks kat umairah
bagi jugak lah umairah duit untuk beli buku yang dia mahukan
kesian laks
huhuhuhu
macam manalah hati ibu nie nak berkeras dengan anak-anak...

teringat pada mak
ialah mak ena pun macam nie
lebih dulukan anak-anak dari keinginan sendiri

whatever ena sayang mak ketat-ketat =)




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 17 August 2015

Melayan Permintaan Anak-anak

sabtu lepas
pagi-pagi pukul 7 lebih anak-anak sudah kena gegar
hehehehehe masa untuk pergi tuition
nasib baik pagi tu mood anak-anak ok
mudah jea kejut
mudah jea bangun
mudah jea bersiap
Alhamdulillah

pukul 8 lebih gerak dari rumah
tuition start pukul 9am
bawak sekali sofea
kebetulan mak sofea minta mak yang jagakan
jadi bawak sekali sofea antar kakak dan abangnya..

seriau jugak sebebarnya nak bawak sofea nie
sebab dulu pernah bawak sofea keluar beli barang
baru separuh jalan sofea dah menangis
tapi tu masa bawak waktu malam..
dayah bgtahu sofea kalau berjalan waktu malam akan menangis kalau keluar bukan dengan maknya
sejak tu memang seriklah nak bawak hehehehe

nie try lagi sekali bawak waktu siang
syukur sepanjang perjalanan tak menangis sangat
cuma ada skit-skit erk dia
bila cakap elok-elok dan tunjuk pokok ker..lori ker..
sofea akan jadi leka
tak jadi nak menangis hehehehehe

pukul 10 lebih keluar semula
sebab nak ambik umairah dan umar dari pusat tuition
lagi sekali bawak sofea
memandangkan waktu pagi ok jea tak menagis
kali nie bawak lagi sekali
dan syukur ok jugak
wahhhh lepas nie mak long boleh bawak sofea jalan-jalan lagilah
good girl =)

muka happy sebab ada sofea follow sekali
mulut masing-masing chot chet chot chet jea
nasib baik ada kakak umairah
memang pandai jaga budak kecik

bila balik..
sofea sorang jea dalam kereta
nak menangis jugak
ajak-ajak borak baru ok skit
bagi misum susu..
nak baringkan kerusi taknak..
nak jugak berdiri 
sambil minum susu sambil tengok pemandangan di luar

singgah kedai sekejap
beli barang skit
dan tanya sofea nak apa
wahhhhh tahu jea nak air kotak
tunjuk air kotak dalam peti sejuk
hehehehehe bijak anak buah mak long nie =)


lepas ambik dari pusat tuition
tanya umairah dan umar
lapar tak?
lapar ibu..
nak makan apa?
makan dominos pizza..
amboi serentak kakak dan adik menjawab
hehehehhe

tahu jea dominos dah dekat
terus nak makan pizza...
ok jom kita makan sini..
suka la masing-masing
beli pun set single dan tambah soup
baru rm16+-
murah kan...
pastu tambah lagi beli ayam
umar skang nie suka sangat makan ayam
skit skit ayam
skit skit ayam
mesti nak ayam skang nie
tak kesah lah ayam goreng ker..masak merah ker..kurma ker
asalkan ayam

peace yooo dari sofea
suka bila dapat makan
banyak jugak makan soup kat sini

umar rilex makan ayamnya
kakak umairah yang banyak layan sofea
manja kan =)

sofea..umairah..umar
bergabung memang meletop hehehehhee
sudah kenyang perut
jom kita balik

sebelum balik singgah kedai NTShop
kononya nak beli bekas air basuh tangan
sebab kat rumah tu penutup bekas airnya dah hilang ntah kat mana
puas cari tak jumpa jugak
tu yang nak membeli
malu bila orang datang rumah
tak terhidang lengkap dengan tempat air basuh tangan
tak lengkap dengan hidangan yang kita bawak tu

puas cari dalam kedai tapi tak jumpa
tanya pekerja kat kedai tu
pekerja situ bgtahu bekas tu dah habis jual
laaaaaa
musim raya nie memang laku kan bekas air basuh tangan nie
emmmm takperlah beli kat kedai lain jea lah

tapi sebelum nak keluar dari kedai
tengok tangan masing-masing dah berpegang barang
amboiiiiii

umairah sibuk memilih
cari pensil warna

sofea dah berlari dengan anak patungnya
hehehehehhe dah pandai shopping jugak si kecik nie


umar ambik patung askar
jadi masing-masing dapat sorang satulah
pandai yea mengepau ibu....
ok sebab harga baru rm2.12 sahaja
ibu proceed bayar...

kata kedai RM2 
jadi semua barang dalam kedai nie memang rm2 jea
tambah gst tu yang jadi RM2.12...

takperlah
anak-anak happy
ibu pun jadi happy jugak =)



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Saturday, 27 September 2014

Jubah Muslimh Dari Bella Ammara

misi bermula
malam tadi dah pergi ke sini
tapi dah tutup..tak tahu pun butik nie tutup pukul 6 petang...
jadi terus balik ke kangpung mr.hubby ~ sijangkang

pagi nie..pagi2 lagi dah ajak mr.hubby pergi ke pasar sijangkang
dah lama tak jejakkkan kaki ke pasar sini
selalu pergi ke pasar taman perwira jea
kali nie pergi pasar hari sabtu laks
emmmm mr.hubby cuti hari nie dn esok
jadi ambil kesempatan untuk balik ke kampung 
ok la tu sebulan sekali mr.hubby dapat cuti hari sabtu dan ahad dari takder langsung kan =)
Alhamdulillah

pukul 12 lebih baru gerak pergi ke shah alam
terus ke seksyen 7
misi untuk mendapatkan jubah dari bella ammara
tak kira nak jugak!!!

nasib baiklah kami sampai orang tak ramai sangat
jadi pilih jubah yang aku suka
ena pilih jubah padore
ok la lengan baju ada bunga rose...

jubah nie nak pakai masa event shaklee esok
mestilah nak kelihatan cantikkan kan esok
nak naik pentas kan =)
mestilah kena cantik-cantik

cuma time Q untuk masuk ke bilik persalinan, q memang panjang skit
ialah dah beli mahal sebelum bayar mestilah kena cuba dulu kan
memula ambil S nasib baik cuba dulu
tiba kat bahagian dada tak lepas laks
emmmm gara-gara ambil collagen shhaklee la nie
lagi mantapkan dada hehehehe
takder bentuk macam papaya kan...

saper2 yang susukan badan pd anak
mesti nak kelihatan mengancam semula kan
emmmm hah trylah ambil collagen shaklee confirm payudara dan punggung akan montok semula
bukan rekaan yea tapi kenyataan =)


lega bila sepasang jubah sudah ada di tangan
bukan ena bayar pun
mr.hubby yang bayar
hadiah sempena anniversary last month hehehee
tak kesah lambat dapat tapi berbaloi hehehehe


--kami dalam perjelanan ke tempat nak di tuju--
happy masing-masing dapat kuar berjalan

--nampak kelainan tak pada umairah--
hah pandai pun
umairah bertocang dua
bukan senang nak menggayakan umairah nie 
ala-ala tomboi skit

--time Q pun sempat lagi minta mr.hubby snapkan gambar--
hehehhee hah nielah warna pilihan ena
esok ena share baju ena yea....


--penjaga pintu bilik persalinan--
umairah dan umar

--alahai gegar laks gambar nie--
nie jea gambar yang sempat snap dalam butik bella ammar
anak ena tak duduk diam..asyik bergerak jea
susah betul nak bergambar bersama-sama

--di gadapan butik bella ammara--
sukalah deco dalam butik nie
sangat cantik

--pepper beg dari bella ammara--
terima kasih mr.hubby belanjer ena hari nie
suka sangat
siap dapat shawl labuh lagi...

nak tengok gaya ena..
tungguuuuu esok yea
tak sabar nak naik stage
terima penghargaan dari shaklee



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 24 December 2013

Bila Permintaan Anak yang Membuatkan ibunya Fengsan

malam tadi mak ajak pergi beli barang di Econsave
biasalah saper tinggal area sg.buloh
econsave memang menjadi pilihan sebab harganya memang jimat

shopping barang-barang untuk di bawak untuk bercuti esok
YES dah lama tak pergi bercuti
hari nie kami akan check ke Warisan Rimba
saper pernah datang ke sini
pasti akan teruja akan kembali semula
memang seronok

Nie linka masa pertama kali kami datang ke sini
sangat-sangat best

datang ke econsave beli kelengkapan sedikit untuk BBQ
macam-macam beli
emmmmm umairah dan umar masa nielah nak mengepau wan dia
macam-macam minta
mainan lah..buku lah..kasut lah..
senang cakap apa wan dia beli confirm nak jugak
emmmmm kalau cucu minta confirm dapat punyalah

nak belikan baju renang untuk umairah dan umar
tapi takderlah
tapi umairah cakap
"adalah bu baca renang untuk kakak"umairah
"mana"aku
'ala berassss macam ibu tulah"aku
argggggg sudah berassss apa kebenda  si kakak nie sebut

pastu tarik aku tunjukkan berasssss yang umairah maksudkan
hahahahahhaa rupa-rupanya berassssssss tu BRA
BERASSSSSSSSSSS = BRA
pengsannnn aku kat situ :p

--hah tengok la tu--
sibuk memilih bra untuk diri sendiri
hahahahahaha aku dan bantai gelak time nie
macam-macam hal si kakak nie


--pastu merajuk--
bila aku cakap bra tu untuk orang dewasa
kakak kecik lagi tak boleh pakai lagi bra jenis nie
kakak pakai bra jenis macam nie

--hah nie sesuai untuk kakak--
still muncung lagi tapi bila aku cakap

"masa ibu kecik-kecik dulu, wan belikan macam nie lah jugak untuk ibu"aku
hah bila aku dah bgtahu macam nie barulah mood si kakak ok
emmmmm sabar jelah

--baru senyum bila bgtahu macam tu--
mak aku dah tergelak-gelak belakang aku
sabar jelah

kakak oh kakak
nak besar sangat ker
tunggu dulu tau
ibu tak puas lagi nak ngomol-ngomol kakak lagi nie

--TQ wan sebab belanjer kakak dan adik--
siap belanjer ibu lagi beli seluar
TQ Mak
sayang mak ketat-ketat

tak sabar nak mandi kolam air bukit malam nie
selamat bercuti pada teman-teman semua.....



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 1 November 2013

Ramai Gila orang di Nsk Selayang

malam tadi mak ajak pergi ke NSK
seperti biasalah beli groceries setiap bulan
tak suka time beli barang mr.hubby keja waktu malam
sebab shopping takper suami di sisi tak best
tak best sebab tak dapat nak pau hahahahahahha

sebab aku emmang tak larat nak drive
tunggu sobri balik rumah dahulu
kemudian baru pergi sesama
sebelum nie kami pergi ke NSK rawang 
sebab dekat skit dengan rumah
tapi sejak jalan tengah diperbesarkan di sana dan selalu jem tak ingat dunia
memang dah lama tak terjah nsk rawang
tapi sejak adanya hiway latar senang nak pergi ke nsk selayang
nak-nak nsk selayang emmang buka 24jam - perghhhh pergi pagi-pagi buta memang best
sebab orang takder hehehehehe

cuma malam tadi kami pergi pukul 11 lebih
orang still ramai lagi
tapi yang ramai kaum India
memula tertanya-tanya jugak naper India ramai sangat nie siap pasang lagu india lagi
pastu baru teringat hari sabtu nie perayaan Deepavali
hehehehhee dorang raya rupanya
selamat hari Deepavali yea pada kaum India di Malaysia nie :)

beli kelengkapan barang dapur skit
beli susu dan pampers umar skit
ambil 1 trolley penuh kena charge RM500 lebih
emmmmmm nasib badanlah
bila subsidi dah di tarik dan harga minyak dinaikkan
siap sedia sahajalah dengan gelombang ekonomi yang akan menekan rakyat
opssss berpolitik laks :)
tapi tulah realitinya kan
tak suka keluar Malaysia hahahahahha :p

--model tak berbayar nsk selayang--
umar si bam bam

dalam orang tengah ramai tu
umairah sibuk berlari ke sana sini
aku dah risau
ialah skang nie macam-macam kes kan
anak duduk sebelah pun boleh hilang huhuhu
takuttttt

jadi biar aku menjerit panggil umairah
dari aku menangis bila anak-anak hilang
takuttttttt

umairah dan umar memang suka makan buah
bila sampai di bahagian buah-buahan
memang dorang sendiri yang akan pilih buah apa yang dorang nak makan
malam tadi si umar nak makan buah rambutan
jadi umairah ambil plastik
dan sesama pilih buah rambutan masuk ke dalam plastik :)

--"ibu, kakak ambil buah yea"umairah--

--"kakak warna yg nie blh amik tak"umar--
"adik kena pilih warna merah jea tau"umairah--
"ok kak"umar

--"yg nie ok tak kak"umar--
"hah oklah nie"umairah

--kak, amik lg lah skit la buah dlm plastik nie"umar
"jangan nnti ibu marah amik byk2"umairah

hehehehhehe aku senyum jea dengar perbualan budak berdua nie...

--yea bodyguard kami--
tukang tolak trolley
tukang ambil barang
tukang timbang barang
tukang cari umairah dan umar kalau hilang
tukang segala-galanya
heheheheh my bro :)

emmmm gaji bulanan tetap mcm tu jea
harga barang yang kita beli setiap hari naik mencanak-canak
risau jea bila tengah bulan duit tak cukup

MOMMIES JOM CHECK KEWANGAN KITA.. Betul ke niiii....

1) Gaji cukup untuk 21 hari je...✔
2) Duit yang ada cukup-cukup je untuk keperluan anak..✔
3) Saving tak bergerak-gerak pun makin kurang adela..✔
4) Nak melancong kene saving betul2..✔
5) Nak makan kat luar kena tggu minggu dpt gaji je..✔
6) Anak nak beli KFC/MCD tengah bulan jgn harap la..✔
7) Ari2 berangan je nak jadi kaya tibe2..✔
HUTANG untungla kalo dapat setel sikit2..✔
9) Duit emergency TAKDE PUN..✔
10) Nak sedekah RM5 pun fikir 10 kali ✔

JIKA ANDA ADA SEKURANG-KURANGNYA 3 TICK PM/SMS/WHATSSAP ENA UNTUK ENA BERKONGSI CARA MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN. KALO DAPAT SAMPAI 4-5 ANGKA UNTUNGLA, KALO DAPAT RM100 TENGAH BULAN PUN DAH KIRA BEST DAH TU,

PM/SMS.WHATSSAP ENA SKANG NIE !!!
0122449373


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Monday, 30 September 2013

Terjah Tesco di Awal Pagi

semalam hujung minggu
awal-awal pagi dah keluar dari rumah
tujuan utama sebab nak terjah Tesco
memandangkan kami berada di kg mr.hubby
kami datang ke Tesco Bukit Tinggi
tapi sebelum shopping
kami singgah bank dahulu untuk buat bayaran kereta dan loan
wahhhhh dah habis bayar bil baru semangat skit nak shopping
sebab bab yang penting sudah selesai diuruskan

masa kami naik escalator
orang yang turun escalator aku tengok 2 3 kotang beli susu
perghhhh banyak gila dorang nie borong susu
nak berniaga ker???

dapat info yang Tesco ada buat sales untuk susu dari Adlin
terbaca masa Adlin up kat wall dia
tu yang terus nak beli kelengkapan anak
ialah baru gajikan jadi timing memang sesuai sangat untuk beli groceries
tapi tak beli banyak pun
beli untuk stock cukup sebulan jea

susu dutch lady jadi RM17.99
pampers whoppie jadi RM50.00 untuk beli 2 pack
jadi memang tak lepaskan peluang

kan bagus kalau pasar raya besar macam nie
membuat sales setiap bulan pasti ramai parents yang datang menerjah
penjimatan dan menolong customer kan
tapi aku dapat tahu Tesco dengan Aeonbig tengah berlawan harga
masing-masing tengah saing harga masing-masing
bagus bagus bagus buatlah selalu yea
sebab yang untung customer jugak :)

--susu dan pampers pilihan kami--
pampers setiap bulan bertukar-tukar
tengok mana harga yang murah hehehehehe

--umairah jadi model dustch lady ganti Mia hehehehehe-

--umar yang malas nak bergambar--
siap tutup muka taknak bergambar
minta turunkan pack susu buat muka macam tu
tapi comey jea bagi aku :)

--6pack setiap bulan--
habis tak habis tetap akan beli 6 pack
untuk langkah berjaga-jaga
takut tetiba sesak duit ker
jadi kelengkapan anak-anak tak risau sangat
sebab tu istilah sediakan payung sebelum hujan
amat diutamakan
utamakan anak dahulu
kelengkapan diri sendiri nnti-nnti lah buat

--nie jea yang kami beli--
total semuanya RM245.00
emmmmm bandingkan dahulu dengan kini

--menteri kewangan mengeleng-geleng kepala jumlah yang perlu di buat bayaran--
emmmmm sabar jealah
istifar banyak-banyak supaya pintu rezeki di buka luas untuk kita sekeluarga
Amin

lega sangat bila kelengkapan anak-anak sudah beli
kalau ada yang menanya ada lagi tak sales di Tesco nie
jawapannya TIADA lagi
last sales adalah semalam 29.09.2013



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 2 August 2013

Hasil Shooping untuk Raya

amboi tak habis cerita shopping lagi
semalam sempat cerita tempat aku shopping di mana jea kan
hari nie aku selit skit apa yang aku shopping kan

tahun nie 1st time beraya tak sedondon dengan mr.hubby
plan asal memang nak sedondon warna Apple hijau
tapi umairah taknak laks baju yang aku pilihkan - hijau
tetap jugak nak warna pink
emmmm jadi nak ikutkan jugak
terus buat colour block tahun nie - warna carca marba
mr.hubby dan umar warna hijau
aku dan umairah warna pink

biar gambar sahaja yang berkata-kata :)


--hasil shopping pada hari selasa yang lalu--
seharian shopping memang patah kaki di buatnya

--belikan baju peplum untuk umairah--
raya pertama sedondon dengan umairah pink peach
raya ke dua akan pakai baju warna biru
dan di tambah dengan baju casual
seluar jeans tak beli sebab last month baru jea belikan seluar baru untuk umairah dan umar

kasut pilihan umairah tahun nie
semuanya nak bertumit
dah taknak pakai sandal 
semuanya atas pilihan sendiri
apa yang ibu dan babah pilihkan semuanya tak berkenan
alahai anak..


--umar laks memang beli t-shirt ikut pilihan dia jugak
tetap nak berbelang
pastu nak warna merah
kalau takder warna merah kena pastikan t-shirt tu ada gambar
kereta ker..bas ker..motor ker

pastu belikan selipar jea untuk umar
taknak belikan kasut
sebab kaki umar cepat membesar
rasa membazir laks kalau belikan kasut

baju kemeja dan seluar sudah ada
beli last month
jadi taklah membeli banyak sangat untuk umar

--baju raya aku laks--
raya pertama baju kurung biasa jea
raya ke dua lace peplum :)


--sandal raya--
takder la nak glam-glam sangat
simple jea
warna merah belikan untuk adik
harap dia suka la :)

lihat pada check list
ada lagi yang tertingal yang tak sempat beli lagi
tapi kalau tak beli pakai yang ada pun ok jea
cuma tu la dalam check list kan :p
tak beli lagi :
tudung raya
kerongsang 
butang baju melayu untuk umar
sampin untuk mr.hubby dan umar
songkok untuk umar

korang macam mana dah habis shopping untuk raya ker..




Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Thursday, 1 August 2013

Shopping Sakan Dari Pagi Sampai ke Malam

tinggal lagi 6 hari lagi kita semua akan menyambut hari raya
aku pasti ramai yang sudah menyiapkan kelengkapan untuk berhari raya
bagi aku yang sudah ada dua cahayamata
persiapan lebih ke arah anak-anak
diri sendiri lebih kepada pakai apa yang sedia ada
apa yang pasti biarlah raya pertama memakai baju baru
raya selebihnya pakai jea baju yang banyak di dalam almari
[tapi boleh caya ker hehehehehhee]

selasa lepas aku dan mr.hubby bercuti
bercuti semata-mata untuk shopping raya
lebih bagus rasanya shopping pada hari weekdays dari hari weekend
sebab terasa kelapangan di situ
tak crowded dan bayar di kaunter pun senang jea
shopping pun nampak rilex jea tak perlu nak terkejar-kejar

mr.hubby cakap next year dan next next next year nanti
kita shopping macam nie jea tak perlu nak bersesak dengan orang ramai waktu shopping weekends
memandangkan nie adalah shopping sekali hadap
kenalah pergi banyak tempat hahahahha
memang hari tu aku kepenatan tak ingatlah
anak-anak dah petang baru meragam sebab kepenatan jugak

kami keluar dari rumah pukul 11 lebih pagi
dan sampai di rumah pun nak dekat 11 lebih malam
perghhhhh shopping 12 jam tu hahahahhaha
nie dinamakan shopping marathon :p

hari tu kami mulakan langkah shopping di :
Di One Utama ~ shopping di Padini
Mydin Usj
Tesco Shah Alam
Plaza PKNS
Pasar Paya Jaras


--sales di Padini--
memang kelabu mata aku dibuatnya
sales nie berlanjutan sehingga 11hb Aug
pergi jangan tak pergi
memang banyak sangat pilihan

tapi di sini aku lebih membeli untuk anak-anak
baju casual
2helai baru ~ RM29.00


--sales sehingga 50% - 70%--
memang murah sangat-sangatlah
ingat lepas raya nak pergi lagi
nak memborong seluar kerja :)

seluar kerja harga dari RM100 lebih
boleh jadi RM39.00
mana tak rambang mata
cuma masa ni tak membeli sebab tahan diri hanya untuk menhshopping kelengkapan raya sahaja :)


--habis shopping di Padini--
habis di sini lebih RM200
tapi sangat berbaloi-baloi :)

--umar sudah pandai pilih baju sendiri--
apa yang kita pilihkan semuanya kena reject dengan si kecik nie
emmmmm memang kena ikut citarasa si bam bam nie

ikut citarasa si kecik nie
mesti baju belang-belang
warna merah
pastu ada gambar kereta atau motor
emmmmm anak bujang la katakan
usia baru 3 tahun tapi dah pandai memilih

--umairah dan umar--
emmm habis satu Padini tu di tawafnya
nasib baik lah takder orang jadi kami pantau dari ekor mata jea


--tengok sudah mula buat hal--
baring atas sofa buat macam rumah sendiri jea

sambil aku pilih kasut
sambil budak berdua nie melompat-lompat atas sofa
adiyaiiiiii

--umar dan babah--
perut tu sama naik jea dua beranak nie hehehehehhe

--that day bawak mak ikut sekali--
ialah mana lah tahu mak pun nak membeli sekali
finally banyak jugak mak membeli 
hehehehehhe kalah anak dia shopping baju :p


kemudian kami singgah sekejap ke tempat kerja mr.hubby
untuk hantar kuih yang di tempah oleh rakan sekerja mr.hubby
--terima kasih sebab sudi membeli kuih dari wife mr.hubby--
aku jual biskut raya
mr.hubby jual kerepek

Alhamdulillah untuk rezeki di bulan ramadhan nie :)


 kemudian kami singgah sekejap ke Mydin Usj
beli baju melayu umar di sini
memula ingat nak beli groceries anak-anak
tapi harga mahal skit dari Tesco
jadi beli barang carca marba di sini ~ ntah apa-apa yang dibelinya di sini
habis duit kat sini 300 lebih
emmmmm membazir
--tengah makan donut big apple--
umar makan skit jea
selebihnya umairah yang habiskan
umairah memang suka makan donut :)

masuk kedai barang kemas Anggun
tapi mahal laks harganya
huhuhuhuhbuhu terus cancel niat di hati nak beli cincin baru :(


kemudian kami singgah ke Tesco Extra Shah Alam
 tujuan kami beli di sini untuk membeli susu dan pampers anak-anak
--sebelum balik jom kita snap snap dulu--
emmmm nasib baik dapat suami yang layankan jea kerenah bininya
hahahahahha kalau laki lain confirm kena tinggal :)

sayang sangat kat mr.hubby
love you sayang ahaks

--umairah mamai sebab dapat tidor sekejap jea dalam kereta--
shopping pampers dan susu anak di sini

--barang belum bayar sudah di makan--
itu istilah biasa pada mereka yang ada anak kecil
memang dah biasa sangat kami lakukan
nak buat macam mana kan
tak bagi anak-anak meragam
habis meraung tak ingat dunia

jadi kami buka jea macam biasa
tapi masa buka kami akan pastikan bar code tak terkoyak
dan pastikan bayar jugak semasa di kaunter
jangan laks korang dan makan pastu tak bayar laks
jangan tak baik tau 

--aku dan mak tersayang--
nasib baik dapat mak yang sporting
follow jea kami yang gila berjalan nie :)


--skang nie Tesco ada buat promosi--
beli barang lebih dari RM150 dalam satu bil akan dapat voucher RM10.00
di sini habis 270 huhuhuhuhuhuhu
beli skit barang jea tapi duit keluar macam air paip


kami berbuka di luar sahaja
nie nanti aku ceritakan
ada part by part
cerita semuanya di sini takut korang muntah darah laks membacanya

selepas berbuka dan solat sekejap di Petronas
kami singgah sekejap ke PKNS shah alam
hehehehhe dapat gak baju idaman :)
puas shopping di sini
terus balik rumah

tapi bukan terus balik rumah pun
singgah sekejap ke pasar paya jaras
ingat nak mencari tudung
tapi tudung takder laks yang berkenan huhuhuhuhuhuhu

--hasil mengshopping seharian--
penat gila dibuatnya
terasa kaki kejang dibuatnya

umairah dan umar awal-awal sudah tidor dalam kereta
nasib baik masa di Petronas sudah mandikan dahulu budak berdua nie
jadi sampai rumah tak payah kejutkan lagi dari tidor
terus letak atas katil jea :)

emmmmm habis sudah shopping untuk raya
semuanya beli dalam sehari jea
memang la duitnya keluar macam air
tapi bila difikirkan semula
sama jea kes dengan beli yang skit-skit tu
tak kesah la
asalkan semuanya siap sedia sudah

skang nie kena beri tumpuan untuk siapkan tempahan kuih raya sahaja
Alhamdulillah rezeki anak-anak di bulan ramadhan nie

kalau korang nak order kuih raya, ena ada jual
Tart Nenas
Biskut Choc Chips Crispy
Popia Nestum

korang boleh jea call/msg/wassap :
zarena : 012-244 9373



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi