Tuesday, 23 April 2013

Warisan Rimba yang Mendamaikan

sabtu lepas kami sekeluarga pergi bermandi manda di Warisan Rimba
tempat nie aku tahu kewujudannya dari Blog Nad
terima kasih Nad story tempat nie dalam blog Nad
bagi aku bercerita tempat-tempat yang kita pergi patut tulis dalam blog
sebab dari situ dapat memberi lebihan info kepada blogger lain untuk tahu kewujudan tempat tersebut
bukan kita bercerita untuk menunjuk-nunjuk ataupun riak
tapi sumber kenangan untuk diri sendiri dan memberi info kepada mereka yang di luar sana
betul tak?

ok berbalik kepada cerita aku
korang tahu tak tempat cantik nie terletak di mana
pasti korang terkejut sebab dekat jea
Warisan Rimba nie di Ulu Kelang Kemensah
belakang Zoo Negara jea

aku dan family bermalam di sana
chalet berharga RM80.00 untuk semalam


--signboard Welcome dari Warisan Rimba-- 

--kolam buatan air bukit--
memang jernih airnya
mandi dalam nie berendam 4-5jam pun tak sejuk
airnya panas suam ~ warm jea
memang best gila

--chalet tepi kolam nie selalu penuh--
susah nak dapatkan chalet tepi kolam nie
kalau dapat memang best sebab keluar bilik jea boleh terus lompat jea
best wooo

--air bukit yang disalurkan terus ke dalam kolam--

--boleh minum air nie--
rasa payau jea
elok untuk kulit

--kolam no.2 jugak air bukit--
cetek skit la
sesuai untuk budak-budak

--sangat luas untuk kolam no.2--

--berhadapan kolam no.2 ada chalet bertingkat--
sesuai untuk mereka yang nak buat family day ataupun khursus

--kolam no.3 untuk kanak-kanak--

--jugak disalurkan dari air bukit--
cetek sahaja jadi tak risau sangat melihat anak-anak berenang
berendam lama pun still tak sejuk

--hadapan kolam kanak-kanak sungai--
jadi memang lepas berendam dalam kolam terus terjun ke dalam sungai
tapi berendam dalam sungai tak lama pun..sejuk menggigil

--sungai yang bersihnya airnya--

--ada dewan disediakan--
boleh menempatkan untuk 40 orang

--surau jugak disediakan--

--toilet dan bilik air sangat bersih--
puas hati

--sungai yang cetek--
sesuai untuk anak-anak jea eheh

kalau korang berminat untuk datang ke sini
boleh contact

kak Elly : 013-337 6934
selamat bercuti
tempat nie bagi aku
dari 10 bintang aku bagi 8/10
memang best



Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

3 comments:

Thank you and Come Again...
Love you all mmuahhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ Zarena Heeney 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi